Folio Geo

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geo as PDF for free.

More details

  • Words: 2,048
  • Pages: 24
Nama : Raja Muhammad Hasif Bin Raja Hassan Tingkatan : 3 Ibn Sina No. K/P : 911115-03-6335 Nama Guru : Pn. Zubaidah Bt. Yamin

1.Penghargaan……………………………………… ….... 1-2 2.

3.

4.

Pendahuluan……………………………………… …..... 3 Objektif Kajian……………………… …..................... 4 Kawasan Kajian…………………………………… ……. 5

5.Peta Negeri, Daerah & Kawasan Kajian…… ……..6-7 6.

Kaedah Kajian……………………………… ………..... 8

7.Dapatan Kajian…………………………………… ……9-14 8.Rumusan Kajian…………………………… ………….15

9.

Lampiran-lampiran Penting…………………… … 16-20

10.Rujukan …………………………………………… ….. 21

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapatlah saya menyiapkan juga Kerja Kursus Geografi saya ini pada tarikh yang telah ditetapkan, walaupun saya telah menghadapi pelbagai masalah dan rintangan semasa proses penyiapan kerja kursus ini. Sehubungan dengan itu, dengan kesempatan yang ada ini ingin saya rakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak telah yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung yang telah membantu saya dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggitinggi ucapan terima kasih kepada Pihak Pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher yang telah banyak memberi kemudahan kepada saya tidak kira dalam bentuk material mahupun sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan

kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya memerlukan maklumat-maklumat daripada pelbagai sumber agar ianya menepati semua objektif kerja kursus ini yang telah ditetapkan. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya,Puan Zubaidah bt Yamin yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, saya pasti tidak mampu untuk menyiapkan kerja kursus ini pada tarikh yang telah ditetapkan dan menepati objektif kerja kursus ini. Selain daripada itu, terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa dan juga kawan-kawan saya:Shahiful, Abdin, Ehsan dan Fikri yang telah banyak membantu saya dalam mencari maklumat-maklumat penting, memberi bantuan kepada saya tidak kira dari segi moral mahupun material semasa dalam proses penyiapan kerja kursus ini.Mungkin tanpa sokongan dan bantuan yang telah diberikan oleh mereka semua, saya pasti gagal menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin rakamkan berbanyak-banyak terima kasih saya kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Segala jasa baik anda semua tidak akan saya lupakan dan hanya Allah S.A.W. yang mampu membalasnya.

Saya memilih tajuk ini iaitu Bentuk Muka Bumi dan Potensinya kerana kampung saya iaitu Kampung Pengkalan Datu mempengaruhi semua aspek keadaan ataupun potensi Bentuk Muka Bumi yang dihendaki oleh soalan. Keadaan Bentuk Muka Bumi tersebut telah menyumbangkan banyak kemajuan kepada kampung saya. Antara keadaan Bentuk Muka Bumi di kampung saya ialah Kawasan Tanah Pamah dan Kawasan Lembangan Sungai. Namun begitu, kegiatan ini turut meninggalkan banyak kesan-kesan negatif terhadap alam semula jadi di kawasan itu. Saya telah menjalankan kajian lapangan di kawasan ini secara berkumpulan, iaitu bersama-sama dengan beberapa orang rakan saya. Saya telah menggunakan segala data dan maklumat yang telah berjaya diperoleh oleh

saya dan rakan-rakan ketika kami menjalankan kajian untuk menulis laporan lengkap secara individu.

 Mengetahui dan Memahami Jenis Bentuk muka Bumi Di Kampung Pengkalan Datu.

 Mengguna dan Menghargai Ciri-ciri Bentuk Muka Bumi Di Kampung Pengkalan Datu.

 Mengetahui dengan Lebih Mendalam tentang Potensi Bentuk Muka Bumi Di Kampung Pengkalan Datu.

 Mengenal Pasti Masalah dan Faktor-faktor Kekurangan tentang Bentuk Muka Bumi Di Kampung Pengkalan Datu.  Menyenaraikan Langkah-langkah Penyelesaian tentang Bentuk Muka Bumi Di Kampung Pengkalan Datu.

Kawasan Kajian saya ialah kampung saya sendiri iaitu Kampung Pengkalan Datu. Saya tinggal di Kampung Pengkalan Datu, Sering,16150 Kota Bharu, Kelantan. Kampung Pengkalan Datu terletak di Timur Laut Negeri Kelantan iaitu kira-kira 50’ kalau mengikut bearing sudutan. Kampung ini terletak kira-kira 2km dari Pekan Kota Jembal ( Kedai Lalat ) dan 15km dari pusat bandar Kota Bharu. Masa perjalanan dari kampung saya ke Pusat Bandar

Kota Bharu memakan masa yang tidak begitu lama di antara 15 hingga 20 minit. Keadaan Bentuk Muka Bumi yang dapat dilihat di kampung saya ialah tanah pamah dan lembah sungai. Kampung ini mempunyai keluasan kira-kira 600km persegi . Kampung ini telah dibuka kira-kira pada tahun 1823.Tambahan pula, kampung saya sekarang merupakan pengeluar padi terbesar di Pekan Kota Jembal. Saya memilih Kampung Pengkalan Datu sebagai kawasan kajian kerana ia memudahkan saya untuk menjalankan penyiasatan tentang keadaan Bentuk Muka Bumi.

o Kaedah Rujukan : Saya membuat rujukan melalui pelbagai sumber iaitu melalui Buku Teks Geografi Tingkatan Tiga dan Buku Rujukan Total Tingkatan 1,2, dan 3. Saya mendapat banyak maklumat penting mengenai tajuk yang saya pilih untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini.

o

Kaedah Soal Selidik : Saya telah menyoal selidik beberapa orang individu seperti ibu saya, bapa saya, jiran saya dan orang yang tertentu . Kaedah ini memberi banyak maklumat yang diperlukan kepada saya.

o

Kaedah Pemerhatian : Saya telah memilih kaedah pemerhatian ini sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan isi-isi penting yang boleh dijadikan isi-isi dalam folio saya. Saya telah melakukan sedikit pemerhatian di kawasan–kawasan kajian untuk melihat keadaan Bentuk Muka Bumi di kawasan kajian ini.

CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI Setelah menjalankan semua kaedah kajian, saya mendapati Kampung Pengkalan Datu mempunyai beberapa jenis bentuk muka bumi, iaitu tanah pamah dan lembangan sungai. Kawasan tanah pamah di kampung ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang biasa didapati di kawasan tanah pamah lain. Ia mempunyai ciri-ciri tanah pamah yang rata dan

luas. Manakala jenis tanih di kawasan ini ialah tanih aluvium. Bagi kawasan lembangan sungai pula, ia mempunyai beberapa ciri-ciri lembangan sungai seperi likuan sungai dan sebagainya.

POTENSI BENTUK MUKA BUMI Kesemua jenis bentuk muka bumi di kawasan kampung ini sememangnya mempunyai pelbagai potensi yang dapat meningkatkan taraf kemajuan di kawasan ini. Pertama, kawasan kampung ini merupakan salah satu daripada laluan perhubungan dan pengangkutan yang utama bagi menghubungkan daerah Kota Bharu dan daerah Bachok. Hal ini demikian kerana kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina kemudahan jalan raya di kawasan ini. Di samping itu, Kampung Pengkalan Datu turut berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan. Sememangnya kawasan kampung ini mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Dengan keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina petempatan di kawasan ini. Akhir sekali, Kampung Pengkalan Datu mempunyai banyak potensi bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Disebabkan oleh adanya kawasan lembangan sungai di kampung ini, sebuah chalet telah dibina di kawasan pinggir sungai di kampung ini. Chalet ini telah menjadi salah satu tarikan pelancong ke kawasan ini. Selain itu, kampung ini sememangnya mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman padi dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas di kawasan ini amat sesuai untuk kegiatan penanaman padi. Oleh itu, kawasan ini telah menjadi salah satu pengeluar padi terbesar di

Pekan Kota Jembal. Di samping itu, terdapat juga kegiatan perindustrian yag dijalankan di kawasan ini. Terdapat sebuah pusat pembakaran arang yang telah beroperasi selama beberapa puluh tahun. Akhirnya, sesuai dengan kawasan lembangan sungai, kawasan ini sememangnya mempunyai banyak kegiatan perikanan. Malah terdapat penduduk di kawasan ini yang menjadikan kegiatan perikanan sebagai sumber pendapatan mereka.

MASALAH YANG DIDAPATI DI KAWASAN KAJIAN 1. Pemendapan Di kawasan ini, air sungai agak mudah melimpah keluar. Hal ini demikian kerana sungai di kawasan ini mempunyai kedalaman yang agak cetek disebabkan oleh proses pemendapan yang berlaku.Oleh itu, sungai hanya mampu menampung kuantiti air yang sedikit dan kejadian limpahan sungai mudah berlaku. 2. Pencemaran

Sikap penduduk yang tidak menghiraukan kepentingan alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banyak pencemaran di kawasan ini. Sikap suka membuang sampah di meratarata tempat telah mencacatkan pemandangan di kawasan ini terutamanya di kawasan pinggir sungai. Penduduk suka membuang sisa-sisa makanan dan sampah ke dalam sungai yang telah memyebabkan turut berlaku pencemaran air di kawasan ini. Masalah pembakaran terbuka turut berleluasa di kawasan ini. Tambahan pula, pusat pembakaran arang di kawasan ini sememangnya mengeluarkan asap yang banyak yang menyebabkan pencemaran udara yang agak teruk. 3. Hilang Kesuburan Tanih Di samping itu, kegiatan pertanian seperti penanaman padi dan getah yang tidak terkawal di kawasan ini telah menyebabkan kesuburan tanih semakin hilang. Ini telah menyebababkan hasil pengeluaran kegiatan pertanian semakin berkurangan. Natijahnya, penduduk mengalami masalah kekurangan kawasan bagi menjalankan kegiatan pertanian mereka.

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH 1. Kempen Kesedaran Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil. Antaranya ialah melalui kempen kesedaran. Pihak kerajaan mahupun swasta perlu bekerjasama bagi mengadakan kempen kesedaran terutamanya mengenai alam sekitar dan lain-lain lagi. 2. Penggunaan Baja Organik / Kaedah Biologi

Dengan penggunaan baja organik, ia dapat meningkatkan lagi kualiti dan jumlah pengeluaran hasil pertanian di kawasan ini. Ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi melaksanakan kegiatan pertanian. Tambahan pula, kebanayakan petani di kawasan ini merupakan golongan yang berpendapatan rendah.

3. Penggiliran Tanaman Bagi mengatasi masalah kesuburan tanih, teknik penggiliran tanaman sememangya sesuai. Petani perlulah menjalankan kegiatan pertanian secara bergilir-gilir di kawasan pertanian mereka. Hal ini demikian kerana ia bagi membantu tanih mengemballikan kesuburan tanih selepas kegiatan pertanian dijalankan.

JADUAL

Bulan

Bilangan Ikan

(ekor) Januari

110 (ekor)

Februari

125 (ekor)

Mac

190 (ekor)

April May

240 (ekor) 300 (ekor)

Jadual di atas menunjukkan hasil temuramah tentang bilangan ikan (ekor) yang ditangkap oleh seorang penduduk Kampung Pengkalan Datu iaitu Pak Jali dalam tempoh lima bulan iaitu dari bulan Januari hingga bulan May pada tahun 2006. Berdasarkan jadual di sebelah, bulan Mei merupakan bilangan ikan (ekor) yang terbanyak yang berjaya ditangkap oleh Pak Jali iaitu sebanyak 300 ikan (ekor). Manakala pada bulan Januari merupakan yang paling sedikit yang dapat ditangkap oleh Pak Jali iaitu sebanyak 110 ikan (ekor). Purata jumlah penangkapan ikan dalam tempoh lima bulan ialah 193 ikan (ekor). Pola bilangan ikan yang ditangkap oleh beliau ialah menaik mengikut keadaan cuaca dan iklim setiap bulan. Pada bulan Januari, Februari dan Mac, jumlah bilangan ikan (ekor) yang ditangkap ialah kurang dari 200 ikan (ekor).Manakala pada bulan April dan May pula, jumlah tangkapan bilangan ikan (ekor) yang ditangkap oleh Pak Jali ialah lebih 200 ikan (ekor) dan kurang dari 310 ikan (ekor).Pak Jali menangkap ikan (ekor) dengan pelbagai cara kaedah iaitu dengan jala, pukat, bubu, joran dan banak lagi. Kadar tangkapan ikan juga mempengaruhi keadaan cuaca dan iklim sekitar. Ini kerana, pada bulan Januari, Februari, dan Mac merupakan musim tengkujuh dan peralihan Angin Monson Timur Laut. Pada musim ini, keadaan laut dan sungai sangat berbahaya kepada semua orang dan terutama para nelayan . Ini kerana, keadaan ombak yang besar dan tinggi, arus laut dan sungai yang deras, sungai yang dalam dan berlumpur serta banyak lagi risikonya. Oleh sebab itu, hasil jumlah tangkapan Pak Jali sedikit pada bulan Januri, Februari, dan Mac kerana beliau jarang menangkap ikan pada bulan-bulan tersebut. Tambahan pula, hasil dripada tangkapan tersebut, beliau akan menjual ikan-ikan tersebut kepada penduduk kampung ataupun pemborong. Pak Jali menjadi nelayan untuk menambahkan pendapatannya sekeluarga. Beliau telah menjadi nelayan selama 30 tahun.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pak Jali kerana sudi ditemuramah. Saya berharap agar Pak Jali akan terus mendapat hasil tangkapan yang lumayan.

Kampung Pengkalan Datu mempunyai jenis bentuk muka bumi yang agak baik. Para penduduk di sini tidak ketinggalan untuk memanfaatkan

segala kelebihan yang ada di sini bagi menjadikan ia sebagai sumber hidup mereka. Dengan ciri bentuk muka bumi tanah pamah, kegiatan penanaman padi telah dijalankan secara berleluasa di kawasan ini. Kawasan tanah pamah yang rata juga turut dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membina kemudahan jalan raya bagi menghubungkan dua daerah yang penting di negeri Kelantan. Kawasan tanah pamah turut menjadikan kawasan kampung ini sebuah kawasan petempatan yang agak padat. Selain itu, kelebihan adanya kawasan pinggir sungai telah digunakan bagi membina sebuah chalet dan restoran terapung di kampung ini. Dengan adanya chalet ini, ia telah berjaya menjadi satu tarikan pelancong domestik dan antarabangsa untuk datang ke kawasan ini. Kawasan tanah pamah ini turut dimanfaatkan untuk kegiatan perindustrian selain daripada untuk kegiatan pertanian seperti penanaman padi dan getah. Di samping itu, penduduk di kampung ini tidak mensia-siakan sumber sungai di kampung ini. Terdapat ramai penduduk di sini yang menjadikan kegiatan perikanan sebagai sumber hidup mereka. Walau bagaimanapun, kawasan ini turut mengalami masalah-masalah yang disebabkan oleh kurangnya kesedaran penduduk terhadap alam sekitar dan lain-lain lagi. Oleh itu, pihak kerajaan dan juga penduduk sendiri perlulah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu..

1.

Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Latif, Tan Koh Lim,2004. Geografi Tingkatan 3.Pahang:PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2.

Chong Mui Sen, 2002. Revisi Intensif Merit PMR Geografi Tingkatan 1, 2, & 3. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

3.

Peta Negeri Kelantan, http://www.abcmalaysia.com/maps/kelantan_map.htm

Related Documents

Folio Geo
May 2020 11
Folio Geo
November 2019 17
Folio Geo
May 2020 8
Folio Geo
April 2020 10
Folio Geo
May 2020 9
Folio Geo
October 2019 17