Esei Jika Saya Seorang Raja.docx

  • Uploaded by: xxx
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Jika Saya Seorang Raja.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 512
  • Pages: 2
Raja merupakan pemerintah berkuasa dan simbol kedaulatan bagi sesebuah negara. Raja memainkan pelbagai peranan yang penting untuk memelihara kesejahteraan penduduk di bawah jajahnya. Jika seseorang raja tidak mengambil berat tentang negara dan penduduknya , maka sudah semestinya negara tersebut tidak akan maju dan akan menghadapi pelbagai masalah yang tidak disangka.

Jika saya diberi peluang untuk menjadi seorang raja, sudah semestinya saya akan memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum dan agama seperti Sultan Nazrin Muizuddin Shah. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu mewujudkan kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh itu , saya akan sentiasa menyeru rakyat saya supaya berpegang teguh kepada elemen perpaduan demi mengekalkan keharmonian dalam kalangan mereka. Tambahan pula, raja seharusnya menjadi contoh yang baik untuk rakyatnya, maka saya sendiri akan melibatkan diri dalam setiap majlis atau kegiatan yang mengekalkan perpaduan. Sebagai contohnya, raja kita menghadiri majlis perkahwinan atau sambutan rumah terbuka perayaan kaum lain tanpa sebarang pengumuman . Ini akan memberi peluang kepada beliau untuk umtuk memantau situasi yang berlaku di negaranya.

Saya ingin menjadikan negara saya sebuah negara yang maju dalam pelbagai aspek. Misalnya, dari aspek pendidikan, politik dan ekonomi. Selain itu, saya juga akan menjadikan negara saya amat disukai oleh semua rakyat termasuklah rakyat di negara lain Saya akan berusaha menjadikan negara saya sebuah negara yang terkenal disebabkan keindahan alam semula jadinya dan memiliki sistem pentadbiran yang sistematik. Saya dan rakyat jelata akan bersama-sama mendirikan bangunan-bangunan yang mesra alam, menjaga alam sekitar sebaik mungkin, menambah baik dan membaik pulih sistem perhubungan jalan raya supaya rakyat jelata dapat bergerak ke tempat lain dengan mudah dan selamat di samping menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang setaraf dengan negara-negara maju di

dunia ini seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Kemudahan -kemudahan ini akan saya berikan secara percuma kepada semua rakyat di negara saya. Seterusnya, saya akan memastikan bidang pendidikan di negara saya berada di tahap yang sangat tinggi. Saya akan memberi pendidikan secara percuma dari peringkat rendah, hingga universiti demi mengurangkan kebebanan ibu bapa. Saya akan memastikan pendidikan negara saya melahirkan murid yang berilmu pemikiran aras yang tinggi dan berakhlak yang tinggi. Rakyat yang berfikiran tinggi akan meningkatkan mutu pendidikan seperti menyumbangkan tenaga mereka. Selain itu ,saya juga akan memastikan pendidikan di negara saya mampu melahirkan pemimpin dan golongan berpendidikan yang cemerlang supaya membantu saya dalam pentadbiran dan ekonomi negara serta menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Saya akan member penekanan kepada memelihara dan memulihara alam sekitar. Pembalakkan haram akan diistiharkan sebagai musuh nombor satu kepada alam sekitar negeri ini. Ganjaran yang setimpal akan diberikan kepada rakyat yang memberi maklumat tentang pembalakkan haram. Semua undang-undang berkaitan akan diperkukuh.Penanaman semula hutan akan diperluaskan kepada setiap daerah bermula dengan s a s a r a n s a t u keluarga satu pokok.Kawasan tadahan hujan akan diselia secara berkala dan ditambah bagi mengelakkan masalah kekurangan bekalan air bersih.Projek mendalamkan sungai dan sungai angkat akanditeruskan dengan penglibatan semua pihak bagi mengelakkan berulangnya kejadian banjir yang luar biasa.

Kesimpulannya, saya juga ingin menjadi raja yang sentiasa dikenang dan disayangi. Saya akan sentiasa memastikan semua rakyat mendapat segala bantuan.

Related Documents

Jika Saya Kembali.docx
April 2020 11
Adakah Saya Seorang Usahawan
November 2019 19
Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32

More Documents from ""

Document5.docx
April 2020 10
Front Cover 1.xlsx
April 2020 12
Pollution.docx
April 2020 5
Guiadeusuarioftxglobal.pdf
November 2019 14
Alphabet_border.doc
April 2020 9