Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Definisi Pemeliharaan & Pemuliharaan Pemeliharaan merupakan bidang yang memperbaharui bangunan yang sudah lama dan usang.Bagi lebih memahami bidang ini,kita memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang luas dalam bidang ini. Pemuliharaan bangunan dan monumen bererti memelihara dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan. Proses ini bertujuan untuk melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan lama, monumen atau sebarang harta warisan negara. Ramai pakar akan terlibat dalam suatu pemeliharaan atau pemuliharaan seperti kontraktor, arkitek, jurukur bahan, perancang bandar, ahli sejarah dan lain-lain. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga menunjukkan sikap rajin dan gigih beberapa masyarakat yang menjaga bangunan bersejarah. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara. Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan harmoni antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya
akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat. Kontek bangunan di sini adalah sebarang struktur pembangunan yang telah atau sedang diguna atau didiami oleh penghuni. Sementara monumen pula adalah sesuatu struktur atau objek yang tujuan asalnya bukan untuk didiami oleh penghuni. Contoh monumen ialah menara jam, tugu, pondok talipon, pancutan air dan sebagainya. Penjagaan bangunan lama ini boleh dipraktikkan melalui berbagai kaedah dan teknik pembaikan dan pemuliharaan.
Yang Dipelihara dan Dipulihara Dari segi: Definisi Bandar warisan beerti sebuah bandar yang masih mengekalkan segala yang ada pada satu masa dahulu sehinggalah apa yang ada pada hari ini. Bandar warisan merupakan sebuah bandar yang telah dipulihara. Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Alor Setar,Kedah, Masjid Zahir merupakan salah satu bangunan bersejarah di situ dan ia telah kekal kerana ia dipeliharakan masyarakat Kedah.Bangunan-bangunan yang dibina di zaman kolonial termasuk rumah-rumah kayu Melayu mempunyai ciri-ciri rekabentuknya yang unik. Sesetengah daripada bangunan ini masih tegap dan kukuh untuk didiami walaupun berusia lebih daripada 70 atau 90 tahun. Rumah-rumah kayu Melayu yang terdapat di beberapa kawasan di Melaka, Kelantan, Terengganu dan Selangor mempunyai rekabentuk yang berdasarkan ciri-ciri seni bina tempatan dan luar. Di Malaysia, di bawah Akta Bendapurba 1976, sesebuah bangunan atau monumen berusia sekurang-kurangnya 100 tahun boleh diwarta atau digazetkan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Muzium untuk diberi perlindungan, penjagaan dan galakan bagi kerja-kerja pemuliharaan. Sehingga kini lebih kurang 137 buah bangunan dan monumen (termasuk perigi, makam, kota, batu, gua dan tugu) telah diwartakan di bawah Akta tersebut. Daripada jumlah ini, sebanyak 51 buah adalah bangunan lama termasuk 21 buah bangunan kolonial British.
Bilangan ini akan bertambah dari masa ke semasa memandangkan terdapat banyak bangunan-bangunan dan monumen yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah di seluruh negara yang perlu dipulihara dengan sebaiknya. Kepentingan Pendapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa bangunan dan monumen lama tidak perlu dipulihara adalah tidak berasas. Ini adalah kerana jika dikaji secara terperinci, bangunan dan monumen yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah itu terdapat beberapa kepentingannya yang tersendiri. Sejarah Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Georgetown, Pulau Pinang, contohnya, terdapat berbagai bangunan kolonial dan monumen seperti Kota Cornwallis (1808), Mesjid Kling (1801), Gereja St. George (1817), Muzium Negeri (1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang mana membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke 18. Nilai Seni Bina
Dari segi seni bina pula, bangunan-bangunan yang dibina di zaman kolonial termasuk rumah-rumah kayu Melayu mempunyai ciri-ciri rekabentuknya yang unik. Sesetengah daripada bangunan ini masih tegap dan kukuh untuk didiami walaupun berusia lebih daripada 70 atau 80 tahun. Rumah-rumah kayu Melayu yang terdapat di beberapa kawasan di Melaka, Kelantan, Terengganu dan Selangor mempunyai rekabentuk yang berdasarkan ciri-ciri seni bina tempatan dan luar (seperti dari Siam dan Indonesia) di samping mempunyai nilai-nilai seni ukir yang tinggi dan berkualiti. Segala usaha dan kemahiran tukang-tukang rumah dan pengukir kayu tidak akan sia-sia sekiranya generasi muda mengambil inisiatif untuk belajar dari mereka agar kesinambungan warisan negara dikekalkan. Begitu juga dengan bangunan-bangunan kolonial British yang mempunyai pelbagai ciri-ciri rekabentuk seni bina asing yang telah diubahsuai dengan keadaan cuaca tempatan yang panas dan lembab. Secara ringkasnya, bangunan-bangunan kolonial ini boleh dikategorikan kepada 4 reka bentuk seni bina iaitu: Moorish (Bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi dan Mesjid Jamek, Kuala Lumpur) Tudor (Bangunan Kelab Di Raja Selangor, Kuala Lumpur dan Sekolah King Edward VII, Taiping) Neo-Classical (Gereja St. George, Georgetown dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak) Neo-Gothic (Gereja Holy Rosary Catholic dan St. Mary, Kuala Lumpur).
Rekabentuk seni bina ini terdapat di beberapa elemen bangunan lama seperti ruang dinding, menara, tingkap, pintu, tiang dan ruang dalaman. Sesetengah elemen yang terdapat di bangunan kolonial tersebut telah dipinjam dan diubahsuai untuk menjadi elemen dan rekabentuk bangunan moden.
Bagaimana Hendak Dipelihara. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 36 tahun, kesankesan peninggalan daripada pihak penjajah kolonial seperti Portugis, Belanda dan British masih boleh dilihat dari pelbagai aspek. Hasil daripada penjajahan Portugis dan Belanda terutamanya di Melaka telah meninggalkan sedikit sebanyak kesan kepada kebudayaan masyarakat tempatan. Kelebihannya termasuklah menjaga warisan bangsa daripada pupus, menambah pendapatan negara, memperkenalkan Malaysia di mata dunia, menaiktaraf kedudukan sebuah bandar dan mendapat lambang prestij antarabangsa. Penyelidikan ini akan tertumpu kepada bandar warisan sebagai warisan yang perlu dilindungi dan dipulihara. Bandar warisan termasuklah bangunan, kawasan dan budaya sesuatu tempat itu. Penumpuan ke atas bandar warisan ini akan mengecilkan lagi skop penyelidikan agar tumpuan dapat diberikan berbanding warisan secara amnya. Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kesan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Dari Segi: Pelancongan. Dari segi pelancongan, pemuliharaan bangunan dan monumen dapat menarik ramai pelancong tempatan dan luar negeri untuk melawat Malaysia. Bangunan-bangunan lama contohnya boleh diubahsuai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis, restoren dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negera Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford dan Cambridge di England, Paris di Perancis; Venice, Pisa dan Florence di Italy; dan Amsterdam di Belanda telah berjaya memulihara dan melindungi sebahagian besar daripada bangunan dan monumen lama mereka dengan baik. Usaha ini telah mampu menarik ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber ekonomi kepada pemilik bangunan dan kerajaan. Selain dari menikmati keindahan alam semulajadi Malaysia, para pelancong boleh juga melawat ke bangunan-bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain daripada artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Pemuliharaan bangunan dan monumen secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
Pendidikan
Selain daripada itu, bangunan dan monumen lama juga boleh memainkan peranan yang penting di dalam pendidikan masyarakat Malaysia khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang boleh dipelajari dari memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contoh,seseorang itu dapat mengetahui bukan sahaja mengapa Masjid Zahir dibina tetapi dapat mengetahui latar belakang masjid tersebut. Pembentukan Minda Pemuliharaan bangunan dan monumen amat penting di dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset negara yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan dan monumen ini, generasi muda akan lebih menghargai dan peka kepada perkembangan sejarah negara. Ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan dan pemusnahan terhadap bangunan dan monumen yang bersejarah. Perancangan Sungguhpun pemuliharaan bangunan dan monumen di Malaysia masih berada di peringkat awal tetapi amat penting bagi usaha-usaha ini diberi keutamaan sebelum warisan dan khazanah negara lenyap dibawa arus pembangunan moden. Berbagai langkah boleh dilakukan untuk menyelamat bangunan dan monumen dari perobohan dan pemusnahan. Pemuliharaan bangunan dan monumen di Malaysia harus diberi penekanan di dalam sistem pendidikan negara. Subjek-subjek pemuliharaan bangunan dan monumen
patut diajar di sekolah-sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi untuk menanamkan semangat cintakan warisan dan khazanah negara kepada generasi muda.
Kesimpulan Fenomena pemuliharaan bangunan dan monumen adalah suatu perkara yang baru dan mungkin asing bagi sesetengah masyarakat Malaysia dewasa ini. Walau bagaimanapun, segala usaha-usaha pemuliharaan bangunan dan monumen lama yang dilakukan oleh pihak-pihak penguasa tempatan, Jabatan Muzium dan badan-badan warisan patut diberi sokongan yang padu. Ini adalah kerana pemuliharaan bangunan dan monumen lama dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan negara melalui aspek-aspek kebudayaan, pelancongan dan pendidikan. Sehubungan itu, segala program pendidikan dan promosi pelancongan negara merupakan pendekatan yang amat penting ke arah meningkatkan lagi tahap kefahaman dan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap pemuliharaan bangunan dan monumen lama. Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara kerana terus berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga kepada mereka yang berusaha memerdekakan tanah air kita ini.