SULIT
BORANG SEMAKAN MENGUMPUL FAKTA SEJARAH ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH Bil Sumber 1. Buku ilmiah 2. Jurnal 3. Akhbar 4. Majalah 5. Orang sumber 6. Melawat tempat kajian 7. Internet 8. Televisyen 9. Radio 10. VCD/DVD 11. Sumber-Sumber Lain MARKAH
Tandakan / / atau /X/
Catatan:
Tandatangan
Tarikh:
.
BORANG SEMAKAN PELAPORAN KERJA KURSUS ELEMEN 2 Aspek 1 Tajuk 2 Senarai Kandungan 3 Penghargaan 4 Objektif Kajian 5 Kaedah
MEREKOD FAKTA SEJARAH Kriteria Penskoran Menulis tajuk kajian dengan lengkap Menyenaraikan isi kandungan dan muka surat secara tertib Menyatakan dan menghuraikan penghargaan kepada mana-mana tiga pihak [Guru, ibu bapa, rakan, orang perseorangan atau institusi] Menyatakan dan menghuraikan tiga objektif kajian [Isi kandungan/Tajuk/Iktibar] Menyatakan dan menghuraikan mana-mana tiga kaedah
Folio Sejarah PMR 2009
Pencapaian Skor /1
Tandakan / / atau / X/
/9 /3 /3 /3
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
Kajian 6 Hasil Kajian 7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan
kajian [Temuramah,Pemerhatian, Analisis Dokumen, Penyelidikan Perpustakaan, Lawatan dan sebagainya] Menyenaraikan dan menghuraikan empat sub tajuk berserta bahan sokongan [Contoh ilustrai, carta, pelan lokasi dan sebagainya] Menyatakan dan menghuraikan tiga unsure patriotisme berkaitan dengan tajuk,iktibar tentang diri, bangsa dan negara Memasukkan mana-mana tiga kategori bahan lampiran dan menulis kapsyen berkaitan [Gambar, Peta, Dokumen atau bahan lain yang berkaitan] Menulis empat jenis sumber rujukan mengikut format yang ditetapkan
PENCAPAIAN SKOR ELEMEN 2 Markah Kriteria Penskoran 4 Memenuhi syarat kesemua 9 aspek hasil kajian 3 Mengandungi 7 hingga 8 daripada aspek format kajian termasuk hasil kajian 2 Mengandungi 5 hingga 6 daripada aspek format kajian termasuk hasil kajian 1 Mengandungi 3 hingga 4 daripada aspek format kajian termasuk hasil kajian Catatan :
Folio Sejarah PMR 2009
/4 /3 /3 /4
Pencapaian Murid
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
BANGUNAN BERSEJARAH MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN, KLANG
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN •
LATAR BELAKANG
•
KEISTIMEWAAN
•
PENGUBAHSUAIAN
•
KEJAYAAN BANGUNAAN
RUMUSAN
LAMPIRAN •
GAMBAR-GAMBAR MASJID
•
PELAN MASJID
•
PETA KAWASAN
•
PETA DAERAH
•
GAMBAR PENGASAS MASJID SULTAN SULEIMAN
RUJUKAN
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
PENGHARGAAN Assalamualaikum. Saya ingin mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta ribuan terima kasih di atas pertolongan ikhlas dan kerjasama kepada puan pegetua sekolah kami; Pn. Hjh. Asemah bt Hj. Muhammad Din yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.
Terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah saya; Pn Asiah bt Saiman yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk membuat kajian ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya; Muhammad Saifullah, Syazwan Hakimi, Abdullah dan Muhammad Aiman yang telah banyak membantu saya ketika membuat kajian di tempat kajian. Kepada ibubapa saya yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk membuat kajian ini dan sentiasa meluangkan masa untuk saya sepanjang tempoh menyiapkan folio ini. Mereka adalah sumber motivasi dan inspirasi saya.
Saya sentiasa bersyukur kepada Allah, walaupun hanya diberikan jangka masa yang singkat untuk menyelesaikan kajian ini, saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan menghadapinya dengan perasaan terbuka dan optimis. Dengan berkat dariNya, saya telah dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan perasaan bangga dengan hasil tenaga saya ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk membantu saya menyelesaikan kajian sejarah ini.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian kerja kursus ini ialah:
•
Untuk mengkaji sejarah Masjid Diraja Sultan Suleiman
•
Untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang masjid tersebut pada masa kini
•
Untuk memahami reka bentuk yang unik di sekitar kawasan masjid dan kawasan dalaman masjid juga.
•
Saranan atau usulan untuk memperbaiki keadaan masjid agar lebih bermanfaat dan sekali gus dapat mempertahankan kewujudan masjid yang unggul untuk terus relevan pada masa akan datang.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah yang telah digunakan:
a) PEMERHATIAN Kaedah pertama ialah kaedah pemerhatian. Ia adalah secara penyelidikan yang dijalankan di tempat kajian menerusi kaedah ini. Saya telah mendapati beberapa maklumat tentang bangunan bersejarah itu. Hasil daripada pemerhatian, saya telah membuat catatan yang boleh digunakan untuk kajian ini.
b) TEMU BUAL Salah satu kaedah yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Sebelum menemuramah dijalankan, saya telah menyediakan beberapa soalan soal selidik. Saya telah menemuramah beberapa orang penduduk tempatan yang telah berpengalaman tentang masjid ini. Daripada kaedah ini juga saya dapat menambahkan lagi isi dalam kerja kursus ini.
c) MENCARI MAKLUMAT Kaedah ketiga ialah kaedah maklumat. Saya telah mendapat serba sedikit maklumat tentang cara membuat kerja kursus ini di Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam mengenai buku-buku rujukan, majalah-majalah, keratan akhbar-akhbar lama, dan sebagainya tentang masjid ini. Selain itu, saya juga dapat maklumat daripada internet yang berkaitan dengan masjid ini.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
d) RUJUKAN Kaedah terakhir ialah kaedah rujukan. Saya telah merujuk terhadap buku rujukan dan lampiran kerja kursus ini. Saya juga berbincang bersama-sama rakan-rakan saya yang lain untuk memahami maklumat yang saya peroleh.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
HASIL KAJIAN Masjid DiRaja Sultan Suleiman yang terletak di Klang, Selangor yang didirikan pada tahun 1932 ini mendapat sentuhan seni bina British. Arkitek yang bertanggungjawab ialah L.Keste Ven. Nama masjid ini diambil daripada nama pengasasnya iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor yang ke lima. Masjid ini dibina sempena pengistiharan Klang sebagai pusat pentadbiran Selangor Darul Ehsan. Tujuan utama Sultan Suleiman mendirikan masjid tersebut ialah untuk memudahkannya bersembahyang secara berjemaah dengan rakyat terutamanya pada hari Jumaat. Nama asal masjid ini ialah Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahman. Selain itu, masjid ini juga telah di rasmikan oleh Baginda Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Sultan Selangor yang ke- 5 pada tahun 1934.
Masjid ini menjadi sebahagian daripada mercu tanda penting untuk Bandar Klang. Ia juga boleh memuatkan sekurang-kurangnya seramai 3000 jemaah dalam satu masa. Ada pula yang mengatakan bahawa Masjid Sultan Suleiman ini berkonsepkan Art Deco kerana elemen dekoratif yang minima diguna pakai di sini. Jika di lihat sekali pandang masjid ini juga tidak ubah seperti sebuah gereja kerana binaan menara masjid ini menerima pengaruh seni daripada jajahan pihak British pada waktu tersebut. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan kepada Art Deco. Masih terdapat juga unsur-unsur klasikal pada tiangnya, namun ianya agak minimal. Selain itu, keunikan yang terdapat pada masjid ini juga, kalau dilihat dari pandangan luar masjid ini kelihatan besar dan unik tetapi pada hakikatnya masjid ini agak sempit terutamanya pada ruang solat yang utama kerana masjid ini telah di kelilingi tiang-tiang. Kubah masjid ini berbentuk separuh bulatan ( separa hemisfera) yang berwarna kuning telur ( tidak keemasan) juga bersifat unik dan membentukkan identitinya yang Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
tersendiri. Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil. Menara besar yang berkubah kuning adalah merupakan menara tunggal dan diapit oleh enam menara yang lebih kecil dan rendah. Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar yang lagi tinggi di bahagian tengah laluan masuk dari anjung utama.
Masjid Sultan Suleiman yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman dan di kawasan ‘courtyard’ bangunan asal. Selain itu, masjid ini juga ada persamaannya dengan senibina dengan bangunan Kansas City Power and Light Building di USA.cuba perhatikan dengan gambar rajah di sebelah. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang sepeti yang selalu digunapakai dalam pelan gerejagereja di Eropah. Namun sekarang bentuk Masjid Sultan Suleiman sudah kelihatan seperti segi empat. Ruang solat utama Masjid Sultan Suleiman berbentuk octagon ( segi lapan ) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan ‘catladder’. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif di bawah kubah digunakan untuk menyokong bahagian kubah dari pandangan dalam ruang solat Masjid Sultan Suleiman.
Selain itu, binaan dindingnya pula diperbuat daripada batu-batu kecil dan pasir halus. Dengan bahan binaan ini ia juga dapat menyejukkan kawasan dalaman masjid dengan adanya ruang-ruang yang bersifat terbuka untuk membolehkan udara keluar dan masuk. Cara untuk memcucinya pula mudah dan cepat. Hanya perlu disemburkan dengan air dan ia akan berkilat semula. Apabila kita ke Masjid Sultan Suleiman kita akan dapat melihat jelas kaca-kaca yang berwarna-warni di puncak kubah utama jika
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
kita dongak kelapa ke atas. Adanya gelas-gelas kaca ini memberikan sinar ke dalam ruang dalaman masjid. Apabila cahaya matahari menembusi kubah terutamanya ketika waktu tengahari., kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang solat. Ianya memberikan satu impak yang amat menarik bagi setiap jemaah yang bersembahyang di Masjid Sultan Suleiman ini ataupun pelancong-pelancong yang hadir di sini untuk melihat sejarah yang telah ditinggalkan untuk generasi akan datang.
Serambi asal Masjid Sultan Suleiman juga berbentuk octagon. Dari ruang soalt utama ianya dicabangkan ke empat arah iaitu mihrab, anjung masuk sisi kanan, anjung masuk utama dan tempat wuduk di sisi kiri, berdekatan dengan Makam Diraja Klang. Meskipun bangunan ini telah lama namun untuk memelihara warisan negara, Sultan Selangor tidak mahu sebarang pengubahsuaian dilakukan pada masjid ini kerana hendak mengekalkan keaslian pembinaannya yang dibina sejak 1932 lagi. Apa yang dilakukan hanyalah kerja membaik pulih seperti cat baru didalam bahagian masjid seperti mengecat tiang-tiang yang kecil yang terdapat disekeliling Masjid Sultan Suleiman ini dari waran putih ke warna hijau supaya ia kelihatan lebih menarik lagi. Hingga kini, satu-satunya pengubahsuaian yang dilakukan ialah tempat wuduk yang dahulunya merupakan sebuah kolah besar yang asalnya berada pada aras tanah telah dinaikkan ke paras 600mm dan disediakan juga pili air untuk memudahkan jemaah ketika mengambil air sembahyang. Selain itu, pintu pagar besi dekoratif di setiap laluan masuk ber’arch’ adala yang asal. Pagar besi ini juga telah didatangkan dari England. Saya telah mendapatkan maklumat ini dari orang sumber yang telah ditemu ramahkan.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
Pada tahun 1982, beberapa penambahan di kawasan masjid telah dilakukan bersesuaian dengan peningkatan jemaah yang kini boleh memuatkan sehingga 3000 jemaah dalam satu- satu masa. Dari segi kos pembinaannya pula, dianggarkan lebih kurang RM 1 juta telah di peruntukan, mengikut nilai pada waktu itu. Walaupun, sudah berusia 75 tahun, bangunaan masjid ini masih kukuh dan teguh. Misalnya, pintu besi yang terdapat disekitar masjid ini tidak pernah ditukar dengan cat yang baru yang berwarna hijau tua. Begitu juga dengan mimbar yang diperbuat daripada kayu cengal dan chandeliar masih bertahan sehingga ke hari ini dan hanya ditukarkan kapetnya saja dari warna biru ke warna merah. Malah, sekiranya ada lampu yang rosak pun pihak masjid ini perlu digantikan dengan jenis yang sama ataupun lebih kurang sama dengan yang asal. Manakala, batu-bata dan marmar yang diimport dari negara-negara Islam seperti Turki, Itali dan Ubekeztan dan menjadikan suasana bentuk Masjid Sultan Suleiman menjadi semakin menarik. Pengudaraan dalam masjid ini juga nampak nyaman dan menenangkan.
Selain itu, pada tahun 2008, pihak Masjid Sultan Suleiman juga telah membuat satu penambahan atau pengubahsuaian yang telah dijalankan untuk kemudahan jemaah ataupun pengunjung yang hadir di masjid ini. Pengubahsuaian telah dijalankan di tempat letak kereta di hadapan pintu utama masjid, mereka telah membesarkan untuk kemudahan pihak masjid untuk mengadakan majlis ilmu seperti forum perdana ataupun untuk kegunaan pada sesuatu masa. Pihak masjid juga telah menambah serba sedikit dalam masjid seperti lantai pada asalnya ialah marmar putih dengan kambi (skirting) marmar setinggi 400mm telah ditutup dengan jubin yang baru. Tidak lupa juga, selain gelas-gelas berwarna-warni yang terdapat pada kubah masjid ini, terdapat juga gelas-gelas pada di bahagian atas dinding ruang solat utama adalah yang asal. Ia
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
juga telah menunjukkan sebagai mana reka bentuk gereja-gereja yang terdapat di Eropah. Masjid ini juga mempunyai kawasan lapang yang luas dan disediakan juga rumah petugas-petugas masjid serta di wakafkan.
Sebelum Masjid Sultan Abdul Aziz di Shah Alam dibina pada tahun 1989, masjid ini berfungsi sebagai masjid negeri yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti mengadakan sambutan hari kebesaran Islam, Israk Mikraj, Maulidur Rasul, ceramah agama dan sebagainya. Tetapi, selepas itu, kebanyakan aktiviti tertumpu kepada masjid negeri di Shah Alam yang lebih luas dan selesa untuk mengadakan majlis secara besar-besaran. Masjid ini sebenarnya pernah memberikan sumbangan besar kepada penduduk Kampung Jawa terutama kepada para pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah. Meskipun masjid ini kurang mengadakan aktiviti hebat seperti mana masjid-masjid yang lain, namun ia tetap manjalankan peranannya sebagai wadah dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat sekeliling. Pada setiap minggu akan diadakan kuliah agama dan untuk hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad kelas bagi wanita, kelas tajwid al-Quran, tadarus, taranum, ilmu hadis, tauhid dan sebagainya. Manakala tenaga pengajarnya daripada Iman, bekas pensyarah dan juga pesara pengawai jabatan agama.
Akhir sekali kejayaan Masjid Sultan Suleiman, Klang ini telah dijadikan sebagai Masjid Negeri Selangor bagi pada masa dahulu dan selepas itu dengan adanya bangunan yang penuh bersejarah ini telah di jadikan sebagai Masjid DiRaja Klang. Selain itu, pihak masjid juga telah membuat satu majlis yang telah mendapat sambutan hangat apabila masjid ini telah mengadakan kursus haji pada setiap tahun
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
kerana kemudahan dewan yang lengkap dan luas. Masjid ini juga telah menjadi satu tumpuan pelancong asing atau pengunjung tempatan sendiri.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
RUMUSAN Setelah apa yang telah dikaji Masjid DiRaja Sultan Suleiman di Klang saya mendapati masjid ini memang mempunyai sejarah yang dapat dikekalkan sehingga ke generasi ke akan datang, jika kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan akan negara menjaga bangunan ini sebaik mungkin. Selain itu, saya juga tertarik dengan keunikan dan keindahan masjid ini yang adanya gelas-gelas kaca yang berwarnawarni, kubah yang berwarna-warni, pagar besi yang telah di import dari England, jubin-jubin yang di import dari Itali, Turki dan Uberkeztan dan juga mimbar yang bertahan lama untuk generari akan datang.
Masjid ini memang mempunyai seribu satu sejarah yang dapat dikongsi sehingga ke anak cucu cicit kita. Saya juga berpendapat supaya ahli jawatan kuasa yang telah ditetapkan oleh pihak masjid ini dapat menjaga masjid ini dan sentiasa memerhatikan kesenian yang terdapat pada bangunan bersejarah ini.
Akhir kata, sebagai penduduk kawasan Klang dan juga sebagai seorang yang berwarganegara Malaysia perlulah merasa berbangga dengan sejarah negara kita dan juga haruslah cinta akan negara kita yang aman dan damai ini.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
LAMPIRAN
BATU BATUPERLANCONGAN ASAS YANG TERDAPAT YANG TERDAPAT DI HADAPAN DI PINTU HADAPAN MASUK MASJID UTAMA INI
JUBIN BARU DILETAKKAN KE ATAS JUBIN KAPETYANG MIMBAR YANG DITUKAR DARI BIRU KE YANG ASAL MERAH
TIANG YANG DICATKAN DARI PUTIH KE HIJAU
Folio Sejarah PMR 2009
PINTU GERBANG YANG BERADA DI HADAPAN MAKAM
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
PERSAMAAN ANTARA MASJID DENGAN BANGUNAN KANSAS CITY SQUARE
KETAHANAN PAGAR BESI YANG DIIMPORT DARI ENGLAND
KECANTIKAN SENI DI KUBAH MASJID INI
KECANTIKAN GELAS-GELAS KACA YANG TERDAPAT DI DINDING MASJID INI
KECANTIKAN KUBAH-KUBAH PINTU GERBANG YANG TERDAPAT YANG TERSEMGAM DI INDAH DI LUAR MASJID INI HADAPAN PINTU MASJID INI
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
GAMBAR PENGASAS MASJID INI
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
PELAN MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN, KLANG
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
PETA DAERAH KLANG
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
PELAN LOKASI MASJID SULTAN SULEIMAN KLANG
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
RUJUKAN BUKU ILMIAH •
Lam Seng Fatt, Selangor: thrills and treasures of historical landmarks, 2008,
Times
Publishing Limeted •
Dr. Azmi Morsidi, Mohd Bakari Jaffar, Menjejaki Warisan Kita, 2007, Ultimate Print Sdn. Bhd
INTERNET •
www.my-rummy.com
•
www.malaysiana.com
•
www.kunadzi.blogspot.com
SURAT KHABAR •
Berita Harian, Rabu, 15 April 2009
ORANG SUMBER •
Haji Muhd Ismail Yusuf, 560321-10-5897, Penduduk tempatan, penduduk sejak 1980 sehingga sekarang
•
Megat Asif Megat Ishak, 600912-08-5887, Ahli jawatan kuasa Masjid DiRaja Sultan Suleiman, penduduk sejak 1998 sehingga sekarang
•
Mathuri Hj. Abd. Rahman, 490115-08-2581, Siak Diraja Masjid Sultan Suleiman, penduduk sejak 1966 sehingga sekarang
MAJALAH •
Majalah I, Karangkraf Sdn. Bhd, Mei 2007
PERPUSTAKAAN •
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Perpustakaan Raja Tun Uda
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
SULIT
BORANG SEMAKAN PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME ELEMEN 3 Kriteria Markah Penskoran 4 Menulis esei yang mengandungi empat atau lima unsur patriotisme 3
2
1
Menulis esei yang mengandungi tiga unsur patriotisme Menulis esei yang mengandungi dua unsur patriotism
Menulis esei yang mengandungi satu unsur patriotisme
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME Pencapaian Calon Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia Menghormati raja dan pemimpin negara Menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara Menghormati lambang-lambang negara Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa Berbangga dengan sejarah negara Bersemangat Setia Negara Cinta akan bangsa dan negara Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara Sedia berkorban untuk bangsa dan negara Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara Bersyukur sebagai warganegara Malaysia Bersemangat Kesetiaan Bersatu padu dan berharmoni Bertolak ansur dan bertolenransi Bekerjasama dan tolong-menolong Hormat menghormati Bersefahaman dan bermuafakat Muhibah atau semangat bermasyarakat Berdisiplin Berakhlak dan berbudi pekerti mulia Mempertahankan dan menjunjung perlembangaan negara Mematuhi peraturan dan undang-undang Berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi Bertindak wajar Bersifat amanah dan jujur Berlaku dan bertimbang rasa Berusaha dan Produktif Rajin dan gigih Berdikari Tabah menghadapi cabaran Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan Berganding bahu membangunkan negara Berilmu dan berketampilan Markah
Catatan:
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON
UP1
UP2
UP3
UP4
UP5
SULIT
Kerajaan telah menjalankan belbagai-bagai usaha bagi memelihara bangunan bersejarah terus terpelihara untuk menjadi salah satu asset Negara.
Dalam usaha pemuliharaan bangunan bersejarah ini, pihak-pihak tertentu perlulah menyediakan maklumat yang lengkap mengenai bangunan tersebut seperti latar belakang sejarah bangunan tersebut agar dapat diketahui oleh masyarakat umum. Dengan ini, akan dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan berketerampilan.
Selain itu, semua pihak perlukan berkerjasama dan sentiasa tolong menolong dalam usaha memelihara bangunan tersebut seperti mengindahkan sekitar tempat tersebut dengan lanskap yang cantik agar dapat menarik pelawat dan pelancong ke tempat tersebut.
Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat muhibbah di kehidupan masyarakat.
Bagi memastikan bangunan tersebut tidak rosak atau sentiasa terpelihara, masyarakat perlulah sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan ketika melawat bangunan tersebut.
Sebagai kesimpulannya, usaha ini perlu mendapat kerjasama semua pihak agar bangunan bersejarah ini dapat menyemai perasaan bangga dengan sejarah negara.
Folio Sejarah PMR 2009
MUHAMMAD AMINULLAH B ARON