Folio Geo

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geo as PDF for free.

More details

  • Words: 1,697
  • Pages: 26
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT) 2008. KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAWASAN TAMAN KERAMAT DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGARA KANADA. NAMA PELAJAR : TINGKATAN : NAMA GURU PENILAIAN:

……………………..

……………………..

T.TANGAN MURID

T.TANGAN GURU

1

TAJUK

2

SENARAI KANDUNGAN BIL.

TAJUK.

MUKA SURAT.

i

Penghargaan.

4.

ii

Pendahuluan.

5.

iii

Objektif Kajian

6.

iv

Kawasan Kajian

7 - 11.

• Peta - peta daerah - peta Taman Keramat - peta perincian Taman Keramat - peta negara Kanada

v

Kaedah kajian

12.

vi

Hasil Kajian

13 – 23.



Jenis- jenis sistem pengangkutan.

• Faktor – faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat. • Kepentingan jaringan sistem pengangkutan. • Kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar. • Langkah- langkah penyelesaian. • Jadual data kajian dan grafik.

vii

viii

Rumusan

24

Lampiran

25.

Rujukan

28.

3

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografi saya, Cikgu Pn. Hamidah binti Husin kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Pn. Rihan binti Mohd Salleh yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada kedua-dua ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk saya serta dorongan dan bantuan untuk menjalankan kajian ini. Kepada rakan-rakan, yang telah bersama-sama menbantu menjalankan kajian ini diucapkan terima kasih, semoga kita bersama-sama berjaya dalam setiap ujian dan peperiksaan yang dihadapi. Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada penduduk Taman Keramat yang sudi memberikan beberapa meklumat dan telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini

4

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar tingkatan tiga diwajibkan menjalankan kerja kursus. Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang telah dipelajari. Saya telah memilih tajuk “Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan di Taman Keramat Dan Perbandingan dengan Negara Kanada. Saya memilih kawasan ini kerana terletak berhampiran dengan rumah saya dan ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian. Kajian ini dijalankan selama empat minggu dan dihasilkan secara individu.

5

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut. Objektif kajian ini adalah untuk: • •

Menyenaraikan jenis-jenis pengangkutan di Taman Keramat.

Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat.



Menghuraikan kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat dan Negara Kanada. •

Menyatakan dan menghuraikan kesan-kesan jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat dan Negara Kanada.



Menghuraikan langkah-langkah penyelesaian mengatasi masala yang dihadapi di kawasan kajian dan Negara Kanada.

Ini buat dalam bentuk ayat! Diats ni isi pentng je!!

6

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Taman Keramat. Saya memilih kawasan ini kerana kedudukan yang berhampiran dengan sekolah dan tempat tinggal saya iaitu kira-kira 0.5km. Kawasan kajian saya iaitu Taman Keramat terletak dalam daerah Gombak dan mukim Hulu Kelang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang. Luas kawasan Taman Keramat lebih kurang 5km persegi. Jarak dari pusat Bandar ke Taman Keramat lebih kurang 9km.

7

PETA : •

Peta Daerah :

8



Peta Negara Kanada :

9



Peta Kawasan Kajian di Taman Keramat :

10



Perincian Peta Kawasan di Taman Keramat :

11

KAEDAH KAJIAN Saya menggunakan kaedah-kaedah berikut :



Pemerhatian

Saya membuat pemarhatian terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan Enggang di Taman Keramat dari jam 4.00 petang hingga 5.30 petang selama lima hari iaitu dari hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat



Rujukan

Saya telah membuat rujukan daripada buku teks Geografi, internet, Majlis Perbandaran Ampang, guru geografi, Pn.Hamidah binti Hussin dan di perpustakaan.

12

DAPATAN KAJIAN

Jenis- jenis Sistem Pengangkutan. Jenis- jenis sistem pengangkutan yang terdapat di Taman Keramat ialah jalan raya utama yang menghubungkan Taman Keramat dengan Pusat Bandar, mempunyai beberapa lorong- lorong kecil yang menghubungkan rumah- rumah penduduk Taman Keramat dengan jalan raya yang utama, dan di sini juga terdapat Transit Aliran Ringan(LRT) yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur ke kawasan kajian.

13

Faktor- faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat ialah: •

Bentuk Muka Bumi..

Bentuk muka bumi di Taman Keramat terdiri daripada kawasan tanah pamah yang rata. Keadaan ini memuahkan pembinaan jaringan sistem pengangkutan iaitu jalan raya, lebuh raya, dan jalan kereta api kerana kos pembinaan yang lebih murah dan mudah berbanding dengan kawasan tanah tinggi. Saya rasa bersyukur dengan bentuk muka bumi yang rata telah mempelbagaikan jaringan pengangkutan di tempat kajian saya yang membolehkan penduduk bergerak dengan mudah dan pantas antara destinasi yang ingin dituju. •

Kegiatan Ekonomi. Kegiatan ekonomi seperti perndustrian , perdagangan dan perkhidmatan mempengaruhi jaringan jalan darat di kawasan Taman Keramat. Dengan berkembangnya kegiatan ekonomi telah menyebabkan banyak jaringan jalan yang dibina untuk memudahkan darja kertemsampaian penduduk terutama dalam memajukan kegiatan ekonomi. Contohnya jalan raya yang padat, dan pengangkutan moden seperti LRT yang dibina di kawasan saya telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk dalam kawasan kajian

Saya rasa berbangga kerana kemajuan kegiatan ekonomi secara tidak langsung dapat membangunkan kegiatan lagi jaringan pengangkutan di tempat saya. •

Kegiatan Ekonomi.

Kemajuan teknologi dan kepakaran membolehkan kawasan kajian sesuai dibina Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), seperti yang menghubungkan Taman Keramat dengan pusat Bandar. Selain itu lebuh raya bertingkat turut dibina yang menghubungkan kawasan 14

kajian dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dengan adanya kemajuan teknologi telah memberi kemudahan kepada penduduk untuk bergerak dengan pantas di samping dapat memberikan alternatif kepada penduduk selain daripada menggunakan jalan raya. •

Dasar Kerajaan.

Dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap ketersampaian telah membolehkan jalan raya dibina di Taman Keramat. Jalan- jalan berturap juga dibina agar penduduk dapat sampai ke tempat yang dituju atau dapat menghubungkan satu kawasan yang lain.Contohnya, jalan raya yang utama yang menghubungkan penduduk Taman Keramat dengan pusat bandar. Saya berbangga tinggal di kawasan Taman Keramat kerana sistem pengangkutan yang wujud memudahkan urusan harian penduduk di kawasan kajian saya.

15

Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan.



Ketersampaian

Hasil pemerhatian dan rujukan menunjukkan jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Jalan pengangkutan ini dapat menghubungkan kawasan kajian ini dengan bandar raya Kuala Lumpur dan bandarbandar yang lain. Ini dapat meningkatkan mobiliti penduduk di kawasan kajian. Sistem pengangkutan di Malaysia dan Kanada mempunyai jaringan pengangkutan yang cekap dan padat. Jaringan pengangkutan membolehkan pergerakan penduduk dan meningkatkan tahap ketersampaian di kedua- dua tempat ini. Saya bersyukurkeana kawasan ini mempunyai sistem pengangkutan yang moden dan setanding dengan Kanada. •

Perkembangan Ekonomi.

Sistem jaringan pengangkutan dapat merangsangkan pembangunan kegiatan ekonomi, contohnya sektor perindustrian yang ada di Taman Keramat, jeringan jalan raya dan lebuh raya ini membolehkan hasil perindustrian dihantar ke Bandar atau pelabuhan melalui MRR2. Di negara Kanada juga jalan raya dan lebuh raya digunakan untuk mengangkut hasil pertanian seperti sayur- sayuran dan hasil barangan kilang yang diangkut dengan lori kontena ke pelabuhan. Saya bersyukur kerana jaringan pengangkutan di negara ini setanding dengan negara maju.

16

Kesan – Kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Taman Keramat. Kesan Positif: Kesan- kesan perkembangan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan Taman Keramat amat memuaskan dan dapat mewujudkan landskap yang menarik. Kawasan yang asalnya terbiar telah berubah menjadi jalan raya yang berturap dan di perindahkan dengan tanaman pokok bunga. Perubahan landskap ini telah meningkatkan rasa cinta terhadap kawasan kajian. Selain itu, kemajuan sistem pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Taman Keramat. Contohnya pembinaan lebuh raya bertingkat dapat mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak. Oleh yang demikian saya berasa selesa dan bersyukur kerana tidak perlu berhadapan dengan masalah kesesakan. Perkhidmatan LRT bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan tetapi juga dapat mengurangkan pencemaran udara.

Kesan Negatif: •

Pencemaran Udara

Asap kenderaan telah mencemarkan udara akibat pembakaran bahan api petrol dan diesel. Jumlah kenderaan yang tinggi di kawasan ini memberikan kesan yang lebih serius kepada alam sekitar. Masalah ini juga turut berlaku di negara Kanada. •

Kesesakan Lalu Lintas

Jalan raya di taman keramat sering mengalami kesesakan lalu lintas terutama pada waktu petang kerana ramai murid- murid sekolah pulang ke rumah dan waktu pulang dari pejabat.

17

Langkah – Langkah Penyelesaian

Bagi mengurangkan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan, beberapa langkah perlu diambil. Antaranya ialah memasang alat catalytif converter pada ekzos kereta. Penggunaan alat ini berupaya menukarkan gas beracun seperti Karbon Monoksida dan Nitrogen Oksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti Karbon Dioksida dan Nitrogen. Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ialah mengadu kepada pihak yang terlibat untuk memasang papan tanda waktu melalui jalan di Taman Keramat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Taman Keramat Sebagai negara maju Kanada turut mengambil langkah yang sama dalam usaha mengatasi masalah yang timbul akibat daripada kepesatan jaringan pengangkutan di negara mereka.

18

Jadual Data Kajian & Grafik

Jadual 1: Jenis kenderaan yang melalui Taman Keramat dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang dalam tempoh lima hari.

Jenis Hari

Kereta

Bas

Motosikal

Lori

Basikal

Jumlah

Isnin

16

2

13

-

-

31

Selasa

7

1

11

-

2

21

Rabu

8

-

14

1

1

24

Khamis

11

1

10

1

1

24

Jumaat

42

4

48

2

4

100

19

GRAF BAR MUDAH :

Bilangan Kenderaan Dari Hari Isnin Hingga Khamis

Bilangan Kenderaan

50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0

Jenis Kenderaan

Kereta

Bas Motorsikal Lori

Basikal

Jenis Kenderaan

20

Jenis Kenderaan

Bilangan

Peratus (%)

Kenderaan

Saiz Sudut Sektor

Kereta

42

42%

151

Bas

4

4%

14

Motorsikal

48

48%

173

Lori

2

2%

7

Basikal

4

4%

14

Jumlah

100

100%

360

21

Carta Pai :

Carta Pai Bagi kenderaan yang Melalui Taman Keramat Dari Isnin hingga Khamis

Lori 2%

Basikal 4%

Kereta 42% Motorsikal 48%

Kereta Bas Motorsikal Lori Basikal

Bas 4%

22

RUMUSAN Secara keseluruhan jaringan pengangkutan di kawasan Taman Keramat telah banyak menyumbangkan kepada kemajuan pembangunan kawasan ini. Hasil kajian yang di jalankan mendapati jenis pengangkutan utama di kawasan ini ialah jalan raya. Perkembangan jaringan sistem pengangkutan di pengaruhi oleh bentuk muka bumi yang terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Kepentingan sistem jaringan pengangkutan ini dapat meningkatkan darjah ketersampaian dan seterusnya meningkatkan mobiliti penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Walaupun jaringan pengangkutan ini telah mendatangkan pencemaran kesan negatif kepada alam sekitar fizikal seperti pencemaran udara, tetapi saya amat menghargai jaringan yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan.

23

LAMPIRAN

24

25

26

Related Documents

Folio Geo
May 2020 11
Folio Geo
November 2019 17
Folio Geo
May 2020 8
Folio Geo
April 2020 10
Folio Geo
May 2020 9
Folio Geo
October 2019 17