Rujukan Tarikh
: :
UITMSA/MPP/01 01.10.2018
YBhg. Prof. Dr. NORAZAH ABDUL RAHMAN Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam YBhg. Prof. USULAN Dengan penuh takzimnya perkara di atas dirujuk. 2. Bahawa saya Mohd Yashfi bin Mohd Yunus daripada Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia sesi 2017/2018 mendapati beberapa aduan mengenai tagging atau penanda bilik-billik kuliah yang kurang jelas dan mengelirukan. 3. Aduan ini dibuat oleh para pelajar terutamanya pelajar baharu yang keliru dan kurang yakin apabila melihat tagging di bilik-bilik kuliah fakulti. Secara tidak langsung ini dapat memakan masa para pelajar apabila mahu mencari dan memasuki ke kelas-kelas mereka. 4. Sehubungan itu saya dengan rendah dirinya berharap pihak fakulti dapat mengambil tindakan yang selanjutnya bagi mengatasi masalah ini. Kerjasama dan perhatian pihak YBbg. Prof. berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar,
MOHAMED YASHFI BIN MOHAMED YUNUS Fakulti Kejuruteraan Kimia, Caretaker Majlis Perwakilan Pelajar, Sesi 2018/2019.