Karangan Fakta

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Fakta as PDF for free.

More details

  • Words: 281
  • Pages: 2
Soalan 1-Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan. Nyatakan langkah-langkah bagi menghidupkan permainan tradisional tersebut . Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-masing .Begitu juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau ,gasing dan congkak yang popular suatu ketika dahulu kini semakin dipinggirkan dalam arus perdana .Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas . Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai langkah dapat diadakan . Antaranya ,Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik . Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran mengedarkan brosur dan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para pelancong yang menginap di hotel berkenaan . Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah . Dengan adanya kawasan khas tersebut , golongan remaja dapat mempersembahkan permainan tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asing mempelajari kaedah permainan berkenaan . Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat global , peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan . Sebagai contoh , MAS telah menggunakan permainan wau sebagai logo korporat syarikat berkenaan . Langkah ini tentulah dapat mmembantu mempromosi keunikan tradisional rakyat Malaysia .

Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama daripada semua pihak . Tanpa sokongan daripada pelbagai pihak , permainan tradisional ini mungkin akan berkubur dan lupus ditelan zaman . 1.Permainan tradisional – permainan tradisi masyarakat 2.arus perdana – setiap bidang utama 3.brosur – risalah 4.mempersembahkan – mempertontonkan 5.kaedah – cara-cara ; langkah-langkah 6.global – meliputi seluruh dunia 7.logo – lambang khas yang mempunyai maksud 8.luput – hilang ; luput

Related Documents

Karangan Fakta
June 2020 7
Karangan Fakta
November 2019 22
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31