Folio Bukit Kepong

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Bukit Kepong as PDF for free.

More details

  • Words: 352
  • Pages: 3
SINOPSIS

Othman bin Yusuf dan Kassim berjaya mengikuti latihan di Kuala Lumpur selama enam bulan sebelum dilantik menjadi konstabel polis.Walaupun pada peringkat awal niat Othman dihalang oleh ibunya,tetapi dia tetap meneruskan hasratnya.Sebelum menjalani latiha,Othman telah ditunangkan dengan Limah dan selepas tamat latihan mereka akan dinikahkan.Mereka telah berpindah ke Pagoh. Keganasan pengganas komunis semakin menjadijadi sehingga membawa kepada kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.Orang ramai yang tidak berdosa telah menjadi mangsa komunis.Othman telah ditukarkaan ke Buit Kepong sewaktu Limah sarat mengandung.Dalam pada itu,pengganas komunis telah mengatur strategi untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong.Pelbagai peristiwa telah berlaku hinggalah Balai Polis Bukit Kepong berjaya ditawan oleh pengganas komunis dan banyak nyawa telah terkorban.

TEMA Novel ini bertemakan kecekalan ,keberanian, dan ketahanan semangat kelompok anggota polis yang mempertahankan tanah air daripada jajahan komunis. Biarpun sebahagian besar terkorban ,semangat patriotik yang tertanam dalam setiap anggota tetap segar dalam ingatan.

PERSOALAN 1. Kasih sayang Selain menumpukan kepada pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas komunis,pengarang turut memberikan tumpuan kepada hubungan kekeluargaan yang meliputi hubungan antara ibu bapa dengan anak dan hubungan isteri dengan suami. Persoalan ini ditimbulkan apabila Mak Jah berasa sangat terharu apabila mengetahui anak lelakinya,Othman mahu meninggalkannya kerana diterima menjadi polis.Kasih sayang Mak Jah itu brtempat apabila mengenangkan pekerjaan yang dipilih Othman lebih kepada memegang senjata. 2. Keberanian Sikap berani polis dan orang kampung menghadapi tekanan dan ancaman pengganas sangat jelas.Dua contoh yang dapat dipetik ialah ketika Aziz Tompok, Saibun dan Harun Naik dihadang oleh beberapa pengganas bersenjata di pinggir kampung mereka. Pengganas itu ditentang cukup berani.Walaupun bersenjata parang tapiknya,mereka berjaya membunuh dua pengganas itu.Demikianlah sifat berani pemuda kampung yang tidak takut akan mati demi kezaliman.

3. Pengorbanan Pada zaman perang,ada antara rakyat terpaksa berkorban harta dan jiwa. Paling utama ialah semangat berkorban nyawa yang

diperlihat oleh rakyat untuk menentang kezaliman pengganas.Rakyat yang selama ini hidup aman berasa berhak mempertahankan diri.Oleh itu,ramai penduduk memasuki pasukan pengawal kampung.Mereka berkorban masa dengan sanggup bersengkang mata pada malam hari,menjaga desa mereka daripadapengkhianat negara. Othamn menyahut seruan mempertahankan negara.Dia sedar,apabila menjadi polis,dia akan berhadapan dengan risiko yang besar kalau diarah berperang,maka salah satu akan berlaku,mati atau hidup,Othman sedia berkorban untuk negara.

Related Documents

Folio Bukit Kepong
May 2020 17
Bukit Kepong Muar Johor
October 2019 11
Novel Bukit Kepong
May 2020 12
Folio
June 2020 24
Folio
November 2019 47