Folio Kajian Geografi Tempatan 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Kajian Geografi Tempatan 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,424
  • Pages: 31
BENTUK MUKA BUMI DI KAMPUNG GERSIK DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGARA LAIN IAITU PULAU JAWA , INDONESIA

SENARAI KANDUNGAN 1. Penghargaan 2. Pendahuluan 3. Objektif kajian 4. kawasan kajian 5. kaedah kajian 6. Dapatan kajian 7. Rumusan 8. Lampiran 9. Rujukan

Penghargaan Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Nuryati binti Nusu kerana telah mencurahkan ilmu serta bimbingan dalam menyiapkan tugasan serta kerja khusus geografi . Tanpa bantuan beliau tidak dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Nazlim bin Abu dan Puan Samsidah binti Ahmad yang sentiasa memberi sokongan dam bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan saya iaitu fatin Nurizzeti binti Mosen dan Awangku Dzulhaidi yang turut membantu saya dalam membuat tugasan ini.

Akhir sekali , terima kasih kepada semua reponden yang sudi menjawab soalan saya

PENDAHULUAN Saya Muhammad Ardany bin Nazlim .Saya murid tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sains Labuan . Guru geografi saya , Puan Nuryati binti Nusu telah memberi masa 3 bulan untuk menyiapkan tugasan ini. Tajuk kajian saya ialah potensi bentuk muka bumi di Kampung Gersik dan dibandingkan dengan Pulau Jawa, Indonesia. Saya menyiapkan tugasan ini kurang dari sebulan.

Melalui kajian ini , saya dapat mengetahui pelbagai bentu muka bumi di kampung ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui potensi dan sumbangan di Kampung Gersik terhadap kegiatan penduduk tempatan. Saya juga dapat membandingkan potensi ,halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia , kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan langkah – langkah untuk mengurangkan masalah kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar dengan Pulau Jawa, Indonesia.

Objektif Kajian Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin saya kaji , di antaranya ialah ; Saya ingin mengkaji bentuk muka bumi tempat yang hendak dikaji dan dibandingkan dengan negara luar. Mengenalpasti bentuk muka bumi tempat yang hendak dikaji dan dibandingkan dengan negara luar. Mengenalpasti halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di tempat yang hendak dikai dibandingkan dengan negara luar. Mengenalpasti kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar dan dibandingkan dengan negara luar. Mengkaji langkah- langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar dan dibandingkan dengan negara luar. Akhir sekali ialah menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian

KAWASAN KAJIAN Kampung Gersik terletak berhampiran dengan pusat bandar. Jarak relative dari bandar ke Kampung Gersik ialah 3 minit menaiki kenderaan bermotor ,dan 20 minit berjalan kaki. Jikalau dari sekolah saya ia mengambil masa 20 minit dan jikalau menaikibas tambangnya sekitar RM 3.00. Antara factor yang menyebakan ramai orang berpindah ke sini kerana tempat ini mempunyai kemudahan awam yang cukup. Kawasan ini memiliki masjid , sekolah kedai makan dan banyak lagi . Perkara sebegini yang memudahkan kehidupan seharian peduduk setempat.

Peta Pulau Labuan

Pulau Jawa , Indonesia

Kaedah Kajian Saya menggunakan beberapa kaedah kajian yang dalam membuat tugasan ini , diantaranya ialah :

Saya menggunakan kaedah pemerhatian dan ini adalah kaedah paling saya gunakan dalam membuat kajian ini. Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi, potensinya, halangan dan cara untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia di kawasan itu. Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik . Saya telah menemui 20 orang responden dan memberi mereka boring soal selidik. Saya juga menggunakan kaedah penyelidikan di internet . Saya telah mecari peta dan beberapa lagi maklumat dalam menyiapkan kajian ini.

Dapatan kajian 8.1 Di kawasan Kampung Gersik terdapat 2 bentuk muka bumi iaitu tanah pamah dan pinggir laut :

 Kawasan tanah pamah

Bentuk muka bumi utama di Kampung Gersik ialah bentuk muka bumi tanah pamah. Boleh dikatakan hampir 9/10 kawasan Kampung Gersik ialah tanah pamah.

 Bentuk muka bumi pinggir laut

Bentuk muka bumi pinggir laut di kawasan kampung Gersik adalah amat penting bagi penduduk yang tinggal di pinggir laut.

Dekat kawasan Pulau Jawa terdapat 1 bentuk muka iaitu:

 Kawasan bentuk muka bumi tanah tinggi

Pulau Jawa , Indonesia terletak di lingkaran api pasifik merupakan gunung lipat muda yang wujud kira-kira 35 juta tahun dahulu.

Sistem gunung lipat muda ini berpunca dari pusat perbandaran pamir di pendalaman benua Asia merentasi banjaran himalaya ke tanah tinggi annam, Myanmar dan Banjaran Barisan , Sumatera menganjur ke Pulau Jawa dan terus ke Sulawesi.

Kedudukannya di zon tidak stabil terdedah kepada kepada kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Terdapat beberapa buah gunung berapi seperti Gunung Semeru (3676 meter) dan Gunung Merapi .

Aktiviti letusan gunung berapi di Pulau Jawa telah membentuk dataran lava bes yang subur seperti Dataran Tinggi Rembang.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat dalam kajian ini ialah cintakan negara. Kita seharusnya bersyukur menjadi warga Negara Malaysia kerana memiliki bentuk muka bumi yang seimbang

Potensi bentuk muka bumi di kawasan Kampung Gersik Bentuk muka bumi Tanah Pamah

Kawasan tanah pamah di kampung Gersik memberi banyak kemudahan kepada Penduduk setempat

Antaranya ialah kawasan ini dijadikan pusat petempatan kerana terdapat banyak rumah – rumah dibina di kawasan ini. Ini kerana kampung ini bersebelahan dengan pusat Bandar Labuan. Ini memudahkan bagi mereka yang tinggal di sini untuk ke bandar.

Sebagai contoh terdapat kuartes Jabatan Kerja Raya , kuartes JUPEM , perumahan di Kampung Gersik dan banyak lagi .

Di sini juga terdapat lebih kurang sebuah sekolah menengah iaitu sekolah Menengah Kebangsaan Labuan , 4 buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Chi Wen , Sekolah Kebangsaan Pekan Satu , Sekolah Kebangsaan Pekan 2 dan Sekolah Rendah Agama .

SMK Labuan

SK Pekan Satu

Dengan kemudahan sebegini pasti ramai yang akan tinggal di kawasan ini. Terdapat juga 2 buah tadika iaitu Tadika Kemas dan Tadika Hidayah. Tadika ini memberi kemudahan kepada ibu bapa yang ingin memberi pendedahan awal persekolahan seawal usia 5 hingga 6 tahun .

Terdapat juga tempat berniaga makanan seperti Roti Mas dan Kedai Sri Keluarga . ni memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk membeli makanan . Tidak perlulah mereka ke pusat bandar untuk makan .

Restoran Sri Keluarga Dan katering

Terdapat juga stesen minyak iaitu Stesen Minyak Petronas . Kemudahan sebegini adalah amat penting bagi penduduk setempat yang memiliki kenderaan bermotor. Di sini juga terdapat kedai yang menjual kereta . Kedai ini menjual kereta yang berjenama mahal iaitu Ford. Kedai ini teletak bersebelahan Kedai Roti Mas .

Di kawasan ini juga terdapat sebuah masjid yang besar ataupun namanya Masjid Jamek An Nur. Masjid ini merupakan masjid besar di pulau Labuan. Ini dapat dilihat apabila adanya masjid di sesuatu kawasan menunjukkan bahawa majoriti penduduk kawasan Kampung Gersik ialah beragama islam.

Masjid Jamek An Nur

Kemudahan awam di Kampung Gersik 6

Bilangan

5 4 3

bilangan

2 1

m

pe rn ia ga an

ah ak ha m

as jid m

ta di ka

se ko la h

0

Nama kemudahan

Graf bar menunjukkan bilangan kemudahan awam yang ada di Kampung Gersik

bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Nama Nazlim bin Abu Samsidah binti Ahmad Dzulkufli bin Malik Zanura binti khalil Sazali bin Ahmad Marzuki bin Syafiq Nasiah binti ahmad Muhd Israr bin Mokhtar Mahmud bin Talib Harith bin Abdullah Lasumin Muhd Yusuff b. Awang Hamidon bin Sajari Rabina binti Zainal Azhary bin Awang Wahab bin Osman Zamli bin Pali Athanasius a.k. Jala Hajimin bin Moksin Evelyn Mailap

jantina l

pekerjaan Jurutera awam

pendapat tentang potensi bentuk muka bumi Petempatan

p l p l l p

suri rumah juruteknik kontraktor juruteknik TNB bekas askar guru

Petempatan Petempatan Perniagaan Petempatan Perniagaan Petempatan

l l l l

doktor guru pembuat roti canai pemandu

Perniagaan Pertempatan Petempatan Perniagaan

l l p l l l l l p

arkitek juruukur bahan pembantu akauntan jurutera mekanikal juruteknik juruteknik pembantu teknik pelukis pelan pelukis pelan

petempatan Petempatan Petempatan Perniagaan Perniagaan Petempatan Petempatan Petempatan Petempatan

Jadual disebelah menunjukan pendapat penduduk terhadap potensi bentuk muka bumi di Kampung Gersik. Dan graf di bawah menunjukkan peratusan pendapat mereka : Pendapat penduduk tentang potensi bentuk muka bumi

petempatan perniagaan

Peratusan yang memilih bentuk muka bumi Kampung gersik sesuai dengan petempatan ialah seramai 65 % dan yang memilih ia sesuai untuk perniagaan ialah 35 %. Ini mungkin kerana ramai reponden mengandaikan tempat ini sudah memiliki banyak rumah , sudah tentu mereka mengatakan tempat ini sesuai untuk petempatan.

Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

Bentuk muka bumi ini amat penting bagi penduduk yang tinggal di kawasan pinggir laut kerana mereka menggunakan kawasan pinggir laut sebagai laluan untuk ke bandar .

Ini dapat dilihat apabila sesetengah penduduk di sana menggunakan khidmat bot atau sampan untuk ke pasar. Ia mengambil masa kurang 7 minit untuk tiba di jeti yang berada di pasar.

Potensi dan bentuk muka bumi di Pulau Jawa , Indonesia

Bentuk muka bumi Pulau Jawa , Indonesia ialah tanah tinggi . Tanah tinggi tersebut berketinggian 900 meter hingga 1800 meter. Ia juga terhasil daripada mendapan lava dan ditereskan untuk kegiatan pertanian

Padi merupakan makanan ruji yang ditanam secara sara diri iaitu dihasilkan untuk kegunaan penduduk setempat.

Sawah ditereskan dengan saiz keluasan kawasan yang kecil iaitu antara 0.1 ke 0.5 hektar.

Penggunaan tenaga buruh dan binatang seperti kerbau dan lembu masih lagi penting kerana kekurangan teknologi moden dan kesukaran menggunakan jentera di cerun bukit.

Tanah di lereng bukit di Pulau Jawa sesuai untuk penanaman padi kerana ia terhasil daripada mendapan lava bes dari gunung berapi.

Sistem pengairan mendapat bekalan dari Sungai Solo dan Sungai Brantas untuk mengairi kawasan sawah padi.

Nilai dan unsur patriotisme

Kita seharusnya berbangga kerana negara kita dikurniakan dengan bentuk muka bumi yang mempunyai banyak kegunaan dan manafaat kepada kita.

Halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia

KAMPUNG JAWA  Kawasan tanah pamah

Kawasan di Kampung Jawa tidak mempumyai tanah pamah yang sesuai untuk kegiatan penanaman sayur – sayuran mahupun tanaman padi .

Kawasan ini tidak mempunyai sistem saliran kerana kawasan ini tidak mepunyai bukit sebagai kawasan tadahan air.

 Kawasan pinggir laut Kawasan pinggir laut Kampung Gersik tidak mempunyai potensi untuk kegiatan penangkapan ikan .

PULAU JAWA , INDONESIA

Halangan bentuk muka bumi kawasan ini ialah penduduk di sini mengalami masalah untuk membina sisitem pengairan untuk tanaman mereka. Tambahan lagi, penduduk di sini mengalami masalah kesesakkan petempatan . perkara ini diakibatkan oleh kekurangan tanah pamah untuk membuat petempatan. Penduduk di kawasan ini tidak dapat membuat penanaman padi secara besar – besaran atau komersial kerana kawasan tanah yang agak terhad

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat dalam kajian ini ialah bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Kita seharusnya bersyukur terhadap bentuk muka bumi yang ada dan telah dikurniakan. Sesungguhnya , setiap yang baik ada buruknya dan disebaliknya ada hikmah.

\

8.4 KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

KAMPUNG GERSIK , W.P.LABUAN

Kegiatan manusia telah memberi impak terhadap alam sekitar dan ia juga memberi kesan kepada manusia juga.

PENCEMARAN UDARA Kawasan Kampung Gersik mempunyai masalah pencemeran udara . Ini kerana kawasan ini menjadi laluan kepada orang awam yang tinggal ditempat lain unutk pergi ke bandar. Walau bagaimana pun , tahap pencemaran udara di sini tidaklah terlalu teruk jika dibandingkan dengan kawasan perindustrian.

PENCEMARAN AIR Kawasan pinggir laut Kampung Gersik dicemari dengan kekotoran . Ini dapat dilihat apabila pihak yang tidak bertanggung jawab membuang sampah ke laut. Tambahan lagi , air semakin kotor apabila penduduk yan g tinggal di sana membuang sisa – sisa mereka seperti urine dan sisa – sisa makanan terus ke laut. Keadaan ini akan menyebabkan permandangan di sini enak dilihat oleh pelancong luar mahupun masyarakat yang lain.

PULAU JAWA, INDONESIA  HAKISAN TANAH Di kawasan lereng bukit di mana berlakunya kegiatan penanaman padi , hakisan tanah akan berlaku kerana struktur tanah tidak kuat atau stabil dan boleh

menyebabkan

berlakunya keadaan tanah runtuh yang boleh memusnahkan tanaman serta menyebabkan penduduk setempat kehilangan sumber pendapatan serta sumber makanan

 PERUBAHAN PANDANG DARAT Perubahan pandang darat juga diakibatkan oleh pertanian di lereng bukit. Ini dapat dilihat apabila kawasan yang dahulunya bukit bukau yang dipenuhi dengan pokok- pokok ditebang untuk kegiatan pertanian.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang ada dalam kajian ini ialah cinta akan kebersihan alm sekitar. Kita sepatutnya menjaga alam sekitar di negara kita supaya maruah negara kita terjaga dan Negara kia dipandang tinggi

Langkah – langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar

KAMPUNG GERSIK , W.P.LABUAN

Bagi menangani masalah masalah pencemaran laut, saya merasakan pihak kerajaan sewajarnya membuat kempen ‘sayangilah laut kita’ yang bertujuan sebagai satu cara untuk menimbulkan rasa sayang kepada laut dan menjaganya sebaik mungkin.Tambahan lagi, kita boleh mengadakan gotong – royong untuk membersihkan laut. Samaada dijayakan oleh pihak kampung itu sendiri ataupun dilakukan oleh NGO.

Bagi menangani masalah pencemaran udara, saya mencadangkan penggunaan ‘catalic converter’ yang mesra alam. Tambahan lagi, penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak bukan diesel adalah digalakkan kerana asap yang dikeluarkan kurang memberi kesan kepada alam sekitar.

PULAU JAWA , INDONESIA

Cara – cara untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar di Pulau Jawa ialah dengan cara menereskan lereng bukit. Dengan cara ini , hakisan akan kurang berlaku dan ia akan mengurang peratusan untuk berlakunya tanah runtuh . Kita boleh melakukan penanaman semula pokok – poko yang ditebang kerana pokok – pokok ini yang memberi kita oksigen dan banyak lagi manafaat.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat dalam kajian ini ialah rasa prihatin terhadap alam sekitar . Kita sewajarnya mengambil berat terhadap alam sekitar serta mengambil tindakkan.

RUMUSAN Kawasan kajian saya, Kampung Gersik , mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah dan pinggir laut manakala negara yang dibandingkan, Pulau Jawa , Indonesia , mempunyai

bentuk muka bumi

tanah tinggi dan tanah pamah menggalakkan

pembangunan petempatan pengankutan dan kawasan Pulau Jawa di negara Indonesia pula berpotensi dibangunkan untuk pertanian dan pelancongan. Walau bagaimanapun, bentuk muka bumi tanah pamah dan pinggir laut juga mempunyai halangan dari segi ketidaksesuaian tanah untuk pertanian dan pinngir laut yang tidak sesuai untuk kegiatan penangkapan ikan. Begitu juga dengan bentuk muka bumi tanah tinggi dan tanah pamah yang menyebabkan kurang tanah untuk pertanian dan kesesakkan petempatan . Kesan dari kegiatan manusia di Kampung gersik ialah berlakunya pencemaran udara dan pencemaran air. Masalah ini boleh diselesaikan dengan cara penggunaan catalic converter dan membersihkan pinggir laut yang tercemar dengan sampah sarap. Kesan kegiatan manusia di Pulau Jawa , Indonesia ialah berlakunya hakisan tanah dan perubahan pandang darat. Kesan kegiatan ini boleh diselesaikan dengan cara peneresan lereng bukit dan penanaman semula pokok – pokok yang ditebang. Kesimpulannya , saya merasa bangga kerana mempunyai negara yang ada bentuk muka bumi seimbang dan sesuai untuk didiami. Walaupun mempunyai keburukkan disebalik kelebihan , sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

RUJUKAN 1. Yang Shing Shii dan S.L.Kang, 2005.PMR Referens EKSELEN Geografi KBSM : Petaling Jaya : Edaran Vital Star Sdn.Bhd.

2. Mohammad Ismail dan Mohd.Harith Abdullah, 2003. Eksplorasi Geografi KBSM Tingkatan 1:Shah Alam : Edaran Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

3. www.indonesia-tourism.com/yogyakarta/map/java

4. http://geogarang.blogspot.com/search/label/KKG%202009

5.

www.pdfcoke.com

6. Perpustakaan Perbadanan Labuan

Related Documents