Forum 5.docx

  • Uploaded by: Alif Abrar
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Forum 5.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,244
  • Pages: 4
Terangkan Sistem Koeppen bagi menghuraikan corak iklim Terdapat pelbagai jenis iklim yang berbeza mengikut tempat di dunia. Tidak semua tempat mengalami musim panas dan musim sejuk. Iklim didefinisikan sebagai purata cuaca yang dikumpul melalui data-data pada jangka masa yang lama (IPCC). Tempoh masa yang digunakan adalah selama 30 tahun, seperti yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO). Kuantiti ini adalah berdasarkan kepada pembolehubah seperti suhu, hujan, dan angin. Sistem iklim dibahagikan mengikut kawasan. Pembahagian klasifikasi iklim koppen merupakan sistem pembahagian iklim dunia yang digunakan sehingga kini. Sistem ini diperkenalkan oleh Wladimir Koppen yang merupakan ahli botani dan ahli klimatologi Jerman. Sistem ini dikenali sebagai sistem koppen. Berdasarkan sistem iklim koppen, terdapat enam iklim utama yang dapat menggambarkan iklim yang terdapat di dunia iaitu iklim tropika, iklim kering, iklim mesotherma, iklim microthermal, iklim kutub dan iklim tanah tinggi. Iklim tropika, iklim mesothermal dan microthermal ditetapkan adalah lebih merujuk kepada julat suhu. Manakala iklim kering ditetapkan adalah berdasarkan kepada kadar hujan yang turun. Setiap jenis iklim mempunyai pecahan-pecahan kecil kecuali iklim tanah tinggi. Kawasan yang beriklim tropika tidak mengalami musim sejuk manakala kawasan yang beriklim kutub tidak mengalami musim panas. Pembahagian jenis-jenis iklim ini dibahagikan dengan menggunakan huruf iaitu A, B, C, D, E dan F. Klasifikasi iklim yang telah dibuat oleh koppen membolehkan kita untuk melihat perbezaan-perbezaan yang terdapat berdasarkan garis lintang bumi. Klasifikasi iklim mengikut koppen Secara umumnya, klasifikasi iklim yang dibuat oleh koppen terdiri daripada enam dengan menggunakan huruf. Bagi kesemua jenis iklim kecuali iklim tanah tinggi, pembahagian gambaran iklim adalah dengan menggunakan huruf-huruf yang telah ditetapkan oleh koppen iaitu A, B, C, D dan E (Rajah 1). Iklim tropika digolongkan sebagai iklim jenis A, dan liputan buminya adalah merupakan yang terbesar di bumi iaitu 20 peratus permukaan darat dan 43 peratus permukaan laut. Tropika merupakan kawasan sekitar Khatulistiwa di Bumi, tropika juga dikenali sebagai zon tropika dan zon terik iaitu di mana Matahari mencapai titik betulbetul di atas dan betul-betul di bawah permukaan Bumi, sekurang-kurangnya sekali sepanjang setahun. Sistem klasifikasi iklim Koppen menentukan iklim tropika sebagai iklim bukan gersang iaitu kesemua 12 bulan mengalami suhu minimum melebihi 18 °C (64 °F). Kadar kerpasan boleh mencecah 150 inci bersamaan 3800 milimeter setahun. Iklim monsun tropika (Am) merupakan iklim ini yang paling kerap ditemui di Asia selatan dan Afrika barat, timbul

daripada angin monsun yang bertukar arah mengikut musim. Iklim ini mengalami bulan paling kering yang selalunya terjadi semasa solstis musim sejuk dengan curahan hujan kurang daripada 60 milimeter. Contoh negara yang mengalami iklim ini Guinea, Bangladesh, Amerika Syarikat dan Australia. Manakala Iklim lembap kering atau savana tropika (Aw) mengalami musim kering yang ketara, iaitu bulan paling kering yang mengalami kerpasan tidak lebih 60 milimeter. Negara yang mengalami iklim ini ialah India, Mexico dan Nigeria. Iklim yang seterusnya ialah iklim kering iaitu iklim jenis B. Iklim jenis ini dibahagikan kepada dua iaitu gersang (Bw) dan separuh gersang (Bs). Kawasan ini merupakan kawasan yang kurang menerima hujan. Selain itu kedua-dua iklim ini turut terbahagi kepada dua iaitu huruf ketiga sama ada ‘h’ atau ‘k’ akan wujud untuk menunjukkan suhu. Huruf h menandakan bahawa bulan paling sejuk mengalami suhu purata melebihi 0 °C (32 °F), manakala k menandakan sekurang-kurangnya satu bulan mengalami suhu purata di bawah 0 °C. kawasan yang mengalami iklim Bwh ialah di bahagian Yuma dan Arizona Amerika Syarikat serta Mexicalli, Mexico. Manakala iklim Bsh ialah di Murcia Sepanyol. Iklim yang seterusnya ialah iklim jenis C iaitu lebih dikenali sebagai iklim sederhana atau mesoterma. Kawasan yang mengalami iklim ini mengalami suhu purata melebihi 10°C (50 °F) pada musim panas, dan suhu purata musim sejuk antara negatif 3°C (27 °F) sehingga 18 °C (64 °F). Huruf kedua menandakan corak kerpasan iaitu w menandakan musim sejuk yang kering s menandakan musim panas yang kering dan f pula bererti kerpasan setara sepanjang tahun. Huruf ketiga menandakan takat bahang musim panas, a menandakan suhu purata bulanan terpanas melebihi 22 °C (72 °F), b menandakan suhu purata bulan terpanas kurang daripada 22 °C, manakala c bererti 3 bulan ke bawah mengalami suhu min melebihi 10 °C. Iklim jenis C dibahagikan kepada lima jenis. Salah satunya ialah Iklim subtropika musim panas kering atau Mediterranean (Csa dan Csb) Iklim-iklim ini biasanya dialami di kawasan tepi barat benua di antara garis lintang 30° dan 45°. Seterusnya ialah Iklim subtropika lembap (Cfa, Cwa). Iklim-iklim ini biasanya dialami di kawasan pedalaman khususnya dalam garis lintang berdarjah 20 dan awal 30 dan boleh juga mencecah 46°U di Eropah. Iklim jenis C yang ketiga ialah Iklim sederhana maritim atau iklim lautan (Cfb, Cwb, Cfc). Iklim Cfb biasanya dialami di tepi barat benua antara latitude 45° dan 55°. Di Eropah Barat, iklim ini dialami di kawasan pesisiran pantai sehingga garis lintang 63°U. Manakala Iklim sederhana bermusim sejuk kering (Cwb) ialah sejenis sifat iklim tanah tinggi yang terletak dalam kawasan tropika Mexico, Peru, Bolivia, Madagascar, Zambia, Zimbabwe dan Afrika Selatan dan turut

ditemui di Wilayah Córdoba, Argentina, luar daripada kawasan tropika. Musim sejuknya adalah ketara dan musim panasnya berhujan lebat. Seterusnya ialah Iklim Subartik Maritim atau iklim Lautan Subkutub (Cfc). Kawasan-kawasan yang mengalami iklim ini ialah Monte Dinero, Argentina, Ushuaia, Argentina Reykjavik, Iceland, Torshavn di kepualauan Faroe, serta di Harstad, Norway. Jenis iklim D pula merupakan iklim mikroterma atau turut dikenali sebagai iklim kebenuaan. Iklim-iklim ini mengalami suhu purata melebihi 10 °C (50 °F) pada bulan yang paling panas, dan suhu purata di bawah negatif 3 °C pada bulan-bulan yang sejuk dan biasanya dialami di bahagian pedalaman atau pantai timur benua pada garis lintang 40°U. Huruf kedua dan ketiga digunakan seperti iklim jenis C, ditambah pula huruf ketiga d yang menandakan bahawa mengalami suhu min melebihi 10 °C tidak lebih dari tiga bulan yang dan suhu bulan tersejuk berada di bawah negatif 38 °C ( - 36 °F). Iklim jenis turut terbahagi kepada empat jenis. Salah satu jenis iklim D ialah Iklim kebenuaan bermusim panas terik (Dfa, Dwa, Dsa). Iklim Dfa biasanya dialami di jurang garis lintang berdarjah antara akhir 30° dan awal 40° dengan suhu purata bulan terpanas kurang daripada 22 °C. Di Asia timur, iklim Dwa adalah sehingga ke kawasan selatan kerana dipengaruhi sistem tekanan tinggi Siberia. Saqqez di Kurdistan Iran. Jenis yang kedua ialah Iklim kebenuaan bermusim panas atau hemiboreal (Dfb, Dwb, Dsb). Manakala yang ketiga ialah Iklim subartik kebenuaan atau boreal (taiga) (Dfc, Dwc, Dsc) iaitu di Irkutsk, Rusia dan Kirkenes, Finnmark di Norway. Seterusnya yang keempat ialah Iklim Subartik Kebenuaan yang mengalami musim sejuk melampau (Dfd, Dwd). Iklimiklim ini hanya terjadi di bahagian timur Siberia. Iklim jenis E adalah merupakan iklim kutub. Iklim-iklim ini disifatkan dengan suhu purata di bawah 10 °C (50 °F) sepanjang setahun. Iklim jenis ini terbahagi kepada dua iaitu iklim tundra (ET) dan iklim litupan ais (EF). Bagi kawasan yang mengalami iklim Tundra (ET) bulan terpanas mencatat suhu purata antara 0 °C (32 °F) dan 10 °C (50 °F). Iklim ini dialami di bahagian utara daratan Amerika Utara dan Eurasia, serta pulau-pulau berdekatan. Manakala iklim litupan ais sepanjang tempoh 12 bulan mengalami suhu purata di bawah 0 °C (32 °F). Iklim ini mendominasi benua Antartika iaitu seperti di Scott Base dan kawasan pedalaman Greenland di bahagian Eismitte.

Rajah 1: Klasikafi Iklim Koppen Sumber: John E. Oliver & John J. Hidore (2002)

RUJUKAN Anderson, M. (2012). Investigating the Global Climate. United States: Britanicca Educational Publishing. Bridgman, H, A. & Oliver, John E. (2006). The global climate system patterns, processes, and teleconnections. New York: Cambridge University Press. Robert V. Rohli & Anthony J. Vega. (2008). Climatology. Sudbury: Jones and Bartlett Publishers.

Related Documents

Forum
April 2020 24
Forum
November 2019 53
Forum Styles
June 2020 11
December Forum
June 2020 16
Forum 09
May 2020 16
Notification Forum
December 2019 15

More Documents from "Gabriel Parriaux"

Peta Topografi.docx
December 2019 18
Forum 5.docx
December 2019 10
Pelan Induk.pdf
December 2019 14
Peta Topografi.docx
December 2019 13