Fotografi

  • Uploaded by: hAKeeMI sAInaRIaN
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fotografi as PDF for free.

More details

  • Words: 865
  • Pages: 4
Fotografi Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui perantiperanti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera. Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu. Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu: 1. Pengumpul cahaya = Kamera 2. Perakam cahaya = Filem atau sensor

Kamera

Large format camera lens. Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn AlHaitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 10151021).[1] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[2] Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan

satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

Jenama kamera •

Agfa



Coronet



Horseman



Nikon



Sigma



ARCASwiss



Ducati



Ilford



Olympus



Silvestri





Diana camera





Oregon Scientific







Ebony



Osaka



Sony

Alpa





Edixa



Panasonic



Tessina

Argus

Imaging Solutions Group (ISG)

Sinar

Agilux



Asahiflex



Ensign



Pentax



ThorntonPickard



Balda



Exakta



Petri



Topcon



Bolex



FED



Polaroid



Traveler



Braun (compan y)



Folmer & Schwing



Plaubel Makina



Vivitar



Fujifilm



Praktica



Van Oosbree



Fujica



Reid





Gami



Ricoh

Voigtlände r



Graflex



Rollei



Wisner



Hasselbla d



Samsung



Wray



SatuGO



Yashica



Seagull



Zeiss



Zenit



Bronica



Burke & James



Cambo



Canon



Casio



Contax



Corfield



Hewlett Packard



Holga



Honeywell



Kodak



Konica



Leica



Linhof



Lomo



Lumix



Minolta



Mamiya



Minox



MPP



Miranda



Mustek



Newman & Guardia

Galeri kamera

Contax TVS Digital

Canon Digital Ixus 430

Canon Powershot Digital Nikon D50 dan Nikon F 1959 A300

Fujifilm finepix Voigtländer Vitoret of s9000 1962

Panasonic Lumix DMC- Polaroid Supercolor 635CL FZ20

Filem foto

Filem hitam putih yang belum diproses Filem adalah alat perakam cahaya, ia berbentuk sebuah lingkaran plastik yang mempunyai campuran bahan kimia yang sensitif terhadap perubahan cahaya. Kelajuan filem menunjukkan kepekaan filem tersebut terhadap cahaya. Ia diukur dengan menggunakan skala ISO, dari ISO 25 (perlahan) hinggalah ISO 3200 (laju). Kelajuan yang paling biasa digunakan ialah ISO 100, ISO 200 dan ISO 400. Terdapat pelbagai format filem di zaman moden ini: •

135 (35 mm)



120



APS

• Jurugambar • • •

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar





Jurugambar

• • • •









Jurugambar dan model Jurugambar atau jurufoto adalah seseorang yang mengambil gambar foto menggunakan kamera. Mereka ini adalah seniman kerana hasil karya mereka dihargai sebagaimana lain-lain artis visual. Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi menyara hidupnya. Kerjaya jurugambar tidak terhad untuk penggambaran dengan peralatan kamera sahaja. Sebenarnya jurugambar terlibat dalam pembangunan imej sehingga persembahan produk akhir. Sekeping gambar mungkin kerja seorang atau satu pasukan. Paling biasa pasukan ini dibentuk dari seorang jurugambar hingga kepada di dalam makmal fotografi. Kerjakerja di makmal ini (pemprosesan fotografi, pemprosesan imej dan lain-lain) boleh menukar sama sekali penampilan sesuatu gambar. Jurugambar sering dikategorikan berdasarkan subjek kesukaan mereka. Antara subjek kegemaran jurugambar ialah landskap, alam benda, potret, dokumentari, jurufoto komersil, dan sebagainya. Beberapa jurugambar membuat pengkhususan kepada sesuatu subjek sahaja. Sementara yang lain lebih kepada fotografi artistik dan kewartawanan foto. Kerjaya jurugambar boleh dilakukan oleh mana-mana profesional lain umpamanya jurutera boleh menghasilkan gambar berdasarkan bidang tugasnya. Begitu juga seorang saintis boleh menjadi jurugambar yang baik untuk mengeluarkan produk gambar sains kerana mereka mahir menilai habitat haiwan contohnya. Tahap piawaian untuk digelar sebagai Jurugambar adalah bergantung pada kemahiran seseorang Jurugambar. Jurugambar tidak seperti profesional lain yang mempunyai KPI tertentu untuk dinilai. Namun untuk bergelar jurugambar profesional seseorang itu harus faham, mahir menilai gambar, memeroses filem dan gambar. Selebihnya jurugambar mampu menilai gambar yang baik hasil penyusunan teknik komposisi.

Related Documents

Fotografi
November 2019 30
Fotografi
May 2020 30
Fotografi
November 2019 35
Fotografi
June 2020 21
Fotografi
October 2019 24
Artikel Fotografi
May 2020 10

More Documents from ""

Fotografi
May 2020 30