Folio Geog Ting. 2

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geog Ting. 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,028
  • Pages: 14
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH, TELOK MAS, 75460 MELAKA

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA TERHADAP PEMBANGUNAN DI PEKAN SUNGAI UDANG, MELAKA

Nama: Nor Fauziatun Bt Mohd Fauzi Tingkatan: 2 Zainab Nama Guru: Pn. Norhatini Bt Shaari

…………………….. T. Tangan Murid

………………… T. Tangan Guru

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

Senarai Kandungan

1

Penghargaan

2

Pendahuluan

3

Objektif Kajian

4

Kawasan Kajian

5-7

Kaedah Kajian

8

Hasil Kajian

9

Rumusan

11

Rujukan

12

2

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya,Pn. Norhatini Shaari kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan ini. Terima kasih juga kepada Pengetua SMK(A)SR, Hjh Lailawati Ahmad yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan untuk menyiapkan projek ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, Mohd Fauzi B Endut dan Nor Zaitun Zakaria yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan kajian ini. Kepada rakan setugas, Farhana Abd. Ghani saya melahirkan rasa besar hati atas kerjasama semasa melaksanakan kajian ini.

3

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, muridMurid Tingkatan 2 diberi peluang menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Murid-murid telah ditetapkan tajuk kajian oleh guru. Saya menjalankan kajian di bawah tajuk Kepentingan Pengangktan Jalan Raya terhadap Pembangunan di Pekan Sungai Udang, Melaka. Kajian dijalankan di jalan raya di sekitar Pekan Sungai Udang.Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah dua minggu.Setiap pelajar perlu menulis laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

4

OBJEKTIF KAJIAN

Beriku adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja kursus ini: a) Mengenal pasti bagaimana pengangkutan jalan raya memainkan peranan penting dalam membangunkan kawasan kajian. b) Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan pengangkutan jalan raya . c) Mengetahui langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

5

KAWASAN KAJIAN

Pekan Sungai Udang terletak di dalam kawasan Masjid Tanah yang terletak di daerah Melaka Tengah.Kawaan ini disempadani oleh Paya Rumput di bahagian Utara dan Timur Laut, Tangga Batu di bahagian Selatan, Kampung Baharu Sungai Udang di bahagian Barat Laut, dan Kampung Pantai Tanah Merah di bahagian Barat Daya. Sungai Udang terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah. Di Pekan Sungai Udang terdapat dua kem tentera iaitu Kem Terendak yang terletak bersebelahan dengan Kem Sungai Udang.

Peta Lakar 1 Peta Kedudukan Pekan Sungai Udang 6

Pekan Sungai Udang merupakan kawasan perdagangan kerana terdapat banyak 7

pasaraya-pasaraya besar. Terdapat juga loji Petronas yang menapis minyak. Pekan Sungai Udang juga merupakan kawasan pelancongan kerana terdapat hutan simpan yang berperanan sebagai Hutan Rekreasi Sungai Udang dan kawasan latihan tentera. Pekan Sungai Udang dipenuhi dengan kawasan perumahan.Pekan Sungai Udang Juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, stesen minyak, sekolah menengah dan sekolah rendah, klinik, pasaraya, masjid, dan sebagainya.

KAEDAH KAJIAN 8

Selepas ditetapkan tugasan, saya memilih beberapa kaedah kajian digunakan semasa menjalankan kajian ini. Berikut adalah kaedah yang digunakan: a) Pemerhatian: •

Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi penduduk, jenis kemudahan sosial yang ada, dan jenis kemudahan lain yang terdapat disitu.



Saya juga memerhatikan cirri kawasan kajian dan tempat sekitarnya dari segi kemajuan dan pembangunannya.

b) Rujukan Perpustakaan: •

Saya mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.



Saya mendapatkan maklumat-maklumat melalui risalah, majalah, keratan akhbar, serta buku teks Geografi Tingkatan 2.

9

HASIL KAJIAN Daripada hasil maklumat yang saya kumpulkan, saya mendapati bahawa pada awal kurun ke-20, sistem pengangkutan jalan raya dibina pada awalnya adalah untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan Bandar-bandar lain untuk kepentingan British yang bertujuan untuk memudahkan pentadbiran mereka di Tanah Melayu. Saya mendapati bahawa pengguna yang menggunakan perhubungan jalan raya terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Selain dilalui oleh kenderaan seperti kereta, motor, mahupun basikal, ia juga dilalui oleh lori-lori yang mengangkut barang-barang seperti barangan pukal, minyak, tong gas, dan barangan makanan. Penggunaan jalan raya sememangnya menjimatkan masa, kos, dan tenaga. Faktor inilah yang menyebabkan penduduk lebih memilih untuk menggunakan jalan raya berbanding pengangkutan lain. Selain itu banyak lagi kepentingan jalan raya bagi penduduk kawasan Sungai Udang seperti:

10

Jimat tenaga, kos, dan wang

Tanah yang dekat dengan jalan raya lebih mahal

KEPENTINGAN JALAN RAYA

Wujudnya bazaar-bazar baru

Mengangkut hasil pertanian dan barangan 2 Kepentingan bagi penduduk Udang HasilRajah pemerhatian selama 1Jalan jam Raya menunjukkan bahawaPekan 1982 Sungai kenderaan yang melalui jalan raya di Sungai Udang 1200 terdiri daripada motosikal, 2 buah bas, 600 buah kereta, dan 180 buah lori. Lihat Jadual 1. BIL JENIS KENDERAAN JUMLAH 1. Motosikal 1200 2. Bas 2 3. Kereta 600 4. Lori 180 Jumlah 1982 Jadual 1 Jumlah kenderaan melalui jalan raya Sungai Udang mengikut jenis kenderaan. 1200 1000 800

Motosikal Bas Kereta Lori

600 400 200 0

1 Jam

Rajah 3 Carta Bar Jumlah kenderaan yang melalui jalan raya Sungai Udang

11

Hasil daripada soal selidik, saya mendapati bahawa kenderaan yang paling banyak menggunakan jalan raya Sungai Udang ialah motosikal.Bas yang melalui jalan ini datangnya dari Stesen Bas Masjid Tanah dan Melaka Sentral. Kereta merupakan kenderaan yang paling banyak selepas motosikal. Penduduk Pekan Sungai Udang lebih memilih untuk menggunakan motosikal berbanding kereta, bas, dan lori kerana lebih mudah untuk ke suatu tempat dengan motosikal. Lori-lori yang melalui jalan Sungai Udang kebanyakannya mengangkut barangan pukal, minyak, tong gas, dan barangan makanan yang dihantar ke pasaraya-pasaraya. Keadaan bentuk muka bumi yang berhutan, tanah rata, serta sungai yang mengalir perlahan tidak menyukarkan perjalanan. Faktor cuaca yang panas terik menyebabkan ketidakselesaan pengguna jalan raya. Pada waktu tertentu berlaku kesesakan jalan raya seperti pada waktu pagi kerana orang ramai sedang ke tempat kerja masing-masing.

12

RUMUSAN Di kawasan kajian ini, iaitu Pekan Sungai Udang berlaku penurunan dan peningkatan jumlah kenderaan yang melalui jalan ini.Walaupun wujunya persaingan daripada alat pengangkutan lain, jalan raya tetap menjadi salah satu pengangkutan yang penting pada zaman moden ini. Jalan raya digunakan untuk mengangkut barangan pukal dan hasil pertanian komersial. Pembinaan jalan raya di kawasan ini dapat juga dikaitkan dengan perkembangan perindustrian. Secara tidak langsung dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan di Pekan Sungai Udang ini turut dirangsangkan oleh adanya perkhidmatan jalan raya yang merentasi kawasan ini.

13

RUJUKAN 1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2 m/s 228-236. 2. Peta Topografi Melaka terbitan tahun 1994. 3. Peta lakar di kad undangan perkahwinan.

14

Related Documents