Folio Geo

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geo as PDF for free.

More details

  • Words: 875
  • Pages: 16
Nama

: Mohd Adry Ierfan bin Mohd Yazam

Tingkatan

: 3 Amin

No. K/P

: 941020-09-5129

Nama Guru : Puan Wadzirah binti Ridzuan.

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini. Terima kasih kepada Pn. Wadzirah bt. Ridzuan, selaku guru matapelajaran geografi yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Kepada kedua-dua ibu bapa dan keluarga yang banyak membantu sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih dan penghargaan kepada pegawai-pegawai di PKENPs dan penduduk-penduduk di Taman Kemajuan yang banyak memberi kerjasama.Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda.

Saya memilih Taman Kemajuan sebagai kawasan kajian kerana saya pernah tinggal di petempatan tersebut selama beberapa tahun sejak ia mula dibuka. Kajian ini lebih mudah dijalankan kerana saya mengenali beberapa orang penduduk asal di sini.

Kajian ini bertujuan untuk: a)

Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Taman Kemajuan serta membandingkannya dengan negara Singapura.

b)

Mengenal pasti factor yang mempengaruhi perkembangan kawasan Taman Kemajuan.

c)

Mengenal pasti fungsi petempatan di Taman Kemajuan serta negara Singapura yang dijadikan bandingannya.

d)

Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

e)

Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

f)

Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.

Kawasan yang saya kaji ialah Taman Kemajuan. Petempatan ini dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini dikelilingi sawah padi. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang berlaku di petempatan ini. Taman Kemajuan terletak kira-kira 2 kilometer dari Bandar Kangar.

1) Peta daerah : Kangar

2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Singapura

3) Peta kawasan kajian : Taman Kemajuan.

Kaedah utama yang saya gunakan untuk kajian ini adalah kaedah pemerhatian. Menerusi kaedah ini saya dapat mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi penduduk di Taman Kemajuan. Saya juga telah menggunakan kaedah temubual.Temubual ini melibatkan penduduk setempat dan juga pegawai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.Temubual ini membantu saya mendapat maklumat mengenai pola petempatan penduduk dan perkembangan kawasan kajian sejak dijadikan petempatan. Selain itu, saya banyak menggunakan kaedah rujukan (terutamanya internet) bagi mendapatkan maklumat mengenai negara yang dibandingkan iaitu Singapura.

Jenis dan pola

petempatan.

1)Taman Kemajuan Jenis dan pola petempatan di Tman Kemajuan ialah berjajar.Kawasan perumahan ini disusun secara berjajar. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah yang boleh didapati di kawasan tersebut. 2) Bandingan:Tokyo,Jepun Jenis pola petempatan di Tokyo ialah berpusat.Sebagai salah satu metropolis yang termaju di dunia, Tokyo mempunyai mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Faktor yang mempengaruhi petempatan 1) Taman Kemajuan Sejarah Petempatan Taman Kemajuan dibuka pada tahun __________.Kawasan ini dibangunkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.Bilangan penduduk di sini

telah meningkat setiap tahun.Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana berhampiran dengan bandar. Bentuk Muka Bumi Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata.Kawasan ini dahulunya adalah kawasan sawah padi.Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di Taman Kemajuan.

Kegiatan Ekonomi Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Bandar Kangar, ramai penduduk di sini adalah kakitangan awam yang berpejabat di Bandar tersebut.Sebilangan yang lain pula tertumpu kepada bidang perniagaan. Peluang-peluang pekerjaan di sini memberi pulangan yang baik kepada penduduk di sini. Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan.Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di sini. Contoh kemudahan yang disediakan ialah sekolah rendah dan sekolah menengah.

2) Negara Bandingan : Tokyo Sejarah Sejarah mencatatkan Tokyo telah berkembang lebih 400 tahun yang lalu. Sejak itu,berlaku pertambahan penduduk yang ketara. Pada tahun 1935, pertambahan penduduknya menyaingi New York dan London. Ini menyebabkan kawasan petempatannya terus berkembang pesat. Pusat Pentadbiran Peranan Tokyo sebagai pusat pentadbiran Jepun menyebabkan penduduknya bertumpu di sini. Tokyo mempunyai 23 buah daerah yang merupakan Bandar raya.Pentadbirnya ialah Greater Tokyo Area yang merupakan petempatan paling padat di dunia. Kegiatan Ekonomi Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di sini. Kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perindustrian, perkhidmatan dan perlancongan memberi pendapatan yang tinggi kepada penduduknya.

Fungsi Petempatan 1) Taman Kemajuan Fungsi petempatan di Taman Kemajuan adalah sebagai tempat kediaman dan perniagaan.Lokasinya yang agak berhampiran dengan Bandar Kangar menjadikan kawasan ini sebagai pilihan untuk dijadikan kediaman.Atas alasan itu juga petempatan ini juga berfungsi sebagai kawasan perniagaan yang digemari. 2) Negara Bandingan : Tokyo Tokyo berfungsi sebagai pusat perindustrian di Jepun. Kawasan perusahaan Keihin di Tokyo amat dikenali dengan pelbagai industri terutamanya industri kereta.

Masalah Petempatan 1) Taman Kemajuan Masalah paling utama di Taman Kemajuan adalah system perparitan. Keadaan longkang yang selalu tersumbat menyebabkan sering berlaku banjir kilat.Malah dalam kejadian banjir besar pada tahun 2005, petempatan ini adalah kawasan terakhir banjir surut. Masalah perparitan ini juga kerap menimbulkan masalah kesihatan khasnya yang berkaitan dengan nyamuk. Longkang yang selalu tersumbat menjadi tempat pembiakan nyamuk. Penduduk di sini selalu terlibat dengan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi. 2) Negara Bandingan Walaupun Tokyo jauh meninggalkan Taman Kemajuan jika dibandingkan dari segi kemajuan perbandaran dan kemodenan, tetapi metropolis ini tetap mempunyai masalah. Masalah utamanya adalah kesesakkan lalu lintas. Mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di dunia menyebabkan lalu lintas di sini sentiasa sesak.

Tokyo juga menghadapi masalah pencemaran. Pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa domestic, asap dari kilang dan kenderaan. Selain daripada itu, kekurangan tempat tinggal adalah antara masalah yang dihadapi penduduk Tokyo.

Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan 1) Taman Kemajuan

Related Documents

Folio Geo
May 2020 11
Folio Geo
November 2019 17
Folio Geo
May 2020 8
Folio Geo
April 2020 10
Folio Geo
May 2020 9
Folio Geo
October 2019 17