Esei Kedah 1786

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Kedah 1786 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,760
  • Pages: 12
PENDAHULUAN Pada awal abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Inggeris SHTI telah menamatkan semua aktivitinya di Kepulauan Melayu. Faktor utama yang mempengaruhi keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh serangan bertalu-talu kuasa Belanda ke atas Syarikat Hindia Timur Inggeris di rantau ini kerana keengganan kuasa Inggeris berkongsi kos kempen militari yang dilancarkan terhadap Portugis. Namun, suku pertama abad ke-18 jelas sekali memperlihatkan Syarikat Hindia Timur Inggeris memberi tumpuan yang serius kepada rantau Melayu kerana kedudukan strategiknya dalam jalan perdagangan ke negara China.1 Dengan ini percubaan British untuk bertapak dengan jayanya di rantau Melayu telah berhasil apabila pada tahun 1786, Francis Light yang mewakili Syarikat Hindia Timur telah berjaya menduduki Pulau Pinang.2 Sebelum itu, pada 18 Mac 1771, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu’azzam Shah mengemukakan rayuan Gabenor di Madras untuk mendapatkan bantuan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk membantu menumpaskan pemberontakan yang semakin menjadi-jadi di Kedah.3

Selepas itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris telah diberikan sebidang tanah di Kuala Kedah sebagai ganjaran kerana membantu serangan ke atas Selangor. Namun begitu, apabila baginda sedar bahawa sebarang bantuan Inggeris tidak mencukupi, Sultan Muhammad telah memutuskan pertalian itu dan pada pertengahan tahun 1772, loji Inggeris di Kuala Kedah ditutup.4 Oleh itu, dengan pertalian singkat di antara Kedah dan 1

Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme & Fedaralisme di Malaysia, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1998, hlm.63. 2 Great Britain, The Federation of Malaysia, London : Central Office of Information, Refrence Division H.M.S.O., 1963, hlm.13 3 R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.27 4 Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983, hlm.119.

1

Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1770-1771 adalah penting dan merupakan sebahagian dari usaha Inggeris hendak mencari tapak di sepanjang jalan laut ke benua China yang akan juga membuka peluang kepada mereka mendapat hasil-hasil negeri Melayu.5 Namun, selepas kemangkatan Sultan Muhammad Jiwa, baginda telah digantikan oleh Sultan Abdullah Mukkaram Shah (1778-1798). Ketika ini persahabatan Inggeris-Kedah semakin rapat apabila Kapten Light memohon untuk memajak Pulau Pinang. Hal ini telah menggembirakan Sultan Abdullah kerana ini bermakna baginda akan mendapat perlindungan dan bantuan Inggeris bagi menghalang kekacauan di Selangor, Siam dan Burma.6 Pada 31 Ogos 1786, Francis Light iaitu seorang country trader telah diberikan kepercayaan dan datang mengadap Sultan Abdullah di Kedah dengan tujuan hendak berunding dengan baginda dan baginda bersetuju memberikan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan rasmi atas nama King George III, Raja Inggeris.7 Maka selepas inilah bermulanya satu bentuk hubungan antara Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang pada mulanya dilihat agak baik seterusnya bertukar kepada hubungan yang dingin sehingga membawa kepada beberapa persaingan sengit oleh Sultan Abdullah dalam menghadapi kemaraan Syarikat Hindia Timur Inggeris ini.

SYARAT-SYARAT PENYERAHAN

5

Ibid., hlm.120. Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.58. 7 Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983, hlm.124. 6

2

Tempoh pemerintahan Sultan Abdullah (1778-1798) memperlihatkan beberapa perkara penting sama ada di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa telah berlaku. Hal ini juga melibatkan keputusan untuk menawarkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada Ogos 1785 walaupun sebelum itu Kedah telah menolak hasrat Kompeni Inggeris untuk menduduki Pulau Pinang pada September 1784 8 kerana bimbang akan tekanan dari Burma dan juga Siam.9 Dalam rundingan antara Kapten Light dengan Sultan Abdullah pada bulan Julai 1786, baginda membenarkan Kompeni Inggeris menduduki Pulau Pinang untuk dijadikan tempat berdagang dan sebagai pangkalan membaiki kapal perang. Dengan itu, baginda telah mengemukakan beberapa syarat kepada Francis Light supaya dipenuhi oleh Kompeni Inggeris.10 Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Sultan Abdullah ialah: 1. Syarikat Hindia Timur hendaklah menjaga pantai laut negeri Kedah. Sebarang musuh yang menyerang Sultan Kedah adalah musuh kepada Kompeni dan perbelanjaan melawan musuh itu akan ditanggung oleh Kompeni. 2. Semua kapal, tongkang, perahu kecil dan besar yang datang dari timur dan barat ke pelabuhan negeri Kedah tidak boleh ditahan atau diganggu oleh wakil Kompeni dan bebas untuk berjual beli di Kedah dan di Pulau Pinang. 3. Barang-barang seperti candu, timah, rotan ialah sebahagian daripada hasil negeri Kedah. Oleh sebab Kuala Muda, Perai dan Kerian yang mengeluarkan hasil-hasil tersebut terletak berdekatan dengan Pulau Pinang, tentulah larangan kepada11 8

R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.52-53. 9 Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983, hlm.123. 10 Haji Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1983, hlm,113. 11 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.59.

3

hasil-hasil itu diberhentikan dan Gabenor Jeneral hendaklah membenarkan beta menerima wang dari Kompeni sebanyak 30,000 ringgit Sepanyol setiap tahun. 4. Sekiranya wakil Kompeni memberi wang kepada sesiapa sahaja ahli keluarga Sultan Kedah, menteri-menteri, pegawai-pegawai atau rakyat Kedah, maka tidaklah boleh wakil Kompeni itu membuat apa-apa tuntutan kepada Sultan Kedah. 5. Sebarang orang yang menjadi rakyat negeri Kedah dengan tidak kecualinya sama ada iaitu putera atau saudara Beta yang menjadi musuh Beta adalah juga menjadi musuh Kompeni dan Kompeni tidak boleh melindungi mereka. 6. Jika ada sebarang musuh yang menyerang Beta ikut jalan darat, Beta minta pertolongan askar-askar, senjata-senjata atau peluru dan Kompeni hendaklah memberi benda-benda itu dengan perbelanjaan Beta.12 Oleh itu, semua syarat yang dikehendaki oleh Sultan Kedah itu telah dipersetujui oleh Kapten Light, tetapi mengenai bantuan askar untuk menentang musuh yang menyerang Kedah itu tidaklah sepatutnya disanggupi oleh Kapten Light kecuali dipersetujui oleh Gabenor Kompeni di India.13 Bagaimanapun, Light memberi jaminan bahawa permintaan baginda sedang mendapat perhatian pihak berkuasa di London. Dengan itu pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah menduduki Pulau Pinang di atas nama King George III14 seterusnya mengukuhkan pendudukan Inggeris di rantau Melayu sebagai pangkalan kapal perang serta kepentingan mereka terhadap perdagangan.

12

Ibid., hlm.60. Haji Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1983, hlm,114. 14 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.60. 13

4

ANCAMAN SIAM DAN BURMA. Untuk memahami sebab utama yang menyebabkan Sultan Abdullah menawarkan Pulau Pinang kepada Inggeris adalah dengan melihat persaingan tradisi yang berlaku di utara iaitu kuasa Siam dengan Burma.15 Persaingan yang semakin hebat ini telah menjadikan Kedah sebagai mangsa kerana Kedah terpaksa menghantar bunga emas,perak dan bekalan lain kepada kerajaan Siam dan Burma dan jika tidak dipenuhi maka Kedah akan diserang.16 Pada tahun 1759, Raja Alaungpaya telah menyatukan Burma dan kedudukan negeri ini menjadi semakin kukuh. Kekuasaan raja Alaungpaya terbukti apabila baginda cuba menakluki Ayuthia, ibu negeri Siam. Pada tahun, 1763, Raja Mangklok yang telah menggantikan Raja Alaungpaya berjaya menakluk Chiengmai dan Luang Prabang. Pada tahun 1767, Raja Hsinbysin telah berjaya menawan Ayuthia. Pada waktu itu, Kedah berada di bawah naungan kerajaan Siam tetapi Kedah tunduk terhadap kekuatan dan kekuasaan Burma dengan menghantar bunga emas ke Burma. Namun, kekuatan Siam kembali pulih apabila kerajaan Siam diperintah oleh Pya Thaksin. Hal ini telah menyebabkan perang seterusnya meletus antara Siam dan Burma sekali lagi.17 Dalam masa yang sama apabila bermulanya kerahan tenaga tentera Thai hal ini bermakna negeri-negeri takluknya yang dikehendaki perlu menyumbangkan sejumlah bantuan askar dan senjata. Ini menyebabkan Sultan Abdullah merasa cemas dengan tindakan Siam kerana Siam bukan sahaja menghendaki bantuan ketenteraan sahaja malah menghendaki bantuan material yang lebih banyak daripada dulu bahkan memerintahkan Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Terengganu dan Raja 15

R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.56. 16 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd, 2003, hlm.123. 17 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita, Kuala Lumpur: International Law Book Services, 2004, hlm.39.

5

Patani untuk menghadap Raja Siam.18 Akibat daripada ancaman kedua-dua kuasa Siam dan Burma inilah yang menyebabkan Sultan Abdullah menulis surat kepada Gabenor Jeneral di India pada 31 Ogos 1785 yang menawarkan Pulau Pinang dengan bersyarat iaitu Kedah mahu perlindungan dan bantuan ketenteraan dari British.19 Hal ini seterusnya juga akan membantu Kedah membebaskan diri daripada kuasa Siam dan Burma dengan membayar ufti seperti sebelumnya.20

SHTI MELANGGAR SYARAT. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah mengambil Pulau Pinang di atas nama King George III. Tindakan Francis Light dan rombongannya ini telah menjadi suatu rahmat kepada Kompeni. Ini adalah usahanya untuk mendapatkan sebuah petempatan untuk pelabuhan perdagangan dan pangkalan perang yang sesuai di rantau ini. Matlamatnya yang sebenar ialah untuk mengawal jalan laut di kawasan Asia Tenggara. Bagaimanapun, Francis Light tidak menepati pengakuannya terhadap Sultan Abdullah. Sikap curang dan tidak jujur Francis Light ini telah membuatkan fikiran Sultan Kedah berubah.21 Hal ini sangat mengecewakan Sultan Abdullah kerana apa jua janji-janji mulut dan harapan yang dibuat oleh Francis Light dengan jelas menunjukkan bahawa orangorang atasan dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak bersedia untuk mengadakan persetiaan yang melibatkan mereka dalam peperangan dengan kuasa lain, sama ada Siam atau Burma. Dalam masa yang sama, Sultan Abdullah mulai sedar bahawa pampasan 18

Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983,

hlm.123. 19

R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.60 20 Ibid., hlm.61. 21 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.60.

6

yang bakal diterimanya sebagai ganti penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris adalah jauh lebih kecil.22 Ini jelas menunjukkan bahawa penyerahan Pulau Pinang yang dikelola oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786 atas nama King George III dianggap tidak mengikut perundangan antarabangsa malah Light juga sanggup menipu Sultan Abdullah dalam masa yang sama. Sebenarnya Pulau Pinang ini bukanlah diserahkan oleh Sultan Abdullah atas satu perjanjian tetapi satu kebenaran sementara kepada Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang.23 Setelah mengambil masa kira-kira setahun, pada 17 Mei 1787, Light telah menulis dalam sebuah laporannya kepada Syarikat Hindia Timur menceritakan perihal pemerintahan Kedah yang tidak aman kerana sentiasa diganggu oleh Siam dan Burma. Dengan sebab itu, Syarikat Hindia Timur harus membuat perjanjian dengan Sultan Kedah dan menyarankan supaya syarikat membantu Sultan Kedah daripada ancaman Siam atau pertelingkahan sesama sendiri. Namun, perundingan demi perundingan, syarikat tidak mendapat mandat dari ibu pejabatnya di London. Semakin jelas bahawa syarikat hanya hendak berdagang sahaja tanpa melibatkan diri dalam peperangan.24 Memandangkan hal ini, Sultan Kedah menuntut supaya Pulau Pinang dikembalikan jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh baginda.25 Hal ini terjadi kerana semenjak Light menduduki Pulau Pinang sehingga 1791, Inggeris tidak pernah membayar sebagaimana yang telah dipersetujui dibayar tiap-tiap tahun sebanyak 30,000

22

Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983,

hlm.124. 23

R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.76-77. 24 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.60. 25

Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.62.

7

Ringgit Sepanyol dan jika Inggeris membayar sekalipun hanya dalam jumlah yang kecil dan tidak mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, Sultan Kedah tersangat murka kepada Inggeris yang telah memperdayakan baginda itu dan baginda berhajat hendak menghalau Inggeris keluar dari Pulau Pinang.26

PERANG INGGERIS- KEDAH Sebelum perang antara Inggeris-Kedah ini berlaku, Light telah membuat tawaran untuk membeli Pulau Pinang tetapi Sultan enggan. Kemudian Kompeni Inggeris menawarkan ganti rugi dan Sultan Abdullah menuntut 30,000 ringgit Sepanyol setahun tetapi Light hanya sanggup membayar 10,000 ringgit Sepanyol selama lapan tahun. Sultan Abdullah menegaskan jika pihak Kompeni Inggeris tidak dapat memenuhi syarat baginda maka kompeni harus meninggalkan Pulau Pinang., tetapi Lord Cornwalis, Gabenor Jeneral India dan Light menganggap Pulau Pinang sebagai wilayah Inggeris. Pada Februari 1791, Sultan bersetuju menerima 10,000 ringgit sebagai keengganan Inggeris memberi perlindungan. Bagaimanapun Light hanya membayar 5,000 ringgit dan berjanji untuk membayar bakinya hanya setelah lanun-lanun meninggalkan Perai. Sultan Abdullah yang murka telah memberi kata dua sama ada membayar hutang yang tertunggak atau meninggalkan Pulau Pinang. Light menganggap kata dua Sultan Abdullah itu sebagai mengisytiharkan perang.27 Dalam masa yang sama Sultan Abdullah telah mengumpulkan angkatan perang seramai lapan ribu orang berkumpul di Sungai Perai. Memandangkan hal itu, Light juga turut melengkapkan angkatannya yang terdiri daripada askar-askar India yang tidak 26

Haji Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1983, hlm,115. 27 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.62.

8

sebesar seperti angkatan Kedah yang diketuai oleh Kapten Andrew Glass. Pada 12 April 1791 dengan angkatan perang yang kecil tetapi bersemangat Kapten Light telah pergi ke Seberang Perai lalu menyerang secara mengejut angkatan Sultan Abdullah dan angkatan Kedah berjaya dikalahkan.28 Serangan itu dilakukan pada jam 4.00 pagi dengan menggunakan empat buah kapal iaitu Dolphin, Princess, Augusta dan Valient dengan 3 kompeni askar Sepahi.29 Dengan ini Sultan Abdullah terpaksa mengaku kalah dan berdamai melalui syarat dan perjanjian dengan Kompeni Inggeris yang dipersetujui pada 20 April 1791 di Fort Cornwalis. Perjanjian itu ditandatangani pada 1 Mei juga pada tahun yang sama.30

PERJANJIAN KEAMANAN SHTI DENGAN KEDAH Selepas beberapa hari Inggeris menewaskan angkatan Sultan Abdullah, Kompeni Inggeris menawarkan Sultan 6,000 ringgit Sepanyol sebagai tanda pendudukan Inggeris di Pulau Pinang.31 Tawaran ini juga merupakan salah satu langkah awal Inggeris sebelum berunding untuk mengadakan satu Perjanjian Persahabatan dan Keamanan pada 1 Mei 1791.32 Perjanjian ini telah ditandatangani oleh beberapa orang wakil Kedah, Sultan Abdullah dengan Francis Light sebagai wakil Kompeni Inggeris. Syarat-syarat yang termaktub dalam perjanjian itu ialah Kompeni Inggeris dengan tulus ikhlas menyatakan persahabatan dengan Kedah dan berharap berada dalam keadaan yang aman damai baik 28

Haji Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1983, hlm,115 29 R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.76 30 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.63. 31 H.P Clodd, Malaya’s First British Pioneer :The Life of Francis Light, London: Luzac & Company Ltd, 1948, hlm.82. 32 R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.100.

9

di laut atau di darat. Diharapkan hubungan yang terjalin ini terus berpanjangan selagi matahari dan bulan memancarkan cahayanya.33 Dalam perjanjian ini syarat-syarat yang mengandungi sembilan perkara antaranya: 1. Kompeni Inggeris akan membayar 6,000 ringgit Sepanyol tiap-tiap tahun kepada Sultan selagi Pulau Pinang menjadi hak milik Inggeris. 2. Baginda bersetuju tidak akan menghalang atau mengenakan cukai ke atas apa-apa bekalan yang dibeli di Kedah bagi keperluan Pulau Pinang ke Kedah dna kapalkapal Kompeni Inggeris. 3. Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang atau sebaliknya akan dikembalikan kepada tuannya masing-masing. 4. Semua orang yang lari dari hutang sama ada dari Kedah atau Pulau Pinang akan diserah kepada si pemberi hutang. 5. Baginda tidak akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah lain menduduki mana-mana tempat di Kedah. 6. Kompeni tidak akan melindungi orang-orang yang menderhaka terhadap Sultan. 7. Semua orang yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang atau sebaliknya kerana kesalahan membunuh akan ditahan dan dipulangkan dengan ikat jamin. 8. Semua orang yang melakukan penipuan hendaklah ditangkap dan diserahkan kepada kedua-dua belah pihak. 9. Baginda, tidak akan membekalkan apa-apa barangan keperluan kepada mereka yang bermusuhan dengan Kompeni Inggeris.34

33

Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm.63. 34 R . Booney, Kedah 1771-1821, The Search For Security And Independence: Oxford University Press, 1971, hlm.100-101.

10

Dengan ini, dapat dilihat bahawa perjanjian ini ternyata perjanjian yang berat sebelah dan tidak menyebut langsung mengenai bantuan ketenteraan seperti yang diminta sebelumnya oleh Kedah. Ini amat penting kepada Inggeris kerana ia merupakan dasar perundangan yang mengesahkan hak milik Inggeris ke atas Pulau Pinang walaupun Inggeris telah mendudukinya sejak tahun 1786.

KESIMPULAN. Secara kesimpulannya, hubungan antara Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris memperlihatkan banyak masalah yang berlaku sejak dari awal lagi yang melibatkan diplomasi sehingga tercetusnya peperangan antara Kedah dengan Inggeris. Dalam hal ini, pendekatan tipu helah dan pakatan yang dilakukan oleh Inggeris untuk mendapatkan Pulau Pinang telah menimbulkan ketidakpuashatian Sultan Abdullah sehingga menyebabkan berlakunya perang antara Kedah dengan Inggeris. Namun, Kedah telah ditewaskan oleh Inggeris sehingga memaksa satu Perjanjian Persahabatan dan Keamanan pada 1791 telah dimeterai. Walau bagaimanapun, perjanjian yang agak berat sebelah yang memihak kepada Inggeris sekali lagi telah dilanggar oleh Inggeris sendiri sehinggakan satu lagi perjanjian telah dimeterai pada 1800 antara kedua-dua pihak. Dalam perjanjian ini, pihak Inggeris telah menguasai Pulau Pinang dan Seberang Perai dengan sepenuhnya dan bersetuju untuk menaikkan bayaran kepada Kedah daripada 6,000 ringgit Sepanyol kepada 10,000 ringgit Sepanyol setahun selagi Inggeris menduduki Pulau Pinang dan Seberang Perai. Dengan ini Pulau Pinang dan Seberang Perai secara rasmi menjadi hak milik Inggeris dan peluang yang ditunggu-tunggu oleh

11

Inggeris ini adalah mereka mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pengumpulan barang, pelabuhan persinggahan dan pangkalan tentera mereka sepenuhnya.

12

Related Documents

Esei Kedah 1786
April 2020 6
1786
May 2020 13
Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32
Kedah
November 2019 35