Tugasan : Penulisan Ilmiah 1a. Menghasilkan penulisan ilmiah (secara individu) yang menilai usaha-usaha kerajaan Malaysia kearah integrasi nasional dan cabaran hubungan etnik di negara ini dengan merujuk pelbagai sumber.
Pengenalan Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang hidup sebagai sebuah masyarakat majmuk. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan etnik sebagai sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok. Secara amnya, etnik adalah sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Di Malaysia, terdapat etnik Melayu, India, Cina, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi. Oleh kerana itu, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat. Akan tetapi, tidak bermakna usaha kerajaan Malaysia untuk kearah integrasi nasional tidak dapat dicapai. Isi Menurut (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional , 2016), integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat antara negeri dan wilayah bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Oleh itu, beberapa usaha-usaha telah dijalankan kerajaan Malaysia kearah integrasi nasional. Salah satunya menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk meyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat uatama iaitu pengambilan pekerja dipelbagai sektor ekonomi dan di peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun 1190 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut (Yani Yahaya, 2014). Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Terang lagi bersuluh, kerajaan menggunakan 1
DEB sebagai satu dasar untuk rakyat bersatupadu menerusi penyusunan semula masyarakat. Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu memainkan peranan bagi menjayakan integrasi nasional melalui pelbagai program di peringkat sekolah, daerah, negeri sehinggalah antarabangsa. Ini kerana, melentur buluh biarlah dari rebungnya, sekolah merupakan asas kepada pembentukan seseorang insan bermula dari umur enam hingga 17 tahun dan seterusnya boleh mengamalkan nilai perpaduan dan integrasi nasional. Pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi di sekolah. Dengan cara ini, murid-murid dan pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum di Malaysia. Seterusnya dapat menimbulkan rasa hormat dan mengeratkan persefahaman di antara yang berlainan kaum. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsipprinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan
memberi mereka
penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung pada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia (Mohd AshrafIbrahim, 2018 ). Akan tetapi terdapat juga cabaran dalam hubungan etnik dalam usaha kerajan kearah integrasi nasional. Antaranya adalah perbezaan pendapat, pendirian dan cara hidup. Ini kerana, setiap etnik mempunyai agama, budaya, adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, di
2
sini akan wujud perbezaan pendapat yang akan mungkin menimbulkan perbalahan antara kaum dan seterusnya keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan integrasi nasional. Cabaran seterusnya adalah cabaran politik. Politik perkauman dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati dan akan mengukuhkan semangat sesuatu kaum sekiranya penyuaraan terhadap kepentingan etnik tertentu tanpa memikirkan kebaikan atau keburukan untuk semua pihak. Kewujudan pelbagai parti politik berasaskan kumpulan etnik telah memperkukuhkan semangat identiti bagi sesuatu etnik dan akan menimbulkan syak wasangka, amarah di antara etnik jika merasa ketidak adilan ideologi yang dibawa oleh sesuatu parti politik yang berasaskan kaum ini. Akan tetapi, pilihan raya Malaysia ke-14 diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 Mei 2018 dan pilihan raya ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Selama ini, PH mempunyai pegangan bahawa semua parti dalam gabungan itu sama dan tiada perbezaan. Pensyarah kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Falkulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata “Dalam UMNO dulu, parti itu yang dominan dalam Barisan Nasional (BN) dan mengawal BN. Tetapi kini, dalam PH pula, PKR, DAP dan Amanah mereka tidak ada konsep siapa yang dominan kerana masing-masing adalah equal (sama)” (BH Online, 2018). Permasalahan dan cabaran-cabaran yang dihadapi boleh diatasi dengan perkongsian di media elektronik atau di media sosial tidak menyentuh sensitiviti kaum dan tidak menjadi batu api kepada mana-mana kaum. Kerajaan juga tegas dalam menjalankan penangkapan dan pendakwaan buat individu yang sengaja mengadakan fitnah, isu dan perbalahan antara kaum di media sosial terutamanya. Oleh sebab itu, masyarakat dan individu perlu menggunakan media ini sebagai salah satu ejen kepada penyatuan perpaduan dan integrasi nasional. Rumusan Kesimpulannya,
integrasi
nasional
di
Malaysia
untuk
mewujudkan
kesefahaman sesama kaum dengan memahami adat dan budaya harus dipandang serius. Tan Sri Joseph Kurup, Menteru di Jabatan Perdana Menteri pada Persidangan COSNA menegaskan tentang pentingnya hubungan etnik dalam melahirkan masyarakat yang menghayati perjanjian sosial dalam negara kita (Integrasi Citra 3
Bangsa Malaysia , 2016). Akhir kata, sifat memahami, bekerjasama, menjaga persaudaraan kemesraan, ziarah-menziarahi dan saling menghormati merupakan asas penting dalam membina hubungan baik antara etnik perlu ada bagi setiap individu di Malaysia.
4
2a. Menghasilkan penulisan ilmiah (secara individu) yang membincangkan faktor-faktor yang menjadikan zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai kemuncak zaman pluraliti (kemajmukan) di Alam Melayu.
Pengenalan Pluraliti budaya di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang istimewa di Alam Melayu. Antara ciri pluraliti adalah berlaku secara semula jadi tanpa paksaan, secara sukarela mencari kehidupan dan kekayaan, disertai ahli keluarga dan menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. “Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi politik, ekonomi dan budaya yang kekal diwarisi sehingga kini. Kegemilangan dan kemakmurannya telah menarik minat Portugis datang ke Melaka dan menawan Melaka pada tahun 1511” (Nordin, n.d.). Kesultanan Melayu Melayu diasaskan pada 1400m dengan kedatangan Paraeswara dari Srivijaya dan menjadikan Melaka sebagai pusat kemasyaraktan dan perkembangan Islam di Alam Melayu. Isi Antara faktor-faktor yang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai kemuncak zaman pluraliti di Alam Melayu. Pertama adalah masyarakat yang menetapkan Kepulauan Melayu atau Nusantara dan berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain dengan bebasnya untuk berniaga, berperang, berkahwin. Di sini, telah berlaku pertembungan antara kaum, budaya, cara hidup dan agama. Oleh itu, terjadinya dan terwujud unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat. Misalnya, perkahwinan Sultan Iskandar Shah dengan Puteri Pasai mengeratkan hubungan Melaka dan Pasai. Seterusnya, faktor diplomatik. Faktor ini mewujudkan hubungan peradaban antara Alam dan China serta India. Hubungan diplomatik melalui hubungan perdagangan dan politik dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar 5
pertama pernah dbuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu (Ghulam Jie, 2001). Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakkan beragama Islam. Ini adalah proses asimilasi. Asimilasi membawa maksud poses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya yang sama menyebabkan berlaku penghapusan penuh perbezaaan tersebut (Mohd AshrafIbrahim, 2018 ). Kumpulan etnik yang majoriti kumpulan etnik yang majoriti/dominan akan mendominasi unsur kebudayaan etnik lain, tetapi tidak melibatkan pertukaran. Disebabkan itu, Melaka turut dikenali sebagi pusat penyebaran ilmu pengetahuan di Nusantara selain daripada sebagai pusat perdagangan. Para pedagang juga tidak memerlukan passport dan visa sebagai pengenalan diri Kepulauan Melayu terkenal dengan rempaah ratus yang dianggap mewah oleh orang Barat. Tambahan pula, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka membuat dasar “pintu terbuka” bagi hubungan diplomatik. Pentadbiran pelabuhan di Selat Melaka juga sangat cekap menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang dan dianggap sebagai The Venice of The East, Panglima dan laksamana Melaka sangat proaktif dan tahap keselamatan yang tinggi bagi mengawal keselamatan dari ancaman perompak dan lanun. Oleh itu, terjadi interaktif aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka. Rumusan Kesimpulannya, kemampuan berbeza-beza dan rasa kebertanggungjawab antara kerajaan yang menjalinkan hubungan diplomatic telah mewujudkan suatu hubungan yang harmonai dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, khususnya daripada aspek teras seperti politik, sosiobudaya, ekonomi, dan agama. Kerjasama dalam aspek teras dalam masyarakat Melayu ini telah membantu memantapkan serta mengukuhkan pentadbiran dan pemerintahan sebuah kerajaan di samping membantu membangunkan dan menyempurnakan kekurangan dalam setiap kerajaan. Hasil daripada kejayaan hubungan diplomatik Melayu ini telah membawa kerajaan Melayu menapak dan terus maju ke depan. Tumpuan bukan
6
sahaja kepada isu fizikal, keselamatan malahan isu rohaniah juga sangat ditekankan dalam hubungan ini. Hal inilah yang menyebabkan hubungan diplomatik yang dibincangkan sebelum ini dalam bab keempat merupakan hubungan yang mantap dan terbaik yang dicipta dan dilaksanakan dengan jayanya oleh masyarakat Melayu serta meninggalkan impak yang besar di alam Melayu.
7
Rujukan
BH Online. (2018, Oktober 29 ). Bersatu boleh jadi part dominan dalam PH. Retrieved from Berita Harian: http://www.beritaharian.com.my Ghulam Jie, M. K. (2001). Retrieved from Hubungan Diplomatik : http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Politik_Diplomatik.htm Integrasi Citra Bangsa Malaysia . (2016, September 19). Retrieved from Utusan Online : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/integrasi-citra-bangsa-malaysia-1.384590 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional . (2016). Perpaduan dan Integrasi Nasional . Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, KMMM . Mohd AshrafIbrahim, M. A. (2018 ). Hubungan Etnik Edisi Kedua . Kuala Lumpur : Oxford Fajar . Nordin, M. (n.d.). Kesultanan Melayu Melaka . Retrieved from https://www.um.edu.my/docs/librariesprovider4/history_dept/scholarly_articles/mardia na-kesultanan-melayu-melaka-simposium-sejarah.pdf?sfvrsn=2 Yani Yahaya, M. T. (2014). SPM Sejarah . Selangor : Sasbadi Sdn Bhd.
8