Perubahan Kurikulum

  • Uploaded by: azainal
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perubahan Kurikulum as PDF for free.

More details

  • Words: 538
  • Pages: 11
PERUBAHAN KURIKULUM

Disediakan Oleh Ahmad Zainal B. Abd Aziz Pensyarah Profesor Madya Dr. Ishak Ramly

PENGENALAN 

Razali Arof (1991) menyatakan istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik walaupun mungkin kepada yang lebih buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN KURIKULUM 



Perubahan terhadap kurikulum perlu dengan adanya kewujudan ilmu-ilmu baru, atau perkembangan atau adanya penemuan ilmu-ilmu yang baru. Contohnya Dalam bidang perubatan kita dapati begitu banyak sekali ilmu mengenainya telah bekembang. Contohnya, kalau pada zaman dahulu kita mendapati penyakit demam malaria atau penyakit batuk kering biasanya sering menyebabkan kematian kepada penghidapnya, tetapi kini keadaan sudah berubah. Perkembangan ilmu perubatan telah membolehkan doctor menyelamatkan nyawa pesakit tesebut daripada maut.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN KURIKULUM  

Kehendak masyarakat yang berubah Taraf kematangan masyarakat juga boleh mempegaruhi kenendak mereka. Contohnya, masyarakat yang sudah mempunyai taraf pendidikan yang tinggi udah tentulah memerlukan kurikulum yang lebih baik daripada semasa masyarakat tersebut belum berkedudukan demikian.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN KURIKULUM  

Perkembangan dasar kerajaan Idea-idea barunyang diperkenalkan dalam bidang pendidkan juga boleh menolong ahli-ahli pembentuk kurikulum memperbaharui kurikulum yang ada. Contoh, apabila computer telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan, maka didapati banyak kurikulum yang telah dibentuk telah dirombak untuk dibawa masuk ilmu komputer ke dalam kurikulum.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN KURIKULUM 

Kelemahan yang telah dilakukan atau yang terdapat dalam system pekembangan kurikulum juga boleh mendorong usaha-usaha bagi mempebaruhi kurikulum. Contohnya, munkin telah didapati bhawa proses pemilihan objektif atau pun isi bagi kurikulum telah tidak dilaksanakan dengan sempurna dan oleh yang demikian menyebabkan kurikulum tersebut tidak berkesan.

JENIS-JENIS PERUBAHAN  

JENIS-JENIS PERUBAHAN Menurut Razali Arof (1991) mendapati bahawa dalam bidang literature terdapat sekurangkurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah perubahan bercorak

JENIS-JENIS PERUBAHAN  

Perubahan Homeostatik Perubahan homeostatic adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna. Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gantian-gantian yang biasa sahaja. Contohnya ialah Guru Besar B menggantikan Guru BeSar A disebabkan Guru Besar A telah bersara.

JENIS-JENIS PERUBAHAN  

Perubahan Perkembangan Perubahan Perkembangan bermaksud wujudnya unsure atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dalam konteks bentuk kurikulum. Ini bermakna cirri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yangada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan. Contohnya perubahan dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenal pasti objektif-objektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat.

JENIS-JENIS PERUBAHAN  

Perubahan Neomobilistik Perubahan Neomobilistik wujud berdasarkan factor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengandemikian,idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada.

JENIS-JENIS PERUBAHAN  

Perubahan Metamorphistik Perubahan metamorphistik wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru atau pengenalan ida-idea baru kepada kurikulum. Perubahan ini membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar. Contohnya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ini bermakna kurikulum yang sedia ada perlu diubah supaya penegasan kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dapat menggantikan bahasa Malaysia.

 

Razali Arof (1991). Penghantar kurikulum. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Related Documents

Perubahan Kurikulum
July 2020 2
Perubahan
November 2019 43
Perubahan
May 2020 40
Kurikulum
July 2020 41
Kurikulum
May 2020 51

More Documents from ""