SMK Taman Semarak Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 Tajuk: Bangunan Bersejarah Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah Nama: Nurul Natassya binti Omar No IC: 940127-05-5050 Nama Guru: Pn. Rohaiza binti Ujang
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Sejarah tingkatan 3 Arif, Pn. Rohaiza binti Ujang yang telah banyak memberi info dan bimbingan sepanjang proses pembuatan folio ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, Omar bin Mohd Isa dan Fadzilla binti Mohd Nor kerana telah memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan. Akhir sekali, tidak ketinggalan juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan baik saya, Sri Wahynininggsih binti Mat Rawi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan folio ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Faktor pertama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti latar belakang bangunan bersejarah yang dikaji. Beberapa perkara seperti tarikh pembinaan bangunan perlu diberi perhatian dalam aspek ini.untuk mengetahui bila dan tempoh siap bangunan. Selain itu, asal-usul bangunan turut diambil kira Faktor kedua mengapa kajian ini dijalankan adalah supaya keistimewaan dan keunikan bangunan dapat dihuraikan. Dalam hal ini, keutamaan perlu diberi kepada beberapa aspek seperti bahan binaan, kegunaan serta cara pembinaan bangunan. Bahan binaan yang digunakan akan mempengaruhi kestabilan, keselamatan dan ketahanan bangunan. Cara pembinaan bangunan akan memberi gambaran tentang ‘si tukang’ serta pemerintah pada zaman itu. Persoalannya adalah, adakah kegunaan bangunan turut berubah searas dengan peredaran masa? Faktor ketiga adalah bagi membolehkan seseorang itu mengetahui dan mengagumi keistimewaan dan keunikan yang ada pada sesebuah bangunan bersejarah. Dengan ini, seseorang itu dapat mengagumi daya kreativiti yang ditonjolkan oleh tukang kayu zaman itu pada bangunan bersejarah tersebut.
KAEDAH KAJIAN Dalam proses pembuatan folio ini,saya telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu temuramah , rujukan dan lawatan. Bagi kaedah temuramah saya telah menemuramah tiga orang responden. bagi mendapatkan maklumat tentang Istana Lama Seri menanti. Bagi kaedah rujukan pula, saya telah merujuk dengan pelbagai cara iaitu dengan bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam Internet. Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks dan buku rujukan. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Manakala bagi kaedah lawatan,saya dan rakan-rakan berserta guru sejarah tingkatan tiga telah mengadakan lawatan ke Istana Seri Menanti.
HASIL KAJIAN
Nama Bangunan Nama bangunan bersejarah yang saya kaji ialah Istana Lama Seri Menanti. Nama Seri Seri Menanti berasal daripada nama sebatang sungai yang dulunya adalah sebuah gunung. Sungai itu menjadi batas sempadan di antara Kuala Pilah dan Rembau. Terdapat juga cerita lain yang mengatakan bahawa ianya berasal daripada beberapa batang padi yang menunggu kedatangan orang Minangkabau. Padi tersebut dikatakan padi menanti. Lama-kelamaan nama itu diubah pula kepada Seri Menanti.
Latar Belakang •
Asal usul Istana Seri Menanti mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada 1905. Ilham
untuk membina istana kayu setinggi 4 tingkat ini datangnya dari Tuanku Muhammad Shah,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-7 (1888-1933). Menurut sejarah,Tuanku Muhammad Shah menitahkan tukang kahar membina istana ini berdasarkan gambaran Istana Pagar Ruyong yang diberikan oleh salah seorang pembesar baginda yang pergi ke Sumatra pada waktu itu. Tukang kahar ialah seorang Lembaga di kumpulan Lemak, Pahang. Dia tinggal di Seri Menanti. Butir-butir pelan ini dibuat di pejabat Jabatan Kerja Raya Seremban oleh Ketua Pereka Pelan ,Tuan Woodford. Seorang Kontraktor Cina bernama Tham Yoong membuat Bangunan ini.
Menurut cerita orang-orng tua di Seri Menanti Tuanku Muhammad sering datang melawat sewaktu kerja-kerja pembinaan dibuat.
•
Lokasi Istana Lama Seri Menanti terletak dalam Daerah Kuala Pilah yang jaraknya
lebih kurang 30 km dari Bandar Seremban. Seremban merupakan ibu negeri Negeri Sembilan. Istana Seri Menati terletak di kawasan Kompleks Istana Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Seri Menanti. Istana ini terletak 0.5 km dari Masjid Tanjung Beringin yang dikatakan selalu dikunjungi oleh Tuanku Muhammad Shah semasa hayatnya.
•
Tujuan Penubuhan Istana Seri Menanti dibina untuk dijadikan Tempat bersemayam Yang
Dipertuan Besar Negei Sembilan. Berikut merupakan senarai nama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pernah bersemayam di Istana Seri Menanti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Keistimewaan Istana Lama Seri Menanti •
Bahan Binaan Istana Seri Menati mempunyai 99 batang tiang. Setiap tiang
melambangkan 99 pahlawan daripada luak (ketua di sesuatu daerah yang dilantik mengikut keturunan) di Negeri Sembilan. Tiang-tiang besar istana ini tegak dari tanah ke puncak menara tengah setinggi 22 meter panjang. Tiang-tiang dipilih dan diambil oleh orang Melayu dari hutan Bukit Perigi, Jelebu dan Bukit Tinggi. Paling unik ialah keseluruhan bangunan ini menggunakan kaedah ‘pasak’, tanpa menggunakan sebatang paku pun. Istana Lama Seri Menanti dibuat sepenuhnya daripada ukiran lama Minangkabau.
•
Hiasan Dalaman Terdapat ukiran-ukiran yang menarik di bahagian bendul, tiang, tulang
perabung, dinding, pintu, tingkap, cucuran atap dan kisi-kisi. Antara yang terkenal ukiran yang terdapat di silang gunting di bahagian bumbung puncak atau bumbung gunung dan bunga tampuk manggis di serambi. Ukiran yang dipanggil ‘lambai-lambai’ atau ‘awan berawak’ terdapat di pintu, dinding pemisah ruang serambi dan ruang tengah. Selain itu, terdapat satu beduk yang telah berusia ratusan tahun di Muzium Diraja Seri Menanti. Menurut kata orang-orang tua di Seri Menanti, beduk ini telah wujud sejak zaman Yamtuan Antah (1872-1888). Dipercayai beduk ini pernah diletakkan di Masjid Tanjung Beringin, masjid bersejarah yang terletak 0.5 km dari Seri Menanti
hala ke Tanjung Ipoh. Ia dikatakan kerap dikunjungi oleh Tuanku Muhammad Shah semasa hayatnya. Beduk ini dipindahkan ke Istana Seri Menanti apabila istana tersebut siap pada 1905. Beduk ini pernah dijadikan alat perhubungan penting pada masa itu. Ia akan diketuk berulang kali sekiranya berlaku sesuatu kejadian.
•
Kegunaan Dahulu dan Sekarang Kegunaan Dahulu Menara tengah Istana Seri Menanti adalah tiga tingkat. Di bahagian
bawah, menara tinggal keluarga Yamtuan, di tingkatnya yang kedua ialah tempat bersemayam Yamtuan. Di tingkat atas sekali digunakan sebagai perbendaharaan dan tempat menyimpan barang-barang diraja. Sewaktu mula-mula bersemayam di Istana Seri Menanti dalam tahun 1905, Tuanku Muhammad Shah telah mengarahkan pawang diraja meletakkan semua alat-alat kebesaran diraja yang baginda warisi di zaman Raja Melewar ditingkat atas istana baginda. Menurut cerita orang-orang tua di Seri Menanti terdapat sebuah batil yang menyimpan sehelai rambut Raja Melewar turut diletakkan dalam bilik tersebut bagaimanapun, apabila Tuanku Muhammad Shah mangkat pada 1 Ogos 1933, putera baginda Tuanku Abdul Rahman telah memindahkan alat-alat tersebut ke Istana Besar Seri Menanti. Terdapat sebuah bilik kecil di tingkat tiga Seri Menanti. Menurut sejarahnya bilik ini menjadi tempat berehat yang sangat disukai oleh Tuanku Muhammad Shah. Baginda dikatakan selalu menghabiskan masa lapang baginda untuk duduk di
beranda bilik ini di atas sebuah kerusi kayu sambil melihat pemandangan gunung yang luas terbentang di hadapan istana baginda. Menurut cerita orang-orang tua di Seri Menanti, tiada sesiapa pun termasuk putera baginda iaitu Tunku Abdul Aziz, Tunku Abdul Rahman, Tunku Nasir dan Tunku Muhammad Alam Shah dibenarkan bermainmain di bilik rehat ini. Menara tengah Istana Seri Menanti adalah tiga tingkat. Di bahagian bawah, menara tinggal keluarga Yamtuan, di tingkatnya yang kedua ialah tempat bersemayam Yamtuan. Di tingkat atas sekali digunakan sebagai perbendaharaan dan tempat menyimpan barang-barang diraja.
Kegunaan Sekarang Mulai tahun 1931, Istana Sei Menanti tidak lagi dijadikan tempat kediaman Yang Dipertuan Besar. Yamtuan Mahmud meminta sebuah istana yang lebih besar dibina berhampiran dengan istana tersebut. Kini, Istana Seri Menanti dijadikan Muzium Diraja. Istana ini dibuka kepada para pelawat untuk melihat pameran alat-alat kebesaran diraja Negeri Sembilan disamping ingin melihat keistimewaan istana itu terutamanya ukiranukiran dan reka bentuknya.
RUMUSAN
Melalui kajian yang dijalankan saya dapat tahu dengan lebih lanjut perihal mengenai salah satu bangunan bersejarah di Negeri Sembilan iaitu Istana Seri Menanti yang menyimpan 1001 peninggalan sejarah. Saya semakin menghormati raja dan pemimpin negara dan menghargai jasa serta perjuangan tokoh-tokoh negara. Selain itu, saya berasa bertanggungjawab untuk mengekalkan kewujudan istana ini kerana ia merupakan lambang kemegahan kesultanan Melayu di Negeri Sembilan. Di samping itu, sikap bekerjasama dan tolong-menolong antara rakan dapat dilihat jelas sepanjang proses melaksanakan tugasan ini. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan–rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan–rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan bersejarah tersebut. Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
RUJUKAN
Buku Ilmiah Dianne Khoo,2009,Info @ A PMR-Sejarah.Selangor:Marshall Cavendish
Buku Teks Ramlah binti Adam,2007,Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka
Internet http://www.wisatamelayu.com/id/object.php?a=ZUhGL3c%3D=&nav=cat http://www.ns.gov.my/jabatan/muzium/index.php?option=com_content&task=view&id= 5&Itemid=8
Orang Sumber Farish Haikal,34 thun,PT 16023 Jalan Izora 2,Laman Izora,Kampung Sri Menanti
Pemeliharaan dan pemuliharan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia
Pemeliharaan dapat didefinikasikan sebagai usaha untuk memelihara atau menjaga sesuatu daripada musnah. Pemuliharaan pula menurut kamus dewan bermaksud usaha untuk membaikpulih atau mengembalikan sesuatu yang hampir musnah kepada keadaan asalnya. Semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kerana dapat membentuk warga yang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berkhemah tinggi ketika melawat ke tempat-tempat bersejarah, sikap bertatasusila amat dituntut dalam kalangan
pengunjung. Malah, setiap tutur kata juga mesti dijaga dan tidak membelakangkan adat pusaka yang diwarisi. Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah akan mewujudkan satu generasi yang berdikari. Bagi mengekalkan monumen-monumen bersejarah seperti Istana Seri Menanti, pelbagai cabaran perlu ditempuh. Justeru itu, setiap warga perlu berdikari, tanpa mengharap belas orang luar bagi membantu mengekalkan monumen bersejarah tersebut kerana ianya melambangkan identiti bangsa. Dalam pada itu, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah akan menyemai perasaan menghormati raja dan pemimpin negara. Sesebuah bangunan bersejarah merupakan simbol kewibawaan raja dan pemimpin negara. Bangunan yang masih berdiri gah sehingga sekarang seperti Istana Seri Menanti membuktikan ketokohan dan kecerdikan raja dan pemimpin negara pada zaman itu. Istana Seri Menanti yang siap dibina pada tahun 1908 masih utuh dan gah walaupun telah menjangkau usia melebihi 100 tahun. Disamping itu, warga yang cinta akan bangsa dapat dilahirkan melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Setiap inci bangunan bersejarah dibina dengan penuh kesungguhan dan keazaman tanpa mempedulikan penat lelah dan onak duri yang dihadapi. Sebagai seorang warga negara kita perlu cinta akan bangsa dan menghargai warisan. Semangat bertolak ansur dan bertoleransi juga dapat dipupuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Bagi menghasilkan sesuatu yang bemakna seperti Istana Seri Menanti, nilai toleransi amat dibutuhkan. Tiadanya nilai
tersebut sudah pasti Istana Seri Menanti yang masih gah sehingga kini tidak dapat diwujudkan. Sebagai satu rumusan, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah sangat penting untuk memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.