Essi Isu-isu Pendidikan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Essi Isu-isu Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,181
  • Pages: 20
Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia (Oleh : Marcus Shapie. SMK Kemabong Tenom, Sabah. dan

Evelyn Lim Meei Suey SMK Beruas Perak) INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

SYNOPSIS. This article is written for the course of Enhancing English Language teaching Practices (EELTP) at International languages Teachers Training (IPBA), Kuala Lumpur for 14 weeks. The paper is under Subject Guru dan Dasar Negara. In this article, we are trying to highlight the main issues of education in the country nowadays. For the purpose of categorizing the point, issues were divided into four major elements. That is issues on global and national education scenario, The Malaysian education policy, Issues on teachers and it co-business in teaching. Finally is the issues related to student, (the client of education business.) Since the early phase of civilization in this country, education emerge as one of the most important sectors who contributes a lot on the development and progress that we earn today. As a teacher, the educator and a part of the education system, we should play our role to help the government to implement and archive vision and mission. It is our objectives to write this article clearly so that everyone of us (teachers) understood the real situation and not make own judgement based on personnel dissatisfaction, personnel point of view and personal interest but for the sake of our people the new generation.

LATARBELAKANG Sektor Pendidikan merupakan satu

bidang yang amat luas dan amat

penting dalam era pembangunan negara.

Sejak zaman pra penjajahan

sehinggalah ke zaman ICT pendidikan tidak pernah senyap dengan isu. Artikel ini membincangkan isu yang paling hangat diperbincangkan 1

sehingga melibatkan pertikaian, penentangan besar-besaran, perdebatan umum, demonstrasi jalanan malah melibatkan undang-undang dan perlembagaan negara. Dengan kemudahan ICT canggeh, isu- isu ini telah lebih bersifat ‘fragile’, ‘cair’ dan ‘liquied’ serta sangat mudah menyerap ke semua lapisan masyarakat. Bilangan warga pendidikan yang melibatkan pendidik dan pelajar yang amat banyak tentu amat seneitif dengan setiap perkara yang berlaku dalam pendidikan. Setiap peristiwa dan perkara yang berlaku dalam pendidikan pasti dibawa ke pentas perbincangan dalam semua golongan, yakni

pelajar,

ibuapa,

guru,

pempimpin

pendidikan,

cendiikiawan

nahupunahli politik. Pendidikan pada era pra penjajahan sebelum 1824 bersifat informal dan tertumpu pada Al-Quran. Namun sisitem ini melahirkan ramai tokoh agama yang beretika tinggi. Selepas British memperkenalkan

Sekolah

Vernakular Melayu (1786-1941,) Sekolah Vernakular Cina juga

telah

didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Setrusnya sekolah venikular Tamil. Perkembangan berlaku selaras dengan perkembangan politik

tanah

air

seperti

pendudukan

Jepun,

kekalahan

Jepun,

pemerintahan British sehinggalah sebelum merdeka semasa zaman kemerdekaan dan selepas merdeka dan perbalahan kaum sehingglah masa kini iaitu zaman pengisian kemerdekaan. Sejak dari mula, isu yang sering menjadi tumpuan perbincangan umum adalah, pengisian kurikulum, kebajikan guru, disiplin pelajar, aktiviti kokurikulum, kualiti pendidikan, objektif, misi dan visi penddikan. Perkara ini masih menjadi teras dalam perbincangan perangcangan pembangunan negara walaupun pelbagai usaha telah di laksanakan. Objektif penggubalan dasar dan polisi pendidikan seperti Falsafah Pendidikan

Negara

(FPN),

Dasar

Pendidikan

Negara,

Pelan

Induk

Pendidikan Negara (PIPP) adalah berlandaskan keperluan pembentukan negara sebagai negara demokrasi barpelembagaan, negara berbilang bangsa, kaum dan agama serta menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju. 2

Perbincangan dalam atikel ini dikategorikan dalam empat kategori utama iaitu, isu pelajar, isu guru, polisi dan dasar negara dan seterusnya isu negara dan masyarakat antarabangsa. Sub isu pula akan dibincangkan dalam kategori tersebut. Pengkelasan ini bertujuan memberi pemahaman berfokus. Namun demikian, perlu difahami bahawa setiap isu yang dibincangkan itu salingberkaitan mengikut kesan dan sebab serta impak kepada isu lain. A. ISU PENDIDIKAN MAYA, GLOBALISASI DAN IDENTITI NEGARA

BANGSA. Ledakan teknologi canggeh di alaf ini telah membawa satu reformasi dalam pendidikan secara mendadak. Kesannya kepada sektor pendidkan sangat besar sehingga melibatkan peruntukan kewangan yang banyak dan

mempengaruhi

teknologi,

penggubalan

menyebabkan

dasar

kepaerluan

kerajaan.

maya

Isu

yangbersifat

kecanggihan global.

Ini

mempengaruhi penggubalan dasar kerajaan dalam mewujudkan identiti Negara bangsa malaysia yang merdeka.Diantaranya ialah; 1. Global Village dan Borderless world

Cabaran kehidupan global village dan borderless world memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar. Fenomena tersebut mempunyai pertalian yang signifikan antara kemajuan kehidupan manusia dengan kesan daripada ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai idea. Dari aspek perkembangan pendidikan para perancang merasa terpanggil untuk membuat penyemakan sejauhmana kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara masingmasing benar-benar relevan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

3

2. Tuntutan

Masyarakat

Antarabangsa

Selaras

Dengan

Kemajuan Teknologi. Dari

segi

perkembangan

kurikulum

pula

institusi

pendidikan

berhadapan dengan pelbagai tekanan sama ada dari ahli politik, pendidik,

ahli

akademik,

masyarakat

massa,

ibu

bapa,

penyelidik,tokoh korporat, kumpulan pedagang, ahli profesional dan sebagainya untuk melakukan langkah tertentu terhadap kurikulum secara lebih drastik sifatnya seperti merombak kurikulum, memberi nilai tambah, melakukan inovasi, membuat penyemakan dan melakukan

reformasi

bagi

memastikan

kurikulum

sekolah

tetaprelevan dengan keperluan kehidupan itu sendiri. 3. Trend kehidupan Globalisasi Trend globalisasi ini kemudiannya mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebut adalah dari segi: a. Keperluan terhadap pembelajaran berterusan. b. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.

c. Pengurusan pendidikan. d. Pembentukan jati diri pelajar.

4. Reformasi Pendidikan Desakan antarabangsa dalam semua segi kerana pnggunaan teknologi system

komiunikasi

canggeh

memaksa

kerajaan

merombak

pendidikan demi melahirkan tenaga kerja yang sesuai 4

dengan keperluan semasa dan bersifat global. Diantara tindakan kerajaan ini adalah; a. Penubuhan Konsep Sekolah Bestari b. Pembentukan laman web My school net c. Memperkenalkan

Matapelajaran

Komputer

literacy

dikalangan pelajar d. Bidang pengajaian kejuruteraan Komputer dan sebagainya.

e. Ukuran kualiti pendidikan di buat berdasarkan kemahiran computer. f.

Penubuhan Universiti Multimedia.

g. Penubuhan Multimedia Super-Koridor. (MSC)

h. Pengajaran matematek dan sains dalam bahasa Inggeris i.

Pengenalan, e=learning, jarak jauh, dan online

5. ICT memperluaskan jurang pendidikan Perkembangan

dasar

reformasi

pendidikan

ini

telah

memperluaskan lagi jurang system pendidikan yang sudah sedia bak ‘langit dengan bumi’ dikalnagan pelajar Bandar dan pelajar di luar Bandar, pelajar golongan berada dan pelajar miskin. Pelajar yang celik kompouter telah dilabelkan sebagai pintar dan celik computer maka ia juga celik dalam semua aspek pelajaran. Palajar luar Bandar pula dicam sebagai ‘ketinggalan’ dan tidak berilmu maka persepsi ini terus digeneralisasikan untuk label kompetensi seseorang pelajar di luar banda. Habib Mat Som. (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum. Tesis Ph.D. Universiti Malaya,

5

6. Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Mungkin ramai diantar kita masih ingat pada tahun 1990 hanya 7 Universiti

awam Di Malaysia dan Satu UniTAR

sebagai Universiti Swasta. Kini, Universiti Awam wujud di setiap negeri di Malaysia, kalaupun bukan kamus utama ia mempunyai

kampus

cawangan.

Manakala

IPTS

pula

bertumbuh seperti cendawan di negara ini, banyak negara majau membuat ‘twinning ‘program dengan kolej di Malaysia. Ini adalah satu perkembangan sihat kea rah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan. B. ISU DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Peristiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969, memberi impak basar kepada dasar dan polisi pendidikan negara. Dasar pendidikan British memberi pendidikan kemahiran asas dan sejarah asal-usul setiap kaum di negara ini, pemimpin negara kini mengutamakan perpaduan kaum dan mula membentuk satu negara bangsa Malaysia selepas kemasukan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia pada 16 September 1963. laporan Razak (1959), laporan Rahman Talib (1960), lapuran Fern –Wu (1951), dan laporan Kabinet dijadikan landasan penggubalan kurikulum atau

Falsafah

Pendidikan

Negara.

Sehingga

kini,

Pelan

Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan perlaksannannya pada 2004 hingga 2010 juga menitik beratkan perpaduan kaum disamping membawa

masyarakat

kearah

minda kelas

pertama.

Isu tuntutan

globalisasi yang dibincang lebih awal tadi telah mengubah dasar kerajaan dan penyebabkan pengubalan polisi baru yang menjadi isu hangat iaitu pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

1. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

6

Dasar PIPP itu sendiri menjadi isu atau mencetuskan isu dalam sejarah pendidikan negara. Teras PIPP itu adalah; 1. Membina negara bangsa 2. Membangunkan modal insan 3. Memperkasakan jurang pendidikan 4. Merapatkan jurang pendidikan 5. Memartabatkan profesion keguruan 6. Melanjutkan kecemerlangan Institusi Pendidikan.

2. Isu Sekolah Bestari, Sekolah Kluster Dan Sekolah Wawasan.

Pelbagai kertas konsep diperkenalkan, idea disalurkan kepada guruguru

dan

sebagainya.

Isu

adalah

sejauhmana

keberkesanan

perlaksanan dasar ini di semua peringkat. Contohnya Sekolah Bestari yang diandaikan akan dilaksanakan diseluruh negara pada tahun 2010. Begitu juga dengan sekolah cluster dan sekolah wawasan yang mungkin praktikal di sesetengah tempat tetapi menjadi halangan bagi yang lain. 3. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa

Inggeris Isu

penggubalan

dasar

pengajaran

Bahasa

Inggeris

dalam

matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 2003 mengikut kepuusan masyuarat kahas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Namum Tan seri MuhyiddinYassin, , Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan telah mengumumkan pada 8 Juali 2009 bahawa PPSMI akan di mansuhkan sepenuhnya pada 2012. Waqlaubagaimanpun setelah desakan berlaku beliau seterusnya memberitahu bahawa pelajar boleh meneruskan pengajaran dalam bahasa inggeris bagi yang sudah memulakannya.

7

PPSMI telah menjadi isu besar dalam pendidikan negara sehinga kini kerana; a. Bertentangan

dengan

Perlembangaan

Perkara

152

iaitu

memartabatkan Bahasa Melayu b. Melibatkan peruntukan lebih kurang 23 billion Ringgit Malayisa

termasuk penghasilan buku teks baru, buku aktiviti murid, buku panduan guru, MyCd, CD ROM, buku amali, buku glosari kursus guru, bayaran insentif dan sebagainya. c. Ramai pihak telah membuat kajian keberkesanan PPSMI seerti; i.

Kajian

antarabangsa

yang

dinamakan

Trends

in

International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. ii. Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA )

yang dianggotai oleh UPM, UTM,UPSI,USM dan UiTM dan melibatkan 53 pakar bahasa, 553 guru, 15089 murid dengan perbelajaan sebanyak RM470.000 iii. Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004. iv. Universiti Pendidikan Sultan Idris juga menerbitkan kajian dasar

PPSMI

pada

April

2008

yang

menunjukkan

kelemahan dasar ini d. Penentangan ahli cendikiawan, ahli politik dan persatuan bahasa

dan

kebudayaan,

NGO

dan

badan

tertentu

yang

memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. e. Penjelasan Ketua Pengarah Pendidikan melalui kenyataan akhbar mengenai pemansuhan itu adalah seperti berukut; Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. 8

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut: (i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T). (ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajarpelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohortkohort yang terlibat adalah seperti berikut: (a)

Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa

sehingga 2014 (b)

Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa

sehingga 2015 (c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016. (d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013. (e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. (f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015 (a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016. (b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013. (c)

Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik

akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015. Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan 9

pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

4. Pemartabatan

Bahasa

Melayu

dan

Pemantapan

Bahasa

Inggeris. Perlaksanaan PPSMI dipandang oleh sesetangah pihak sebagai satu penderhakaan

Bahasa

Melayu

dan

mencemar

perlembagaan

Persekutuan Perkara 152. Menurut Prof Dr Azizi Bari, keududukan Bahasa Melayu sagat jelas dalam perkara 152. Kes ini sudahpun dicabar di mahkamah pada tahun 2002 oleh empat pelajar dari Perak tetapi mahkamah tidak membuat keputusan sedangkan kes penubuhan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa cina sebagai bahasa pengantar telah ditolak oleh mahkamah pada tahun 1981 dengan alasan yang sama. Ia juga bertentangan dengan seksyen 179(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan Artikel 152 (1) dan 152 (6) Satu

ketetapan

memartabatkan

mengenai Bahasa

ini

Melayu

sudahpun

di

disamping

buat

untuk

memantapkan

penggunaan Bahasa Inggeris agar negara kita tidak hilang dari arus perkembangan dan kemajuan seantero seperti alasan asal kenapa PPSMI

itu

diperkenalkan.

Berikut

adalah

kenyataan

akhbar

kementerian Pendidikan berhubung dengan perkara ini. a. Kementerian

Pelajaran

akan

melaksanakan

transformasi

kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.

10

b. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. c. Dan

tindakan pemantapan Bahasa Inggeris adalah seperti

berikut; Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. i. Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar negara,

600

orang

guru

bersara

dan

12,333

guru

tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan ”contact time” antara guru dan murid. ii. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu. iii. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

11

iv. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu. v. Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu. vi.

Peruntukan

waktu

bahasa

Inggeris

bagi

Matrikulasi

ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu. vii.

Program

Sastera

Kontemporari

Kanak-Kanak

Bahasa

Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera. viii. Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolahsekolah

untuk

memudahkan

murid

mempelajari

bahasa

Inggeris dengan lebih berkesan. ix. Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan

pembelajaran

bahasa

Inggeris

melalui

penggunaan

perisian komputer yang sesuai. x Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI. xi Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.” 5. Sistem Kouta Dalam Pendidikan seamasa

penggubalan

Dasar

Ekonomi

Baru.

Kerajaan

telah

menetapkan 30% kuota untuk kaum bumiputera dalam peluang melanjutkan pendidikan serta peluang-peluang ekonomi. Kini sistem ini sering di pertikaikan dan dinilai oleh badan berkanun dan NGO sebagai satu tindakan yang bukan membantu kumpuln bumiputer dalam jangka masa panjang tetapi satu kerugian. Persoalannya, adakah sistem ini dapat membantu masyarakat bumiputera per se?. 12

Mungkin kita boleh katakana bahawa ia Cuma membantu kaum bumiputera terus dalam kedudukan mereka kerana tidak terus menjadi masyarakat subsidi yangbergantung pada nasib dan bukan pada usaha, kegigihan dan kesedaran. Apa pula kuata untuk kumpulan minority? Orang asli, bumiputera Sabah dan Sarawak?Pemberian tempat bukan Bumiputera di UITM juga ditentang hebat.

C. ISU PROFESIONALISMA GURU.

Isu berkaitan dengan guru juga tidak pernah sepi dari pelbagai isu. Berbagai tuntutan NUTP , dasar kerajan, tingkah laku guru, kebajikan guru dan sebagainya mengisi ruang perbincangan isu guru-guru. Diantara yang terbaru adalah; 1. Penilaian Tahap Kecekapan.

Penilaian Tahap kecekapan (PTK) ini telah diperkenalkan

mulai 1

November 2002 berdaasrkan pekeliling Bil 4 tahun 2002 mengenai perlaksanan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan Awam.

Ringkasnya, PTK bertujuan menggalakkan pembangunan

diri melalui pembelajaran berterusan dikalangan pejawat awam. Namum PTK ini juga menjadi isu besar dikalangan guru yang tidak puas hati dengan penilaian, pemarkahan, silibus dan sebagainya. NUTP telahpun mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menggantikan PTK namum ia tetap dikekalkan denagn beberapa pengubahsuaian. Pengubahsuaianterkini adalah; a. Kelonggaran syarat menduduki PTK bagi pegawai memangku, yang dipinjamkan atau ditukar sementara.

yang

b. Kedudukan PTK bagi pegawai yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan lain, boleh mengguna pakai kelulusan PTK skim sebelumnya. 13

c. LPK boleh memberi kebenaran kepada pegawainya untuk menduduki PTK di Kementerian/Negeri/Agensi yang lain mengikut syarat yang ditetapkan. d. Mewajibkan soalan Pengurusan Kewangan merangkumi 10% hingga 20% dari komponen.

dalam

PTK

e. Peningkatan komitmen menduduki PTK, memperbaiki keputusan Aras III ke aras IV, diberi peluang sekali sahaja untuk berbuat demikian di Tahap Kecekapan berkenaan. Penangguhan menduduki PTK, pegawai memohon tetapi tidak hadir PTK. LPK boleh menangguhkan pegawai menduduki PTK 12 bulan, jika tanpa alasan yang munasabah. f. Perubahan bentuk keputusan komponen penilaian dalam bentuk gred. Gred A,B,C,D. Kombinasi keputusan komponen, prinsip aras terendah, (A+B = Aras III / C+D= Aras I / A/B+D = Aras II). g. Pemanjangan Nilai Taraf boleh diterima untuk diguna pakai oleh LPK Kementerian/Negeri/Agensi yang lain sekiranya mempunyai kelayakan dan skim yang sama. h. Penyelarasan Program Bimbingan PTK dengan latihan jabatan. Ketua Jabatan menstrukturkan semula program persediaan PTK supaya lebih sistematik dan dijadikan sebagai modul dalam program latihan jabata yang berterusan. i.Respon KKGLMSM: KKGLMSM berpandangan tidak ada denda / penalti kepada pegawai yang gagal untuk menduduki PTK. Jangan nafikan hak pegawai perkhidmatan awam yang menduduki PTK. j.Guru yang mempunyai keputusan PTK Aras II boleh mendaftarkan diri bagi peperiksaan PTK berkali-kali tanpa hadnya.Manakala guru yang sudah memperolehi PTK Aras III hanya dibenarkan mengambil peperiksaan sebanyak 2 kali sahaja.NUTP sedang berusaha meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menggugurkan syarat ini.Semua guru diberi peluang menduduki peperiksaan tanpa hadnya 2. Kenaikan pangkat Banyak

system

kenaikan

pangakat

yang

mengundang pelbagai reaksi dikalangan guru. 14

ditawarkan

dan

Walaupun isu ini

tidak pernah selasai namun ia tetap merupakan isu. Di antaranya adalah. a. Kenaikan pangkat bukan siswazah sehingga ke DG48 b. Kenaikan pangkat ke DG44 berdasarkan pengalaman mengikut

jadual berikut. “Bermakna seorang guru bukan siswazah bertugas dalam gred DGA29/32/34/38 yang sudah berada di DG44 pengalaman mereka diambil kira supaya 3 tahun perkhidmatan sebagai bukan siswazah diberi satu tahun pengalaman mengajar untuk ke DG48. Maksimum 3 tahun pengalaman mengajar sahaja diambilkira” Contoh: Guru DG44 sudah berkhidmat 7 tahun dan sebelum itu pernah berkhidmat sebagai guru bukan siswazah selama 9 tahun akan diberi 3 tahun pengalaman mengajar untuk ke DG48 KUP. DG44 = 7 tahun DGA29/32/34/38 = 3 tahun pengalaman mengajar (berkhidmat 9 tahun) Jumlah = 10 tahun (Layak mohon ke DG48 KUP) Cara siswazah:

pengiraan

pengalaman

mengajar

sebagai

bukan

3 tahun berkhidmat diberi 1 tahun 5 tahun berkhidmat diberi 1 tahun 6 tahun berkhidmat diberi 2 tahun 8 tahun berkhidmat diberi 2 tahun 9 tahun berkhidmat diberi 3 tahun 10 tahun dan seterusnya diberi 3 tahun c. Kenaikan pangkat Tingkatan Enam Kenaikan pangkat guru tingkatan 6. Ini membawa banyak reaksi samada dikalnagn guru yang dilantik atau guru

tkn 6 yang

belum dilantik. Di antara isu adalah; 1 belum cukup tempoh perkhidmatan 5 tahun di DG41 2. belum lulus PTK atau sedang menunggu keputusan PTK atau sedang menunggu panggilan untuk menghadiri kursus PTK Semua guru tingkatan 6 yang terlibat ini tidak boleh digantikan dengan guru yang lain.Mereka mesti diberi peluang terus mengajar tingkatan 6 sehingga memenuhi syarat. Guru yang berada di Gred KUP Contoh : DG44 hanya ditawarkan gred DG44 hakiki. 15

d. Kenaikan pangkat bagi guru dan kakitangan pendidikan yang mempunyai Saarjana dan Kedoktoran falsafah agar diselaraskan dengan kenaiakan pensyarah di Institusi Perguruan Malaysia. 3. Literasi undang- undang Satu lagi isu pendidikan yang melibatkan guru adalah kurang keprihatinan tentang undang-undang. Tindakan dan kegiatan guru yang dekat dengan pelajar menyebabkan diri guru itu terdedah dengan tindakan undang-undang tanpa disedari.Walaupun Undangundang Tort menyatakan dengan jelas plaintif atau pelajar boleh menuntut setiap kerugian yang mereka alami, pelajar mesti membuktikan empat perkara

atau unsur sekiranya mereka ingin

menang iaitu . (a) Guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pelajar untuk memastikan keselamatan pelajar, (b) Guru telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga, (c ) Pelajar mengalami kecederaan fizikal, dan (d) Terdapat perhubungan rapat di antara kecederaan pelajar dengan tingkah guru. Dengan demikian pengetua perlu mengetahui, menyebarkan maklumat dan memahami dan melaksanakan dengan sewajarnya kandungan •

Ordinan Pelajaran 1957



Peraturan Disiplin 1959



Akta pelajaran 1961



Akta Pendidikan 1996 ( Sek 130)



Pekeliling Iktisas Kementerian Pelajaran

16

4. Guru dan Penglibatan Dalam Politik

Isu terkini berkaitan denag penglibatanguru dalam politik adalah “membolehkan guru guru siswazah” bergiat aktif dalam politi. Cadangan ini dikemukakan oleh Datuk Hissamuddin Tun Hussien pada Tahun 2007 semasa beliau menjadi menteri Pelajaran. Pelbagai reaksi dari pelbagai pihak yang menyokong mahupun menbantah cadangan tersebut. Sehinga kini, hanya guru bukan siswazah sahaja yang dibenarkan bergiat aktif dalam politik.

Perkara terbaru adalah, pihak NUTP telah member cadangan kepada Kementerian Pendidikan untuk membolehkan guru DG41 dan DG48 sahaja yang boleh bergiat aktif dalam politik dan yang terlibat mengajar di sekolah sahaja. Pegawai di pejabat kementerian, negeri, bahagian dan daerah adalah terkecuali. Kita sama-sama menunggu perkembangan dari masa ke semasa.

D. ISU PENDIDIKAN DAN PELAJAR. Pelajar adalah pelanggan dalam pendidikan. Pelajarlah yang menjadi sasaran kepada falsafah pendidikan Negara untuk menjadi insan yang dihasratkan oleh kerajaan dan asperasi negara. Antara isu yang melibatkan palajar dalam dunia pandidikan akhir-akhir ini adalah seperti berikut. 1. Penetapan

peperiksaan

bilangan SPM

matapelajaran

iaitu

10

sahaja

mengambil Pendidikan Agama Islam

17

yang dan

11

diambil bagi

di

yang

2. Pekeliling membenarkan atau tidak membenarkan pelajar

yang sudah berkahwin untuk menghadiri kelas persekolahan seperti biasa. 3. Penggunaan alat telekomunikasi semasa berada di sekolah 4. Eitika berpakaian semasa berada di sekolah. 5. Masalah disiplin pelajar. Di antara contoh isu besar yang

melibatkan ornag luar adalah gesterism. a. Sejauhmana

tahap

kegiatan

gengsterisme

wujud

di

sekolah-sekolah di Malaysia. Adakah ianya merupakan gimit atau sememangnya realiti yang sedang dihadapi oleh sekolah-sekolah di Malaysia. b. Siapakah kumpulan pelajar yang sering terlibat dengan kumpulan gengstrerisme. Apakah latarbelakang mereka. c.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan kumpulan gengster di sekolah

d.

Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya.

6. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir 18

bandar tetapi kini menular juga di sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan felda, felcra serta kawasan-kawasan perkampungan. Ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin di kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah. Kesimpulan Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan

British

hinggalah

zaman

selepas

merdeka,

kita

dapat

membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi, perpaduan kaum dan pembentkuan Negara bangsa. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun,

di

sebalik

usaha-usaha

murni

tersebut,

tersembunyi

beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin

dan

berhemah

tinggi.

Hanya

dengan

cara

ini

sajalah

perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya. Sekian : 19

Marcus Shapi Evelyn Lim Meei Suey

Bibliografi Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar Publishers, United States of America. Mohd. Ismail Othman.(2008). Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Mohd Zaidi Hajazi,2006.Pengurusan Disiplin & Undang-Undang: Suatu Ilusi atau Realiti :Trend,Cabaran dan Strategi.Selangor : Unisel Press Shah Alam,Bistari Jaya. (Mohd Zaidi Hajazi,2006:139) Dr.Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Laman web Portal kementerian Pelajaran malaaysia Laman Web National Union Teachers Profession Laman Wb. MySchool Net.

20

Related Documents

Pendidikan
May 2020 19
Pendidikan
April 2020 23
Pendidikan
June 2020 11
Pendidikan
June 2020 16
Pendidikan
May 2020 23