Faktor Faktor Yang Yang Mempengaruhi Mempengaruhi Pendekatan Pendekatan Kurikulum Kurikulum Disediakan oleh Ahmad Zainal Abd Aziz
1. Faktor Politik Pembentukan kurikulum dibangun berdasarkan ideologi dan politik sesebuah negara. Sesuatu ideologi dan politik dalam sesebuah negara adalah berbeza di antara satu sama lain dan dasar yang telah dibentuk oleh sesebuah negara dan berdasarkan ideologi yang dipegang.
Samb… Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education"
Samb… Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan :Perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
Samb… Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Pemerintah bertanggungjawab menetapkan ‘Dasar Pendidikan Negara’ sejajar dengan hasrat pemerintah.
Samb… Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran antaranya hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum pada masa itu. Ianya sesuai dengan polisi mereka mentadbir Tanah Melayu pada masa itu dengan dasar ”Devide and Role”.
Samb… negara mencapai • Apabila kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja.
2. Faktor Perpaduan Kaum • Walaupun negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum serta agama, corak kurikulum yang disajikan masih dapat mencerminkan jati diri masyarakat dan intregasi kaum masih dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Samb… yang dibina akan • Kurikulum merapatkan lagi jurang perbezaan di antara kaum-kaum dan merapatkan perpaduan kaum yang majmuk Dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk semua kaum bagi menikmati kurikulum tersebut.
3. Faktor Sosio Budaya Kurikulum juga terbentuk berdasarkan kepentingan-kepentingan tertentu dari kumpulan-kumpulan tertentu. Kurikulum tersebut dibentuk berdasarkan tuntutan budaya nenek moyang mereka selain daripada faktor kepentingan masyarakat.
Samb… Contohnya semua masyarakat perlu mempelajari bahasa Inggeris di dalam matapelajaran sains & matematik sekiranya ianya menjadi kepentingan negara ke arah pembangunan ekonomi sosio budaya.
4. Kehendak Masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada Kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.
Samb… Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring."
5. Faktor Pembangunan Negara Dan Perkembangan Dunia Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself "
6. Faktor Perancang Dan Pelaksana
Kurikulum
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.
7. Faktor Perkembangan Ilmu Dan Kepentingannya Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.
Samb… Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.