Essei Pendek- Angin Tempatan.docx

  • Uploaded by: Alif Abrar
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Essei Pendek- Angin Tempatan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,074
  • Pages: 4
BAHAGIAN C (sistem angin tempatan)

PENGENALAN Angin ialah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi yang mengakibatkan perbezaan tekanan udara di sekitarnya. Angin bertiup kerana udara sentiasa bergerak dari kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah. Semakin besar perbezaan suhu di antara keduadua kawasan ini, semakin laju angin bertiup. Menurut Goh (2010), angin mempunyai arah dan kelajuan. Menurut beliau lagi, alat untuk mengukur kelajuan angin ialah anemometer. Kekuatan angin juga boleh diramal dengan memerhati daun di pokok. Julat angin bermula daripada bayu hingga ke taufan. Kekuatan angin diukur menggunakan Skala Beaufort. Skala ini mempunyai julat yang bermula dari Daya 0 ,bermakna tenang sepenuhnya sehingga Daya 12 iaitu angin taufan. Sistem angin umumnya terbahagi kepada dua iaitu Sistem Berskala dan Sistem Angin Tempatan. Penumpuan akan dilakukan terhadap Sistem Angin Tempatan.

SISTEM ANGIN TEMPATAN Menurut De Blij (2004), sistem angin tempatan adalah lebih sesuai dalam cuaca harian kerana ia lebih banyak bertindakbalas terhadap perbezaan-perbezaan halus dalam tekanan atmosfera. Hal ini boleh digambarkan melalui penyataan beliau di bawah: “Although we cannot overlook the forces outlined in the preceding when we focus our attention on small-scale air flows, local wind system are often more significant in day-today weather because they respond to much more subtle variations in atmospheric pressure than are depicted” ((H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr, 2004) Sistem angin tempatan lazimnya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu, Bayu Laut dan Bayu Darat, Angin Gunung dan Angin Lembah, Angin Fohn dan Angin Cinuk, Angin Katabatik, Angin Anabatik, Serta Angin Badai Selari. Angin bersifat tempatan hanya berlaku di sesuatu tempat.

Bayu Laut dan Bayu Darat Di seluruh dunia, terdapat pelbagai jenis udara tempatan yang wujud dengan pelbagai jenis nama. Antara angin tempatan yang paling dikenali dan terkemuka ialah Bayu Laut dan Bayu Darat. Bayu Darat dan Bayu Laut terjadi disebabkan terdapat perbezaan sifat diantara daratan dan lautan dalam menyerap dan melepaskan tenaga panas matahari. Bahagian daratan ternyata menyerap dan melepaskan tenaga panas matahari dengan lebih cepat berbanding lautan. Menurut De Blij (2004), beliau ada menjelaskan, pada siang hari, permukaan tanah menjadi panas dengan cepat, dan lapisan udara yang bersentuh dengannya menyebabkan suhu udara meningkat. Udara yang semakin meningkat ini menghasilkan tekanan rendah ke atas permukaan pantai atau pulau. Memandangkan udara di lautan adalah sejuk, ia menghasilkan tekanan tinggi di permukaan. Sebuah tekanan dengan itu dihasilkan, dan udara yang bersentuhan dengan permukaan kini bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Oleh itu pada siang hari, kawasan pantai-zon pada amnya mengalami udara bergerak dari air ke darat yang dikenali sebagai bayu laut. Pada waktu malam adalah sebaliknya dan dinamakan bayu darat. Malaysia adalah sebuah negara yang dikelilingi laut. Oleh itu, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar, terutamanya semasa hari tidak berawan.

Angin Gunung dan Angin Lembah De Blij (2004) juga ada menerangkan mengenai angin lembah dan angin gunung. Menurut beliau, lereng gunung juga adalah tertakluk kepada pembalikan siang dan malam sistem peredaran tempatan. Peredaran angin ini juga didorong oleh perbezaan suhu di antara ciri-ciri topografi. Pada siang hari, gunung bumi menghadap matahari yang mana cenderung untuk menjadi panas dengan lebih cepat daripada meneduhkan cerun yang di sekitarnya. Ini menyebabkan tekanan menjadi rendah dan membentuk angin lembah. Pada waktu malam, kehilangan bahang dari lereng gunung dalam skala yang besar menyejukkannya dengan lebih cepat. Tekanan menjadi tinggi dan menyebabkan berlakunya angin gunung.

Angin Anabatik

Angin anabatik adalah angin yang menaiki lereng gunung ke atas pada siang hari, terutamanya sebelum tengah hari. Hal ini disebabkan oleh suhu udara pada lereng lebih tinggi daripada suhu udara pada ketinggian yang sama tetapi berjarak agak jauh dari lereng. Disebabkan udara ini datangnya dari arah lembah, maka angin ini disebut pula sebagai angin lembah. Angin anabatik adalah bertentangan dengan angin gunung cirinya. Pada waktu siang, pemanasan lurah-lurah gunung oleh sinaran matahari akan menyebabkan udara menjadi panas dan kemudian naik ke atas mengikut cerun gunung hingga ke puncak gunung. Udara panas yang naik ke atas semakin menjadi sejuk melalui penyejukan adiabatik dan kemudian menghasilkan awan kumulus serta hujan lebat.

Angin Katabatik Angin katabatik adalah hampir sama dengan angin gunung kecuali angin katabatik dihasilkan oleh tarikan graviti. Kedua-duanya mengalir dari cerun atas ke cerun bawah. Pada waktu malam cerun gunung cepat menjadi sejuk menyebabkan udara di atas cerun menjadi lebih sejuk berbanding dilurah. Di sesetengah tempat, ketumpatan angin sejuk yang tinggi bergabung dengan pengaruh kuasa tarikan graviti menyebabkan angin katabatik bertiup meneruni cerun dengan halaju yang kencang. Kawasan-kawasan yang terletak di pinggir gurun sentiasa mengalami angin panas dan kering yang bertiup dari gurun. Misalnya, angin panas yang bertiup dari Gurun Sahara ke arah utara dan mempengaruhi pantai Mediterranean dikenali sebagai angin siroko. Angin panas dan kering ini merupakan bencana kerana ia memusnahkan tanaman buah-buahan sitrus. Di Mesir, angin ini dikenali sebagai angin kamsin dan diberikan nama angin leveci di Sepanyol.

Angin Fohn dan Angin Cinuk Angin Fohn adalah angin yang bertiup di bahagian belakang atau di bagian bawah angin gunung atau pegunungan dengan sifat panas, kering, kencang dan ribut. Hal ini disebabkan oleh udara yang dipaksa secara mekanik menaiki dan melewati puncak dan kemudian menuruni lereng bahagian belakang gunung. Udara yang turun ini mengalami pemanasan adiabatik. Angin fohn dan angin cinuk merupakan angin tempatan yang dipengaruhi oleh

bentuk muka bumi. Angin fohn dan angin cinuk yang kering lagi panas terjadi di cerun banjaran gunung yang terlindung. Angin-angin ini dihasilkan daripada percampuran lapisan udara atas dan bawah secara turbulens di cerun yang terlindung itu. Lapisan udara atas yang mengandungi sedikit lembapan akan dikeringkan dan dipanaskan apabila ia mengalir ke aras yang rendah. Angin fohn biasanya berlaku di Banjaran Alps di Eropah sementara angin cinuk berlaku di Banjaran Rocky di Amerika Utara. Bagi angin cinuk, ia mula berasal dari pantai barat Amerika Utara. Angin baratan ini bertiup dari Lautan Pasifik dan membawa hujan lebat ke pantai barat dan cerun barat yang mana cerun yang menghadap angin iaitu Banjaran Rocky. Selepas angin ini merentasi puncak Banjaran Rocky dan sampai ke cerun timur yang mana merupakan cerun yang terlindung ia sudah menjadi kering.

PENUTUP

Kesimpulannya, Sistem Angin tempatan dapat dibahagikan kepada lima pecahan utama iaitu Bayu Laut dan Bayu Darat, Angin Gunung dan Angin Lembah, Angin Katabatik, Angin Anabatik dan Angin Fohn dan Angin Cinuk. Setiap satunya terbentuk dan terjadi akibat pelbagai faktor seperti bentuk muka bumi, tekanan udara dan sebagainya. Menurut De Blij (2004), beliau menyatakan bahawa kadangkala Sistem Angin Tempatan dilihat lebih menonjol daripada Sistem Angin Berskala

Related Documents

Angin
May 2020 25
Angin
December 2019 34
Energi Angin
June 2020 22
Angin Duduk
October 2019 34
Ada Angin
May 2020 23

More Documents from ""

Peta Topografi.docx
December 2019 18
Forum 5.docx
December 2019 10
Pelan Induk.pdf
December 2019 14
Peta Topografi.docx
December 2019 13