Folio Geog

  • Uploaded by: ieda
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geog as PDF for free.

More details

  • Words: 2,231
  • Pages: 22
PETeMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI kampung KESANG TUA,JASIN,MELAKADIBANDINGKAN DENGAN NEGARA SINGAPURA NAMA:IZZAH HAZIRAH BTE ABDUL MANAN NO.KP:940719-04-5278 KELAS:3 AGAMA 1 NAMA GURU:ENCIK MAT AMIN BIN SADI

TANDATANGAN PELAJAR: ………………………………..

TANDATANGAN GURU: …………………………...

PENGHARGAAN Saya ingin menyampaikan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya juga saya dapat menyiapkan Kerja Khusus Penilaian Menengah Rendah 2009 ini dengan selengkapnya.Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mana-

mana pihak yang terlibat membantu saya menyiapkan kerja khusus ini secara langsung atau tidak langsung. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah serta guru-guru kerana banyak memberikan kerjasama dalam usaha menyiapkan kerja khusus ini dengan selengkapnya terutama Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Muhd. Hairi b. Tamam dan guru matapelajaran Geografi saya,Encik Mat Amin b. Sadi yang telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa saya membuat kerja khusus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa saya Encik Abdul Manan b. Abu Bakar dan ibu saya Puan Saleha bt. Muhd. Yusop kerana membenarkan saya menjalankan kajian untuk menyiapkan kerja khusus ini serta memberi bantuan kewangan kepada saya sepanjang saya menjalankan kerja khusus ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan saya iaitu Nur Hidayah bt. Zakaria,Nur Izzati bt. Mokhtar,Nurul Syahirah bt. Zakaria dan Nur Farhanah bt. Abu Kasim yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam melengkapkan kerja khusus ini.Selain itu,saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak-pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan folio ini terutamanya kepada Ketua Kampung iaitu Encik Adam b. Shahid dan 20 orang responden yang telah memberikan banyak maklumat kepada saya.

Pendahuluan Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kampung Kesang Tua di mana sepanjang kajian ini,saya akan membongkar segala potensi,kelemahan,perkembangan dan kegiatan ekonomi yang ada di Kampung Kesang Tua.Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini merupakan tempat tinggal saya.Di samping dapat memudahkan saya menjalankan kajian,saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai kawasan kajian saya.Tidaklah saya menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’ apabila orang lain menanyakan saya berkaitan petempatan di kawasan ini.Negara yang saya pilih untuk dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah negara Singapura.Saya memilih negara ini kerana negara ini merupakan antara negara termaju di dunia yang mempunyai penduduk yang sedikit memandangkan keluasan negara ini yang begitu kecil.Oleh itu,banyak perbezaan daripada pelbagai aspek akan diperoleh

jika dibandingkan dengan Kampung Kesang Tua.Saya mengambil masa 8 minggu atau 2 bulan untuk menjalankan kajian.

Objektif kajian Objektif kajian saya ialah saya dapat mengkaji di kawasan kajian iaitu di Kesang Tua dibandingkan dengan negara Jepun berdasarkan beberapa aspek iaitu: ➢

Kampung Kesang Tua serta perbandingannya dengan negara Singapura.



Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Kampung Kesang Tua serta perbandingannya dengan negara Singapura.



Mengenal pasti fungsi petempatan di kawasan Kampung Kesang Tua serta perbandingannya dengan negara Singapura.



Menyenaraikan masalah-masalah petempatan di kawasan Kampung Kesang Tua serta perbandingannya dengan negara Singapura.



Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan Kampung Kesang Tua serta perbandingannya dengan negara Singapura.

Melalui kajian ini,saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai petempatan dan perkembangannya di Kampung Kesang Tua.

Kawasan kajian Kampung Kesang Tua terletak di daerah Jasin iaitu di tenggara negeri Melaka.Kampung Kesang Tua mempunyai keluasan kira-kira 20 kilometer.Kampung Kesang Tua juga merupakan sebahagian dari daerah Jasin. Kampung Kesang Tua menghubungkan antara Jasin dengan Selandar dan antara Jasin dengan Melaka.Jarak di antara Kampung Kesang Tua dengan Pekan Jasin ialah kira-kira 6 kilometer.Manakala jarak di antara Kampung Kesang Tua dengan Bandar Melaka pula ialah kira-kira 33 kilometer.Harga tambang bas untuk ke daerah Jasin ialah RM0.50 manakala untuk ke Bandar Melaka ialah RM2.70.Di Kampung Kesang Tua terdapat banyak pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang secara tidak langsung memberikan kemudahan kepada penduduk untuk pergi ke lokasi yang diingini. Selain itu,di kawasan kajian terdapat juga jalan raya yang memudahkan darjah ketersampaian penduduk untuk ke tempat kerja,ke Bandar dan ke pasar raya.Bilangan penduduk di kawasan kajian juga telah meningkat kepada 1009 berbanding 505 pada tahun lepas.Kebanyakan penduduk beragama Islam dari agama lain seperti Kristian,Hindu dan Buddha. Tambahan pula,bentuk muka bumi di Kampung Kesang Tua yang bertanah pamah menjadiakan Kampung Kesang Tua sesuai untuk kegiatan pertanian,pelancongan dan petempatan.

Peta daerah:

Peta Negara singapura:

Peta kawasan kajian:

Kaedah kajian ✔ Pemerhatian ➢

Saya telah membuat pemerhatian tentang jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kampung Kesang Tua.Saya dapati jenis dan pola petempatan saya berselerak,berjajar dan berpusat.

✔ Soal selidik ➢

Saya membuat soal selidik untuk diajukan kepada 20 orang responden di Kampung Kesang Tua.Kandungan soal selidik tersebut adalah seperti di dalam lampiran.

✔ Rujukan ➢ Saya juga membuat rujukan seperti di dalam internet dan juga terhadap peduduk yang terdapat di Kampung Kesang Tua.

DAPATAN KAJIAN 8.1 JENIS DAN POLA PETEMPATAN Pola petempatan di kawasan kajian Kampung Kesang Tua ialah pola berjajar,berselerak dan berpusat.Rumah-rumah dibina selari dengan jalan-jalan di dalam kampung.Selain itu,penduduk di kampung ini membina rumah mereka di atas tanh milik persendirian.Rumah dan bangunan yang dibina jauh-jauh mengikut keluasan tanah masing-masing.Dalam kalangan masyarakat kampung terdapat amalan pecah milik tanah pusaka yang menyebabkan petempatan akan kelihatan berselerak seperti dalam peta kawasan kajian.Tambahan pula,terdapat juga segelintir penduduk yang membina rumah mereka berdekatan dengan klinik yang secara tidak langsung mewujudkan pola petempatan berpusat. Manakala pola petempatan di negara bandingan yang saya pilih iaitu Singpura kebanyakannya ialah pola berpusat.Pola petempatan seperti ini sesuai dengan kawasan Negara ini yang kecil dan mempunyai penduduk yang padat.Selain itu,keadaan ekonomi yang semakin meningkat menyebabkan rumah dibina rapat-rapat bagi mengurangkan kos sara hidup.Di samping itu,jaringan pengangkutan yang semakin pesat serta proses pembandaran yang berlaku amat mempengaruhi petempatan penduduk di sini.

8.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN  Bentuk Muka Bumi

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di sini.Salah satu daripadanya ialah bentuk muka bumi.Kira-kira 65% daripada keseluruhan kawasan di sini adalah tanah beralun yang sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan 35% penduduk di Kampung Kesang Tua.Selain itu,kawasan tanah pamah juga terdapat di Kampung Kesang Tua terutamanya di bahagian barat dan selatan Kampung Kesang Tua.Tidak hairanlah jika kita lihat dari peta lakar kita dapat melihat begitu banyak perumahan didirikan.Kira-kira 55% lagi adalah kawasan hutan yang akan dibangunkan untuk meningkat hasil ekonomi di Kampung Kesang Tua. Manakala negara yang dibandingkan iaitu Singapura mempunya bentuk muka bumi yang rata iaitu di bawah 300 meter daripada aras laut.Tanah pamah yang rata telah memudahkan perkembangan petempatan.Malahan,kawasan tanah pamah yang rata ini telah menjadikannya sebuah petempatan yang berkembang pesat.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME Nilai yang dapat kita ketahui daripada kajian ini ialah cinta akan Negara.Kita seharusnya bersyukur kepada negara Malaysia kerana Negara kita mempunyai tanah yang mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal kita.

 Kegiatan Ekonomi

Selain itu,kegiatan ekonomi di kawasan kajian juga turut mempengaruhi.Kebanyakan penduduk di kawasan kajian menjalankan aktiviti pertanian dan bekerja sebagai pegawai kerajaan.Mereka bekerja di laaing-ladang sendiri dan mempunyai tanah sendiri.Rumah yang dibina agak jauh antara satu sama lain kerana mereka lebih gemar membina rumah di atas tanah sendiri. Di negara Singapura,kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan.Pembangunan yang pesat menyebabkan ½ daripada keluasan tanah negara tersebut digunakan untuk pembandaran.

Nilai dan Unsur Patriotisme Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara kawasan petempatan kita dengan Singapura.Kita seharusnya berbangga kepada Negara kita kerana mempunyai dasar kerajaan yang baik dan terancang demi masa depan kita.

 Darjah ketersampaian

Darjah ketersampaian bagi Kampung Kesang Tua ialah mudah kerana terdapat banyak kemudahan disediakan seperti teksi,bas,motosikal dan kereta.Kemudahan seperti ini telah memudahkan pergerakan penduduk di Kampung Kesang Tua.Sekaligus perniagaan di kawasan tersebut.Kawasan kajian masih perlu dimajukan lagi supaya penduduk mendapat kemudahan yang sempurna dan dapat memudahkan penduduk di kawasan kajian untuk berhubung dengan kawasan Bandar. Begitu juga dengan Negara perbandingan saya iaitu Singapura.Negara itu mempunyai banyak kemudahan seperti kereta,teksi,motosikal dan bas.Kemudahan tersebut sedikit sebanyak telah memudahkan perniagaan dan perdagangan di Negara itu berjalan dengan lancar.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME Saya amat gembira kerana dapat menetap di Kampung Kesang Tua kerana kemudahan pengangkutan mencukupi dan ianya memudahkan perjalanan penduduk di sekitar Kampung Kesang Tua.

 Sosial / budaya

Di samping itu,faktor sosial dan budaya turut sama mempengaruhi pola petempatan penduduk di Kampung Kesang Tua.3/4 daripada penduduk di kawasan kajian merupakan Penduduk berbangsa Melayu.Sesetengah penduduk di kawasan ini masih mengamalkan amalan pecah milik tanah pusaka.Amalan ini memberi kesan kepada pola petempatan penduduk dan member kesan terhadap susunan petempatan penduduk.Penduduk di kawasan kajian juga mengamalkan amalan berjiran dan menjaga perhubungan sesama jiran dengan baik serta sering bekerjasama. Jika dibandingkan dengan negara Singapura,mereka membina rumah mengikut dasar kerajaan dan setiap rumah yang didirikan perlu mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan kerana tanah di sana kebanyakannya tanah milik kerajaan.

8.3 FUNGSI PETEMPATAN

Kawasan kajian merupakan kawasan luar Bandar,berbanding kawasan Negara bandingan merupakan sebuah Negara yang membangun dengan pesat.Kawasan kajian berfungsi sebagai sebuah kawasan pertanian.Hal ini kerana,terdapat kawasan lading getah sepanjang jalan masuk ke kawasan kajian.Di samping itu,terdapat kawasan penternakan ayam,kambing dan lembu Negara bandingan pula mempunyai fungsi sebagai kawasan pentadbiran dan perkilangan.Kawasan kajian merupakan sebuah Negara yang membangun.Kilang-kilang banyak dibuka bagi memajukan industry di sana.Kawasan Negara Singapura juga merupakan kawasan di mana letaknya pusat pentadbiran.Bangunan-bangunan kerajaan dibina dengan begitu pesat sekali.

8.4 Masalah Petempatan

Memandangkan kawasan kajian merupakan kawasan luar bandar,banyak masalah dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian dan kekurangan yang harus diperbaiki oleh pihak berwajib. Antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan infrastruktur seperti telefon awam,klinik,sekolah dan balai polis.Kekurangan infrastruktur seperti ini menyebabkan keselesaan penduduk terjejas.Penduduk mencari alternatif lain dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang terletak lebih kurang 10 kilometer daripada kawasa kajian.Di samping itu,masalah darjah ketersampaian di kawasan kajian turut mempengaruhi.Antara masalah yang dihadapi ialah jalan yang sempit dan berlubang serta kekurangan bas yang memasuki kawasan kajian pada waktu-waktu puncak menyebabkan penduduk mengalami kesukaran. Berbanding dengan negara bandingan yang merupakan kawasan Bandar.Kawasan negara mempunyai masalah seperti kesesakan lalulintas terutamanya ketika waktu-waktu puncak iaitu pada waktu pagi,tengah hari dan waktu petang.Di samping itu,negara Singapura turut menghadapi masalah pencemaran sepanjang proses pembandaran.Selain itu,masalah

kekurangan tempat tinggal juga turut dihadapi berikutan kawasan negara ini yang amat terhad dan kekurangan tapak tanah.

8.5 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN Ω

Bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di Kampung Kesang Tua,pihak kerajaan negeri haruslah menambah kemudahan infrastruktur demi keselesaan para penduduk.Dengan ini akan memudahkan penduduk untuk ke klinik dan sebagainya.Tambahan pula,keadaan jalan raya yang yang rosak merencatkan darjah ketersampaian penduduk untuk ke sesuatu tempat.Kenderaan berat seperti lori yang melalui kawasan kajian telah menyebabkan kerosakan jalan raya di Kampung Kesang Tua.Oleh sebab itu,pihak yang bertanggungjawab mesti membaiki dan menaik taraf jalan raya.Kemudahan pengangkutan awam yang kurang juga mestilah ditingkatkan.Bas-bas yang kurang melalui kawasan kajian telah menyusahkan anakanak yang masih kecil untuk ke sekolah.



Di negara bandingan iaitu Singapura,masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi kebiasaan tetapi keadaan ini harus dielakkan dengan membina jalan raya bertingkat bagi memudahkan segala urusan perniagaan dan perdangangan yang dijalankan agar tidak timbul dan menjadi masalah utama apabila menguruskan segala urusan.Bagi mengurangkan masalah kekurangan tempat tinggal pula ialah dengan menjimatkan kawasan tapak tanah,pihak kerajaan seharusnya membina rumah kos rendah seperti rumah teres,pangsapuri dan kondominium.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME Saya berbangga kerana Kampung Kesang Tua mempunyai pengangkutan awam yang setanding dengan negara maju seperti negara bandingan saya iaitu Singapura.Saya juga berharap agar segala masalah yang dihadapi oleh sesebuah petempatan akan dapat diatasi dengan mudah tanpa menimbulkan masalah lain.

Rumusan Daripada kajian yang saya lakukan di Kampung Kesang Tua saya dapat mengenalpasti petempatan dan perkembangan disana.Sebahagian besar ekonomi di Kampung kesang Tua ialah ekonomi di sektor pertanian dan ia sangat jelas kerana sekitar Kampung Kesang Tua memang pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan pendapatan ekonomi setempat dan negara.

Penduduk Kampung Kesang Tua seharusnya berasa bangga

kerana dapat lihat

pembangunan yang kian membangun di Kesang Tua kini.Perkara ini menunjukkan Kampung Kesang Tua berpotensi untuk menjadi sebuah petempatan yang maju dan mungkin setaraf dengan bandar-bandar di sekelilingnya.

Selain itu,kegiatan ekonomi di Kampung Kesang Tua dapat memberi manfaat kepada penduduk kerana dapat peluang pekerjaan yang tinggi di sektor perindustrian dan pertanian. Kegiatan ekonomi di Kampung Kesang Tua juga dapat menyumbang kepada penduduk dalam meningkatkan taraf hidup mereka agar seimbang dengan pembangunan yang sedang giat dijalankan di kawasan kajian ini. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan,saya mendapati masih lagi wujud semangat perpaduan yang kental antara penduduk Kampung Kesang Tua yang telah membawa keharmonian dalam kalangan mereka yang berbilang kaum sehingga ke hari ini.Saya bertungkus lumus dalam menjalankan kajian di Kampung Kesang Tua dan kami berasa seronok

dengan sikap-sikap penduduk Kampung Kesang Tua yang sering membantu kami. Walau bagaimanapun, saya berasa sangat berpuas hati dan bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Rujukan a) Internet http://www.pdfcoke.com/doc/14786983/FolIO-GeoGraFi-PMR-2009 http://images.search.yahoo.com/images/ b) Buku Teks

Nama Pengarang:Abdul Rahim Md. Nor Tahun Terbit:2004 Tajuk Buku:Buku Teks Geografi Tingkatan 3 Tempat Terbit:Selangor Darul Ehsan Penerbit:Cerdik Publications Sdn. Bhd. c) Orang Sumber Ketua Kampung Kesang Tua:Encik Adam b. Shahid

Senarai Kandungan Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tajuk Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Peta Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat 1-2 3 4 5 6-8 9 10-21 22-23 24-47 48

Tajuk:Jadual Jantina dan Bangsa Responden Lelaki Melayu Cina India

6 3 3

Perempuan 4 2 2

Tajuk:Graf Jantina dan Bangsa Responden

Sumber:Ketua Kampung Kesang Tua,Encik Adam b. Shahid

Graf di atas menunjukkan bahawa kawasan kajian mempunyai berbagai-bagai bangsa.Jantina dan bangsa responden turut mempengaruhi pola petempatan penduduk di kawasan kajian.

Tajuk:Jadual Permasalahan Penduduk di Tempat Kajian Penduduk yang mengalami

Penduduk yang tidak mengalami

masalah

masalah

12

8

Tajuk:Carta Pai Permasalahan Penduduk di Tempat Kajian

Sumber:Ketua Kampung Kesang Tua,Encik Adam b. Shahid

Carta pai di atas menunjukkan bahawa lebih dari 50% penduduk menghadapi permasalahan di tempat kediaman.Mereka turut memberikan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi.

lampiran

Related Documents

Folio Geog
May 2020 2
Folio Geog Ting. 2
April 2020 6
Geog
October 2019 40
Geog
May 2020 22
Geog
May 2020 21
Geog
November 2019 39

More Documents from ""

Folio Sej Deyh..!!!
May 2020 1
Folio Geog
May 2020 2