Failkan Kes

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Failkan Kes as PDF for free.

More details

  • Words: 431
  • Pages: 2
FARID, MUNIR, NAJAIE & CO ADVOCATES & SOLICOTIRS PEGUAMBELA & PEGUAMCARA

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : Peminjam : Nama : Abu bin Ali. No K/P : 790815-06-5417. Alamat : RRM Batu 3 ½ Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tuan / Puan, PER: Notis Tuntutan Pinjaman Pendidikan Sebanyak RM 26,000.00 Dan Yang Masih Tertunggak Ialah RM 15,271.40. Peminjam : Abu Bin Ali.

Kami mewakili anak guam kami, Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Nasional (PTPTN) yang beralamat Kami dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa atas permohonan pihak Tuan/Puan anakguam kami telah meluluskan satu bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman kepada pihak Tuan/Puan berjumlah RM 26,000.00 dan masih tertunggak sebanyak RM 15,271.40. bagi mengikuti pengajian Diploma Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa dan satu perjanjian telah ditandatangani oleh anakguam kami dan pihak Tuan/Puan pada Mac 2000 tertekluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman tersebut. Adalah menjadi salah satu syarat perjanjian tersebut bahawa pihak Tuan/Puan hendaklah membuat bayaran balik pinjaman tersebut dalam tempoh enam bulan selepas pihak Tuan/Puan menamatkan pengajian Tuan/Puan. Kami juga telah dimaklumkan oleh anak guam kami bahawa pihak Tuan/Puan telah gagal mematuhi perjanjian tersebut bilamana pihak Tuan/Puan telah gagal membuat bayaran dimana baki tertunggak adalah sebanyak RM 15,271.40 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu Dua Ratus Tujuh Puluh Satu dan Empat Puluh Sen) sahaja yang dikira Mac 2004. Kami juga telah dimaklumkan oleh anak guam kami bahawa melalui Perjanjian Pinjaman Pendidikan tersebut, penjamin-penjamin telah bersetuju, atas balasan anakguam kami memberi pinjaman kepada peminjam yang tersebut di atas, menjamin pembayaran

apabila di tuntut semua pinjaman dan pendahuluan yang di beri oleh anakguam kami kepada peminjam tersebut dengan semua kos, caj dan perbelanjaan untuk menuntut balik jumlah wang yang tersebut di atas. Kami telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa pihak Tuan/Puan telah gagal/enggan membuat bayaran tersebut kepada anakguam kami walaupun beberapa peringatan telah dikeluarkan oleh anakguam kami. AMBIL PERHATIAN, seperti yang diarahkan oleh anakguam, kami dengan ini menuntut dari pihak Tuan/Puan sebagai PEMINJAM/PENJAMIN baki tunggakan bayaran tersebut berjumlah RM15,271.40 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Ribu Dua Ratus Tujuh Puluh Satu dan Empat Puluh Sen) sahaja (termasuk 5%cukai perkhidmatan) sebagai bayaran perbelanjaan guaman kami dalam menyediakan dan menghantar notis ini yangmana perlu dibayar kepada anakguam kami atau kepada kami sebagai peguamcara mereka. SILA AMBIL PERHATIAN, pihak Tuan/Puan diminta menjelaskan jumlah tuntutan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI dari tarikh penerimaan notis ini. Sekiranya pihak Tuan/Puan gagal, pihak kami akan meneruskan dengan tindakan undangundang ke atas Tuan/Puan tanpa sebarang notis lagi dan segala kos yang terbabit di dalam tindakan ini adalah di tanggung sendiri oleh pihak Tuan/Puan. SILA PATUHI NOTIS INI. Yang Benar,

Related Documents

Failkan Kes
May 2020 33
Kes 1
October 2019 35
Kajian-kes
May 2020 41
Kes Pendidikan
May 2020 29
Kes Lain.docx
October 2019 38
Kes Macam Ni Bukan Kes Baru
November 2019 34