Forum Perbincangan Darul Nu

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Forum Perbincangan Darul Nu as PDF for free.

More details

  • Words: 8,584
  • Pages: 22
-www. Forum sejarah pendidikan di Malaysia.com . Forum Perbincangan Darul Nu'man --Semasa Kiriman dimulakan oleh: Mohd Ali Abdullah Pada 11/06/07 Masa: 03:26:17 Tajuk SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA - Dikirim oleh: Mohd Ali Abdullah Pada 11/06/07 Masa: 03:26:17

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Pendahuluan Sistem Pendidikan Pondok Pendidikan dan Semangat Kebangsaan Pendidikan Melayu Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu Kesan Pendidikan Melayu Ciri-ciri Am Pendidikan Sebelum Merdeka Pendidikan Tahap Awal DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21ý Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Bersepadu Falsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras Perancanganý STRUKTUR PENDIDIKAN Peringkat Rendah Peringkat Menengah Rendah Peringkat Menengah Atas Pendidikan Vokasional dan Teknik Pendidikan Selepas SPM Pendidikan Tinggi Wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia Penutup SEJARAH PENDIDIKAN DI Malaysia Pendahuluan ý Menurut Sejarah Melayu, dari abad ke-15 sehingga abad ke-17, orang Melayu ýterutamanya golongan istana telah mempelajari pendidikan agama Islam melalui ýguru-guru al-Quran yang terdapat di kampung-kampung atau melalui mereka ýyang berketurunan Sayid. Kebanyakan mereka mengajar di surau-surau ataupun ýdi masjid-masjid. Pada masa yang sama, guru-guru itu menjadi imam kepada ýpenduduk kampung tersebut. Antara yang diajarkan oleh mereka termasuklah ýmembilang, menulis huruf-huruf Al-Quran (tulisan Jawi), tajwid, perkara yang ýberkaitan dengan fardu ain, rukun Islam, dan rukun iman. Para

pelajar pada ýketika itu tidak dikenakan sebarang bayaran. Sumbangan daripada pelajar ýsekadar berbentuk khidmat membantu guru membersihkan kawasan ýpersekitaran tempat belajar, mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah, ýmengambil kayu api dan sebagainya. ý Pada abad ke-18, pelajaran agama Islam berkembang maju dengan berlakunya ýpenghijrahan beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah ke Tanah Melayu. ýDi antaranya ialah Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad yang ýkemudiannya bermastautin di Terengganu dan keturunan beliau yang bergelar ýý'Tok Pulau Manis' kemudiannya telah menjadi seorang ulama yang masyhur ýý(Khoo Kay Kim, 1990: 3). 'Tok Pulau Manis' pernah belajar di Aceh dan di ýMekah. Beliau seterusnya telah mengasaskan sekolah agama di Pulau Manis, ýKuala Terengganu. Apabila berlakunya kekacauan di antara orang Islam dengan ýkerajaan Siam di Patani lebih ramai lagi alim ulama yang berhijrah ke Kelantan ýdan Terengganu. Di antara mereka ini termasuklah Syeikh Daud bin Abdullah ýyang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan Syeikh Abdul Kadir ýyang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan di Kuala Terengganu. Juga ýterdapat guru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah berhijrah ke ýTerengganu. ý Dengan adanya tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan, ýpendidikan agama Islam telah tersebar dengan lebih luas terutamanya di negeri-ýnegeri Melayu di sebelah utara. ý Bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan ingin ýmelanjutkan pelajaran, mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah ýInggeris yang terdapat di bandar-bandar. Jika nasib mereka lebih bertuah lagi, ýmereka akan berpeluang untuk memasuki Kolej Melayu di Kuala Kangsar. Kolej ýini berasaskan 'English Grammar School' dan telah didirikan pada tahun 1905. ýWalau bagaimanapun, kolej ini hanya dikhaskan untuk anak-anak dari golongan ýDiraja dan bangsawan sahaja. ý Sekolah-sekolah lain yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan yang ýtelah memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu ýyang memiliki pandangan hidup yang tersendiri ialah sekolah-sekolah Arab dan ýagama. ý Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, ýsekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama telah ýmuncul di merata tempat di seluruh Semenanjung terutamanya di Kelantan, ýKedah, Perak dan Pulau Pinang. Dengan berilhamkan ajaran-ajaran reformis ýdari Asia Barat seperti Muhammad Abduh sekolah agama (madrasah) telah ýmenjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan bagi ýmasyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkan kekuatan. bimbingan dan ýsemangat kepada muridnya untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan ýakibat daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi Bara!. Taraf ýpendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi. Banyak di ýan tara Ie pas an madrasah umpamanya daripada Madrasah AI-Masyhur Pulau ýPinang, Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu dan Maahad AI-Ihya' asy-Syarif ýGunung Semanggol, dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, ýterutamanya di Masjidil-Haram, Makkah dan Universiti AI-Azhar, Mesir. ý Penghijrahan tokoh-tokoh agama dari Patani dan Timur Tengah telah memberi ýmanfaat yang besar kepada masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku ýbahasa Arab yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan menggunakan ýtulisan Jawi, terutamanya pada sekitar abad ke-19. Adalah dipercayai bahawa ýorang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah ýSyeikh Haji Abdul Halim (Abdul Hatim Ahmad, 1984: 39). Beliau mengajarkan ýanak-anak para pembesar dan juga orang kebanyakan. Kehadiran

beliau ýkemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenal sebagai pusat ýperkembangan pengajian agama Islam. ý Sistem Pendidikan Pondok ýý Sistem pendidikan pondok dapat dikatakan sebagai lebih kemas daripada sistem ýpendidikan agama di rumah-rumah atau di surau-surau. Kelantan, Kedah dan ýTerengganu merupakan tiga buah negeri yang ban yak mendirikan sekolah-ýsekolah pondok. Di Kelantan, sekolah pondok mula diperkenalkan pada awal ýabad ke-19. Dalam pada itu, telah dipastikan bahawa pada tahun 1970-an, ýsudah ada sekurang-kurangnya lapan buah sekolah pondok di negeri Kedah ýý(Ahmad Abd. Ghani bin Haji Said, 1977: 13). Makna perkataan 'pondok' ýdijelaskan oleh Nik Mohamad (1985: 104) sebagai: ý Adapun perkataan 'pondok' itu berasal daripada perkataan Arab yang ýbererti rumahrumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar, tiga atau empat ýorang bagi tiap-tiap sebuah rumah. Dalam bahasa Arab sekolah 'pondok' ýjuga bererti rumah tumpangan atau hotel dalam bahasa Inggeris. Tetapi di ýMalaysia dan juga di Thailand Selatan (khususnya di wilayah Patani, ýNarathiwat, Yala, Songkla dan Santun), 'pondok' juga bererti satu institusi ýpendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama. ý Sistem pendidikan pondok lazimnya bermula apabila datangnya tuan guru atau ýalim ulama dari luar untuk mengajar ilmu agama kepada orang kampung ýterutamanya kepada masyarakat petani yang tinggal di kawasan penanaman ýpadi. Kebanyakan guru pondok mempunyai pengaruh yang kuat dalam ýsesebuah kawasan dan mereka memberi khidmat secara sukarela. Dengan ýpertolongan orang kampung, rumah untuk tuan guru dan pondok untuk murid-ýmurid didirikan dalam satu kawasan yang berdekatan. Tempat ataupun tanah ýuntuk mendirikan pondok biasanya kepunyaan tuan guru atau diwakafkan oleh ýorangorang yang ingin mewakafkan tanah mereka. ý Semasa belajar, murid-murid duduk bersila di atas lantai. Kemudahan seperti ýkerusi tidak disediakan. Sukatan pelajaran yang khusus juga tidak disusun. ýAntara mata pelajaran yang disampaikan ialah Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu ýSaraf, Tasawuf dan doa-doa yang ada hubungan dengan kehidupan seharian ýdan amalan hidup bermasyarakat. Di sekolah pondok juga tulisan Jawi dan ýbahasa Arab diajarkan. Bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Melayu oleh ýsebab pada masa itu banyak kitab dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Jangka masa belajarnya tidak terhad, ada ýkalanya sehingga sepuluh tahun. Awang Had Salleh (1977: 36) berpendapat ýbahawa terdapat dua jenis cara pengajaran di pondok. Pertama, pengajaran ýsecara tetap untuk murid-murid sepenuh masa dan kedua, pengajaran pad a ýhujung minggu untuk orang dewasa. Tujuan umum pelajaran pondok ialah untuk ýmelahirkan pelajar yang tahu hukum-hukum agama, berakhlak tinggi dan dapat ýberibadat dengan betul. ý Pada awal abad ke-20, lahir pula institusi yang lebih kemas dan tersusun serta ýmencakup ilmu keduniaan dan ilmu akhirat yang dipelopori oleh golongan muda. ýInstitusi yang dimaksudkan itu ialah madrasah atau lebih dikenali sebagai ýsekolah agama moden. Dengan lahirnya pengajian berbentuk madrasah, ýterutamanya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka sekolah-sekolah Melayu ýyang didirikan oleh pihak British pada akhir abad ke-19 telah dapat disaingi. ý Pendidikan dan Semangat Kebangsaan ý Pendidikan telah memberi kesedaran dan dorongan kepada orang Melayu untuk ýberjuang menentang penjajahan di tanah air sendiri. Ini terjadi kepada beberapa ýbuah sekolah

pondok seperti Maahad Ihya' Asy-Syarif, Gunung Semanggol di ýPerak. ý Perkembangan para pelajar dan pembelajaran di pusat pengajian ini sangat unik ýberbanding dengan sekolah-sekolah pondok yang lain sezaman dengannya. ýMadrasah ini telah ditubuhkan pad a tahun 1934 oleh seorang tokoh ulama yang ýtidak asing lagi bernama Abu Bakar Said (lebih dikenali sebagai Ustaz Abu ýBakar al-Baqir). Beliau telah menerima pendidikan awal sehingga ke darjah lima ýsekolah Melayu. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah al-ýRahmaniah dan kemudiannya ke Madrasatu'IDairatu'I-Maarifu'I-Wataniah di ýKepala Batas pad a tahun 1924. Di sini Ustaz Abu Bakar telah berguru dengan ýseorang tokoh ulama yang akhirnya menjadi sahabat baik beliau iaitu Ustaz Haji ýAbdullah Haji Ibrahim (Abdullah Pak Ahim). ý Mereka berdua kemudiannya telah menubuhkan sebuah madrasah bernama ýQauzil-Maarif dan selepas itulah Maahad Ihya' Asy-Syarif ditubuhkan oleh Ustaz ýAbu Bakar pada 15 April 1934 (Nabir Abdullah, 1976). Sekolah ini diberi ýkebebasan untuk bergerak cergas dalam kegiatan kokurikulum yang ýkemudiannya memberi tapak kepada penubuhan Kesatuan Muda Melayu ýmenjelang Perang Dunia Kedua. Ustaz Abu Bakar juga telah merapatkan diri ýdengan tokoh-tokoh politik Masjumi dan tokoh pemimpin seperti Dr. Burhanuddin ýaIHelmy dan Ibrahim Yaacob. ý Akhirnya pusat pengajian ini menjadi pusat perjuangan agama Islam. Antara ýbadan-badan yang pernah ditubuhkan di sini ialah: ý ý(a)ý ý(b)ý ý(c)ý ý(d)ý

Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) ý Majlis Agama Tertinggi (MATA) ý Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) ý Hizbul Muslimin ý

Di luar perhitungan Inggeris, perkembangan sekolah ini telah membantu ýmeluaskan network-audience pembaca sehingga dapat menyumbang ke arah ýpembukaan madrasah yang lebih baik daripada sistem pondok yang sedia ada. ýDi Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan ldris Training College), Tanjung Malim ýumpamanya, murid-murid Melayu mula terdedah kepada tulisan dari Indonesia. ýDi kalangan mereka itu ada yang menyumbangkan tulisan-tulisan dalam Majalah ýGuru, seperti Mohamed bin Dato' Muda Linggi, Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) ýdan Mohd. Noor Ahmad. ý Pendidikan Melayu ý Di zaman pemerintahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah ýMelayu, iaitu sekolah 'vernakular' Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujudnya ýberbagai-bagai aliran persekolahan pada masa itu berpunca daripada sikap ýpenjajah Inggeris sendiri yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Selain itu ýkeadaan itu disebabkan oleh tiadanya satu dasar pelajaran kebangsaan dan ýketebalan sikap kedaerahan yang dipusakai oleh setiap kaum. ý Sejarah persekolahan anak Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bermula ýpada tahun 1821, apabila Penang Free School membuka cawangannya di ýGelugor, Pulau Pinang. Dengan pertolongan pengembang-pengembang agama ýKristian, sekolah-sekolah 'vernakular' Melayu dibuka pula di Permatang Pauh ýdan Penaga, Seberang Perai. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah itu ditutup ýakhirnya kerana kurangnya sambutan dan masalah kekurangan guru-guru ýMelayu. Pada tahun 1856, dua buah sekolah Melayu telah dibuka di Singapura ýiaitu di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam. Guru-guru pula dilatih di maktab ýperguruan yang dibuka pada tahun 1878 yang akhirnya ditutup pada tahun

1894. ýAkibat daripada campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu, beberapa buah ýsekolah Melayu telah dibuka bagi menggantikan sistem pengajian agama Islam. ý Sekolah Melayu yang pertama dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah di ýKelang, pada bulan September 1875 (Report of Superintendent of Police and ýTreasurer to Resident). Dua tahun kemudian, sekolah-sekolah Melayu mula ýdibuka di negeri Perak. Sekolah Melayu yang pertama di negeri itu ialah di ýSayong yang dibuka oleh Hugh Low, Residen Inggeris yang ketiga. ýPerkembangan penubuhan sekolah-sekolah Melayu agak lewat di Negeri-negeri ýMelayu Tidak Bersekutu. Ini adalah akibat daripada pengaruh sistem pengajian ýagama Islam yang telah sebati dengan orang Melayu di negeri-negeri tersebut. ýDi Kedah pula, sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1897 alas ýinisiatif Tuan Haji Abdullah, Menteri Besar Kedah ketika itu. Beliau telah ýmengarahkan pihak Perbendaharaan Negeri supaya menjaga sekolah yang ýmempunyai guru bernama Ahmad bin Kerani Maidin (Awang Had Salleh, ýý1974:5). Manakala di Kelantan pula sekolah Melayu yang pertama telah dibuka ýdi Padang Garung pada tahun 1903. Pada tahun 1913, negeri Perlis telah ýmempunyai lima buah sekolah Melayu. Hanya pada tahun 1915 barulah sekolah ýMelayu dapat didirikan di Terengganu iaitu di Kampung Keling oleh Engku Abu ýBakar bin Long. Kelewatan' negeri Terengganu menerima sistem pendidikan ýsekolah Melayu adalah kerana sikap Sultannya dan pembesar Melayu ketika itu ýyang amat berpegang teguh kepada sistem pendidikan pondok. ý Untuk memudahkan pentadbiran pendidikan, lnggeris telah mewujudkan jawatan ýý'Nazir Sekolah' di Negeri-negeri Selat pada tahun 1872, dan pada tahun 1897 ýuntuk Negerinegeri Melayu Bersekutu pula. Bagi Negeri-negeri Melayu Tidak ýBersekutu, 'pentadbirannya diletakkan di bawah kerajaan negeri masing-masing ýsehinggalah tamat Perang Dunia Kedua. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa ýkemajuan sekolah-sekolah Melayu di Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu ýagak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Sementara ýitu, Inggeris telah melantik 'Nazir Sekolah Persekutuan'. Salah satu daripada ýtugas-tugas pertama nazir ini ialah menyusun sebuah Kanun Pelajaran ýý(Education Code) bagi semua negeri. Sebelum itu tiap-tiap negeri mempunyai ýkanunkanun mereka sendiri bagi sekolah lnggeris dan sekolah Melayu (The ýSystem of Education in the Federated Malay States, Special Reports on ýEducational Subjects, /905: 6). Setemsnya pada tahun 1906, seorang Pengarah ýPelajaran telah dilantik bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu ýBersekutu. Dengan berkembangnya sekolah-sekolah Melayu, maka pada tahun ýý1916 jawatan Penolong Pengarah Pelajaran diwujudkan bagi melicinkan ýpentadbiran pendidikan di Negeri-negeri Selat dan Negerinegeri Melayu ýBersekutu. ý Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu ý Pendidikan Melayu yang disediakan oleh British khasnya dalam membina ýsekolah, adalah untuk memenuhkan selera politik penjajah sahaja. Asas utama ýmereka adalah untuk membina pengaruh dan politik British tanpa melihat ýkeperluan masyarakat tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada kaum tani. ýMatlamat utama mereka adalah sekadar memberi pendidikan kepada orang ýMelayu untuk melengkapkan keperluan tenaga manusia di peringkat rendah, ýiaitu di peringkat buruh. Tegasnya sekadar untuk menjadi petani yang lebih baik ýdaripada ibu bapa mereka dan dapat hidup gembira dalam masyarakat ýkampung. ý Bagi British, tindakan membenarkan para pelajar Melayu menyambung pelajaran ýmereka hingga ke darjah enam adalah satu kesalahan sebab ini bertentangan ýdengan dasar pelajaran penjajah. Golongan ini berpendapat bahawa tujuan ýutama mereka adalah

sekadar menghapuskan buta huruf pada tahap yang ýminimum sahaja (Cheeseman, 194 . Kenyataan itu memang munasabah oleh ýsebab dengan hanya pencapaian setakat darjah empat, anak-anak Melayu ýsudah dapat membaca, membuat kiraan yang mudah dan seterusnya dapat ýdigunakan dalam urusan seharian supaya tidak ditipu oleh pekedaipekedai. ý Seperkara lagi ialah pihak British tidak menggalakkan orang Melayu menghantar ýanak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris. R.O.Winstedt sendiri tidak setuju ýsupaya bahasa Inggeris diajarkan di sekolah Melayu sebab sudah adanya anak-ýanak Melayu yang berani mendesak pihak British menubuhkan sekolah Inggeris ýdi Lenggong dan Krian, Perak. Walau bagaimanapun, desakan ini telah ditolak ýoleh pihak British dengan alasan bahawa anak-anak Melayu di kampung hanya ýlayak bersekolah Melayu sahaja. Akan tetapi pada hakikatnya pihak British ýkhuatir bahawa jika pelajaran Inggeris diberi kepada masyarakat Melayu, ýkesedaran politik serta daya pemikiran mereka akan berkembang dan ýseterusnya akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Dalam Perak ýGovernment Gazette, 6 Julai 1884, telah tercatat: ý Mengajar kanak-kanak membaca dan menulis dalam bahasa ibunda ýmereka atau dalam bahasa Melayu kita akan terselamat.ý ýý Juga sebenarnya British telah menanamkan sikap memuliakan pekerjaan buruh ýdan mengajar orang Melayu untuk terus tinggal di kampung-kampung. Maksud ýmereka sebenarnya dinyatakan sebagai 'British mahu supaya masyarakat ýMelayu tidak akan berubah nasibnya dan kekal dengan pekerjaan tradisi. Walau ýbagaimanapun, bagi tujuan melahirkan pemimpin Melayu yang boleh membantu ýbirokrasi penjajah serta mengambil dan menjaga hati golongan bangsawan dan ýpembesar-pembesar Melayu ketika itu, Maktab Melayu (Malay College) Kuala ýKangsar telah didirikan khas untuk anak-anak golongan ini. Tanpa disedari ýBritish telah melalaikan orang Melayu dengan menggunakan buku-buku dongeng ýMelayu. ý Kesan Pendidikan Melayu ý Secara umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak ýBritish telah gagal untuk mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri. ýKehadiran anak-anak Melayu di sekolah-sekolah Melayu ketika itu bukanlah atas ýdasar keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi disebabkan oleh paksaan yang ýtelah dikenakan oleh British dengan cara penguatkuasaan peraturan tersebut. ýPencerobohan British ke atas sistem pengajian tradisional al-Quran sedikit ýsebanyak telah menyinggung hati orang Melayu.ý Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang setanding ýdengan orang-orang asing yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu telah tidak ýtercapai. Anak-anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu, akan terus pulang ýke kampung halaman mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani, buruh, ýguru, polis atau peon. Dengan kata lain, pelajar lepasan sekolah Melayu tidak ýmempunyai kerja yang mendatangkan nilai ekonomi yang kukuh. ý Pentadbir-pentadbir British seperti R.J. Wilkinson, A.M. Skinner dan juga R.O. ýWinstedt yang kelihatannya berminat dalam perkembangan pendidikan orang ýMelayu, sebenarnya bukanlah ahli-ahli pendidikan yang boleh menyelami dan ýmemahami cita-cita orang Melayu ketika itu. Keikhlasan mereka dalam ýmenjalankan tugas adalah diragui dan diakui sendiri oleh William R.Roff. Ibrahim ýSaad (1981: 20) telah menerangkan: ý

Banyak orang menyangka bahawa Laporan Winstedt itu satu pembaharuan ýtetapi mengikut Roff, Winstedt telah tidak mempedulikan perkembangan ýintelek Melayu. Ini disebabkan pada masa itu ia sedang membina ýkemasyhurannya (reputation) sendiri dengan menulis sejarah dan ýkesusasteraan Melayu. ý Sehingga Perang Dunia Kedua. masyarakat Melayu masih tidak berubah, iaitu ýmasih beku dan hidup dalam kemiskinan. Orang kampung yang pada mulanya ýtertarik dengan sumbangan British terhadap pembinaan sekolah-sekolah Melayu, ýakhirnya sedar bahawa anak-anak mereka tidak akan maju walaupun mereka ýdihantar ke sekolah atau tidak. Abu Zahari (1980) telah merumuskan tentang ýkesan pendidikan Melayu ketika itu seperti yang berikut: ý Pendidikan Melayu sengaja disalurkan mengikut dasar mengekalkan kaum ýtani sehingga kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada ýsetakat memberi pendidikan dasar selama empat tahun kecuali latihan ýpengurusan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu sesudah sekolah ýdasar (hlm. 17). ý Kesimpulannya ialah pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil dan kesan ýyang positif terhadap peningkatan taraf hidup dan keadaan sosial orang Melayu ýyang kebanyakannya tinggal di kampung. Mereka semakin dihimpit dan kekal ýhanyut di dalam kemiskinan, walaupun pada masa itu, peluang-peluang ýperniagaan dan perindustrian yang berdasarkan kepada getah dan bijih timah ýterdapat di pekan-pekan. Kegagalan pemerintah Inggeris dalam sistem ýpendidikan dan seterusnya memajukan orang Melayu menerusi sistem tersebut ýtelah menyebabkan timbulnya semangat kebangsaan Melayu pada tahun 1930ýan. ý Ciri-ciri Am Pendidikan Sebelum Merdeka ý Akibat daripada dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam ýpelajaran, maka wujudlah lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali ýterasing di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis sekolah itu ialah sekolah ýInggeris, sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil (lihat ýRajah 28.1). Kelima-kelima jenis sekolah ini mempunyai beberapa ciri pemisah ýyang besar: ý Pertama:ýTiap-tiap jenis sekolah adalah khusus untuk sesuatu kaum ýtertentu sahaja. Dengan sendirinya anak-anak Melayu, Cina dan ýIndia sukar untuk bergaul di antara satu dengan yang lain. Tanpa ýpergaulan dan persefahaman, perpaduan antara kaum tidak ýmungkin dapat dihasilkan oleh sistem yang beraneka corak ini. ýKesempatan untuk ketigatiga kaum itu bergaul hanya terdapat di ýsekolah-sekolah lnggeris yang terletak di bandarbandar. Ini ýmemberi kesempatan kepada anak-anak Cina dan India sahaja di ýsamping menepikan peluang anak-anak Melayu di desa.ý RAJAH 28.1ý PERKEMBANGAN PERSEKOLAHAN SEBELUM MERDEKA Kedua:ýTidak ada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. ýSekolah lnggeris menggunakan bahasa lnggeris, sekolah Melayu ýmenggunakan bahasa Melayu, sekolah agama menggunakan ýbahasa Arab dan bahasa Melayu, sekolah Cina pula ýmenggunakan bahasa Cina, dan sekolah Tamil menggunakan ýbahasa Tamil. ý Ketiga:ý Sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain ýmenurut kedudukan geografi dan taburan penduduknya. ýKebanyakan sekolah Melayu telah

ditubuhkan di desa selaras ýdengan dasar mengekalkan orang Melayu di kampungkampung. ýSekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, ýperniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang ýCina tinggal di kawasan-kawasan tersebut dan sekolah Tamil ýpula terdapat di ladang-ladang getah. ý Keempat:ýKurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan ýtidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang ýtersendiri. Sekolah lnggeris mengikut kurikulum dan sukatan ýpelajaran yang digunakan oleh sekolah-sekolah di England. ýBegitu juga dengan buku-buku teksnya. Manakala sekolah ýMelayu pula menitikberatkan kemahiran 3M (menulis, membaca, ýmenghitung) selain daripada diajarkan pelajaran pertukangan ýtangan secara tradisi. Bagi sekolah Cina dan Tamil pula, ýkurikulumnya adalah mengikut corak yang diajarkan di negeri ýChina dan India, bahkan guru-gurunya juga didatangkan dari ýnegeri asal mereka. Sekolah agama atau madrasah pula ýmenggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan ýpelajaran yang telah sedikit diubahsuai daripada yang digunakan ýdi sekolah-sekolah Asia Barat. Tenaga pengajarnya pula adalah ýdaripada guru-guru terlatih dari Tanah Arab. ý Melihat latar belakang pendidikan di zaman lnggeris, dapat dibuatkan ýkesimpulan bahawa pemerintah kolonial tidak berminat untuk membangunkan ýrakyat melalui pendidikan. Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak penting ýuntuk dipupuk menerusi pendidikan. Oleh sebab itu lnggeris telah mengabaikan ýsoal penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum yang seragam serta ýpentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal ýyang dapat mendidik dan menyatukan anak-anak daripada semua keturunan. ý ýý Pendidikan Tahap Awal ý Rancangan Malayan Union telah ditentang dengan hebat dan dengan jayanya di ýSemenanjung, sementara rancangan hendak menjadikan Sarawak sebagai ýý'Tanah Jajahan Mahkota lnggeris' telah membawa kepada penubuhan institusi ýGabenor. Parti-parti politik menjadi popular serta menarik minat rakyat dan telah ýmelibatkan semua kaum secara menyeluruh. Selepas penubuhan Persekutuan ýTanah Melayu, ternampaklah tandatanda akan tertubuhnya kerajaan sendiri ýyang merdeka seperti yang telah dicapai oleh negara-negara serantau yang lain. ýAkan tetapi ancaman daripada gerakan gerila Komunis dan pengisytiharan ýdarurat di Tanah Melayu telah menimbulkan kesedaran kepada penduduk ýnegara untuk mengkaji masalah penyatuan antara kaum.ý Di antara perkara penting yang perlu disemak ialah sistem pendidikan yang ýdiwarisi dari zaman sebelum perang yang jelas menggalakkan pemisahan antara ýkaum. Kelemahankelemahan sistem sebelum perang yang mengasingkan di ýantara satu kaum dengan kaum yang lain amat dirasai. Inggeris sendiri sedar ýbahawa 'rancangan pembinaan semula' sistem pendidikan dengan sekadar ýmerawat sistem-sistem lama dan mengekalkannya seperti yang sedia ada ýadalah tidak memadai. Yang perlu ialah mewujudkan satu sistem tunggal yang ýdapat menyatukan semua sistem yang berlainan corak dan haluan itu. ý Pada peringkat awal ini, terdapat dua penyata utama yang mengemukakan syor ýke arah satu sistem pelajaran kebangsaan yang disatukan iaitu: Penyata Barnes ýý(1950) dan Penyata Fenn-Wu (1951). Penyata Barnes dianggap sebagai ýpenyata yang paling komprehensif, revolusioner dan berpengaruh sekali yang ýpernah diterbitkan. ý Barnes menyarankan supaya persekolahan peringkat rendah dijadikan alat dan ýtenaga besar bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat. Dengan itu amat ýwajarlah sekiranya hal ini secara sedar dan bersungguh-sungguh dijadikan 'agen ýpembina bangsa Malaya' yang

tunggal. Atas tapak sistem persekolahan yang ýbaru, yang dipandang sebagai 'sekolah rakyat dan sekolah untuk membangun ýbangsa, akan terbentuk satu pelajaran yang betulbetul bercorak kebangsaan.' ýDengan berpandukan kepada idea ini, Barnes mencadangkan cuma satu corak ýsekolah rendah sahaja ditubuhkan, iaitu Sekolah Kebangsaan yang dibuka ýkepada kanak-kanak semua bangsa dan diajarkan oleh guru-guru daripada ýberbagaibagai bangsa dan keturunan dengan menggunakan dua bahasa ýpengantar, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah bahasa ýibunda semua kaum dimansuhkan sementara di peringkat menengah dan ýselanjutnya, hanya pelajaran melalui pengantar bahasa Inggeris sahaja yang ýakan disediakan. ý Walaupun Penyata Barnes ini mempunyai matlamat kebangsaan, jelaslah ýbahawa ini tidak dapat diterima oleh semua kaum di Tanah Melayu. Orang ýMelayu tidak bersetuju dengan kedudukan anak-anak Melayu yang tidak diberi ýkedudukan yang wajar di sekolah-sekolah Inggeris, iaitu sekadar seolah-olah ýmenumpang di sekolah tersebut. Sementara itu kaum Cina dan India pula ýmerasa bahawa penyata itu seolah-olah akan menghapuskan bahasa dan ýkebudayaan mereka. Untuk menghadapi tuntutan kaum Cina, dalam tahun 1951 ýkerajaan Malaya telah melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan ýpelajaran kaum tersebut. Sebagai hasilnya, pembentangan Laporan Fenn- Wu ýtelah mengemukakan cadangan-cadangan yang menyokong konsep ýpenggunaan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina sebagai ýbahasa pengantar di sekolah-sekolah. Nyata bahawa konsep tersebut sukar ýuntuk dipraktikkan. ý Akhirnya, penyata-penyata berkenaan telah disemak dengan mendalam dan ýUndangundang Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh kerajaan. Dalam undang-ýundang ini konsep sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dan ýInggeris telah diterima. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam ýkonsep sistem sekolah kebangsaan. Tetapi, pembelajaran untuk kedua-dua ýbahasa tersebut diadakan. Ini merupakan satu cadangan yang radikal dan berani ýtetapi ia tidak dapat dilaksanakan secara serta-merta kerana masalah kewangan, ýpolitik dan keadaan darurat yang dialami pada ketika itu. ý Di Sabah pula, kesedaran tentang peri perlunya menggabungkan sistem ýpelajaran yang bertujuan memupuk satu bentuk kerakyatan dalam lingkungan ýKomanwel British dapat dilihat daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan ýdalam Laporan Woodhead (1955). Di Sarawak, McLellan (1960) telah ýmenekankan peri mustahaknya mengawal sekolahsekolah Cina supaya mereka ýmengikuti sistem persekolahan kolonial yang menggunakan bahasa pengantar ýlnggeris sebagai cara mencapai matlamat yang sama.ý ýý DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ý Kemajuan dalam penggubalan perlembagaan sehingga menjelang tahun 1955 ýmenunjukkan bahawa negara ini akan memiliki kerajaan sendiri dan selanjutnya ýakan mencapai kemerdekaan daripada British dalam masa yang singkat. Oleh itu ýperpaduan kaum merupakan satu keadaan yang mustahak untuk menjamin ýketeguhan dan keamanan negara yang bakal merdeka ini. Masalah ini dapat ýdilihat dengan lebih jelas oleh sebab berlakunya keadaan politik perkauman yang ýkritikal di saat itu. ý Sesuai dengan janjinya dalam pilihan raya tahun 1955, Kerajaan Perikatan telah ýmenubuhkan satu jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Yang ýBerhormat Datuk (kemudian Tun) Abdul Razak bin Hussein yang menjadi ýMenteri Pelajaran ketika itu. Pada tahun 1960 semua penyata telah disemak ýsemula oleh jawatankuasa Abdul Rahman Talib bagi memperteguh dan ýmemperbaiki lagi konsep dan kelemahan-kelemahan yang ada dalam Penyata ýRazak. ý

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah ýberasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. ýKedua-dua laporan ini menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan ýperpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja rakyat. Daripada segi ýpenyatuan kaum, Penyata Razak 1956 telah menyatakan: ý Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak ýmenyatukan budakbudak daripada semua bangsa di dalam negeri ini ýdengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa ýdengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar ýyang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta ýmerta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata ýRazak, perenggan 12).ý ýý Cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untuk menyatukan kaum-kaum di ýnegara ini adalah menerusi satu sistem pelajaran yang bercorak seperti berikut: ý Satu daripada umbi kemahuan Dasar Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ýini ialah mengubah corak semua sekolah-sekolah rendah dan sekolah ýmenengah supaya bercorak Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa ýcaranya supaya sempurna perkara ini ialah dengan jalan menyamakan ýsukatan pelajaran semua sekolah-sekolah. (Penyata Razak, perenggan ýý115). ý Jelas bahawa Penyata Razak telah mengutamakan perpaduan negara sebagai ýsatu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-ýnilai perpaduan akan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk ýmenjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang ýberbilang bangsa. Konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami ýsebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum ýselaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang diwujudkan ýmestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan ýrakyat, umpamanya semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan ýyang melampau.ý Untuk mencapai matlamat perpaduan negara melalui sistem pendidikan, ýPenyata Razak dan Laporan Rahman. Talib telah menggariskan tiga asas ýutama: ý Pertama:Sistem persekolahan yang sama bagi semua; ý Kedua: Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di ýsemua peringkat persekolahan; ý Ketiga:Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan ýdan bercorak kebangsaan.ý Corak sistem kebangsaan yang berdasarkan kepada sistem Penyata Razak dan ýLaporan Rahman Talib ialah seperti rajah 28.2.ý ýý Dalam tahun 1960 Penyata Rahman Talib yang merupakan semakan semula ýPenyata Razak 1956, juga telah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah ýdisesuaikan dengan keadaan dan keperluan negara. Usaha yang sungguh-ýsungguh telah dibuat untuk menyemak dan memperbaharui sukatan-sukatan ýpelajaran supaya dapat membantu dan memupuk kepentingan rakyat Malaysia. ýDi antara mata pelajaran baru diperkenalkan yang berkait rapat dengan ýkehidupan masyarakat ialah mata pelajaran Tatarakyat, Pendidikan Moral, ýSejarah dan Ilmu Alam. ý

Mata pelajaran Tatarakyat diwajibkan di semua sekolah. Kementerian Pelajaran ýjuga sedang merancang untuk memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan ýMoral. Di antara perkara penting yang dititikberatkan dalam mewujudkan ýperpaduan kaum di negara ini adalah pemahaman tentang keadaan masyarakat ýbagi membentuk sikap bertoleransi, bekerjasama dan saling bersefahaman di ýantara kaum. Selain dari itu murid-murid juga dididik supaya tahu, berbangga ýdan menghormati lambang-lambang kebangsaan. Di sekolah-sekolah, ýpengibaran bendera kebangsaan yang disertai dengan nyanyian lagu ýkebangsaan 'Negaraku' perlu diadakan setiap awal dan hujung minggu. Dengan ýadanya tindakan seumpama ini akan timbullah rasa kekitaan dan cintakan ýnegara. ý Sejarah adalah satu mata pelajaran yang memainkan peranan penting ke arah ýpencapaian matlamat pembangunan. Bagi negara yang masih lagi di dalam ýproses membangun ini, murid-murid sekolah perlu ditanamkan dengan semangat ýpatriotik, kebangsaan dan kesetiaan kepada negara. Melalui pelajaran Sejarah ýjuga, diharapkan semangat perpaduan dan hormat menghormati di antara kaum ýyang berlainan kebudayaan dan anutan agama dapat dibina. ý Atas kesedaran ini juga maka sukatan pelajaran Sejarah yang baru telah digubal ýdengan memberi penekanan kepada sejarah rakyat Malaysia dan ýperjuangannya, pembentukan sikap melalui bidang pengetahuan, dan ýmempunyai pendekatan secara 'lingkungan berpusat' (concentric circle). ý Beberapa pembaharuan juga telah dibuat dalam sukatan pelajaran Ilmu Alam ýyang baru. Tumpuan yang lebih telah diberi kepada hal-ehwal tempatan, ýkhasnya bertujuan untuk membolehkan murid-murid memahami latar belakang ýalam sekeliling, keadaan fizikal dan sosial serta berbagai-bagai lagi. Dengan ýdemikian, diharapkan mata pelajaran ini dapat menanamkan perasaan bangga ýdan sayangkan negara sendiri.ý CORAK SISTEM PENDIDIKAN MENURUT LAPORAN RAZAKý FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21 ý Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan tahun 1960-an dan 1970-an ýadalah berlandaskan kepada aspirasi-aspirasi dan perakuan-perakuan Penyata ýRazak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 serta Akta Pelajaran 1961. Juga, ýprinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung di dalam Rukun Negara dan Dasar ýEkonomi Baru dipegang sebagai panduan dasar. Pelaksanaan Dasar Pelajaran ýKebangsaan telah memperakukan berbagai cadangan bagi memperkemaskan ýdan memperkukuhkan lagi Dasar Pendidikan Negara. (Lihat rajah 28.3). ý Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara melalui satu sistem pendidikan ýkebangsaan adalah bertujuan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan ýbangsa dan negara yang meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik ke ýarah melahirkan masyarakat yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih. Malaysia ýkini berupaya membekalkan rakyatnya dengan kemudahan-kemudahan ýpendidikan yang bermutu tinggi. Pendidikan juga telah terbukti berjaya memberi ýsumbangan yang besar ke arah pembangunan dan kemajuan negara. ý Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang ý Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, rakyat Malaysia juga ýmengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu sistem ýpendidikan negara terpaksa menerima cabaran ini sebab proses perkembangan ýsesuatu masyarakat sering kali dikaitkan secara langsung dengan sistem ýpendidikannya. Laporan Jawatankuasa Kabinet

sebenarnya telah pun meneliti ýdan mengkaji seluruh sistem pendidikan daripada peringkat rendah sehinggalah ýke peringkat maktab, dengan meliputi kajian ke atas kurikulum, disiplin, ýpengurusan, dan kemudahan serta perbekalan pelajaran. Sehubungan ini ýJawatankuasa Kabinet berprihatin terhadap kemerosotan disiplin yang berlaku di ýsekolahsekolah sekarang. Kerajaan telah menyatakan kebimbangannya ýterhadap penyalahan penggunaan dadah yang semakin meningkat di kalangan ýpara remaja dan belia. Malah dadah telah dianggap musuh utama dan untuk ýmembanteras wabak ini Kementerian Pendidikan telah, diminta melaksanakan ýprogram Pendidikan Pencegahan Dadah. ý Keprihatinan kerajaan serta rakyat seluruhnya bertujuan memastikan ýperkembangan dan kemajuan berjalan terus melalui sistem pendidikan. Dengan ýperkembangan ekonomi dan peningkatan pembangunan negara, diharapkan ýakan lahirlah warganegara yang baik, bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. ýNegara telah berjaya menghasilkan rakyat yang celik huruf. Penekanan dan ýpenegasan semula perlu diberi agar mereka juga celik budaya, celik akhlak, ýamanah dan memahami tujuan hidup serta tanggungjawab yang mesti ýdilaksanakan oleh tiap-tiap warganegara. ý Dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja ýberorientasikan masyarakat bahkan ditujukan ke arah pembinaan tradisi ýkeilmuan, mencari kebenaran, keadilan dan kebersihan dalam masyarakat. Inilah ýnilai-nilai hidup yang harus dibina menerusi pendidikan, andainya kita benar-ýbenar mahu membina manusia. Cabaran dan pendidikan masa akan datang ýadalah ke arah melahirkan manusia yang yakin dan patuh kepada agama, ýberilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan kepada ýmasyarakat dan negara.ý Falsafah Pendidikan Negara Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan ini seharusnya ýmempunyai paksi atau teras yang kukuh. Satu-satunya paksi yang utuh dan ýmampu memenuhi keperluan tersebut ialah pengetahuan keTuhanan. ýPentingnya menjadikan unsur keTuhanan sebagai paksi dalam sistem ýpendidikan bermatlamat menghasilkan implikasiimplikasi seperti yang berikut: ý a)ýUnsur-unsur nilai murni yang jika tidak dinyatakan secara jelas dan ýdengan penuh kesedaran akan mengakibatkan pengetahuan yang ýdiajarkan itu ketandusan ilmu. Jika ini berlaku maka nilai-nilai yang tidak ýberunsur keTuhanan akan memenuhi ketandusan ini. Akibatnya secara ýlangsung atau tidak langsung nilai-nilai bebas dan nisbi (relatif) akan ýberkembang. ý b)ýPendidikan yang terlalu menekankan kepada bidang 'kognitif', iaitu yang ýbertumpukan kepada perkembangan akal dan fakulti rasional manusia ýakan menyebabkan unsur-unsur lain terutama unsur rohani akan terbiar. ý c)ýMatlamat pendidikan hanya akan tertumpu kepada utiliti dan faedah ýkebendaan sahaja. Pendidikan yang diberi hanya akan sekadar menjadi ýý'ilmu itu ilmu sahaja'. ý d)ýIImu yang disampaikan, yang tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni ýyang dapat diserapkan dalam diri pelajar, tidak akan berjaya untuk ýmembawa kepada hakikat kebenaran. ý e)ýPara pelajar tidak dapat memperkembangkan watak dan sahsiah yang ýseimbang serta mencapai kepada mat1amat hidup yang sebenarnya. ý

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang terlalu memberi penekanan ýkepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara telah mengakibatkan ýwujudnya tanggapan bahawa hanya sistem nilai yang berteraskan materialisme ýyang menjadi ukuran kejayaan. Konflik antara sistem nilai yang cenderung ke ýarah materialisme dengan nilai-nilai sahsiah ketimuran yang jelas dikuasai oleh ýtekanan untuk mendapatkan kejayaan materialisme telah memberi kesan negatif ýkepada para pelajar. Beberapa perubahan dan pengubahsuaian di dalam sistem ýpendidikan telah dilakukan agar pemantapannya dapat menyelamatkan agama, ýummah, bangsa dan negara. ý Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ý Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah ýpendidikan tidak dinyatakan secara 'tersurat'. Walau bagaimanapun, hasrat dan ýmatlamat pendidikan negara te1ah digambarkan dalam Penyata Razak, Laporan ýRahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). ýDalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini ýdikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukun Negara yang turut menegaskan ýprinsip 'kepercayaan kepada Tuhan'. ý Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan negara secara 'tersurat' telah ýlama disedari. Langkah untuk menggubal falsafah pendidikan supaya menjadi ýcermin cita-cita dan idealisme yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini ýmelalui proses pendidikan sememang dinanti-nantikan. Dalam penggubalannya. Pertimbanganýpertimbangan yang teliti perlu dilakukan dengan merujuk kepada perkara-ýperkara berikut: ý a)Penyata Razak 1965 dan Laporan Rahman Talib 1960, ý b)Akta Pelajaran 1961, (c) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula ýPelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979, ý c)Rukun Negara, ý d)Prinsip-prinsip Pendidikan, dan ý e)ýMatlamat Pendidikan, ý Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini, falsafah pendidikan negara dinyatakan ýseperti yang berikut: ý Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah ýperkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk ýmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, ýrohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan ýkepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang ýberilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab ýdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ýterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ý Falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan ýkepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke ýarah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta ýkepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna falsafah pendidikan negara berhasrat ýuntuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. Falsafah ýpendidikan negara merupakan pemantapan pemikiran

mengenai pendidikan di ýMalaysia. Ini menetapkan arah haluan yang perlu ditujui. Falsafah ini mempunyai ýkeutuhan dan ketahanan yang berkekalan buat sepanjang masa dalam konteks ýmasyarakat Malaysia. Oleh itu, sudah sepatutnya ia dijadikan teras keseluruhan ýpendidikan dari pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Falsafah ýpendidikan negara telah menggariskan tiga bidang utama bagi mencapai tujuan ýpendidikan, yang mencakupi aspek-aspek keperluan individu, negara dan ýekonomi, iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan ýkemakmuran negara. Usaha-usaha ke arah pencapaian faktor-faktor ini adalah ýmerupakan matlamat pendidikan negara. Dengan berpandukan falsafah ini ýperkembangan individu secara menyeluruh akan menyumbang kepada wujudnya ýperpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Insan yang seimbang dan harmonis ýakan memiliki dan menghayati perkara-perkara berikut: ý •percaya dan patuh kepada Tuhan, ý •berilmu pengetahuan dan berketerampilan, ý •berakhlak mulia, ý •bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara,ý •berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, dan •memiliki peribadi yang seimbang dan bersepadu.ý Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Bersepadu ý Untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis yang ýberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, beberapa ýpengubahsuaian kurikulum dalam sistem pendidikan kebangsaan perlu dilakukan ýbagi semua peringkat. Strategi pendidikan yang berteraskan kurikulum yang ýtelah diolah itu juga perlu diperbaharui dan diubahsuai agar hasrat yang ýdicitakan dalam falsafah pendidikan negara dapat dicapai. Perubahan dan ýpenyesuaian yang dilaksanakan ini adalah berasaskan kepada konsep ýpendidikan bersepadu, yang mewujud pertalian nyata di antara bidang kognitif, ýefektif dan psikomotor di dalam usaha meningkatkan lagi potensi individu secara ýmenyeluruh daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. ý Sungguhpun Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan dan ýmula dilaksanakan pada tabun 1983, iaitu sebelum falsafah pendidikan negara ýdisuratkan, namun beberapa ciri KBSR adalah memenuhi keperluan-keperluan ýke arah perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan ýDasar Pelajaran, iaitu: ý Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan ýmurid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang ýkomunikasi, bidang manusia dan alam sekelilingnya dan bidang ýperkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan ýkemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu. ý Rajah 28,4 memberi gambaran yang jelas tentang aspek-aspek yang diberi ýpenekanan dalam KBSR. Sungguhpun KBSR terbentuk sebelum tersuratnya ýfalsafah pendidikan negara, kurikulum ini juga merupakan penghayatan konsep ýpendidikan bersepadu yang amat sesuai dengan tujuan falsafah pendidikan ýnegara. Di peringkat pendidikan menengah pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah ýMenengah (KBSM) digubal dengan berdasarkan falsafah pendidikan negara ýý(rujuk Rajah 28.5). Kurikulum ini mula dilaksanakan secara terhad pada tahun ýý1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tabun 1989. Matlamat KBSM adalah ýselaras dengan matlamat pendidikan negara, iaitu ke arah menghasilkan insan ýyang seimbang dan harmonis berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan ýkepada Tuhan. ý

Dalam rancangan KBSM, pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting ýbagi menjalin dan mengadun unsur-unsur ilmu dan kemahiran dan bahasa dan ýnilai-nilai dalam semua mata pelajaran. Daripada segi konsepnya, pendidikan ýbersepadu ditakrifkan sebagai proses pembentukan pelajar daripada segi ýpenguasaan ilmu pengetahuan, pen era pan nilai-nilai murni dan perkembangan ýjasmani yang sihat. Hal ini dilakukan secara menyeluruh ke arah mewujudkan ýinsan yang seimbang dan harmonis. Proses ini berlaku serentak, selaras dan ýsentiasa terikat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pendekatan ýyang digunakan untuk menjayakan matlamat pendidikan melalui sistem ýpendidikan bersepadu, memberi penegasan ke atas perkara-perkara yang ýberikut: ý Ilmu dan Kemahiran ý Setiap disiplin dirujuk dan diselaraskan dengan falsafah dan matlamat ýpendidikan negara. Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke dalam objektif ýsetiap mata pelajaran:ý •kandungan kurikulum dapat mengembangkan lagi kemahiran-kemahiran ýasas yang diperolehi di peringkat rendah;ý •kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan seharian, ý •kandungan kurikulum turut memperkembangkan kemahiran-kemahiran ýbelajar, psikomotor dan sosial yang telah pun diperolehi di peringkat ýrendah; dan ý •kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan ýdaya pemikiran untuk menghuraikan, mencerakinkan, mencari, ýmerumuskan dan menghasilkan idea-idea bernas. ý Nilai-Nilai Murni ýý Unsur nilai-nilai murni merupakan komponen bersepadu yang amat penting yang ýperlu diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran selain mata pelajaran ýPendidikan Islam dam Pendidikan Moral. Nilai-nilai murni merupakan nilai-nilai ýsejagat yang tidak bercanggah dengan agama, budaya dan norma masyarakat ýMalaysia. Kategori nilai-nilai murni tersebut adalah seperti yang berikut:ý ýý baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, berkasih ýkebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, ýkesederhanaan, bersyukur, rasional, semangat kemasyarakatan. ý Nilai-nilai murni ini berteraskan kepada nilai-nilai kerohanian. Di samping itu, ýsemua ini merangkumi nilai-nilai kemanusiaan dan kewarganegaraan ý Bahasa ý Untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam semua mata ýpelajaran, dengan tumpuan diberikan kepada penggunaan aspek-aspek bahasa ýyang betul yang meliputi sebutan, struktur ayat, tata bahasa dan laras bahasa. ýSebagai bahasa ilmu pengetahuan, tekanan ke atas penggunaannya juga diberi ýkepada ketepatan berkomunikasi, kecekapan berbahasa, kemampuan berfikir, ýberkreatif dan menghasilkan . karya dalam bahasa Malaysia. Penggunaan ýbahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab sebagai alat ýmenimba ilmu pengetahuan akan terus dikembangkan. ý Ketiga-tiga unsur di atas adalah tertumpu kepada kurikulum yang bercorak ýformal yang diamalkan di bilik darjah. Usaha untuk mencapai matlamat KBSM ýakan menjadi lebih berkesan jika strategi ini disokong dengan strategi-strategi ýdalam bidang kokurikulum dan juga budaya sekolah.ý

ýý Kokurikulum ý Kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan gerak kerja ýyang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran ýdan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat ýmenyediakan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan yang ýtelah dipelajari di bilik darjah. ý Aktiviti-aktiviti amali ini dapat membantu pelajar untuk mengukuhkan ýpengalaman belajar dan keyakinan diri. Lazimnya gerak kerja kokurikulum ýdikelompokkan kepada tiga kumpulan, iaitu pasukan pakaian seragam, ýpersatuan atau kelab dan sukan.ý Fungsi gerak kerja kokurikulum adalah seperti berikut: ý ý(i)ýmengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di ýbilik darjah, ý ý(ii)ýmemupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga di ýan tara sekolah dengan masyarakat, ý ý(iii)mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan ýberfaedah, di samping memelihara kesihatan fizikal dan mental, ý ý(iv)membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk ýkesedaran tentang pemilihan kerjaya, dan ý ý(v)memberi pelajar peluang untuk melatih diri serta memupuk sifat yakin ýkepada diri sendiri dan berdikari. ý Budaya Sekolah ý Budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah, sama di ýpersekitaran yang bercorak fizikal mahupun yang bukan-fizikal. Persekitaran ýyang memberi galakan dan bersifat menyokong dapat melahirkan kesan positif ýterhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai ýmurni. Dengan cara demikian usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah ýpelajar dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.ý ýý Di antara perkara-perkara utama yang diberikan penekanan dalam pembentukan ýbudaya sekolah adalah: ý ý(i)ýfizikal sekolah yang baik,ý ý(ii)aspek sosial sekolah yang dapat merangsang pembinaan insan yang ýbaik, ý ý(iii)aspek budaya ilmu, dan ý ý(iv)penggunaan bahasa yang baik. ý Di samping aspek penting yang dinyatakan di atas, bahan-bahan pengajaran ýkhasnya buku teks mestilah mencerminkan hasrat falsafah dan memperlihatkan ýkesepaduan. Dengan cara itu para guru dan murid mendapat panduan dan ýcontoh yang sewajarnya.ý ýý Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diasaskan kepada ýkonsep pendidikan bersepadu bertujuan untuk mempertingkatkan lagi potensi ýindividu secara menyeluruh dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi ýdan jasmani. Perakuan ini

adalah ke arah melahirkan insan yang berilmu, ýberakhlak mulia dan berbudi serta sanggup berbakti kepada masyarakat dan ýnegara. ý ýý Kesepaduan ini mempunyai hubung kait dan pertalian yang rapat di antara ýfalsafah serta matlamat pendidikan dengan matlamat KBSM dan objektif sukatan ýpelajaran. Pertalian ini juga mengambil kira bidang kognitif, efektif dan ýpsikomotor melalui isi kandungan yang terdapat dalam mata pelajaran-mata ýpelajaran teras dan pilihan atau tambahan. Rajah 28.6 memberi gambaran ýtentang pertalian di antara pendidikan bersepadu dengan matlamat falsafah ýpendidikan negara.ý Falsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras Perancangan ý Kementerian Pendidikan telah memperakui keutuhan dan keunggulan falsafah ýpendidikan negara. Segala daya usaha Kementerian Pendidikan dalam ýmelaksanakan sistem Pendidikan Kebangsaan akan berteraskan kepada hasrat ýyang tersirat dalam falsafah tersebut. Kewujudan KBSR dan KBSM yang ýberasaskan pendidikan bersepadu merupakan langkah-langkah ke arah ýmencapai matlamat falsafah pendidikan negara. ý Perubahan dan pengubahsuaian dalam sistem pendidikan diperlukan bagi ýmenghindari menularnya gejala-gejala yang tidak sihat yang mempengaruhi belia ýdan pelajar-pelajar mas a kini. Pendidikan yang kurang menekankan teras ýkeTuhanan dan lebih mirip kepada kebendaan atau materialisme akibat daripada ýkecenderungan ke arah pembangunan negara melalui pendidikan yang tertumpu ýkepada utiliti tidak lagi mampu menghadapi cabaran dan tuntutan mas a kini. ýOleh itu pendidikan yang berasaskan keTuhanan amat perlu untuk mencegah ýmenularnya gejala-gejala yang tidak diingini.ý ýý Penekanan kepada pendidikan yang berlandaskan keTuhanan seharusnya ýdijadikan panduan dan teras kepada perancangan pembangunan pendidikan di ýMalaysia. Konsep pendidikan yang berteraskan keTuhanan tidak bercanggah ýdengan prinsip-prinsip atau matlamat-matlamat pembangunan. Malah matlamat ýpendidikan yang berasaskan keTuhanan akan menghasilkan rakyat yang baik ýdan sempurna daripada semua segi, termasuk rakyat yang dapat menyumbang ýkepada pembangunan negara dengan lebih gigih dan penuh kejujuran. ý Pendidikan yang dirancangkan berdasarkan falsafah pendidikan negara ýberhasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan ýsemasa serta mampu menghadapi cabaran masa depan. Oleh yang demikian ýmemang seharusnyalah falsafah pendidikan negara dijadikan sebagai teras ýusaha-usaha perancangan pembangunan pendidikan. Segala hasrat yang ýterkandung dalam falsafah tersebut perlu difahami dan dihayati oleh semua ýpihak yang terlibat agar program dan projek yang dirancang benarbenar ýmenyokong hasrat mencapai matlamat falsafah pendidikan negara. ý Rajah 28.7 menunjukkan satu rangka perancangan yang berasaskan falsafah ýpendidikan negara melalui pelaksanaan pendidikan bersepadu. Rangka ýperancangan ini dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama: ý ý(i)ýfalsafah pendidikan negara, ý ý(ii)operasi falsafah tersebut, dan ý ý(iii)hasil yang hendak dicapai yang berteraskan pendidikan bersepadu. ý Hasrat falsafah pendidikan menggambarkan empat aspek penting yang ýditekankan terhadap perkembangan seseorang individu iaitu daripada aspek ýintelek, emosi, rohani dan jasmani. Perkembangan individu yang menyeluruh ýdan seimbang yang mencakupi

keempat-empat aspek ini adalah berteraskan ýkepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. ý Pendidikan bersepadu merupakan mekanisme utama dalam sistem pendidikan. ýPenekanan diberi terhadap ilmu dan kemahiran, nilai-nilai murni dan bahasa. ýKetiga-tiga aspek ini disepadukan melalui mata pelajaran-mata pelajaran teras, ýmata pelajaran pilihan dan semua aktiviti kokurikulum. Kurikulum bersepadu ini ýakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.ý STRUKTUR PENDIDIKAN ý Persekolahan formal di Malaysia adalah bercorak 6-3-2-2. Struktur ini ýmembahagikan pendidikan itu kepada peringkat rendah, menengah rendah, ýmenengah atas dan peringkat selepas SPM. Kanak-kanak memasuki sekolah ýrendah apabila mencapai umur lebih daripada enam tahun lebih. Sementara ýpendidikan peringkat tinggi dalam bidang akademik dan profesional disediakan ýoleh universiti-universiti dan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. ýPersekolahan hari ini telah bertukar corak dengan amalan sistem semester ýberbanding dengan sebelum tahun 1990, yang mengamalkan bilangan 192 hari ýsebagai hari persekolahan dalam setahun dan dibahagikan kepada tiga penggal. ý Peringkat Rendah Hala tuju utama pendidikan rendah ialah untuk memberikan asas yang kukuh ýterutama asas kemahiran menulis, membaca dan mengira. Pada peringkat ini, ýpendidikan adalah percuma dan diwajibkan. Kemasukan mereka pada peringkat ýini diterima semasa kanakkanak itu lebih daripada berumur enam tahun lebih. ý Bahasa pengantar pendidikan rendah dibahagikan kepada iaitu bahasa ýMalaysia, Cina dan Tamil. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah ýkebangsaan ialah bahasa Malaysia sementara sekolah rendah jenis kebangsaan ýý(Cina)/SRJK(C) dan sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil)/SRJK(T), masing-ýmasing menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil dengan bahasa ýMalaysia sebagai satu daripada mata pelajaran wajib. Bahasa lnggeris pula ýdiajarkan di semua sekolah rendah sebagai bahasa kedua. Persekolahan pada ýperingkat ini mengalami pertambahan bilangan murid dari setahun ke setahun. ýPada tahun 1989, misalnya, seramai 2,390,920 orang kanak-kanak telah ýmemulakan persekolahan mereka di 6,795 buah sekolah rendah. Di ýSemenanjung Malaysia sahaja peratus kemasukan ini adalah pada tahap ýý99.03%. Di Sabah dan Sarawak pula kadar kemasukan ini pada amnya rendah ýdengan beberapa alasan seperti kawasan terpencil, penduduk tidak ramai, ýsistem perhubungan yang serba kekurangan. ý Sungguhpun sistem kenaikan darjah di peringkat rendah ini secara automatik. ýdari tahun pertama ke tahun keenam, penilaian dalaman tetap dijalankan secara ýberterusan. Tujuan utama penilaian ini adalah untuk mengenal pasti masalah ýyang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pemulihan ýdapat dibuat dengan segera. Pada akhir tahun keenam kanak-kanak ini akan ýmenduduki satu ujian yang dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). ýDalam ujian inilah murid-murid itu diuji untuk melihat tingkat penguasaan ýterhadap asas pembelajaran 3M yang dicapai oleh mereka. ý Peringkat Menengah Rendah Persekolahan di peringkat menengah adalah kesinambungan persekolahan ýperingkat rendah, dan menggambarkan sejauh manakah pembelajarannya ýberkesan. Pendidikannya secara menyeluruh dan terbahagi kepada menengah ýrendah dan menengah atas. ý

Pendidikan menengah rendah bermula sebaik sahaja murid-murid menamatkan. ýpelajaran di sekolah rendah. Mereka ditempatkan dalam tingkatan satu secara ýautomatik. Manakala murid-murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) ýdan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) dikehendaki menduduki kelas ýperalihan selama setahun sebelum memasuki tingkatan satu. Peluang ini ýsebenarnya membolehkan mereka memenuhi dan menguasai bahasa Malaysia ýyang menjadi bahasa pengantar utama di peringkat sekolah menengah. Ini ýbermakna murid-murid Iepasan sekolah rendah kebangsaan akan bersekolah ýselama tiga tahun. manakala murid daripada SRJK(C) dan SRJK(T) akan belajar ýselama empat tahun. ý Kemasukan para pelajar di peringkat ini bertambah dari tahun ke tahun. Aliran ini ýdapat dilihat dengan jelas pada tahun 1988 dan 1989. Pada tahun 1988 jumlah ýmurid ialah 931,797 orang dan tahun berikutnya menjadi 938.518 orang. Pada ýakhir tahun ketiga pendidikan peringkat ini, para pelajar akan menduduki ýpeperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Peperiksaan ini akan menentukan ýkelayakan mereka untuk ditempatkan ke sekolah menengah atas (tingkatan ýempat). ý Peringkat Menengah Atas ý Keupayaan dan kejayaan di peringkat peperiksaan SRP akan membolehkan ýpara pelajar meneruskan pelajaran mereka ke tingkatan empat dengan mengikut ýaliran yang sesuai dengan kelayakan mereka. Dua aliran yang dikenal pasti ialah ýakademik dan vokasional. Bagi murid yang mengambil aliran akademik, mereka ýakan disalurkan kepada tiga jurusan: sains, sastera dan agama. Pelajar-pelajar ýyang terpilih untuk mengikuti aliran vokasional akan mengikuti pelajaran di ýsekolah-sekolah vokasional dalam pelbagai jurusan seperti pertukangan, ýekonomi rumah tangga, pertanian dan perdagangan. ý Pendidikan Vokasional dan Teknik ýý Objektif utama pendidikan vokasional dan teknik ialah untuk menyediakan para ýpelajar dengan asas kemahiran vokasional dan pengetahuan teknik asas. ýSekolah menengah vokasional juga menawarkan latihan dalam kemahiran ýindividu. ý Pada akhir tempoh kursus dua tahun, para pelajar dalam aliran sastera, sains ýdan teknik akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ýsetaraf dengan GCE '0' level. ý Pendidikan dalam jurusan vokasional dapat dilihat melalui dua program yang ýdinamakan akademik dan latihan kemahiran. Pelajar yang memilih kursus latihan ýkemahiran akan diberi latihan dua tahun selepas tingkatan empat (grade 10). ýSementara itu di tingkatan lima (grade 12) mereka dikehendaki mempelajari lebih ýbanyak mata pelajaran akademik bagi persediaan menghadapi peperiksaan ýSPM atau SPVM. ý Selepas menduduki peperiksaan SPM/SPVM, para pelajar boleh memilih sama ýada untuk melanjutkan pelajaran atau memasuki pasaran tenaga man usia. Bagi ýyang ingin melanjutkan pelajaran, peluang untuk mereka terbuka sama ada ýuntuk ke maktab-maktab perguruan, politeknik, institut-institut teknologi, kolej, ýinstitut kemahiran dan universiti tempatan atau luar negeri. Institusi-institusi ýtersebut menawarkan kursus-kursus profesional pada peringkat sijil, diploma dan ýijazah. ý Pendidikan Selepas SPM Pendidikan di peringkat ini menyediakan pelajar-ýpelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ýyang dikelolakan oleh

Majlis Peperiksaan Malaysia, iaitu sama seperti ýpeperiksaan Matrikulasi yang dikelolakan oleh setengah-setengah universiti ýtempatan. Pada peringkat ini proses pembelajaran berjalan selama dua tahun ýsama ada di kelas matrikulasi atau tingkatan enam. Juga bidang pengajian ýterbahagi kepada dua jurusan, iaitu sastera dan sains. Kelas-kelas matrikulasi ýpula lebih merupakan peringkat pendidikan pra-universiti. Begitu juga halnya ýdengan pelajar tingkatan enam jika mereka lulus dengan cemerlang dalam ýpeperiksaan STPM. ý Wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia ý Universiti ini telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus utamanya terletak di ýBangi, Selangor dan bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Malaysia. ýSehingga kini universiti tersebut telah membuka dua cawangan, pertama Fakulti ýPerubatan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Bukit Padang, Sabah. ý Perjuangan untuk menubuhkan universiti ini telah bermula sejak tahun 1920-an ýapabila A. Kadir Adabi membuat saranan kepada Sultan Kelantan supaya ýmendirikan sebuah pusat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu ýsebagai bahasa pengantar utamanya. Pada sekitar tahun 1950, KPGMS juga ýtelah membangkitkan perkara yang sama. Berikutan dengan itu pada tahun ýý1965, Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan bahawa Universiti Malaya ýyang ada ketika itu boleh menggunakan kedua-dua bahasa, iaitu bahasa ýInggeris dan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, selepas berlangsungnya ýSeminar Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967, Universiti Malaya telah mula ýberminat untuk menggunakan dasar bahasa Melayu salah satu bahasa ýpengantar utama. ý Menjelang tahun 1968, ura-ura penubuhan Universiti Kebangsaan telah menjadi ýperbualan masyarakat dan beberapa orang tokoh cendekiawan ketika itu seperti ýZainal Abidin Abdul Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrain, Zain ýAbdul Majid dan Ghazali Abdul Rahman telah menggesa kerajaan supaya ýpenubuhan universiti ini disegerakan. ý Bertempat di Universiti Malaya pada 15 Mac 1969, satu kongres mengenai ýpenubuhan universiti ini telah diadakan. Keputusan kongres kemudiannya ýdiserahkan kepada Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakob selaku Menteri ýPendidikan ketika itu. Pada 18 Mei 1970 impian rakyat Malaysia menjadi ýkenyataan dengan pengambilan pelajar pertamanya seramai 190 orang yang ýtelah dibuat di Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur. ý Sekarang, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mempunyai sebanyak dua ýbelas fakulti, empat pusat dan satu institut. Dengan pengambilan pelajar sesi ýý88/89 seramai 4,136 orang, Universiti Kebangsaan sekarang telah menampung ýseramai 11,382 orang penuntut. ý Penutup ý Sejak awal-awal lagi, diakui bahawa proses pendidikan telah diterima sebagai ýfaktor terpenting dalam mencorak dan menggerakan kelompok manusia. Hal ini ýsemakin ketara terutama sekali apabila kerajaan menyatakan hasrat untuk ýmenerapkan nilai-nilai dan budaya yang sesuai kepada setiap rakyat negara ini ýsebagai persiapan diri dan negara ini bagi menghadapi zaman 'Iedakan ýmaklumat'. ý Ramai di kalangan ahli masyarakat yang melihat pendidikan ini sebagai satu ýpelaburan jangka panjang dalam menyediakan tenaga mahir untuk menyambut ýcabaran masa akan

datang. Pada hakikatnya pendidikan ialah merupakan satu ýusaha memberi arah kepada kelangsungan kehidupan dan memperlengkapkan ýdiri anak-anak bangsa untuk menjadi manusia yang berketerampilan. Ini bererti ýbahawa pendidikan harus berkesan dalam mencapai pengurusan dalam ýpelbagai bidang umpamanya bidang sains, teknologi, informasi, matematik dan ýkomputer.ý Sistem pendidikan berubah mengikut masa dan reformasi pendidikan akan terus ýberlaku mengikut perubahan zaman. Oleh yang demikian ini membolehkan ýindividu yang lahir ketika itu mempunyai daya tahan dan daya saing yang kuat ýdan teguh hingga terbentuknya satu bangsa yang merdeka serta berani dan ýmampu melihat masa depan negara berdasarkan perspektif dan nilai kita sendiri.ý BIBLIOGRAFI ý1.ý Awang Had Salleh (1974). Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya ýZaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.ý ý2.ý Ahmad Abd. Ghani b. Hj. Said (1977). Tuan Hussein Kedah, Kajian Ilmiah ýJabatan Sejarah. University Malaya.ý ý3.ý Abdullah Sani Yahya dan rakan (1990). Perkembangan Pendidikan di ýMalaysia. Petaling Jaya: Longmans.ý ý4.ý ý Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan Pendidikan di ýSemenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.ý

FUNGSI BAHASA MALAYSIA Bahasa Kebangsaan – melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa. Bahasa Rasmi – dalam komunikasi dan acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi, pentadbiran, minit mesyuarat, memo dll. Bahasa Perpaduan – perpaduan antara kaum/keturunan, perpaduan politik. Bahasa Ilmu – dalam bidang ilmu, sains, teknologi, komputer, saintifik, ilmiah. Menjadikan Bahasa Malaysia setaraf Bahasa Inggeris; antarabangsa. Bahasa Pendidikan – bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, universiti, kolej.

BAHASA MALAYSIA FORMAL Bahasa formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi formal. Juga disebut bahasa baku. Bahasa formal adalah bahasa yang telah diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti perundangan, surat rasmi, majlis rasmi, sekolah, berita, akhbar dan media massa. Walaupun terdapat banyak dialek bahasa di Malaysia, hanya satu bentuk bahasa formal; iaitu bahasa kebangsaan/bahasa rasmi – Bahasa Malaysia.

Related Documents

Forum Perbincangan Darul Nu
November 2019 16
Nu Nu
May 2020 46
Darul Ifta
June 2020 23
Nu
November 2019 48
Nu
June 2020 41
Darul Ifta
June 2020 19