Faktor Manusia Pembebasan Karbon.docx

  • Uploaded by: SriNurHidayah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Faktor Manusia Pembebasan Karbon.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 875
  • Pages: 4
FAKTOR MANUSIA PEMBEBASAN KARBON. PENGANGKUTAN Pengangkutan merupakan salah satu faktor menyebabkan pelepasan karbon yang sangat tinggi di atmosfera. Terutamanya di kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu dan sebagainya. Dengan peningkatan jumlah kenderaan darat, udara dan laut dan tanpa sebarang usaha pengurangan pengeluaran gas ini, sumbangan gas CO2 daripada sektor pengangkutan akan terus meningkat, manakala dalam sektor pengangkutan sendiri, sebahagian besar penghasilan CO2 adalah disumbangkan dari sektor pengangkutan darat. Dengan penambahan populasi manusia di atas bumi ini, dianggarkan sejumlah dua bilion kenderaan akan beroperasi di jalan raya serata dunia pada 2035, maka usaha untuk mengurangkan kadar pembebasan gas ini tidak boleh lagi dipandang ringan (Hasbullah, 2016). Pembakaran petrol dalam enjin kenderaan bukan sahaja menyebabakan pembebasan CO2, tetapi juga turut membebaskan N2O dan mencetuskan pengeluaran ozon troposfera. Pengangkutan bermotor seperti kereta, motosikal, teksi, bas, dan kenderaan yang lain dalam kehidupan seharian manusia banyak meyebabkan pencemaran udara. Kesemua kenderaan ini akan membakar bahan api fosil dan seterusnya akan melepaskan asap yang tercemar dan membawa kesan buruk kepada persekitaran. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan (Akmar & Mastura, 2017) Sebagai contoh, jika seseorang memulakan perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur, dan balik semula ke Kedah (anggaran jarak 800 kilometer), kenderaan tersebut akan membebaskan sekitar 110 kilogram (kg) gas karbon dioksida ke udara persekitaran. Hal ini, jika dikira untuk semua jenis kenderaan, dalam tempoh masa setahun menjadikan jumlah pembebasan karbon dioksida sebanyak 78,000,000,000 kg (jangkaan pada 2020) di Malaysia. Hal ini menunjukkan satu angka yang sangat besar di mana boleh memberi impak kepada manusia. Peningkatan gas ini menyebabkan haba yang dibebaskan dari permukaan bumi tidak dapat dilepaskan ke atmosfera, lalu menyebabkan peningkatan suhu bumi secara global. Oleh itu, sebagai pengguna kenderaan, masyarakat umum memainkan peranan penting untuk memastikan pembebasan gas CO2 daripada kenderaan ini berada dalam keadaan terkawal. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh ke-semua pengguna kenderaan. Sebagai contoh, amalan

berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam, penyelenggaraan kenderaan secara berjadual dan sebagainya. PERINDUSTRIAN Perindustrian juga merupakan salah satu faktor peningkatan karbon di atmosfera. Hal ini kerana, sektor perindustrian merupakan sektor utama dalam ekonomi Malaysia. Antara kawasan yang mempunyai kawasan perindustrian yang tinggi seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya. Kesemuanya merupakan kawasan bandar-bandar besar. Sektor perindustrian banyak membebaskan gas-gas seperti kloroflorokarbon, halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, metana dan lain-lain yang telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. PEMBANGUNAN Selepas negara Malaysia merdeka, aktiviti pembangunan semakin pesat dari satu tahun ke satu tahun. Walaubagaimanapn, akibat daripada aktiviti pembangunan, banyak kawasan-kawasan hutan ditebang untuk pembangunan. Sebagai contoh di Kuala Lumpur. Oleh dikatakan hanya beberapa peratusan kecil hutan yang terdapat di Kuala Lumpur. Contohnya, Taman Eko Rimba Bukit Nanas. Ia berada di bandar Kuala Lumpur malah Taman Eco Rimba merupakan satu-satunya hutan tropika dimana ia masih wujud di tengah bandar. Taman Eko Rimba meupakan satu kawasan hutan simpanan kekal yang tertua di Malaysia. Hal ini menunjukkan kawasan lain telah belakunya proses pembangunan. Di Malaysia, aktiviti pembangunan merupakan sektor terbesar dalam penjanaan pelepasan GRH. Pembebasan GRH telah meningkat sebanyak 55% pada tahun 2000 berbanding dengan tahun 1994. Ini bermakna pembebasan CO2 per kapita bagi Malaysia adalah sebanyak 7.1 ton per kapita lebih tinggi daripada purata pembebasan CO2 bagi negara Asia Pasifik iaitu sebanyak 2.6

ton per kapita. Nilai ini adalah sangat tinggi dan harus dikurangkan sekiranya Malaysia ingin mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu 40% pengurangan intensiti per kapita GDP menjelang tahun 2020 (Mohd, 2010). Pembangunan yang dihasilkan akan menambah bilangan sumber pencemaran dan akan menyebab perubahan iklim. Bukanlah suatu hal yang aneh jika bandar mempunyai kualiti alam sekitar yang tercemar, khususnya kualiti udara yang sangat rendah. Keluaran Dalaman Negeri Kasar (KDNK) bagi Kuala Lumpur telah meningkat daripada RM21,157 juta pada tahun 1995 kepada RM25,968 juta pada tahun 2000dengan kadar pertumbuha purata tahunan sebanyak 4.2% (DBKL), 2003). Kadar pertumbuhan in membuktikan sumber pencemaran juga akan meningkat di Kuala Lumpur. Urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan tiada sedikit ruan dibandar yang seharusnya merupakan ruang hijau yang harus dipertahahankan malah sebaliknya diterokai untuk dibangunkan menjadi kawasan perumahan elit ataupun dijadikan penempatan haram. Semakin banyak proses urbanisasi di sesuat bandar maka semakin banyak bangunan perlu dibina,semakin banyak jumlah kenderaan, semakin banyak jumlah sampah yang harus dilupus setiap hari dan semakin banyak juga ruang hijau yang harus dikorbankan tanpa kita menyedari bahawa semua aktiviti iniakan menyumbang kepada perubahan iklim (Akmar & Mastura, 2017) .

Akmar, I. N., & Mastura, M. (2017). Kajian Jejak Karbon Di Kuala Lumpur. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 165–182. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). (2003). Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, Edisi 1 Sebuah Bandaraya Bertaraf Dunia Kuala Lumpur. Hasbullah, P. M. (2016). Mengatasi pembebasan karbon terlampau. Utusan Online. Retrieved from http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mengatasi-pembebasan-karbon-terlampau1.403311 Mohd, K. (2010). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Prosiding Seminar Hari Perancangan Bandar Sedunia 2010 Pembangunan Mampan – Kejiranan Hijau. Retrieved from http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7be486f405c48256e5a000bd038/358bb077b41dc %0Aae9482577d500261283.

Related Documents

Faktor Manusia
May 2020 32
Faktor
June 2020 36
Faktor
October 2019 68
Faktor
October 2019 58

More Documents from "Anonymous MHFGiQmfe"