KERTAS TUGASAN KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 ( PTK3 ) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN GUNASAMA PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N44 PELAKSANAAN TAHUN 2008
TAJUK:
BINCANGKAN BEBERAPA NILAI DAN ETIKA YANG BOLEH DIPERKENALKAN DI DALAM JABATAN TUAN/PUAN YANG MAMPU MENJANA PELAKSANAAN POSITIF KEPADA DASAR-DASAR KERAJAAN
DISEDIAKAN OLEH: AHMAD FADLULDIN BIN MOHAMAD A/G: 30301004
-1-
Kandungan Topik
Muka surat
Abstrak ............................................................................................................................... 3 Pendahuluan ........................................................................................................................5 Agenda Kerajaan Negeri .....................................................................................................6 Kesinambungan dan Pelaksanaan........................................................................................7 Konsep Nilai dan Etika........................................................................................................8 Nilai dan Etika Menjamin Kecemerlangan:.........................................................................9 1-Nilai-nilai Peribadi Asas.....................................................................................10 2-Nilai-nilai Yang Mengutamakan Perkhidmatan Pelanggan ..............................12 3-Nilai-nilai Kepimpinan.......................................................................................13 4-Nilai-nilai Profesionalisme.................................................................................14 5-Nilai-nilai Produktiviti dan Kualiti.....................................................................15 6- Nilai-nilai Yang Berteraskan Keagamaan.........................................................16 Kesimpulan........................................................................................................................17 Rujukan .............................................................................................................................19
-2-
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang beberapa nilai dan etika positif yang perlu diamalkan oleh penjawat awam bagi melaksanakan dasar kerajaan. Ia juga memberi penjelasan mengenai kesinambungan dasar kerajaan Negeri Terengganu dengan misi dan visi jabatan iaitu Yayasan Islam Terengganu khususnya melalui pendekatan "Islam Hadhari Terengganu Bestari". Beberapa contoh nilai dan etika yang diterangkan mempunyai hubungan secara langsung dengan nilai-nilai Islam Hadhari. Antaranya nilai berbudi mulai, integriti, akauntabiliti dan sopan-santun ada kaitan dengan nilai akhlak yang menganjurkan agar penjawat awam berperibadi mulia serta imej disanjung tinggi. Nilai mesra pula bersesuaian dengan dasar Kerajaan Nergeri Terengganu khususnya melalui kempen " Budi Bahasa Amalan Kita" dan " Senyum Sokmo".
Seterusnya nilai-nilai seperti berilmu, kreativiti dan inovasi adalah aspek yang terpenting terutamanya bagi kakitangan Yayasan Islam Terengganu dalam menyampaikan mesej dakwah. Iaitu kaedah menggunakan multimedia sebagai pendekatan dakwah dan menghuraikan masalah-masalah kontemporari yang memerlukan kemahiran serta ideaidea yang kreatif ( ijtihadik ). Di samping itu juga, dalam menjayakan " Terengganu Bestari" yang berasaskan Mesra Rakyat, Tadbir-urus Yang Cekap dan Mesra Teknologi Maklumat, ianya menggalakkan kakitangan kerajaan supaya produktif dan menghasilkan sesuatu kerja dengan kualiti. Iaitu mampu memberi kepuasan kepada pelanggan / masyarakat serta amanah yang dipikul mendapat kepercayaan ( integriti ) orang ramai.
-3-
Dengan penerapan Nilai-nilai Peribadai Asas, Nilai-nilai Yang Mengutamakan Pelanggan, Nilai-nilai Profesionalisme dan Nilai-nilai Keagamaan, maka pretasi kerja dapat ditingkatkan, menaikkan imej jabatan dan segala arahan akan dipatuhi dengan penuh komitmen, dedikasi dan dilaksanakan dengan semangat kerja secara berpasukan atau berkerjasama.
-4-
BEBERAPA NILAI DAN ETIKA YANG BOLEH DIPERKENALKAN DALAM JABATAN YANG MAMPU MENJANA PELAKSANAAN POSITIF KEPADA DASAR-DASAR KERAJAAN
Pendahuluan
Yayasan Islam Terengganu merupakan salah sebuah agensi ( Badan Berkanun ) Kerajaan Negeri Terengganu yang telah ditubuhkan pada 2 April 1974. Ia adalah hasil resolusi Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu pada 3 Ogos 1973 yang telah membuat rumusan
seperti
berikut:"Kerajaan
Negeri hendaklah
dengan
seberapa
segera
menubuhkan sebuah Yayasan Islam yang akan menjalankan tugas mengenai dakwah, penyelidikan di dalam dan luar. Yayasan ini hendaklah bekerjasama rapat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT )".
Oleh itu, visi Yayasan Islam Terengganu adalah menjadi agensi terunggul dalam peringkatan dan pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu. Manakala misi Yayasan Islam Terengganu ialah komited untuk meningkat dan mengekalkan ilmu serta pendidikan agama Islam kepada penduduk negeri ini ke arah mewujudkan ummah yang berakhlak mulia, progresif dan berdaya saing.
-5-
Agenda Kerajaan Negeri
Islam Hadhari Terengganu Bestari adalah agenda kepimpinan kerajaan negeri Terengganu bagi merealisasikan Islam dalam kehidupan secara menyeluruh berasaskan 8 nilai: 1. Ilmu 2. Akhlak 3. Mesra 4. Kompetitif, Inovatif dan Kreatif 5. Moden, Kontemporari 6. Global 7. Syumul, Seimbang 8. Cemerlang
Terengganu Bestari perlu menekankan 3 ciri: 1. Mesra Rakyat iaitu memberikan khidmat yang mesra, adil dan tegas berpandukan peraturan dan prosedur kerja. 2. Mesra Teknologi iaitu mengunakan kemudahan komputer ( IT ) untuk memastikan khidmat yang cekap dan berkesan. 3. Tadbir Urus Yang Baik iaitu berdasarkan perinsip telus, integriti, ikhlas dan jujur.
-6-
Agenda ini menjurus umat Islam kepada kelapan-lapan nilai Islam Hadhari, Terengganu Bestari adalah hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan kemajuan peradaban dengan menggalakkan rakyat untuk mesra teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wadah untuk mencapai ketinggian peradaban pemfokusan kepada tadbir urus yang baik dan peningkatan infrastruktur bagi dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat.
Kesinambungan dan Pelaksanaan
Bagi mencapai visi kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu negeri maju pada tahun 2020 berasaskan agenda Kepimpinan Islam Hadhari Terengganu Bestari, maka Yayasan Islam Terengganu
mempunyai
peranan yang
begitu penting
untuk
merealisasikan hasrat tersebut.
Khususnya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik, pendekatan dakwah yang relevan dengan isu kontemporari, pembelajaran bersepadu melalui program pendidikan ke arah melahirkan generasi Ulul Albab ( Ensiklopedia, Quranik dan Ijtihadik ) dan menjadi penghubung kepada masyarakat dalam menyampaikan mesej serta dasar kerajaan.
Justeru penambahbaikan dari segi keselesaan tempat kerja, peningkatan kualiti dan produktiviti serta perubahan sikap sama ada mental dan spritual merupakan faktor utama yang mendorong ke arah kecemerlangan. Ia dilihat melalui pendekatan 4M: 1. Material ( Peralatan ) 2. Money ( Kewangan )
-7-
3. Method ( Cara ) 4. Man ( Manusia )
Namun, faktor manusia atau modal insan adalah aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah dasar terutamanya berhubung dengan pendekatan Islam Hadhari, yang jelas menitik-beratkan nilai-nilai murni, seterusnya mampu menjana pelaksanaan positif dasardasar kerajaan.
Konsep Nilai dan Etika
Nilai secara relatifnya merupakan satu rangka keutamaan dalam membuat pilihan yang kekal yang membentuk dan mempengaruhi perilaku semulajadi individu. Nilai seseorang akan memperlihatkan kecenderungannya dalam melakukan sesuatu. Berbeza dengan norma
kerana
ia
memperlihatkan
ketentuan-ketentuan
dan
tanggungjawab-
tanggungjawab sosial. Nilai dibentuk pada asasnya oleh keperluan-keperluan dalam kegiatan hidup berkelompok.
Sementara etika sebagaimana yang ditakrifkan oleh The Oxford English Dictionary ialah ilmu akhlak atau prinsip-prinsip/dasar-dasar akhlak. Perkataan akhlak ( moral ) itu sendiri ditakrif sebagai perilaku yang baik dan tidak baik, atau yang membezakan di antara yang baik dan buruk.
-8-
Dalam kebudayaan Malaysia, ketiga-tiga perkara ini, iaitu nilai, norma dan etika adalah disatukan dan dipanggil adab. Adab atau dalam bahasa sehari-hari disebut budi-bahasa adalah cermin peribadi dan pendidikan seseorang yang lahir daripada sistem nilai yang diamalkan. Adab membawa makna pendidikan dan ilmu yang diperolehi bagi tujuan penghidupan sebenar. Adab mentakrifkan bagaimana seseorang itu harus dididik, berperibadi dan berkelakuan untuk menyempurnakan kehidupannya. Justeru, seseorang dikenali dari apa yang dia lakukan berulangkali. Kebaikan bukan sekadar perbuatan tapi salah satu tabiat. Tabiat yang baik kekal sepanjang hayat.
Ringkasnya, intipati daripada masalah nilai dan etika dalam perkhidmatan awam ialah bagaimana penjawat awan menanam tabiat dan amalan yang baik di dalam semua aspek kehidupan organisasi secara fizikal, kognitif dan kerohanian.
Nilai dan Etika Menjamin Kecemerlangan
Menyedari bahawa penerapan dan penghayatan nilai dan etika dikalangan penjawat awam sangat diperlukan kerana ia memberi sumbangan ke arah peningkatan prestasi dan seterusnya kredibiliti perkhidmatan. Beberapa contoh nilai dan etika utama yang dapat diterapkan dan diamalkan sebagaimana berikut:
-9-
1. Nilai-nilai Peribadi Asas: a) Amanah Bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Nilai amanah perlu ada pada setiap anggota perkidmatan kerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan serta harta benda awam. Ia juga mampu mengelakkan daripada berlaku penyelewengan seperti rusuah dan kebocoran perkara sulit.
b) Bertanggungjawab: Tanggungjawab bererti sesuatu tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan. Seseorang penjawat awam dikehendaki menjalankan tugasnya sebagai pemengang amanah negara dan rakyat dengan cemerlang dan memberikan hasil yang maksimum. Ciri-ciri sikap bertanggungjawab dapat dikenal pasti melalui kerja yang bersungguh-sungguh, sempurna dalam pelaksanaan tugas dan memelihara maruah agama, bangsa dan negera.
c) Ikhlas: Bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Dengan sifat ikhlas, seseorang itu akan menjalankan tugas dengan sempurna, berkerja keras dan prestasinya terus meningkat. Ia juga akan menghindarkan seseorang itu
- 10 -
daripada sifat merungut, menyalahkan orang, menunjuk-nunjuk dan sentiasa mengharapkan balasan atau habuan.
d) Berdedikasi: Bermakna pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempuna. Seseorang yang berdedikasi akan melaksanakan tugas dengan berkesan dan berkualiti tanpa mengharapkan sebarang upah tambahan dan puji-pujian. Individu berkenaan juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dirinya dan bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar.
e) Berdisiplin: Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undangundang. Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan prosedur kerja. Sentiasa berpegang kepada pengajaran agama dan menjaga imej jabatannya. Berbanding dengan pekerja yang tiada disiplin akan melanggar peraturan, tidak merasa bersalah walaupun melakukan kesilapan dan tidak bertanggungjawab.
f) Bekerjasama: Iaitu saling tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya dalam memberikan kebaikan kepada jabatan dan masyarakat. Sumbangan setiap individu dalam sesebuah organisasi sangat penting dalam menjayakan
- 11 -
sesuatu visi hasil dari kerjasama sebagai satu pasukan ( team work ). Nilai kerjasama ini dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni, aman, ceria dan
mengeratkan
hubungan
silaturahim.
Suasana
begini
akan
meningkatkan produktiviti dan kualitu kerja. Menerusi sifat bekerjasama juga, kerja yang berat akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Seterusnya sifat-sifat negatif seperti pentingkan diri-sendiri, berat tulang dan hasad dengki berjaya diatasi.
g) Tekun: Bermaksud bersungguh-sungguh menjalankan sesuatu tugas. Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan sentiasa meningkatkan kemahiran. Sebaliknya, orang yang tidak tekun akan bekerja sambil lewa, tidak sanggup bekerja lebih masa dan tidak berusaha meningkatkan mutu kerja.
2- Nilai-nilai Yang Mengutamakan Perkhidmatan Pelanggan: a) Budi bahasa: Iaitu tingkah laku yang baik dan percakapan yang bersopan-santun. Antara sifat berbudi bahasa ialah peramah, memberi layanan yang baik, tutur-kata yang sopan dan suka membantu. Perkhidmatan awam sangat memerlukan anggotanya yang berbudi bahasa khususnya yang bertugas di
- 12 -
barisan depan seperti di kaunter atau operator telefon. Penjawat awam hendaklah menjauhi sifat bertindak dengan cara yang kasar, bertutur dengan perkataan yang tidak elok dan bermasam muka. b) Bersopan-santun: Penjawat awam terutamanya yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai dikehendaki memberi perkhidmatan dengan sopan-santun. Di antara ciri-ciri sopan-santun adalah menerima kunjungan pelanggan dengan mesra, menanyakan jenis urusan yang diperlukan dan mengarahkan pandangan kepada pelanggan apabila berkomunikasi.
3- Nilai-nilai Kepimpinan: a) Adil: Iaitu memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing-masing atau meletakkan sesuatu di tempatnya. Adil berlaku terhadap diri sendiri, orang bawahan, orang atasan, saudara dan teman sekerja. Sesuatu keputusan yang adil akan dapat diterima dengan hati yang tenang. Sebaliknya keputusan yang tidak adil akan menerima tentangan.
b) Syura: Iaitu permesyuaratan merupakan suatu peraturan untuk meneliti pendapat orang lain serta menyatukan pendapat-pendapat agar mendapat petunjuk. Dengan
adanya
mesyuarat
- 13 -
atau
perbincangan
dapat
membuat
perancangan dengan lebih teratur, mengenalpasti kelemahan dan kekurangan serta akan menghasilkan kerja yang berkualiti.
4- Nilai-nilai Profesionalisme: a) Berilmu: Penjawat awam dikehendaki memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu bagi mencapai kejayaan. Tujuan utama ilmu pengetahuan ialah untuk kepentingan hidup di dunnia, manakala dari pandangan Islam ia meliputi kebahagiaan ukhrawi.
b) Kreativiti dan Inovasi: Kreativiti dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta. Inovasi pula ialah sesuatu yang baru diperkenalkan. Nilai-nilai tersebut sangat digalakkan dalam perkhidmatan awam pada masa kini. Inovasi atau pengenalan idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru, perubahan prosedur yang menjimatkan tenaga, masa dan kos serta perubahan meningkatkan penghasilan kerja. Orang yang berkreativiti dan mempunyai inovasi sentiasa mencari idea serta meneroka keadah-keadah baru.
c) Integriti: Integriti dikaitkan dengan nilai amanah, jujur, boleh dipercayai dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil peluang untuk
- 14 -
kepentingan diri sendiri. Sebarang kerja yang dibuat adalah merupakan satu pengorbanan dengan penuh keikhlasan tanpa curiga.
d) Neutraliti: Iaitu tidak memihak kepada mana-mana kumpulan termasuk parti politik. Walaubagaimanapun pegawai-pegawai awam dikehendaki sentiasa bersedia dan berusaha dengan bersungguh-sunggah melaksanakan semua dasar dan aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan yang memerintah.
e) Akauntabiliti: Bermaksud tanggungjawab seseorang terhadap tugasan yang perlu dilaksanakan. Dalam konteks perkhidmatan awam, ia merupakan tanggungjawab pegawai awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dan memestikan objektif tugasan tersebut tercapai.
5- Nilai-nilai Produktiviti dan Kualiti: a) Produktiviti: Produktiviti merujuk kepada nilai output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Peningkatan produktiviti dapat diukur dengan jumlah kuantiti sesuatu hasil kerja serta penjimatan kos, masa dan tenaga.
- 15 -
b) Kualiti: Ditakrifkan sebagai dapat memenuhi kehendak pelanggan dari segi perkhidmatan. Manakala dari segi keluaran produk, ia dapat menepati standard-standard yang telah ditetapkan. Antara aspek utama kualiti adalah kepuasan dan keselesaan pelanggan dalam mendapat khidmat urusan.
6- Nilai-nilai Yang Berteraskan Keagamaan: a) Bersyukur: Bermaksud kesediaan dan dengan rasa rendah diri mengakui sebarang nikmat Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada-Nya. Nilai ini dapat memberi kesederaan kepada seseorang tentang banyaknya sumbangan yang diperolehi, maka wajarlah dia mengucapkan syukur. Rasa bersyukur dalam konteks penjawat awam ialah memberi perkhidmatan yang cemerlang, lebih-lebih lagi amal bakti yang dicurahkan kepada orang awam merupakan kebajikan dan amal soleh.
b) Bertakwa: Iaitu mentaati, tunduk dan patuh kepada suruhan Allah s.w.t. serta menjauhi segala larangan-Nya. Antara sifat takwa yang perlu ada bagi penjawat awam ialah menepati janji, sabar, adil dalam pertimbangan dan seumpamanya.
- 16 -
Kesimpulan
Memandangkan penjawat awam diberi tanggungjawab dalam menjalankan tugas, maka penerapan nilai dan etika perlu diterjemahkan dalam kerja. Seterusnya, ia mampu menjayakan segala dasar-dasar kerajaan.
Jika dilihat dari beberapa contoh nilai dan etika, jelas menggambarkan keutamaan peranannya bagi meningkatkan imej serta prestasi pekerja. Dalam konteks Yayasan Islam Terengganu, nilai dan etika tersebut mempunyai kaitan secara langsung seperti Nilai-nilai Peribadi asas iaitu amanah dan berkerjasama. Amanah dalam menjalankan tugas tanpa ada unsur penipuan. Begitu juga, sesuatu tugas tidak akan berjaya jika tiada persefahaman.
Manakala nilai-nilai yang lain seperti beriman bererti segala amalan tadi akan dihisab oleh Allah s.w.t. Jika kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan memberi manfaat kepada orang lain, ia merupakan satu amalan soleh serta mendapat pahala. Seterusnya nilai budibahasa, berilmu, kreativiti dan inovasi bertepatan dengan nilai-nilai Islam Hadhari Terengganu Bestari yang menggalakkan budaya-saing, cuba mencari ilmu bagi memajukan prestasi kerja. Begitu juga, idea-idea baru dapat diperkenalkan dan mungkin dapat
menyempurnakan
kerja
dalam
masa
mengurangkan belanja atau menjimatkan kos.
- 17 -
yang
ditetapkan
bahkan
mampu
Kakitangan Yayasan Islam Terengganu perlu mempraktikan segala nilai-nilai yang baik yang boleh membantu mereka dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang seperti kreatif dalam dakwah termasuk kemahiran menggunakan komputer serta menangani isuisu semasa sesuai dengan peredaran zaman. Oleh itu, kakitangan jabatan perlu memberi penekanan terhadap nilai dan etika dalam melaksanakan tugas agar dapat merealisasikan segala dasar kerajaan
- 18 -
Rujukan: 1- Bahan Bacaan: Citra Karya, Kuala Lumpur: INTAN, 1991. Etika Kerja Dalam Islam, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1987. Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar Dan Amalan Dalam Islam, Kuala Lumpur: INTAN, 1990. Pelan Integriti Nasional, Kuala Lumpur, Institut Integriti Malaysia, 2008. Tonggak Dua Belas, Kuala Lumpur: INTAN, 2008.
2-
Internet: Visi dan Misi, http://yit.gov.my/content/category/4/15/34/ .(13/7/2008 ). Rancangan
Pembangunan
Negeri
Terengganu
2004-2008,
http://www.terengganu.gov.my/rpnt/KSPRPNTPESAT.pdf
- 19 -