Folio Geografi Pmr 2009 By Rizal

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi Pmr 2009 By Rizal as PDF for free.

More details

  • Words: 2,214
  • Pages: 19
PETEMPATAN DAN PERBANDINGAN DI KAWASAN BANDAR SERI BANDI DAN PEBANDINGAN DENGAN NEGARA JEPUN DI NAGOYA.

SENARAI KANDUNGAN

Bil

Isi Kandungan

1

Tajuk Kajian

2

Senarai Kandungan

3

Penghargaan

4

Pendahuluan

5

Objektif Kajian

6

Kawasan Kajian

7

Kaedah Kajian

8

Dapatan Kajian

9

Rumusan

10

Lampiran

11

Rujukan

12

Penilaian Umum

PENGHARGAAN

Muka surat

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2009 dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan kepada pihak sekolah dan pengetua, Tuan Pengetua iaitu Hajjah Rabiah Binti Abdul Samad yang telah memberi kebenaran telah memberi kebenaran kepada saya untuk menyiapkan folio KERJA KURSUS GEOGRAFI ini. Selain itu,tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran geografi saya,Encik Basri Mohamed yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk membuat folio ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan,sokongan serta bantuan kewangan kepada saya bagi menyiapkan keja kursus ini. Selain itu,saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakanrakan saya yang telah banyak memberi maklumat dan sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Seterusnya,saya juga terhutang budi kepada kepada jiran saya dan pendudukpenduduk sekitar Bandar Seri Bandi yang telah memberi kerjasama kepada saya dan banyak memberi maklumat tentang kawasan kajian yang telah saya pilih seterusnya memudahkan lagi proses untuk membuat folio ini. Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sapanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN

Nama saya Ahmad Shahrizal bin Alluwi.Saya belajar di tingkatan 3DYNAMIC di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai.Sebagai salah satu perkara yang memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi,saya diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu Kajian Geografi Tempatan(KGT).

Tajuk yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah petempatan dan perkembanganya di kawasan Bandar Seri Bandi dan perbandingannya dengan kawasan Bandar Nagoya di negara Jepun.Saya telah memilih kawasan ini untuk menjalankan kajian saya kerana terdapat banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada kawasan tersebut.

Antaranya ialah,terdapat pelbagai perbandingan di antara petempatan di kawasan Bandar Seri Bandi dengan bandar Nagoya di negara Jepun.Kedudukan bandar kawasan kajian yang tidak jauh dari rumah saya dan memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini juga merupakan salah satu faktor saya memilih kawasan ini.

Di Bandar Seri Bandi terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekitarnya.Guru geografi saya telah memberi masa selama kira-kira 5 bulan bagi menyiapkan kerja geografi ini dengan sempurna. Masa yang diberikan cukup bagi saya.

OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Bandar Seri Bandi serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.

2.Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di kawasan Bandar Seri Bandi serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.

3.Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Bandar Seri Bandi serta fungsi petempatan yang terdapat di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.

4.Mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan Bandar Seri Bandi serta masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.

5.Mengenalpasti langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan Bandar Seri Bandi serta langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun. 6.Menerapkan rasa syukur dan bangga terhadap petempatan di Negara sendiri. Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Bandar Seri Bandi yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu.

Jarak di antara Bandar Seri Bandi dengan Bandar Kemaman ialah kira-kira 30 kilometer. Bandar Seri Bandi dihubungkan dengan jalan raya utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu.

Luas kawasan Bandar Seri Bandi ini lebih kurang 40 hektar. Selain itu, Bandar Seri Bandi terletak dalam daerah Kemasik, Terengganu. Terengganu Master Plan Study' (1993) telah menetapkan Bandar Seri Bandi sebagai satu 'Subp-District-Centre' yang perlu dipertingkatkan proses perbandaran bagi menyokong pertumbuhan bandar-bandar sedia ada di kawasan 'Coastal Coriddor' seperti Chukai, Kijal, Kerteh dan. Paka. Bandar ini berada dalam lingkungan 20 hingga 45 minit perjalanan kenderaan dengan bandarbandar berkenaan. Kawasan kajian terdiri daripada kawasan rata penuh dengan perumahan, kedai, sekolah dan jalanraya. Kawasan ini telah pesat membangun di mana di sini terdapat pusat membeli-belah seperti kedai, petrol stesen, pasar malam, pasar tani dan lain-lain berbanding masa dahulu. Jalan-jalan raya juga telah banyak dibina untuk menghubungkan kawasan kajian dengan kawasan-kawasan sekitar dan kawasan-kawasan lain. Pola petempatan di kawasan ini ialah berjajar.

Peta petempatan bandar Nagoya di negara Jepun.

Peta Kawasan Kajian (di lukis)

`KAEDAH

KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja -: kursus ini.Antaranya ialah 1.Kaedah Pemerhatian 2.Kaedah Rujukan 3.Kaedah Soal Selidik 4.Kaedah Temu Bual

Pemerhatian.1 Saya telah melawat ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian dan membuat kajian untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saya .perlukan Temu bual.2 Saya telah mencari beberapa orang penduduk untuk di sekitar kawasan kajian yang saya pilih untuk ditemu bual bagi mendapatkan maklumat-maklumat tentang aktiviti -aktiviti yang dijalankan di sekitar kawasan Bandar Seri Bandi Soal selidik.3 Melalui kaedah kajian ini,saya telah membuat soal selidik kepada seramai 20 orang rsponden yang sanggup bekerjasama dengan saya untuk memberi maklumat Rujukan.4

Untuk menyiapkan kerja kursus ini,saya telah membuat rujukan dengan menelaah buku-buku, dan artikel yang mengandungi sebarang maklumat mengenai petempatan di kawasan Bandar Seri Bandi dan petempatan di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.Saya juga telah melayari internet .untuk mencari peta kawasan kajian saya

Jenis dan pola petempatan Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat oleh saya dan rakan-rakan serta rujukan yang telah dibuat dengan melayari internet,kawasan,Bandar Seri Bandi dan kawasan Bandar Nagoya di negara Jepun terletak di kawasan yang berdekatan dengan bandar.Ini adalah disebabkan oleh dasar kerajaan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memajukan kawasan Bandar Seri Bandi dan perkara yang sama juga terjadi di Bandar Nagoya,Jepun.Berdasarkan kajian melalui pemerhatian pula,saya dapati kebanyakan rumah di kawasan Seri Bandi dibina dengan tersusun dan rapat antara satu sama lain.Susun atur ini dikenali sebagai pola berjajar. Di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun pula,rumah-rumah di sana pula dibina rapat-rapat dan tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk menampung penduduk seperti yang berlaku di sekitar kawasan Eikincho.Ini kerana penduduk di bandar Nagoya amat padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sekitarnya.Susun atur di kawasan ini pula dikenali sebagai pola berselerak. Saya amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Bandar Seri Bandi kejadian yang berlaku di bandar Nagoya tidak berlaku di kawasan Seri Bandi.Semua ini adalah berikutan negara kita yang mampu menampung jumlah penduduknya yang sekata.Kerajaan selalu memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini. Faktor yang mempengaruhi petempatan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Bandar Seri Bandi.Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah bentuk muka bumi.Bentuk muka bumi Bandar Seri Bandi terdiri daripada tanah pamah.Oleh itu kawasan ini menjadi tumpuan orang untuk mendirikan rumah.Selain itu kegiatan ekonomi juga mempengaruhi petempatan. Hal ini terbukti kerana adanya pusat perniagaan dan perkhidmatan. Sektor perniagaan menjadi aktiviti utama penduduk di kawasan kajian seperti kedai runcit,restoran dan lain-lain. Oleh itu tempat ini memudahkan penduduk untuk membeli barang-barang keperluan tanpa pergi ke tempat lain. Bidang perkhidmatan juga ada di kawasan kajian ini kerana adanya klinik,bengkel jahitan dan lain-lain. Hal ini juga akan memudahkan penduduk kerana terdapat banyak bidang perkhidmatan. Negara perbandingan pula bandar Nagoya,Jepun merupakan kawasan petempatan yang terletak di tengah-tengah negara Jepun dan berhampiran dengan pinggir laut.Keadaan bentuk muka buminya juga banyak terdapat kawasan yang terdiri daripada tanah pamah.Oleh sebab itu kawasan-kawasan ini telah dibangunkan untuk dijadikan sebagai kawasan yang terdapat banyak sektor-sektor perindustrian. Bagi kegiatan ekonomi utama yang terdapat di bandar Nagoya ialah pelabuhan dan perindustrian.Oleh kerana negara Jepun mengalami masalah sumber yang terhad,kegiatan industri dan kehidupan seharian bergantung dengan mengimport bahan mentah dari negara luar dan mengeksport bahan yang telah siap. Bahan mentah yang telah diimport digunakan oleh sektor industri bagi menghasilkan barangan siap. Saya berbangga kerana kawasan tempat tinggal saya mempunyai petempatan yang dapat menarik manusia untuk membina perumahan di sini Fungsi petempatan

Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan Bandar Seri Bandi serta penduduk di situ. Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kawasan kajian adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di situ telah dinaiktaraf pendidikannya. Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Bandar Seri Bandi seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bandi 2 yang telah dibina pada tahun 2004.Sekolah tersebut mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding sekolah lain yang ada di kawasan kajian.Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di Bandar Seri Bandi yang semakin baik dan selesa.Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik,jalan bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di atas. Manakala di bandar Nagoya di negara Jepun pula,fungsi petempatannya ialah sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan bersistematik.Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan banyak jalan raya baru di bina untuk memudahkan barang dagangan di bawa dari satu tempat ke tempat yang lain.Bersesuaian dengan kegiatan yang melibatkan pelabuhan naik mendadak,pembaharuan telah dilakukan dengan membuka banyak pelabuhan-pelabuhan yang baru yang lebih luas di Nagoya. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

Masalah petempatan Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah pencemaran udara dan kekurangan peluang pekerjaan.Pencemaran terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Bandar Seri Bandi. Di Bandar Seri Bandi pencemaran yang berlaku adalah pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat oleh penduduk di kawasan ini.Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Selain itu kawasan kajian juga mempunyai masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk orang ramai. Hal ini akan menyebabkan ramai orang menganggur dan akan berpindah ke tempat lain untuk mencari kerja. Bandar Nagoya di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Bandar Seri Bandi.Bandar Nagoya juga mengalami masalah pencemaran udara.Ini berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-kenderaa bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid. Selain itu Bandar Nagoya mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang dagangannya yang amat padat kerana punca ekonomi utama Nagoya ialah daripada kegiatannya pelabuhannya. Saya berterima kasih kepada Allah kerana masalah yang dihadapi di tempat tinggal saya tidaklah seteruk dengan negara perbandingan saya.

Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.

Setelah menjalankan kajian ini,langkah pertama untuk mengurangkan masalah petempatan di Bandar Seri Bandi iaitu masalah pencemaran udara,kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang dan menyediakan tapak pelupusan sampah di kawasan tersebut supaya penduduk di situ dapat membuang sampah sarap di satu tempat. Dengan cara ini masalah pencemaran udara dapat dikurangkan. Selain itu,untuk mengurangkan masalah orang menganggur,kerajaan mestilah membuka petempatan yang baru contohnya membuka ladang kelapa sawit yang banyak. Hal demikian,golongan muda yang menganggur dapat bekerja di situ. Tambahan lagi mereka juga tidak akan berpindah ke tempat lain kerana mempunyai peluang pekerjaan di tempat tinggal sendiri. Manakala pembukaan pusat pelabuhan baru di Nagoya telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan pertambahan barang dagangan.Di Nagoya,penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaanya untuk menanam lebih banyak pokok-pokok .Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil angkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun begitu,para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Peta minda dibawah menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh petempatan Bandar Seri Bandi:

Masalah Petempatan

Pencemaran Udara

Peluang Pekerjaan

Kajian yang telah dijalankan di kawasan Bandar Seri Bandi ini telah memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan.Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Berdasarkan kepada kajian ynag dijalankan,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Jepun di bandar Nagoya seperti menigkatkan tahap ketersampaian,memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk.Saya juga dapat mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan negara bandingan iaitu Jepun serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan kajian saya serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk.Pada pendapat saya bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini,malah para penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik.

Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah nagara yang aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik.

Akhir kata,marilah sama-sama kita sebagai penduduk Bandar Seri Bandi khasnya dan Malaysia amnya supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.

KE RJ A KURSUS KAJIAN GEOGRAFI T EM PATAN PMR 2009

TAJUK: PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI BANDAR SERI BANDI BERBANDING DENGAN NEGARA JEPUN Nama Calon:

Ahmad Shahrizal B

Kelas :

3 Dynamic

Kad Pengenalan:

940328-11-5531

in Alluwi

Angka Giliran: Sekolah :

Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai

Guru Penilai :

Encik Basri bin Mohamed

Tarikh: Tandatangan Guru:

Related Documents