BAGAIMANAKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH DAPAT MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN WARISAN BANGSA DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, dan pemulihan. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada”. Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah. Melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan bangsa ini. Sebagai contoh, apabila kita memperkenalkan bangunan bersejarah kepada generasi akan datang, bermakna mereka juga boleh menyemai perasaan patriotic terhadap negara. Sekali gus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam erti kata lain, melalui prinsip pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah ini dapat menunjukkan bahawa kita berbangga dengan sejarah bangsa. Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat melahirkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat majmuk. Oleh itu, apabila kita melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia, kita juga dapat bekerjasama dan tolong-menolong antara anggota masyarakat. Semangat muhibah atau semangat muafakat antara semua kaum dapat dibentuk dan seterusnya akan melahirkan semangat patriotic antara anggota masyarakat. Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat membentuk sikap rajin dan gigih. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi menjayakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan.