Perkahwinan Etnik Melaka

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perkahwinan Etnik Melaka as PDF for free.

More details

  • Words: 285
  • Pages: 2
Perkahwinan Etnik Melaka Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID MELAKA 16 Dis. - Beberapa penduduk Kampung Bahagia, Klebang Besar di sini semalam, terkejut apabila melihat tiga pasangan pengantin lengkap berpakaian tradisional Melayu, Baba Nyonya dan Chetti diraikan dalam satu kenduri di sebuah rumah di kampung tersebut di sini semalam.

TIGA pasangan pengantin pelbagai etnik duduk bersanding di Kampung Bahagia Klebang Besar, Melaka, kelmarin. - Gambar GAIE UCHEL

Selain mereka, pengguna jalan raya yang melalui kampung tersebut juga terpegun apabila melihat ketiga-tiga pasangan pengantin dengan pakaian etnik masing-masing diarak meriah memasuki kampung tersebut. Perarakan pasangan pengantin Melayu dimeriahkan lagi dengan rombongan membawa hantaran, bunga manggar dan paluan kompang sehingga tiba di pentas pelamin. Bagaimanapun, perkahwinan tiga kaum utama di Melaka secara serentak di dalam satu majlis ini bukanlah perkahwinan sebenar. Mereka sebaliknya menjadi pasangan pengantin olok-olok yang diraikan pada Program Merakyatkan Seni Budaya 'Perkahwinan Etnik Melaka' di Kampung Bahagia, Klebang Besar. Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri dengan kerjasama jawatankuasa kampung itu bertujuan mendedahkan nilai seni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Melaka. Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri, Zainal Jaslan berkata, program merakyatkan seni budaya itu merupakan anjuran kali ke sembilan tahun ini. "Setiap tahun, kita memang menganjurkan program sebegini untuk menyemarakkan lagi kebudayaan yang menjadi teras tradisi. "Melalui cara ini, ia akan mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan semua kaum yang terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Tambahnya, program tahunan tersebut diadakan sebanyak 11 kali di setiap kawasan yang dipilih mengikut tajuk yang berbeza. "Kali ini, kita memilih untuk menonjolkan kebudayaan tiga kaum melalui cara perkahwinan dan yang pertama seumpamanya dianjurkan.

"Alhamdulillah, semuanya dilakukan mengikut tradisi dan seramai kira-kira 500 jemputan pelbagai kaum hadir pada majlis yang diadakan sejak semalam," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sel atan&pg=ws_01.htm

Related Documents

Etnik
June 2020 18
Etnik
October 2019 20
Melaka
June 2020 36
Pembubaran Perkahwinan
June 2020 17
Perkahwinan Iban
December 2019 23