PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME Mempelajari sejarah merupakan satu perkara yang sangat penting. Ini memandangkan melalui sejarah, masyarakat atau generasi muda dapat mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa lampau yang dilalui oleh pejuang-pejuang negara. Seiring dengan fokus utama folio sejarah yang bertujuan menanam semangat patriotik bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kita perlu menghargai raja dan pemimpin negara yang banyak memerdekakan negara kita. Oleh itu, kita perlu menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara. Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus menghormati lambing-lambang negara, antaranya bendera dan lagu kebangsaan negara. Kita juga harus mempertahankan maruah, bangsa dan negara serta menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya mengetepikan sejarah negara sebaliknya berbangga dengan sejarah tanah air. Pada masa kini, setiap rakyat harus mempunyai semangat setia negara dan cinta akan bangsa. Ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan pemimpin negara juga mesti ada dalam setiap diri warganegara Malaysia. Rakyat harus bertanggungjawab dan sedia berkorban untuk bangsa dan negara. Rakyat Malaysia yang bernai dan sanggup mempertahan kedaulatan bangsa dan negara patut dicontohi, khususnya oleh generasi muda. Selain itu, rakyat perlu peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan tanah air. Kita seharusnya bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia. Perpaduan dapat diwujudkan melalui semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat majmuk. Apabila matlamat ini tercapai, lahirlah masyarakat yang harmoni. Melalui sikap tolak-ansur dan bertoleransi pula, kesejahteraan rakyat dapat diwujudkan. Selain itu, kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dapat memupuk perpaduan kaum. Hormat-menghormati dapat memupuk persefahaman dan permuafakatan. Dengan ini, semangat muhibah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat disemai. Sejarah telah membuktikan bahawa disiplin diri menanam semangat patriotik serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Seseorang yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi akan dipandang tinggi kerana kemuliaannya. Sepertimana tokoh mempertahankan negara, bertindak wajar dalam sesuatu perkara serta mengunjungi Perlembagaan Negara. Sekiranya rakyat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, negara akan kacau bilau dan berkemungkinan akan mencetuskan peperangan. Dengan itu, rakyat wajib mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang diketatkan. Bersifat amanah, jujur, berlaku adil dan bertimbang rasa amat penting dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini kerana tanpa sifat-sifat tersebut, tokoh-tokoh yang telah memerdekakan negara kita tidak dapat memajukan negara Malaysia sepertimana sekarang ini. Usaha itu tangga kejayaan. Sekiranya ingin berjaya dalam sesuatu perkara, sifat gigih dan rajin mesti dipegang dan fokuskan pada matlamat. Berkat kegigihan dan kerajinan yang ditunjukkan oleh pejuang negara kita mampu mengalahkan musuh-musuh negara sekaligus memerdekakan tanah air daripada penjajah. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berdikari dan tabah mengahadapi cabaran agar matlamat untuk memajukan nagara akan tercapai.