Kerja Kursus Geog Ting 2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geog Ting 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 682
  • Pages: 20
`

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUNUT SUSU,KELANTAN TAJUK KAJIAN PENCEMARAN AIR(SUNGAI BUNUT SUSU)DIKAMPUNG BUNUT SUSU,PASIR MAS,KELANTAN NAMA MURID WAN IZZUDDIN BIN WAN MOHD RADZI TINGKATAN 2 AMANAH NAMA GURU CIK SITI NADIAH BINTI ABD. HALIM TARIKH 20 OGOS 2009

ISI KANDUNGAN TAJUK

PENGHARGAAN PENDHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian ini.Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada ibubapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dilakukan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Siti Nadiah BT. ABD. Halim,guru geografi Tingkatan Dua Amanah,yang telah memberi panduan,nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dilakukan dan juga kepada puan pengetua sekolah yang telah memberi surat kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada respondenresponden Kampung Bunut Susu yang sudi ditemu bual dan memberi maklumat berkaitan dengan isu pencemaran air dikawasan tersebut. Akhir sekali,saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa kajian dijalankan.

PENDAHULUAN Saya Wan Izzuddin Bin Wan MOHD Radzi,murid Tingkatan Dua Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu.Saya dan rakan-rakan sedarjah telah menjalankan kajian bertemakan petempatan dan perkembangannya.Kumpulan saya terdiri daripada 3 (orang termasuk saya) berbincang dengan guru geografi kami dan memilih isu-isu semasa yang berkaitan dengan petempatan dan perkembangannya.Tajuk kami adalah isu pencemaran air di kampung Bunut Susu. Selepas memilih tajuk kajian,kami berbincang tentang objektif kajian,kawasan kajian dan cara-cara menjalankan kajian.Kami juga menyediakan borang pemerhatian dan borang temu bual.Selain itu,kami juga mendapatkan surat kebenaran daripada pengetua untuk menjalankan kajian.Akhir sekali,kami membuat satu senarai semak untuk menentukan tarikh dan masa menjalankan aktiviti-aktiviti kajian dan menyiapkan laporan kajian.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian iniialah untuk: (a)Mengenal pasti punca-puncapencemran air di Kampung Bunut Susu,Pasir Mas (b)Mengenal pasti kesan-kesan pencemaran air di Kampung Bunut Susu. (c)Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran air di Kampung Bunut Susu

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian kami ialah di Sungai Bunut Susu,sebahagian daripada Kampung Bunut Susu.Kampung ini terletak dibahagian tenggara Bandar Pasir Mas.Kampung ini Cuma 16 kilometer dari Bandar Pasir Mas.Terdapat lebih kurang 500 buah rumah.Bentuk muka buminya pula terdiri dari kawasan tanah pamah dan bersaliran baik. Kami memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian kerana kampong in berhampiran dengan rumah serta sekolah kami.

PETA LAKAR

GAMBAR

KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian kami adalah: (a)Rujukan Internet - Melalui internet (Wikipedia),kami memperolehi maklumat tentang kedudukan Kampung Bunut Susu secara khusus dan kedudukan Pasir Mas secara am (b)Pemerhatian dikawasan kajian – Melalui pemerhatian,kami dapat mengenal pasti keadaan kawasan perairan (sungai Bunut Susu) di Kampung Bunut Susu. (c)Temubual lima orang penduduk dikawasan kajian - Tujuannya ialah mengumpul maklumat tentang punca-punca dan kesan-kesan pencemaran air serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

HASIL KAJIAN Melalui kajian saya mendapati kampung Bunut Susu mengalami beberapa isu pencemaran salah satu isu yang berkaitan dengan kampung ini ialah pencemaran air. Melalui pemerhatian,saya mendapati rumah-rumah yang dibina adalah dikawasan tanah pamah.Manakala jenis pola petempatannya ialah berpusat dan berjajar.Terdapat jambatan yang merentasi sungai Bunut Susu.Lima orang respons rataratanya mengatakan punca utama pencemaran air ialah pembuangan sisa-sisa domestic dan sampah-sarap.Ini disebabkan oleh: (a)Kekurangan kemudahan tempat untuk membuang sampah,melalui pemerhatian saya hanya ada satu sahaja tong sampah yang disediakan oleh MBPM. (b)kebiasaan atau tabiat penduduk (c)Sikap penduduk yang tidak mementingkan kebersihan. Sikap penduduk juga berpendapat bahawa penduduk tidak bertanggungjawab telah berlakunya pencemaran sungai yang menjadi punca utama sumber air atau bekalan air untuk penduduk di kampung ini.

RUMUSAN Hasil kajian menunjukkan bahawa perkembangan petempatan yang tidak terancang boleh menimbulkan pelbagai masalah.Tambahan pula dengan sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab pencemaran air dikawasan kajian disebabkan oleh kegiatan pembuangan sampah dan sisa kumbahan.Kesankesan pencemaran air dikawasan ini,menjadikan kawasan perairan yang kotor,bau busuk dan menjejaskan sumber bekalan air untuk penduduk. Walau bagaimanapun,pencemaran air dapat diatasi sekiranya penduduk bersikap lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.Semangat cintakan alam sekitar seharusnya dipupuk dari awal lagi.Saya yakin dengan adanya kerjasama yang baik daripada semua penghuni kampung Bunut Susu,masalah pencemaran air ini dapat diatasi.

RUJUKAN (A)Haji Abd. Aziz b. Abd Rahman,KMN Lim Jin Choon,Ratnam Karuppiah Servai- Geografi Tingkatan 2 (B)www.geocities.com.my (C)Ketua kampung,Bunut Susu,17020 Pasir Mas,Kelantan

JADUAL GRAF

LANGKAH-LANGKAH

Related Documents