Folio Geo Pmr

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geo Pmr as PDF for free.

More details

  • Words: 2,384
  • Pages: 34
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEKOLAH

: SMK SYED HASSAN

NAMA

: MOHD ADRY IERFAN BIN MOHD YAZAM

TINGKATAN

: 3 AMIN

NO. K/P

: 941020-09-5129

ANGKA GILIRAN

: RA01317014

NAMA GURU

: PUAN WADZIRAH BINTI RIDZUAN.

Senar ai Kandungan Perkara

Muka surat

Penghargaan

1

Pendahuluan

2

Objektif Kajian

3

Kawasan Kajian

4-6

Kaedah Kajian Hasil Kajian

7 8-14

Rumusan

15

Rujukan

16

Lampiran

17

Penghargaan

Penghargaa n

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini. Terima kasih kepada Pn. Wadzirah bt. Ridzuan, selaku guru matapelajaran geografi yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Kepada kedua-dua ibu bapa dan keluarga yang banyak membantu sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih dan penghargaan kepada pegawai-pegawai di PKENPs dan penduduk-penduduk di sekitar Kangar yang banyak memberi kerjasama.Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda.

Pendahuluan

Pendahuluan

Saya memilih Kangar sebagai kawasan kajian untuk melaksanakan tugasan folio Geografi ini. Sebelum memulakan tugasan ini, saya merasakan ini suatu tugasan yang agak sukar, kerana ianya bukan melibatkan diri saya sahaja, tetapi memerlukan juga saya bertemu dan berkomunikasi dengan orang lain. Selain daripada itu, saya juga perlu membuat tinjauan di beberapa lokasi bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Bagaimanapun setelah selssai menjalankan tugasan ini, saya merasakan yang saya telah melalui pengalaman yang amat berharga. Saya memperolehi pengalaman berguna, antaranya bagaimana kita sepatutnya berinteraksi dengan masyarakat yang lebih besar daripada sekolah. Saya juga mengenal dan tahu nama tempat di sekitar Kangar yang selama ini saya tidah tahu. Saya juga baru tahu yang Kangar terdiri daripada lima mukim. Sebelum ini saya menyangkakan Kangar itu hanyalah melibatkan pusat bandar sahaja. Kajian ini banyak memberi kebaikan dan faedah kepada saya.

.

Objektif Kajian

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk: a)

Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Bandar Kangar serta membandingkannya dengan Bandaraya Tokyo, Jepun.

b)

Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kawasan Bandar Kangar.

c)

Mengenal pasti fungsi petempatan di Bandar Kangar serta Bandaraya Tokyo yang dijadikan bandingannya.

d)

Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

e)

Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

f)

Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.

Kawasan Kajian

Kawasan Kajian Kawasan yang saya kaji ialah Kangar. Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai penduduk seramai 48,898 orang (2004). Ia terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kangar terdiri dari lima mukim iaitu Sena, Kechor, Wang, Bintong dan Utan Aji. Kangar merupakan petempatan paling padat dan pesat dengan pembangunan di negeri Perlis. Kangar adalah pusat pentadbiran negeri Perlis. Perdagangan di negeri ini tertumpu di bandar Kangar. Kangar terletak dalam kawasan tanag pamah. Sebahagian besar petempatan di sini terbina hasil daripada tebus guna kawasan sawah padi..

KANGAR

Peta menunjukkan kedudukan Kangar di dalam Peta Malaysia.

Kawasan Kajian

Peta Kajian 1) Peta kawasan kajian : Kangar

Kawasan Kajian

2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Metropolis Tokyo

Kaedah Kajian

Kaedah Kajian Kaedah kajian yang saya gunakan ialah: 1. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan kajian. Hasil pemerhatian dapat memberikan gambaran mengenai petempatan di Kangar secara pandangan mata kasar. 2. Soal selidik Saya telah menyediakan borang soal selidik yang dijawab oleh 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk dari beberapa petempatan di Kangar. Respon daripada soal selidik tersebut banyak membantu menambah maklumat yang diperlukan. 3. Temubual Saya juga telah menemubual beberapa orang penduduk Kangar bagi mendapatkan beberapa maklumat dan pandangan mengenai bandar Kangar. 4. Rujukan Sumber rujukan saya yang utama ialah internet. Saya mendapat banyak maklumat dari internet terutamanya berhubung Tokyo, metropolis luar negara yang saya jadikan bandingan. Rujukan lain termasuklah dari buku teks dan bulletin keluaran kerajaan negeri Perlis iaitu Warta Perlis.

Hasil Kajian

Hasil Kajian

Jenis dan pola petempatan. 1) Kangar Jenis dan pola petempatan di Kangar sebahagian besarnya ialah berjajar. Bagimanapun terdapat juga pola berpusat terutama di mukim Sena yang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan. Hampir 80% petempatan di Kangar didirikan di atas sawah padi yang telah ditebus guna. Petempatan di sini terus berkembang dengan permintaan terhadap tempat kediaman semakin meningkat. Pemerhatian saya mendapati hampir semua kawasan perumahan didiami dengan sepenuhnya. 2) Bandingan : Tokyo Jenis pola petempatan di Tokyo ialah berpusat. Sebagai salah satu metropolis yang termaju di dunia, Tokyo mempunyai mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Walaupun petempatannya agak sesak tetapi, petempatan di metropolis ini tetap dirancang dengan baik oleh kerajaan Jepun. Gempa bumi yang kerap dialami oleh Tokyo menyebabkan sangat sedikit bangunan pencakar langit dibina.

Faktor yang mempengaruhi petempatan

1) Kangar

Sejarah Bandar Kangar dibina dalam tahun 1653, bermula dengan Kota Sena sebagai pusat pemerintahan yang diduduki oleh Sultan Kedah ke-14. Ia bermula sebagai Hasil Kajian pelabuhan darat (pengkalan) yang menjadi tempat perahu dan tongkang berlabuh. Petempatan-petempatan awal di Kangar adalah berjajar di sepanjang Sungai Perlis. Bagaimanpun, lama-kelamaan petempatan mula berpusat di Sena sesuai dengan peranannya sebagai pusat pemerintahan.

Bentuk Muka Bumi Secara amnya, bentuk mukabumi Kangar ialah tanah pamah. Selain sebagai pelabuhan dari segi sejarahnya, Kangar juga pada masa dahulu adalah kawasan sawah padi yang luas dan subur. Tetapi keperluan tempat kediaman yang meningkat menyebabkan banyak kawasan sawah padi telah dijadikan kawasan perumahan. Bentuk mukabuminya menjadikan kawasan ini sangat sesuai dijadikan petempatan.

Kegiatan Ekonomi Kangar bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran bagi negeri Perlis, tetapi juga merupakan pusat perniagaan yang penting untuk negeri ini. Walaupun bandar Kangar adalah bandar pentadbiran yang terkecil di Malaysia, tetapi petempatan di sini terus berkembang dengan wujudnya pelbagai peluang perniagaan. Hasil temubual, beberapa orang penduduk berpendapat Kangar adalah tempat yang sesuai bagi peniaga di negeri Perlis.

Hasil Kajian 2) Bandingan : Tokyo Sejarah Sejarah mencatatkan Tokyo telah berkembang lebih 400 tahun yang lalu. Sejak itu,berlaku pertambahan penduduk yang ketara. Pada tahun 1935, pertambahan penduduknya menyaingi New York dan London. Ini menyebabkan kawasan petempatannya terus berkembang pesat. Menjelang abad ke-20 Tokyo telah menjadi petempatan yang termaju di Asia.

Pusat Pentadbiran Peranan Tokyo sebagai pusat pentadbiran Jepun menyebabkan penduduknya bertumpu di sini. Tokyo mempunyai 23 buah daerah yang merupakan bandar raya.Pentadbirnya ialah Greater Tokyo Area yang merupakan petempatan paling padat di dunia.

Kegiatan Ekonomi Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di sini. Kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan memberi pendapatan yang tinggi kepada penduduknya. Industri-industri yang berkembang pesat seperti industri automotif memberi peluang pekerjaan kepada penduduknya.

Hasil Kajian Fungsi Petempatan 1) Kangar Kangar memainkan peranan yang sangat penting bagi negeri Perlis, iaitu negeri yang terkecil di Malaysia. Sebagai ibu negeri, Kangar menjadi pusat pentadbiran dan pemerintahan Perlis. Hampir semua pejabat pentadbiran dan kerajaan tertumpu di sini. Kangar juga adalah pusat perdagangan dan perniagaan terpenting di negeri Perlis walaupun pada skala yang kecil.

2) Bandingan : Tokyo Tokyo berfungsi sebagai pusat perindustrian di Jepun. Kawasan perusahaan Keihin di Tokyo amat dikenali dengan pelbagai industri terutamanya industri kereta yang terpenting di dunia. Kepentingan Tokyo sebagai pusat pelbagai kegiatan ekonomi menjadikan metropolis ini ‘sentiasa sibuk’ dan suasananya hidup 24 jam. Petempatan ini bukan sahaja penting kepada warga Jepun, tetapi juga menjadi tumpuan rakyat asing yang menjalankan kegiatan ekonomi di sini. Tokyo bukan sahaja memainkan peranan penting kepada ekonomi dan politik Jepun bahkan juga kepada dunia.

Masalah Petempatan 1) Kangar

Di antara masalah-masalah yang dapat dikesan: i. Kekurangan tempat kediaman. Permintaan terhadap tempat kediaman di Perlis semakin meningkat kerana Hasil Kajian bandar ini merupakan pusat tumpuan bagi negeri Perlis. Walaupun keadaan ini tidak terlalu mendesak, tetapi kerajaan negeri cuba mengelak daripada menebus guna lebih banyak kawasan sawah padi. ii. Kesesakan lalulintas. Jika dibandingkan dengan Tokyo, tentulah masalah lalulintas di Kangar adalah masalah yang tidak serius. Tetapi berdasarkan temubual, inilah di antara masalah penduduk Kangar. Tidak seperti di Tokyo, masalah kesesakan lalulintas di Kangar berlaku hanya pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu puncak dan pada musim perayaan. iii. Kekurangan tempat letak kenderaan. Oleh kerana tumpuan utama aktiviti adalah di mukim Sena menyebabkan sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan terutama pada waktu pejabat.

2) Bandingan : Tokyo Walaupun Tokyo jauh meninggalkan Taman Kemajuan jika dibandingkan dari segi kemajuan perbandaran dan kemodenan, tetapi metropolis ini tetap mempunyai masalah. Di antaranya: i.

Kesesakan lalu lintas. Masalah utamanya adalah kesesakan lalu lintas. Mempunyai kepadatan

penduduk yang tertinggi di dunia dan system jalan rayanya yang sempit menyebabkan lalu lintas di sini sentiasa sesak. ii. Pencemaran Hasil Kajian Tokyo juga menghadapi masalah pencemaran. Pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa domestic, asap dari kilang dan kenderaan. Sebagai sebuah metropolis yang sentiasa “hidup” 24 jam menjadikan masalah pencemaran berlaku sepanjang masa. iii. Kekurangan tempat tinggal. Kekurangan tempat tinggal adalah antara masalah yang dihadapi penduduk Tokyo. Mempunyai penduduk antara yang terpadat di dunia menjadikan keperluan perumahan sukar dipenuhi. Tambahan pula Tokyo mempunyai risiko gempa bumi menyebabkan bangunan tinggi tidak dapat dibina bagi memenuhi keperluan tempat tinggal.

Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan 1) Kangar Beberapa langkah bagi mengurangkan masalah di petempatan ini termasuklah: i.

Projek-projek perumahan tidak tertumpu di sekitar mukim Sena yang sedia menjadi tumpuan. Pihak kerajaan negeri menggalakkan pemaju perumahan membangunkan petempatan di luar mukim Sena bagi memenuhi permintaan terhadap tempat tinggal.

ii.

Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, kerajaan negeri sedang berusaha membangunkan kawasan pinggir bandar. Contohnya pajabat pentadbiran negeri

Hasil Kajian iii.

telah dipindahlan ke Mini Putrajaya yang terletak di mukim Utan Aji. Ini bagi mengurangkan tumpuan dan kesesakan di pusat bandar.

iv.

Bagi mengatasi masalah tempat meletak kenderaan di Kangar, Majlis Perbandaran Kangar telah dan sedang berusaha ke arah membina kawasan meletak kenderaan yang lebih terkawal dan tersusun.

2). Bandingan - Tokyo Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Tokyo ialah: i.

Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan meningkatkan mutu perkhidmatan kenderaan awam. Perkhidmatan kereta api peluru (bullet train) dan landasan kereta api bawah tanah banyak membantu mengurangkan kesesakan lalulintas.

ii.

Penggunaan

petrol

tanpa

plumbum.

Kerajaan

Jepun

menggalakkan

penggunaan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan awam dan persendirian. iii.

Kerajaan Jepun juga membina lebih banyak apartmen tinggi (danchi) di luar Tokyo, bagi memenuhi keperluan tempat tinggal yang semakin mendesak.

RUMUSAN

Rumusa n

Kawasan kajian saya, Kangar, merupakan sebuah ibu negeri

dan pusat

pentadbiran paling kecil di sebuah negeri yang paling kecil di Malaysia. Jika dibandingkan dengan pusat pentadbiran lain di Malaysia sekali pun, Kangar agak terkebelakang dari yang lainnya. Kebanyakan pusat pentadbiran di negeri lain di Malaysia telah mencapai taraf bandar raya, sebaliknya taraf Kangar ialah sebagai sebuah bandar. Apatah lagi membandingkan Kangar dengan sebuah metropolis seperti Tokyo yang sedia tersohor di mata dunia. Ia ibarat membanding seekor semut dengan sang gajah. Bagaimanapun, kajian ini berjaya membangkitkan suatu kesedaran terhadap diri saya. Membayangkan Tokyo sebagaimana yang digambarkan di dalam bahan-bahan rujukan , menyebabkan saya lebih menghargai apa yang ada di sekeliling saya. Menjalani kehidupan di bandar setenang Kangar bermakna saya tidak perlu berhadapan dengan suasana sesak, pencemaran, kebisingan, dan kos hidup yang tentunya jauh lebih tinggi. Saya amat menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memajukan negara. Kemudahan dan pembangunan di Kangar, seperti jalan raya dan sekolah amat ketara perkembangannya. Sudah tentu terdapat perkara-perkara positif di metropolis Tokyo yang boleh kita jadikan contoh, seperti semangat kerja dan kemajuan sains dan teknologinya. Sikap

warga Tokyo yang sentiasa berusaha memajukan diri dan masyarakatnya patut diterap ke dalam minda setiap rakyat Malaysia. Saya percaya jika kita bersikap demikian, kita akan mampu bersaing dengan negara-negara lain dalam apa juga bidang.

Lampiran

BORANG SOAL SELIDIK Tandakan bagi jawapan yang berkaitan. 1. Nama : ……………………………………….. 2. Jantina : □ Lelaki □ Perempuan 3. Bangsa : □ Melayu □ Cina □ India □ Lain-lain 4. Alamat : ……………………………………………………………………. .……………………………………………………………………. …………………………………………………………………….. 5. Taraf Pendidikan : □ UPSR □ PMR □ SPM □ STPM □ Ijazah 6. Pekerjaan : …………………………………………………………………

7. Pendapatan sebulan (RM) : □ 0-500 □ 501-1000 □ 1001-1500

□1501-2000 □ > 2000 8. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di sini? □ Bentuk muka bumi □ Kegiatan ekonomi □ Kemudahan pendidikan □ Kemudahan infrastruktur □ Kemudahan awam □ Lain-lain

9. Apakah pola petempatan yang terdapat di sini? □ Berpusat □ Berjajar □ Berselerak □ Berkelompok (Terancang) 10. Apakah fungsi petempatan yang terdapat di sini? □ Perniagaan □ Pendidikan □ Pengangkutan □ Perindustrian □ Pelancongan □ Lain-lain

11. Apakah masalah-masalah yang terdapat di sini? □ Pencemaran sampah sarap □ Pencemaran udara (berdebu) □ Pencemaran sungai □ Hakisan tanih □ Tiada litupan tumbuh-tumbuhan □ Kesesakan lalu lintas □ Banjir □ Longkang tersumbat □ Lalat membiak □ Lain-lain (nyatakan ) ………………………….. 12. Apakah cadangan langkah untuk mengatasi masalah-masalah? □ Membersihkan kawasan berkenaan □ Mengadakan hak waktu □ Kemudahan membuang sampah □ Kempen kesedaran □ Gotong-royong □ Lain-lain (nyatakan )…………………………

Borang Soal Selidik: Kajian tentang kepentingan dan perkembangan petempatan di Bandar Kangar , 01000 Perlis .

Sila Tandakan ( √ ) di petak berkenaan. 1. Apakah Jenis Pola Petempatan Di kawasan Anda o Berselerak o Berjajar o Berpusat o Berkelompok 2. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Nyatakan jika perlu di ruangan berkenaan. Masalah Petempatan Yang Dihadapai Oleh Penduduk Tandakan ( ⁄ ) o Kesesakan lalu lintas o Pencemaran o Tempat letak kereta o Gejala sosial o Lain-Lain (sila nyatakan): Lain-lain ....................................................................................................... ........................................................................................................ 3. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Apakah potensi bentuk muka bumi yang sesuai dengan kawasan anda Jenis Kegiatan Yang Dijalankan Tandakan ( ⁄ ) o Pertanian

:

o Pengangkutan o Pelancongan o Pelabuhan o Perlombongan o Perikanan o Pembalakan o pengairan o Petempatan o Eko-pelancongan o Perindustrian o Lain-laian (nyatakan)................................ 4. Nyatakan halangan yang berlaku kepada penduduk di kawasan ini ................................................................................................................. ............................. ............................ 5. Nyatakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.

Soalan Temu Bual 1. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ? 2. Apakah perkhidmatan yang saudara dapat sejak tinggal di sini ?

3. Apakah jenis pekerjaan yang saudara ceburi ? 4. Pada pendapat saudara, apakah jenis dan pola pertempatan di tempat saudara ini ? 5. Pada pendapat saudara, apakah masalah yang berlaku di kawasan ini? 6. Boleh saudara jelaskan halangan yang berlaku kepada penduduk di kawasan ini? 7. Apakah kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar? 8. Sila berikan cadangan bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini ? 9. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?

Rujukan

Rujukan INTERNET: www.wikipedia.org www.pdfcoke.com www.maplandia.com www.mpk.gov.my ORANG SUMBER:

Mohd Jasmadi bin Johari, Lorong 5,Kampung Bakau,01000 Kangar. Arippin bin Arip, Hijrah 2,Taman Hijrah,01000 Kangar Wan Aseah binti Fardin, Kampung Pengkalan Asam,01000 Kangar Kamarudin Napeah, Kampung Guar Syed Alwi, 1000 Kangar Salmiah binti Darus, Kampung Behor Ganding,01000 Kangar.

BUKU ILMIAH Buku teks Geografi Tingkatan-Chong Yoon Choi,Chong Hui Lin, Kang Chai Yoeng, 2002. Media Network SDN. BHD.

Related Documents

Folio Geo Pmr
May 2020 3
Folio Geo
May 2020 11
Folio Geo
November 2019 17
Folio Geo
May 2020 8
Folio Geo
April 2020 10