Folio Bahasa Melayu Bukit Kepong
Nama
:
Mohd Nizam bin Mohammad Zawawy
Kelas
:
4 Inovatif
I/C
:
931117-14-6421
Isi Kandungan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
Tajuk Sinopsis Keseluruhan Sinopsis Mengikut Bab Tema dan Persoalan Watak dan Perwatakan Binaan Plot Teknik Plot Latar Gaya Bahasa Nilai dan Pengajaran Biodata Pengarang Rujukan
M/S 1 5 17 19 22 24 25 27 28 29 30
2
Sinopsis Keseluruhan Novel ini dikembangkan dengan pengutaraan peristiwa darurat pada tahun 1948. Salah satu tindakan yang dibuat ialah pembesaran pasukan polis. Othman Yusof dan Kassim Berjaya mengikuti latihan di Kuala Lumpur selama enam bulan sebelum dilantik menjadi konstabel polis. Sebelum menghadiri latihan, Othman ditunangkan dengan Limah. Mereka dinikahkan setelah Othman tamat latihan. Limah menyertai suaminya yang bertugas di Pagoh. Pada suatu hari, Limah, Leha, dan Mek Mah menaiki bas ke Muar. Bas yang dinaiki mereka ditahan pengganas komunis. Harta benda penumpang dirampas, kemudian penumpang-penumpang dipaksa menanggalkan pakaian; dan bas itu dibakar. Mangsa-mangsa itu pergi ke Kampung Raja untuk mendapatkan bantuan. Lektuan di kawasan itu semakin agresif. Bukit Kepong tidak berkecuali. Penghulu Ali Mustapha memohon anggota polis ditempatkan semula di Bukit Kepong. Permohonan itu diluluskan. Sementara itu, Aziz Tompok, Saibun dan Harun Nuik berjaya membunuh dua orang pengganas komunis yang cuba mengganggu mereka di dalam hutan. Ekoran peristiwa itu, Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang ditubuhkan di Bukit Kepong. Penghulu Ali berusaha keras menggagalkan dakyah komunis Melayu pimpinan Madera. Sarjan Jamil mengetuai Balai Polis Bukit Kepong yang telah dinaikkan tarafnya. Wongli dan Tucksai serta orang-orang mereka telah mengugut dan menyeksa ibu dan isteri Saibun. Rumah Saibun dibakar. Semua isi rumah itu terkorban. Tindakan komunis berlaku serentak dengan gerakan kemerdekaan dan usaha Inggeris menyelamatkan kepentingan mereka. Banyak pembunuhan dilakukan.
3
Lans Koperal Jidin dan Othman mematahkan percubaan Ahlam menghantar makanan kepada komunis. Sebagai akibatnya, isteri Ahlam diseksa oleh Kwanpin. Kwanpin bergabung dengan Lektuan dan Chanfei untuk menyerang Balai Polis Labis. Usaha itu digagalkan oleh Inspektor Chin, Inspektor Majid, dan Leftenan Brown. Lans Koperal Jidin, Othman , Yusof, EPC Ahmad Khalid dan EPC Mohd Top ditukarkan ke Balai Polis Bukit Kepong. Limah, yang sedang mengandung, dihantar ke kampung. Pada suatu petang, Othman ternampak akan beberapa tanda pelik. Ketika sedang minum di sebuah kedai, Othman melihat seorang pemuda Cina memerhatikan balai polis yang dilawati OCPD Pagoh, Inspektor J.J. Raj Jr. Pada masa itu, orang Cina sedang menyambut Tahun Baru Cina. Lektuan kembali dari mengintip. Strategi serangan dibincangkan dengan Changfei, Lausan, dan Pengtuan. Tucksai dan Ahmeng dihantar ke balai polis untuk mengintip. Waktu sudah tengah malam. Ahmeng mendakwa anaknya mati kerana terjatuh ke dalam telaga. Suasana kecoh berlaku di tempat kawalan kampung. Isteri Awang Tui hendak bersalin. Bidan terpaksa dicari. Salakan anjing menimbulkan tanda tanya pengawal kampung. EPC Jaafar ternampak akan lembaga manusia lalu menyuruhnya memperkenalkan dirinya. Bunyi tembakan berlaku. Lebih kurang 180 orang komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 18 anggota. Pihak polis menentang musuh mereka dengan berani walaupun seorang demi seorang menemui ajal mereka. Anak-anak buah Penghulu Ali gagal membantu kerana dipintas oleh pengganas komunis. Apabila kekuatan polis berkurangan, pengganas komunis memgeluarkan isteri-isteri dan anak-anak polis yang masih hidup. Kompleks polis itu dibakar. Yusof Rono dan EPC Ahmad Khalid yang luka parah berjaya menyelamatkan diri mereka daripada terbakar. Sebelum keluar dari bangunan yang terbakar itu, Othman memindahkan Lans Koperal Jidin ke tempat selamat. Kaki dan tangan Othman terkena akan tembakan tetapi dia terselamat kerana sempat menyorok di bawah lubuk sungai.
4
Setelah pengganas komunis meninggalkan kawasan itu, mereka yang masih hidup mencari anggota keluarga masing-masing. Jamilah menjumpai ayahnya, Abu Bakar Daud yang luka parah. Anak-anak buah Penghulu Ali tiba untuk memberikan pertolongan. Tidak lama kemudian tiba pula anggota-anggota polis pimpinan Inspektor J.J. Raj Jr. Othman, Abu Bakar, Yusof Rono, EPC Ahmad Khalid, Lans Koperal Jidin dibawa dengan bot ke hospital Muar. Lans Koperal Jidin meninggal dunia dalam perjalanan. Limah, yang telah melahirkan seorang anak lelaki, menjadi gila apabila diberitahu bahawa suaminya, Othman telah dibunuh. Kepulangan Othman tidak memberi kesan kepadanya. Othman ditukarkan ke Alor Setar. Dia meletakkan jawatan dan menjadi penoreh getah apabila penyakit Limah semakin buruk. Kaki Othman pula terpaksa dipotong apabila penyakit yang dideritai sebagai akibat serangan pengganas itu mula menular. Kekesalan terhadap layanan yang diberi kepada pejuang sepertinya daripada pelbagai pihak mendorong Othman menjadi manusia yang tidak mahu bergantung pada orang lain.
5
Sinopsis Mengikut Bab Bab 1
:
Darurat, 1948
Pengganas komunis mula mengganas apabila kerajaan mengharamkan kegiatan mereka. Pengharaman membantutkan usaha mereka untuk menguasai Tanah Melayu. Pengganas komunis sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan hajat mereka tercapai. Ini menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan. Di sebuah kampung yang bernama Kampung Keladi, Kulim, Kedah, kegiatan pengganas ini begitu merisaukan para penduduk. Salah seorang daripada mereka, pasangan suami isteri, Pak Yusof dan Mak Piah begitu bimbang untuk pergi menoreh getah kerana pengganas berkeliaran di kebun mereka. Keadaan ini menyebabkan anak lelaki mereka, Othman begitu benci terhadap pengganas
komunis, lalu
bertekad mahu
menyertai pasukan
keselamatan. Suatu hari tanpa pengetahuan keluarga, Othman bersama dua rakannya telah pergi ke Sungai Petani untuk menghadiri temuduga bai pengambilan pasukan polis. Hasil dari temuduga tersebut, Othman telah berjaya untuk menyertai latihan polis. Namun begitu, emaknya menangis apabila mengetahui berita tersebut kerana bimbang sesuatu perkara buruk akan menimpa Othman. Manakala ayahnya menyokong tidak, menghalang juga tidak. Sebelum Othman berangkat ke Polis Depoh Kuala Lumpur untuk menyertai latihan kepolisan, keluarganya telah menunangkan Othman dengan anak Lebai Karim dan Mak Jah. Othman tidak membantah kerana dirasakan, Limah, bakal isterinya itu sesuai dengan dirinya. Sepanjang latihan selama enam bulan, Othman melaluinya dengan tabah; tidak seperti rakannya yang terpaksa menarik diri kerana tidak tahan dengan corak latihan yang dianggap “keras”. Kemudian, Othman ditugaskan berkhidmat di Pagoh, Johor. Sebelum pergi bertugas, dia dikahwinkan dan isterinya itu dibawa ke tempatnya bertugas.
6
Bab 2
:
Bulan Madu
Pada suatu hari setelah tinggal di Pagoh selama tujuh bulan, Limah meminta izin daripada suaminya untuk ke Bandar Muar bersama temantemannya. Mereka pergi menaiki bas. Itulah pertama kali Limah ke bandar Muar. Setelah puas membeli-belah, mereka menaiki bas terakhir untuk pulang kira-kira jam 4.00 petang. Kira-kira enam hingga tujuh kilometer bas bergerak, segerombolan pengganas komunis menahan bas yang Limah naiki. Pemandu bas diseksa, semua penumpang diarahkan turun, dan segala barang diminta diserahkan kepada pengganas komunis. Seterusnya, pengganas meminta mereka menanggalkan pakaian, sebelum bas itu dibakar. Dalam keadaan memalukan itu, penumpang tertua iaitu Wak Karjo mengajak mereka berjalan kaki ke Kampung Raja tidak jauh dari situ. Tiba di pinggir kampong, Wak Karjo meminta bantuan orang kampung. Ketua kampung itu, Haji Karno meminta penduduk kampung mendermakan pakaian untuk diserahkan kepada mangsa. Sementara itu, Othman dan rakan-rakannya di rumah pasung berasa gelisah kerana bas yang sepatutnya tiba tidak juga muncul-muncul. Dia bergegas ke rumah Mahat. Leha yang pergi bersama Limah juga belum pulang. Othman begitu terperanjat apabila diberitahu oleh Mahat bahawa bas di Muar dibakar oleh komunis. Othman mengajak Mahat pergi ke tempat kejadian. Mereka berjalan mengikut jalan pintas menuju Kampung Raja. Tekaan mereka tepat apabila mereka mendapati isteri masing-masing dalam keadaan selamat.
7
Bab 3
:
Bukit Kepong, 1948
Pada bulan Januari 1949, Rumah Pasung Bukit Kepong oleh polis. Hal ini telah memberi peluang kepada pengganas komunis untuk bergerak bebas serta bergiat dengan lebih aktif di kawasan tersebut. Pengganas komunis ini telah melatih ramai pemuda Bukit Kepong dan Kampung Seraya untuk dijadikan rekrut mereka. Menjelang bulan Jun pula, segerombolan pengganas komunis telah masuk ke Bukit Kepong. Penduduk kamb\pung telah dikumpulkan di sebuah padang. Ketua komunis tersebut, iaitu Lektuan telah memberikan ucapan untuk mengajak
penduduk
kampung
menyertai
pergerakan
mereka.
Mereka
seterusnya menurunkan bendera Johor dan menaikkan bendera komunis. Penghulu Ali Msutafa mendapat perkhabaran tersebut dan bergegas ke Bukit Kepong. Beliau mengumpulkan penduduk kampung dan menyeru mereka agar menolak sebarang dakyah daripada pihak komunis, sebaliknya membantu kerajaan menjaga keamanan. Kemudian, Penghulu Ali meminta mereka menurunkan bendera komunis dan menaikkan semula bendera Johor. Penghulu Ali kemudian bertemu dengan pihak berkuasa agar Rumah Pasung Bukit Kepong dipulihkan kembali untuk mengekang pergerakan komunis. Pemerintah menerima cadangan tersebut, lalu dua minggu kemudian seramai 15 anggota polis dari pelbagai pangkat diarah berkhidmat di Bukit Kepong. Madera, ketua pengganas komunis dari kalangan orang Melayu, telah menemui Penghulu Ali agar
menyokong kegiatan
pengganas
komunis
menentang kerajaan. Madera berasa kecewa apabila permintaan yang dikemukakannya ditolak oleh Penghulu Ali. Dalam kejadian yang lain, pada suatu hari, ketika Aziz Tompok, Harun Nuik, dan Saibun ke pecan Bukit Kepong untuk mengutip wang jualan rotan, tiba-tiba mereka telah disekat oelh orang-orang Tucksai. Mereka telah diarahkan pulang tetapi Saibun dan Aziz melawan dan telah berjaya membunuh dua daripada mereka. Kejadian tersebut memberi alasan untuk pihak polis mengetetatkan kawalan. Kejadian tersebut membuatkan pengganas komunis berasa amat marah dan berazam untuk membalas dendam. Suatu malam, Wangli dan Tucksai membawa 10 orang rakannya menuju ke Kampung Belatak. Mereka mengepung 8
rumah Saibun. Mereka telah membunuh mentua, isteri, dan anak-anak Saibun dan kemudiannya rumah itu dibakar.Dua orang rakan Saibun cuba menentang musuh tetapi tidak berjaya. Ketika kejadian tersebut berlaku, Saibun tiada di rumah. Setibanya Penghulu Ali dan pasukan polis ke tempat tersebut, pengganas komunis telah melarikan diri.
9
Bab 4
:
Kegiatan
Kegiatan kegenasan berlaku setiap hari, terutama di daerah Muar dan Labis. Suasana menjadi semakin tegang. Pergerakan orang ramai semakin terhad apabila sesetengah kawasan dikuatkuasakan perintah berkurung. Lamfong, ketua pengganas komunis di kawasan Muar, dibantu oleh Lausan, telah mengetuai gerombolan menyerang Pekan Simpang. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang menentang aktiviti mereka dan akan merampas segala barang makanan bagi disimpan di hutan Pagoh. Pada keesokan harinya pula mereka menyerang Ladang Getah Palaniapa dan membunuh para pekerja yang menentang mereka. Kemudian, mereka membakar semua rumah dan bangunan yang ada. Beberapa hari kemudian, Lamfong dan pembantunya Ahsai pergi ke rumah seorang tauke lading getah berbangsa Cina. Tauke Cina itu enggan bekerjasama dan dibunuh di hadapan para pekerjanya. Suatu hari, ketika Lans Koperal Jidin dan Othman menjalankan tugas sekatan jalan, mereka menahan basikal yang dinaiki Ahlam yang membawa dua tin besar makanan. Ahlam tidak memberitahu ke mana bekalan itu hendak dibawa. Setelah memeriksa bekalan yang dibawa, didapati kedua-dua tin tersebut mengandungi bekalan ubat-ubatan dan makanan. Ahlam ditahan untuk siasatan rapi. Pasukan pengganas yang diketuai oleh Chanfei dan 60 orang anggota menjalankan tugas di pinggir hutan Labis bercadang untuk menyerang Rumah Pasung Labis. Dalam waktu yang sama, pada Januari 1950, pasukan penggempur polis dengan dibantu jungle squad menuju sasaran pengganas yang diketuai oleh Chanfei. Mereka bergarak secara combat dari tiga penjuru yang diketuai oleh Inspektor Majid, Inspektor Chin, dan Leftenan Brown. Malangnya pergerakan mereka tidak membuahkan sebarang hasil apabila sudah dihidu terlebih dahulu oleh pihak musuh. Maka terjadilah pertempuran sengit. Ketua pengganas dan sebahagian daripada ahlinya berjaya melarikan diri. Manakala seramai 23 pengganas berjaya dibunuh dan 17 orang lagi ditawan. Sebanyak 14 laras senjata dan beberapa butir bom turut dirampas.
10
Bab 5
:
Pertukaran
Peristiwa pertempuran yang berlaku di Labis menyebabkan pasukan keselamatan menambah anggota di beberapa buah rumah pasung. Lans Koperal Jidin Omar, Othman Yusof, Yusof Rono, EPC khalid, dan EPC Mohd Top Lazim telah diarahkan bertukar ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Disebabkan kekurangan rumah keluarga, Othman telah menghantar isterinya yang sarat mengandung pulang ke Kulim. Othman bersama-sama Latif menaiki jip hingga ke Rumah Pasung Lingga. Dari situ, mereka menaiki bot marin menuju ke Bukit Kepong. Perjalanan menaiki bot memakan masa dua jam. Pada 11 Februari 1950, Madera dan Tucksai telah diarahkan oleh Chanfei untuk merisik kedudukan Rumah Pasung Bukit Kepong. Mereka menanda beberapa kawasan. Othman bersama rakannya yang meronda beberapa kawasan kampung telah menemui beberapa perkara aneh, antatranya buluh yang dipancang di beberapa tempat dan sebatang cangkul yang ditanam. Anggota polis yang lain juga turut terperasan apabila seorang pemuda Cina duduk berjam-jam lamanya di sebuah gerai sambil merenung Rumah Pasung Bukit Kepong. Malah terdapat seorang pemuda lain dating menjual pisang ke kampung dan berkumpul di berhala Cina. Namun, kejadian aneh yang berlaku itu tidak sedikit pun menimbulkan rasa syak akan sesuatu kemungkinan buruk, apatah lagi beberapa hari lagi akan diadakan sambutan Tahun Baru Cina.
11
Bab 6
:
Serangan
Pada 21 Februari 1950, suasana di Bukit Kepong sangat meriah. Ramai yang pulang ke kampung. Walau bagaimanapun, anggota polis tetap berwaspada. Hari ini, OCPD Pagoh, Inspektor J.J. Raj Juniar telah mengadakan lawatan dan mendengar taklimat tentang keselamatan. Pada waktu itu pihak pengganas di bawah pimpinan Lektuan telah bersiap sedia untuk menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Pengganas komunis telah mengatur strategi dengan menggunakan 180 ahli. Sebanyak tiga pasukan ditubuhkan; pasukan penggempur, pasukan senjata automatik, pasukan propaganda. Mereka juga mewujudkan pasukan penghalang untuk menghalang kemaraan pasukan bantuan kerajaan. Keesokannya, Lektuan mengarahkan pasukan yang ditubuhkan itu menjalankan tugas seperti yang telah diarahkan. Pengganas komunis berkhemah tidak jauh dari Kampung Durian Chondong. Pada malamnya, suasana Bukit Kepong terus meriah apabila mercun dan bunga api dipasang. Pada malam itu, Tucksai dan Ahmeng diarah memperdaya ketua rumah pasung, Sarjan Jamil supaya keluar dari rumah pasung tersebut untuk dibunuh. Untuk tujuan tersebut, Tucksai dan Ahmeng membuat laporan palsu tentang kematian anak Ahmeng ysng terjatuh ke dalam perigi dan disyaki mati. Mereka berdua meminta Sarjan Jamil menyiasat pada malam itu juga. Anggota polis agak ragu-ragu terhadap laporan tersebut kerana kedua-dua lelaki Cina ini tidak pernah dilihat. Akhirnya hasrat memperdaya anggota polis tidak tercapai. Tanpa disedari oleh penduduk dan pengawal, selepas membuat laporan, kedua-dua lelaki Cina itu Berjaya menyusup hingga ke sisi pagar rumah pasung. Ketika itu anjing menyalak, tetapi anggota polis tidak menduga sebarang kemungkinan buruk. Selepas dua jam mereka menuggu, kira-kira jam 4.00 pagi, Sarjan Jamil masih belum keluar untuk menyiasat. Akhirnya, Chanfei mengarahkan pasukan penggempur untuk mengambil tempat. Mereka bergerak secara combat. Ketika itu penghuni rumah pasung sedang tidur lena, manakala pengganas komunis mula menagtur rancangan untuk menyerang.
12
Bab 7
:
Ledakan
Kira-kira jam 4.00 pagi, seorang pengawal telah ternampak kelibat musuh di luar pagar. Namun, sebelum maklumat itu dimaklumkan kepada rakan-rakan setugas, pengganas sudah melepaskan tembakan bertalu-talu dari tiga penjuru. Anggota polis yang berkawal segera mengambil kedudukan. Proses tembakmenembak yang berlaku antara anggota polis yang berkawal dan pengganas komunis tersebut telah menyebabkan penghuni rumah pasung terkejut. Anggota yang tinggal di rumah kelamin segera mempertahankan diri walaupun ditegah oleh isteri masing-masing. Sarjan Jamil mula menagrahkan anggotanya mengawal keadaan. Disebabkan serangan demi serangan tanpa henti, beberapa anggota telah terkena tembakan, antaranya AP Osman Yahya dan Jaafar Arshad. Namun, serangan yang berterusan itu pada awalnya tidak dapat didengar oleh pengawal di Kampung Tui, tempat kediaman Penghulu Ali. Apabila menerima makluman tentang serangan tersebut, tanpa berlengah, Penghulu Ali segera mengumpulkan semua pengawal dan mereka segera bergerak menuju ke Bukit Kepong. Usaha dan hasrat untuk menamatkan serangan tidak tercapai. Madera meminta anggota polis menyerah diri, namun pasukan polis terus membalas tembakan. Ini menyebabkan pengganas komunis meneruskan serangan.
13
Bab 8
:
Pertahanan
Pengganas masih lagi meneruskan serangan. Mereka belum berjaya memasuki kawasan rumah pasung. Sedang Yusof Rono dan Ahmad Khalid berbalas tembakan dengan pengganas komunis daripada kubu bawah, Yusof Rono telah terkena tembakan di bahagian bahu kirinya. Dia meminta bantuan daripada rakan seperjuangannya yang lain untuk memberikan pertolongan di bahagian kubu bawah. Beberapa anggota polis telah mati ditembak, seperti Muhamad Jaafar dan Ali Akop. Kemaraan Penghulu Ali dan orang-orangnya yang datang untuk memberikan bantuan telah terbantut dek hujan peluru oleh pihak pennganas komunis yang menyerang dari arah semak dan celah-celah pokok getah. Mereka masih lagi tersekat di pinggir kampong dan gagal untuk memberikan bantuan. Seorang daripada anak buah Penghulu Ali telah ditembak mati. Pada jam 6.00 pagi, keadaan tanah mulai terang. Bayang-bayang musuh dan pihak polis sudah boleh dilihat. Madera sekali lagi meminta anggota polis supaya menyerah diri. Namun, pasukan polis tidak sesekali bercadang untuk menyerah. Pertahanan anggota polis mula rapuh. Ketika itu, kebanyakkan anggota polis telahpun gugur dan yang tinggal hanyalah beberapa orang sahaja seperti EPC Mohd Top Lazim, Othman Yusof, dan Lans Koperal Jidin Omar. Isteri anggota polis yang bertahan di berek pula masih lagi selamat.
14
Bab 9
:
Detik Cemas
Berita serangan pengganas komunis terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Muar dan pegawai Daerah Muar. OCPD Pagoh dan pasukan jungle squad bergerak menuju ke Bukit Kepong. Ketika itu, pengganas sudah berjaya masuk ke kawasan berek. Pengganas mula menggunakan bom tangan, melemperkannya ke arah anggota polis yang sedang mempertahankan diri. Ahmad Khalid cedera setelah terkena serpihan bom itu. Lausan mengarahkan Madera untuk mendapatkan anggota polis yang berada dalam berek. Madera dan kumpulannya menjalankan tugas mereka dan mereka terjumpa dengan ahli keluarga polis lalu mengheret mereka keluar. Sementara itu, Mariam Ibrahim merayu kepada Madera untuk mencari suaminya, Muhammad Jaafar. Dia diherdik beberapa kali namun dia tetap berdegil untuk mendapatkan mayat suaminya. Muhammad Jaafar pada ketika itu masih mempunyai pernafasan yang amat lemah, nyawa-nyawa ikan. Dia meninggalkan dunia ini di sisi isteri dan anak-anak kesayangannya. Lans Koperal Jidin Omar yang sedang bertahan menentang pengganas komunis pula terkena peluru dan hal ini menyebabkan dia cedera parah. Seterusnya pengganas membakar rumah pasung. Othman dan Mohd Top Lazim terperangkap. Untuk menyelamatkan diri, Othman lari dari kepungan itu lalu terjun ke sungai berselindung di dalam bot. pengganas terus mengejar Othman dan Othman bergerak ke tebing dan berselindung pada seperdu pohon. Pengganas tidak jadi membunuh Yusof Rono dan Ahmad Khalid kerana menyangka
kedua-dua
anggota
polis
itu sudah
mati.
Keseluruhannya,
pengganas seramai 180 orang, Berjaya menguasai rumah pasung yang dipertahankan oleh 18 anggota polis itu.
15
Bab 10
:
Saat Terakhir
Pengganas meninggalkan Rumah Pasung Bukit Kepong kira-kira jam 8.00 pagi. Ahli keluarga polis dibiarkan begitu sahaja. Mereka meratapi mayat insan yang tercinta dengan perasaan duka dan sedih. Othman yang bersembunyi di dalam sungai, setelah memastikan pengganas komunis telah meninggalkan kawasan tersebut merangkak ke tebing. Othman cuba meminum air tetapi ditegah oleh Mariam kerana air di dalam itu telah dimasukkan racun oleh Madera. Penghulu Ali dan orang-orangnya pula hanya berjaya memasuki kawasan itu selepas pengganas meninggalkan kawasan tersebut. Mereka memadamkan kebakaran, mengangkat mayat, dan mangsa yang tercedera. Pasukan penyelamat yang diketuai oleh OCPD Pagoh tiba dan mereka turut membantu menyelamatkan mangsa. Pada maghribnya pula, anak-anak buah Penghulu Ali berkumpul di masjid Bukit Kepong mengadakan tahlil, bacaan Al-Quran serta membaca yasin secara berterusan dan bergilir-gilir sehingga subuh. Setelah selesai solat Subuh sebahagian daripada mereka telah diarahklan untuk menggali 23 liang lahad bagi mengebumikan mayat anggota polis yang terkorban. Pada 24 Februari 1950, jam 7.00 pagi, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Jaafar dan rombongannya menuju ke pekan Lenga dan telah diberikanb taklimat tentang peristiwa yang berlaku. Beliau telah bersolat zuhur bersama-sama penduduk kampung dan menyembahyangkan mayat pahlawan yang telah siap dikafankan. Satu demi satu keranda diturnkan ke lubang liang lahad dan dikambus rapat. Imam masjid membacakan talkin dan doa. Dato’ Onn Jaafar berangkat pulang setelah selesai upacara pengebumian.
16
Bab 11
:
Terlantar
Othman dan rakan-rakannya yang cedera telah dirawat di Hospital Muar. Dia berusaha untuk menerima rawatan di Alor Setar, berhampiran kampong isterinya, tetapi tidak berjaya. Di Kulim, berita serangan pengganaskomunis terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong telah tersebar luas. Polis Kulim ke rumah keluarga Pak Yusof dan memaklumkan bahawa Othman telah terkorban dalam serangan tersebut. Limah yang baru sahaja melahirkan anak dan masih berada dalam pantang itu terkejutdan menyebabkan fikirannya terganggu, sedikit sebanyak semakin sasau. Dua minggu kemudian, Othman yang telah mula sembuh dibenarkan keluar. Dia diberi cuti selama sebulan untuk pulang ke kampungnya. Keluarganya
amat
terperanjat
apabila
mendapat
tahu
Othman
masih
hidup.Namun, perasaan sedih menghantui dirinya apabila mengetahui keadaan isterinya yang tercinta itu. Sekembalinya bertugas di Muar, dia mendapat sepucuk surat dari OSPC yang mengatakan bahawa dia ditukarkan ke Alor Setar. Dalam perjalanannya ke Alor Setar, dia tidak singgah sebentar di Kulim sebaliknya terus melaporkan diri ke tempat kerjanya itu. Dia diberikan tugas-tugas ringan sahaja sebelum dia pulih sepenuhnya daripada kecederaannya. Othman menerima sepucuk surat daripada bapanya mengatakan bahawa keadaan Limah semakin teruk terpaksa menerima rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Othman serta merta menyerahkan surat letak jawatan pada keesokkan harinya. Sehingga tahun 1954, Othman masih boleh menoreh getah di samping mengajar kawad dan cara menggunkan senjata kepada pasukan home guard di Kulim. Namun, apabila doktor memberitahu bahawa kakinya perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawanya, dia tidak membantah. Dia terlantar selama dua minggu di hospital dan dia bergerak dengan dibantu tongkatnya dahulu.
17
Tema dan Persoalan Tema Novel ini mengungkapkan tema perjuangan dan keberanian anggota polis berserta penduduk kampung Mukim Bukit Kepong dalam mempertahankan kompleks polis serta Mukim Bukit Kepong daripada serangan komunis sewaktu berlakunya darurat di Tanah Melayu. Keistimewaan perjuangan dan keberanian mereka ini agak luar biasa. Keistimewaan ini bukan sahaja terpamer menerusi keberanian luar biasa 18 anggota polis dan penduduk kampung Bukit Kepong, malah terpamer menerusi kekentalan semangat juang mereka. Hal ini terbukti apabila
mereka
mampu
bertahan
sehingga
empat
jam
dalam
usaha
mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.
Persoalan 1) Jasa yang tidak di hargai Jasa dan pengorbanan Othman seakan-seakan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu. Semasa beliau berada di hospital, hanya pada harihari permulaan sahaja beliau diziarahi, tetapi pada minggu kedua tiada sesiapa yang melawatnya. 2) Semangat kerjasama Ini terbukti apabila kerjasama yang diberikan oleh polis dan penduduk Mukim Bukit Kepong dalam mendepani dakyah dan kejahatan pengganas komunis. Dalam hal ini, penduduk Mukim Bukit Kepong telah menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang untuk mendepani karenah komunis. Mereka juga telah berusaha membantu anggota polis semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
18
3) Sikap tidak prihatin Ini dapat dilihat menerusi kesukaran Othman mendapatkan bantuan kaki palsu daripada pihak-pihak berwajib walaupun beliau telah memberikan sumbangan yang besar terhadap keamanan negara. Othman juga mengalami kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan selepas berhenti daripada perkhidmatan polis. Permohonannya tidak diendahkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Akhir sekali, watak ini hidup merempat sementara menunggu saat-saat kematian. 4) Keberanian Mereka bertempur selama hampir empat jam. Walaupun ada anggota polis yang terbunuh atau tercedera, perjuangan tetap diteruskan. Mereka lebih rela mati berjuang daripada menyerah kalah kepada pengganas komunis.Othman Yusof dan rakan-rakannya yang berjumlah 18 orang tetap berani menghadapi serangan komunis yang berjumlah hampir 200 orang.
19
Watak dan Perwatakan Othman Yusof Berasal dari Kulim, Kedah Anak kepada Pak Yusof dan Mak Piah serta tunang kepada Limah Bertubuh gempal, tingginya sederhana, dan berkulit cerah Bekerja sebagai penoreh getah sebelum berkhidmat sebagai seorang polis Seorang yang berdikari kerana dia tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun daripada anak kandungnya sendiri. Dia meneruskan hidupnya bersendirian sehingga akhir hayat. Sedia berkorban nyawa demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Dia pasrah walaupun sebelah kakinya kudung kerana terkena tembakan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong Memiliki semangat juang dan keberanian yang tinggi. Beliau bersama anggota polis serta warga Bukit Kepong telah menafikan kemenangan mutlak pengganas komunis kerana banyak juga pengganas yang terkorbandan cedera. Seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat dilihat apabila kesedarannya untuk menganggotai pasukan polis demi menjaga keharmonian negara. Malah beliau bersedia untuk ditukarkan ke Bukit Kepong Othman juga seorang yang penyayang. Semasa berada di Bukit Kepong, beliau sering mengutus surat kepada isterinya, Limahyang berada di kampung. Beliau juga amat mengambil berat tentang keadaan Limah ketika Limah sedang mengandung.
20
Limah Limah merupakan anak kepada Mak Jah dan Lebai Karim. Dia isteri Othman Yusof dan memiliki seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya. Dia taat kepada suami. Contohnya, dia sanggup mengikut suaminya bertugas di Pagoh, Johor dan meminta izin suaminya sebelum keluar dari rumah. Pandai mengaji. Buktinya, dia mengajar anak-anak polis di berek itu mengaji ketika tinggal di Pagoh. Dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjadi sasau dan menangis tidak henti-henti setelah mengetahui tentang berita kematian suaminya.
Penghulu Ali Mustapha Wakil penduduk di Mukim Bukit Kepong. Pemimpin yang dihormati di mukimnya dan juga oleh kakitangan pejabat kerajaan di Muar. Seorang yang berani. Beliau mencabar pengganas komunis yang mahu mengembangkan ideologi komunisme di Bukit Kepong. Memiliki sifat yang tegas. Beliau mengarahkan anak buahnya menurunkan semula bendera komunis yang berkibar megah dan menggantikannya dengan bendera Johor. Beliau tidak mahu pengganas komunis bertapak dan bermaharajalela di bumi Johor. Pintar dan bijak mengatur strategi. Beliau meminta pelbagai bantuan semata-mata untuk mempertahankan kubu kuat Bukit Kepong.
21
Sarjan Jamil Mohd Shah Merupakan seorang anggota polis yang taat. Dia tetap pergi ke Bukit Kepong apabila menerima arahan walaupun ketika itu isterinya baru saja melahirkan anak bongsunya. Dia juga seorang yang penyayang. Buktinya, sebelum memulakan tugas di Bukit Kepong dia telah bermesra dan bergambar dengan anak-anaknya dan isterinya. Seorang yang cekal. Buktinya, dia tabah menghadapi pelbagai masalah atau cabaran ketika bertugas di Rumah Pasung Bukit Kepong yang serba kekurangan. Dia mempunyai sikap yang berani. Buktinya, dia memimpin sepasukan 18 orang anggota polis bertempur dengan 200 orang pengganas komunis. Seorang yang peramah dan mudah bergaul. Buktinya, dia pergi menghadiri kenduri yang diadakan oleh Penghulu Ali.
22
Binaan Plot Permulaan Dimulakan dengan gambaran suasana majlis memperingati jasa anggota polis dan warga Bukit Kepongyang terlibat dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong semasa zaman darurat di Tanah Melayu.
Perkembangan Diteruskan dengan gambaran awal kesengsaraan hidup penduduk di Tanah Melayu pada zaman darurat. Di sini, pengarang turut memaparkan
tempat-tempat
yang
menjadi
sasaran
pengganas
komunis, antaranya termasuklah pekan kecil Kulim di Kedah. Pengarang mengembangkan ceritanya dengan memasukkan watak utama dalam cerita ini, Othman Yusof. Cerita terus berkembang dengan memaparkan Othman yang memohon untuk menjadi anggota polis walaupun mendapat bantahan ibunya. Kemudian diteruskan dengan
majlis
pertunangan
antara
Othman
dan
Limah
dan
meneruskan kehidupannya sebagai pelatih polis dan selepas habis berkursus sebagai polis. Kemudian Othman dan isterinya berhijrah ke Pagoh, Johor.
Perumitan Dimulakan dengan konflik keganasan komunis yang merampas wang, barang kemas, dan barang-barang dari penumpang yang sedang dalam perjalanan pulang ke Pagoh. Mereka meminta semua penumpang berbogel lalu membakar bas tersebut.
23
Klimaks Berlaku ketika pertempuran antara 18 anggota polis dan sebahagian warga Bukit Kepong dengan pengganas komunis yang menyerang kompleks polis di Mukim Bukit Kepong.
Peleraian Pihak polis dan warga Bukit Kepong mengalami kekalahan. Kompleks polis di Bukit Kepong musnah dan banyak anggota polis yang terkorban.
Kekalahan
itu
dianggap
sebagai
kekalahan
dalam
kemenangan kerana pengganas komunis terpaksa berhempas-pulas untuk mengalahkan mereka. Malah, terdapat juga pengganas komunis yang cedera dan terkorban. Cerita ini diakhiri dengan kisah kesengsaraan Othman Yusof yang hidup melarat kerana mengalami kecacatan di kaki kirinya sebagai akibat terkena akan tembakan sewaktu menentang pengganas komunis di kampung Bukit Kepong.
24
Teknik Plot Unsur saspens Unsur ini boleh diperhatikan ketika pertempuran antara 18 anggota polis berserta warga Bukit Kepong dengan pengganas komunis. Peristiwa ini banyak mengundang kematian dan kecederaan di pihak anggota polis serta warga Bukit Kepong. Bahagian ini dikatakan mengandungi unsur saspens kerana pembaca solah-olah tidak sabar untuk mengetahui pasukan yang menang dalam pertempuran itu dan bagaimanakah nasib pejuang-pejuang yang terlibat dalam pertarungan itu.
25
Latar Latar Tempat Kampung Keladi, Kulim. Iaitu tempat kelahiran Othman. Pagoh. Tempat Othman mula-mula berkhidmat. Rumah Pasung Sungai Petani. Tempat ketika Othman menjalani temu duga dan akhirnya berjaya terpilih untuk mengikuti latihan kepolisian. Sungai Muar. Alat perhubungan utama penduduk mukim tersebut.
Latar Masyarakat Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi. Mereka sanggup berjuang menentang pengganas komunis walaupun sedar akan bahaya yang akan menimpa mereka. Masyarakat yang bekerjasama. Pasukan
pengawal
kampung
dan
penduduk
kampung
bekerjasama memadamkan api , merawat mangsa yang cedera,
mencari
mangsa
yang
terbakar,
di
samping
menyediakan makanan serta minuman. Masyarakat yang terpengaruh dengan perjuangan komunis. Kebanyakan anak muda Cina terpengaruh dengan perjuangan yang sia-sia.
26
Latar Masa Masa yang melatari novek ini ialah sekitar tahun 1948, iaitu pada zaman darurat. Sepanjang Othman menjalani kursus polis. Ketika bas yang dinaiki oleh Limah dari Pagoh di rompak oleh pengganas komunis. Sewaktu peristiwa tragis berdarah berlaku di Balai Polis Bukit Kepong.
27
Gaya Bahasa Personafikasi Dia tidak jadi membunuh musuhnya yang sudah rebah mencium bumi itu. Matahari sudah mahu membenamkan dirinya di ufuk barat. Metafora Ekor matanya. Ekor dan mata ialah suatu perbandingan yang tidak sama sifatnya. Peribahasa Bendera Merah bersimbolkan tukul dan sabit di tiang bendera. Dia terbujur berhampiran dengan Muhamad Jaafar yang masih nyawa-nyawa ikan setelah mengalami cedera parah semenjak awal pertempuran tadi. Hiperbola Mereka cua memerhatikan kedua-duanya terbujur di atas tanah bermandikan darah. Masing-masing terpaku melihat marak api yang menjulang.
28
Nilai dan Pengajaran Nilai Berani Setiakawan Semangat Nasionalisme
Pengajaran Kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang tinggi. Anggota polis serta warga Bukit Kepong bertempur mati-matian walaupun terpaksa berdepan dengan bilangan musuh yang berlipat ganda banyaknya. Kita haruslah bersifat setiakawan. Keserasian yang wujud antara mereka telah melambatkan kemenangan komunis. Malah, pihak komunis juga gagal memproleh kemenangan mutlak kerana banyak juga antara pengganas tersebut yang tercedera dan terkorban. Kita haruslah bersedia berkorban dalam segenap aspek demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan Negara. Sebagai contoh, Othman sanggup meninggalkan kampong halamannya dan berhijrah ke Pagoh dan seterusnya ke Bukit Kepong demi berkhidmat untuk negara. Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk kepentingan peribadi. Perbuatan Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita kepada pengganas komunis sematasemata untuk memperoleh kepentingan peribadi adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita Warga Bukit Kepong dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan kepentingan peribadi. 29
Biodata Pengarang Ismail Johari dilahirkan pada 13 Mac 1947 di Tanjung Karang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendahnya di SRK Datuk Manan. Beliau kemudian mendapat pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Tanjung Karang dan Kelang. Ismail Johari kemudian melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur sehingga tahun 1966. Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan polis selama 20 tahun mulai tahun 1969. Pada masa yang sama, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Sains Malaysia. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Sistem Keadilan Jenayah di Amerika Syarikat. Ismail Johari telahpun memegang beberapa jawatan yang penting dalam perkhidmatannya sebagai seorang polis iaitu di Interpol, Cawangan Khas, Cawangan Siasatan Jenayah dan sebagai pensyarah di Maktab Diraja Polis di Kuala Kubu Baru. Semasa perkhidmatannya, beliau ditugaskan untuk mengumpul data bagi pengkajian semula sejarah Bukit Kepong. Ismail Johari kemudiannya menulis skrip filem Bukit Kepong iaitu peristiwa pertempuran 18 anggota polis berserta anggota keluarga mereka dan penduduk Kampung Bukit Kepong menentang 200 orang komunis. Ismail Johari kemudiannya meletak jawatan sebagai anggota polis dan menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kemudian berhenti selepas beberapa ketika dan menjalankan perniagaan sendiri sehingga hari ini sebagai Konsultan Keselamatan Swasta.
30
Rujukan http://thecoconutchronicles.blogspot.com/2004_10_01_archive.html http://www.pdfcoke.com/doc/11861436/Sinopsis-Bukit-Kepong? http://www.pdfcoke.com/doc/7186855/Bukit-Kepong
31