5/12/2009
1
5/12/2009
2
Pada bulan November 2002 sebuah rumah di Ulu Kelang ranap kerana ditimpa tanah runtuh dari bukit di belakang rumah itu yang mengorbankan 7 orang mangsa. • Lereng bukit itu telah dipotong dan diisi beberapa tahun yang lepas untuk suatu projek perumahan yang kemudian terbengkalai • Lereng itu ditinggalkan tanpa sebarang rawatan penstabilan dijalankan oleh kontraktor. • Hujan lebat beberapa hari telah menepukan tanah dilereng bukit itu. Tekanan air dan penururnan kekuatan tanah itu menyebabkan tanah runtuh dan merempuh dinding penahan dibawah lereng dan sebuah rumah di hadapan penahan. BINCANGKAN :1.Tanggungjawab jurutera kontraktor asal projek perumahan yang terbengkalai. 2.Tanggungjawab jurutera di Majlis Perbandaran Ampang dan Jabatan Kerja Raya Daerah dalam menjamin keselamatan penduduk. 3.Izin berasaskan maklumat penduduk kawasan itu tentang risiko tanah runtuh akibat peninggalan projek perumahan di 5/12/2009 lereng bukit.
3
Tanggungjawab jurutera kontraktor asal projek perumahan yang terbengkalai 1. Jurutera tersebut hendaklah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai keadaan semasa projek tersebut supaya tindakan selanjutnya dapat diambil daripada terus membiarkan projek tersebut terbengkalai dan membahayakan penduduk setempat. 2. Jurutera tersebut sepatutnya menyediakan pelan tindakan kecemasan yang dapat menjamin keselamatan penduduk sekiranya sebarang kejadian bahaya/buruk berlaku. 3. Lereng yang ditinggalkan itu perlu dibuat rawatan penstabilan semula oleh kontraktor sebelum boleh meninggalkan projek tersebut. 4. Jurutera tersebut harus meneruskan projek tersebut dan bukan membiarkan projek itu terbengkalai kerana ia akan memyebabkan berlakunya pembaziran dan kerugian dari semua aspek.
5/12/2009
4
1.
1.
2. 3. 5/12/2009
Tanggungjawab jurutera di Majlis Perbandaran Ampang dan Jabatan Kerja Raya Daerah dalam menjamin keselamatan penduduk. Jurutera tersebut hendaklah menjalankan penyiasatan ke atas tapak projek yang ditingalkan untuk mengetahui sebab – sebab berikut :• Memeriksa sama ada rawatan penstabilan telah dijalankan atau tidak. • Mengapa projek itu dibiarkan terbengkalai. • Kesan peninggalan tapak projek tersebut kepada penduduk setempat . • Bahaya yang mungkin terjadi akibat membiarkan projek itu terbengkalai. Jurutera di Majlis Perbandaran Ampang dan Jabatan Kerja Raya Daerah perlu mengeluarkan memo untuk memaklumkan kepada penduduk setempat akan keadaan tapak projek yang telah ditinggalkan oleh kontraktor asal. Mengambil tindakan undang – undang ke atas kontraktor asal kerana membiarkan projek tersebut terbengkalai dan berada dalam keadaan yang membahayakan. Menyediakan satu pasukan keselamatan yang akan sentiasa memantau keadaan alam sekitar kesan daripada projek tersebut dan juga bertujuan memberi amaran kecemasan dan sebagainya kepada penduduk setempat
5
Izin berasaskan maklumat penduduk kawasan itu tentang risiko tanah runtuh akibat peninggalan projek perumahan di lereng bukit. 1. Penduduk setempat tidak dimaklumkan mengenai tapak projek yang telah ditinggalkan. 2. Penduduk setempat tidak pernah memberi izin tetapi masih menjadi mangsa keadaan akibat daripada projek yang terbiar. 3. Penduduk setempat mempunyai hak moral dan hak undang-undang untuk mendakwa jurutera atau sesiapapun yang terlibat di dalam projek yang terbiar tersebut termasuklah Majlis Perbandaran Ampang dan Jabatan Kerja Raya Daerah kerana tidak dimaklumkan apa-apa mengenai projek tersebut.
5/12/2009
6