Esei Penuh Tajuk Rasuah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Penuh Tajuk Rasuah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,337
  • Pages: 10
SOALAN 24 : PUNCA BERLAKUNYA GEJALA RASUAH DAN CARA MENGATASINYA. Rasuah Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apaapa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Dari sudut istilah bahasa, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama, pertama meminta atau menerima rasuah. Kedua, menawar atau memberi rasuah. Ketiga, membuat tuntutan palsu. Keempat, menyalahguna jawatan atua kedudukan. Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Elemen Rasuah ialah penyogok dan penerima sogokan. Rasuah memerlukan dua pihak yang korup, pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Di beberapa buah negara, rasuah sudah menjadi suatu budaya. Indeks Persepsi Rasuah Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat. Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07). Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah negara Haiti, Bangladesh, Nigeria, Myanmar, Chad, Paraguay, Azerbaijan Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3 Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Menyedari akan hal ini, maka

tidak

hairanlah

pihak

kerajaan

bertungkus-lumus

dalam

usaha

membasmi

peningkatan kadar gejala rasuah di negara ini. Antara lengkah bagi mengatasi gejala rasuah ini ialah, mewujudkan badan pencegahan rasuah. Pada tahun 2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia

(SPRM)

ditubuhkan

bagi

meningkatkan

keberkesanan

dan

kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya. SPRM akan turut disokong oleh mekanisme memeriksa dan mengimbangi dalam memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Natijah akhirnya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan malah secara tidak langsung si pelakunya mengambil atau ‘mencuri’ hak orang lain. Justeru seharusnya langkah kerajaan dalam membendung gejala rasuah ini wajar disokong oleh semua pihak memandangkan rasuah mampu meninggalkan implikasi terhadap semua pihak. Sesungguhnya, tanpa rasuah segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan lancar. Keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat juga akan dapat dipertahankan dan semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan bangsa akan hidup dengan aman. Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat dosa hasil menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan negara. Akhirnya, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh. Antara halangan utama seseorang yang mengetahui atau mempunyai maklumat dari melaporkannya ialah, pertama, tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam usaha membanteras rasuah. Kedua, Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan kenalan rapat. Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana bersubahat. Ketiga, Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak libat aku, sudah'. Ini juga dikira berdosa di dalam Islam. Keempat, malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di sini. Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan. Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman. Kelima, takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin selamat. Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam diri. Keenam, kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan. Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka. Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap kesungguhan mereka. Ketujuh, takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan tinggi , hebat dan besar. Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai keadaan ini. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!" Punca Rasuah

Antara punca berlakunya rasuah ialah ialah, pertama, kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. Kedua, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah

menyebabkan

kurangnya

penyeliaan,

tiada

pemantauan,

lembap

menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Ketiga, sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. Keempat,

modenisasi.

Pembangunan

sosial

ekonomi

yang

tidak

diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. Kelima, politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. Kesan rasuah

Antara kesan rasuah. Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh

menghancurkan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut, pertama, memantapkan iman dan mengukuhkan jatidiri. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Kedua,

memasukkan sukatan pelajaran bahaya rasuah dalam sistem

pendidikan. Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas.

Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. Ketiga, Siasatan

meningkatkan

dan

penguatkuasaan

penguatkuasaan

undang-undang

undang-undang

perlu

dan

dipergiatkan

hukuman. lagi

agar

masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Keempat, memudahkan urusan menggunakan ICT. Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Antara keadaan yang mencetuskan rasuah ialah, pertama, pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayahwilayah yang dianggap tidak demokratik. Kedua, kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Ketiga, kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang. Keempat, projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar. Kelima, sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama". Keenam, lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk

melaksanakannya.

kehakiman.

Kelapan,

Ketujuh,

kebebasan

kelemahan bersuara

sistem

atau

pelaksana

kebebasan

dan

media

sistem disekat

Kesembilan, gaji penjawat awam yang kecil. Kesepuluh, rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku. Kesebelas, waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras. Impak Negatif

Demokrasi Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan

bukan

kerana

prestasi.

Keseluruhannya,

rasuah

menghancurkan

kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada. Ekonomi Rasuah merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat/industri yang tidak berdaya maju. Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor)

mungkin

"mengubahsuai"

projek

tersebut

(selepas

menerima

peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku.

Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan.

RUJUKAN 1. Artikel ‘Komitmen Perangi Rasuah’ oleh Misiah Taib, Berita Harian, 4 Disember, 2003. 2. Kamus Dewan (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 3. Pelan Integriti Nasional, Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia, Putrajaya, 23 April 2004. 4. www.bpr.gov.my 5. www.oecd.org/corruption/asiapacific 6. 1994. Soal Jawab Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

7. 1992. Tonggak Dua Belas: Penerapan nilai, norma dan etika perkhidmatan. Kuala Lumpur: INTAN. 8. 2004. Usaha-usaha peningkatan kualiti perkhidmatan awam dalam konteks penerapan nilainilai murni: satu analisis. Kuala Lumpur. MAMPU. 9. Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 10. Institut Tadbiran Awam Malaysia.1994. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN. 11. Institut Tadbiran Awam Negara.1991. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN. 12. Muhamad Ali Embi, Rozita Abdul Mutalib. 2006. Esei-Esei Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur: Prentice Hall. 13. Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 14. Norliza Abd Rahman. 6 Disember 2006. Utusan Malaysia. KSN: Ada ruang boleh diperbaiki. Kuala Lumpur. 15. Yusof Ismail, Khayati Ibrahim. 2004. Dasar-dasar Kerajaan Malaysia: tinjauan menyeluruh. Kuala Lumpur: Penerbit A.S. Noordeen. 16. ‘Tolak Rasuah untuk Berjaya’ Utusan Malaysia,8 Januari 2003

Related Documents

Esei Penuh
June 2020 29
Rasuah
June 2020 20
Rasuah
June 2020 15
Rasuah
June 2020 20