Fakta Homeopati

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fakta Homeopati as PDF for free.

More details

  • Words: 334
  • Pages: 1
ASAS HOMEOPATI Homoeopati mampu merawat kelemahan minda secara semulajadi tanpa dadah dan kesan sampingan dengan berkesan. Jenis-jenis penawar yang bersumberkan mineral dan herba telah terbukti hampir 200 tahun, memberikan satu suntikan baru kepada mereka yang memerlukan tenaga minda tambahan khususnya pelajar. Sistem Perubatan Homoeopati telah diperkenal dan dimajukan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843), seorang doktor dari Jerman, dalam tahun 1810. Sistem Perubatan Homoeopati lahir hasil daripada ujikaji yang meluas dan pemerhatian yang sungguh teliti. Keistimewaan Homoeopati ialah ia tidak bertentangan dengan fitrah tubuh. Dr. Hahnemann mendapati bahawa setiap benda yang boleh mendatangkan keracunan pada tubuh yang sihat boleh diolah menjadi ubat atau penawar pada diri pesakit. Oleh itu semua ujikaji yang dijalankan dalam Homoeopati adalah ke atas diri manusia yang sihat, bukan ke atas haiwan atau orang sakit. Hasil usaha yang dijalankan dengan begitu bersungguh-sungguh dan teliti telah melahirkan begitu banyak ubat. Ubat Homoeopati digelar penawar atau remedi. Hingga kini sudah terdapat lebih daripada 2,000 jenis remedi Homoeopati. Remedi Homoeopati disediakan mengikut kaedah istimewa yang hanya diamalkan dalam Homoeopati, iaitu 'Potentitasi'. Penyediaan remedi menurut kaedah ini menghapuskan langsung keracunan yang terdapat dalam bahan asalnya dan dengan itu menjadikannya sangat selamat digunakan. Justeru itu terelaklah pengguna daripada segala kesan sampingan atau kesan keracunan seperti yang lazim terdapat dalam perubatan biasa sekarang ini. Kelahiran Homoeopati telah dirasakan sebagai satu cabaran dan saingan kepada perubatan konvensional. Maka timbullah berbagai-bagai tentangan dan rintangan terhadap perkembangan sistem perubatan ini. Walaupun Dr. Hahnemann terpaksa berdepan dengan banyak musuh, ramai pula doktor yang ingin mencuba kaedah ini. Maka ramailah di kalangan mereka yang telah tertarik dan terpengaruh dengan kebaikan dan terus mengamalkannya. Sejak itu Homoeopati telah berkembang maju dan mendapat sanjungan semua lapisan masyarakat.

Apakah ubat homeopati perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan? Ubat yang mana satu? Kalau ia merujuk kepada penawar yang digunakan oleh kebanyakan pengamal homeopati, ia tidak perlu didaftarkan. Jika ia dikehendaki didaftarkan oleh setiap pengamal homeopati, maka akan berlaku pertindihan pendaftaran. Ini adalah kerana ubat-ubat atau penawar-penawar itu telah didaftarkan oleh pengimport semasa ianya dibawa masuk ke Malaysia.

Related Documents

Fakta Homeopati
November 2019 23
Fakta Geo
June 2020 26
Fakta Integritas.docx
April 2020 19
Diverse Fakta
May 2020 14
Karangan Fakta
June 2020 7
Karangan Fakta
November 2019 22