Folio Sejarah Pmr 20090

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Sejarah Pmr 20090 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,702
  • Pages: 18
SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH

KERJA KURSUS SEJARAH TAJUK : MUZIUM PERAK NAMA : MOHD NAJ’MUDDIN BIN ABDUL RAZAK KELAS : 3 UTARID NO I/C : 940716-12-5299 NO GILIRAN : AGO41KO69 GURU PENILAI : PUAN AZIZAH BINTI PADZIL TANDATANGAN : .................

ELEMEN 1: MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

ELEMEN 2 : MEREKOD FAKTA SEJARAH

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

1

PENGHARGAAN

2

OBJEKTIF KAJIAN

3

KAEDAH KAJIAN

4

HASIL KAJIAN

5

RUMUSAN

6

LAMPIRAN

7

RUJUKAN

M/S

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan folio sejarah ini dengan jayanya dalam masa dan waktu yang ditetapkan.

Terima kasih diucapkan buat guru sejarah saya iaitu, Puan Azizah binti Padzil kerana telah mengajar saya dan memberi penerangan dan langkah-langkah yang betul dalam membuat folio ini secara lengkapnya.

Ribuan terima kasih buat kedua-dua ibubapa saya iaitu Encik Abdul Razak bin Mohd Nor dan Puan Rokiah binti Mat kerana telah memberi dorongan serta membiayai perbelanjaan untuk memberi barangan yang berkaitan dalam membikin folio ini.

Turut tidak dilupakan kepada rakan-rakan sekelas saya iaitu Mohamad Ukail bin Nasir, Danial bin Tarmizi, dan Mohd Khairul Imran bin Zainal Badri kerana telah mencurahkan beberapa idea menarik dan maklumat berkaitan kajian. Tanpa mereka semua folio saya tidak akan sempurna.

OBJEKTIF KAJIAN Saya telah melakukan kajian mengenai bangunan sejarah. Saya telah memilih Muzium Perak yang terletak di Taiping, Perak. Objektif kajian saya yang pertama ialah untuk mengenalpasti asal-usul bangunan sejarah yang terdapat di negara kita. Dengan itu dapatlah kita mengetahui tentang asal-usulnya.

Objektif yang kedua pula ialah bertujuan untuk mengetahui tujuan pembinaan bangunan Muzium Perak. Jika objektif ini berjaya, dapatlah saya mengetahui mengapa bangunan tersebut dibina.

Di samping itu objektif yang ketiganya pula ialah untuk mengkaji dan mengenalpasti orang yang telah mengasaskan Muzium Perak ini. Berdasarkan objektif ini, saya juga dapat mengetahui serba sedikit tentang bangunan sejarah yang terdapat di negara ini.

Akhir sekali iaitu objektif yang keempat ialah berobjektif untuk menerangkan sumbangan bangunan sejarah ini kepada negara dalam mana-mana bidang. Ini dapat meningkatkan pengetahuan saya serta dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti tabah, rajin, dan berusaha sehingga berjaya serta dapat meningkatkan semangat patriotisme.

KAEDAH KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah pemerhatian. Saya telah melawat Muzium Perak untuk memerhati dan meninjau untuk mendapatkan fakta-fakta penting yang harus saya muatkan dalam folio ini.

Di samping itu, saya telah menggunakan kaedah temu bual. Saya telah menemu bual beberapa orang responden untuk mendapatkan maklumat-maklumat berguna tentang Muzium Perak.

Selain itu, saya turut menggunakan kaedah melayari internet. Saya telah melayari beberapa laman web yang mempunyai maklumat tentang Muzium Perak kerana maklumat yang terkumpul masih tidak cukup.

Akhir sekali, saya telah menggunakan kaedah menganalisis dokumen. Dokumendokumen yang saya dapat yang berkaitan Muzium Perak boleh memberikan saya sedikitsebanyak maklumat yang diperlukan.

HASIL KAJIAN

1.ASAL USUL Selepas Perjanjian Pangkor 1874, Taiping menjaadi pusat pentadbiran Inggeris dan dijadikan Ibu Negeri Perak. Bagi Inggeris, penubuhan sebuah muzium sangat penting sebagai pusat pengumpulan dan penyelidikan adat resam budaya masyarakat tempatan menerusi “material culture” yang dihimpun. Jadi tidak hairanlah bangunan muzium merupakan antara bangunan terawal yang didirikan di samping bangunan pentadbiran. Idea pembinaannya dicetuskan oleh Residen British di Perak. Muzium Perak juga bercirikan seni bina Moorish.

2.PENGASAS Muzium Perak telah diasaskan oleh Sir Hugh Low yang merupakan Residen British ketiga di negeri Perak. Beliau telah mengarahkan Leonard Wray Jr. Seorang ahli botani dan Geologi untuk mengumpul artifaj sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi negara ini.

3.TAHUN PEMBINAAN Muzium Perak telah mula dibina pada tahun 1883 hingga akhirnya siap pada 1886. Selepas itu terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian muzium disebabkan koleksi sejarah yang semakin bertambah.

4.LOKASI Muzium Perak terletak diantara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping. Ia terletak di dalam daerah Larut Matang dan Selama serta berada dalam Negeri Perak.

5.TUJUAN PENUBUHAN Tujuan penubuhan Muzium Perak ini adalah untuk menjalankan kerja-kerja menyelidik, mengumpul, menyimpan, memulihara, mempamer, mendokumentasi, dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat melalui aktiviti pengembangan pendidikan seperti pameran, seminar, bengkel, dan ceramah. Memupuk kesedaran masyarakat terhadap kekayaan warisan sejarah dan budaya berbagai kaum serta alam semulajadi dalam usaha mewujudkan masyarakat berkeperibadian tinggi selain menolong kerajaan dalam menggalakkan dan memajukan industri perlancongan di Malsysia.

6.KOS PEMBINAAN Bagi membina Muzium Perak ia telah mengambil kos yang tinggi. Kerja-kerja pembinaan muzium ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak. Untuk menambah sumber kewangan bagi menampung pembinaan Muzium Perak, Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perkhidmatan membuat contoh-contoh, menganalisis spesis binatang dan serangga serta khusus yang dijalankan oleh M.Keilich iaitu pakar Taxidermi.Selain itu, menjalankan penyelidikan bag menguji sampel-sampel galian dan binatang perosak tanaman ladang yang dihantar oleh syarikat-syarikat tempatan.Di samping itu, turut menjual biji-biji getah yang diperolehi di sekitar kawasan muzium kepada peladang-peladang sekitar negeri Perak yang berminat menanam pokok getah. Akhir sekali, jualan jurnal turut diterbitkan oleh Muzium Perak berkaitan laporan yang telah dilakukan oleh pegawai muzium.

7.CARA PERASMIAN Muzium Perak telah dirasmikan dalam acara yang penuh dengan gemilangnya.

8.REKABENTUK PLAN Rekabentuk plan Muzium Perak adalah unik. Kaunter terletak dihadapan pintu masuk. Di sebelah kirinya pula terdapat Perpustakaan.Di sebelah belakang kaunter ialah Galeri Pameran Sementara. Dis sebelah kanan Galeri Pameran Sementara ialah Galeri Alam Semulajadi. Di belakangnya ialah Bilik V.I.P. Di sebelah kiri Bilik V.I.P pula terdapat tandas. Di belakangnya ialah bilik Pameran Luar.Stor terletak di belakang bilik Pameran Luar .Di sebelah kirinya bilik Stor terdapat Galeri Kebudayaan dan dibelakangnya pula Bilik LLN. Manakala, Makmal Pemuliharaan terletak di luar bangunan utama iaitu berdekatan dengan tandas. Galeri Masyarakat Orang Asli dan Seramik juga terletak di luar bangunan utama iaitu bersebelahan dengan Galeri Kebudayaan.

9.BAHAN BINAAN Bahan binaan yang telah digunakan bagi membina Muzium Perak terdiri daripada batu-bata, batu-batu granit yang berukuran 30sm X 150 sm. Selain itu, Muzium Perak turut menggunakan jenis kayu tempatan yang berkualiti tinggi seperti cengal, meranti dan merbau bagi struktur lantai, gelegar, pintu, kayu kasau, kayu alang, papan tepi, bingkai pintu dan papan tangga.

10.PENGUBAHSUAIAN Pada asalnya pembinaan pada tahun 1883-1886 hanya bangunan utama dapat disiapkan.Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan sejak padatahun 1889 iaitu pembinaan serambi hadapan dan belakang dilakukan. Pada tahun 1891-1893 sebuah lagi ruang dibina di sebelah barat bangunan ini. Kemudiannya, British membina sebuah bangunan tambahan 2 tingkat dalam tahun 1900. Bangunan tambahan ini siap sepenuhnya siap pada tahun 1903. Pada tahun 2008-2009, kerja-kerja koservasi telah dilakukan secara menyeluruh keatas bangunan Muzium Perak termasuk kerja-kerja menaik taraf galeri-galeri pameran.

11.HIASAN DALAMAN Struktur peti-peti pameran tetap yang menggunakan kayu meranti dan cengal yang diketam halus dan diadun secara klasik bagi menimbulkan kesan yang menakjubkan.Peti-peti pameran turut dipasangkan cermin-cermin besar yang memperlihatkan keserasian apabila artifak atau spesimen yang dipamerkan boleh dilihat secara jelas dan terang. Bagi tujuan pencahayaan, sistem tingkap yang seragam dan pelbagai turut digunakan bagi mengawal kemasukan cahaya di dalam galeri pameran.Malah sistem badai turut digunakan bagi menentukan kadar cahaya yang bersesuaian masuk ke dalam galeri-galeri.Bagi menimbulkan mod yang lebih baik terhadap tingkap-tingkap yang dipasangkan jenis cermin berwarna bagi meghasilkan keserasian pada ruang-ruang tertentu.Peti-peti pameran tunggal atau bersambung disebut “island showcase” turut digunakan bagi menambah ruang untuk artifak-artifak atau spesimen yang hendak dipamerkan.

12.KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG Sejak dibina pada tahun 1883, bangunan Muzium Perak telah digunakan sebagai tempat mempamer pelbagai koleksi artifak berkaitrapat disiplin arkeologi, zoologi, geologi, sejarah, alam semulajadi dan sosio budaya masyarakat di negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) serta turut dijadikan pejabat Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1905. Bangunan ini juga tetap berfungsi sebagai muzium semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941-1945.

13.CARA PEMBINAAN Bangunan ini telah dibina menggunakan tenaga kerja buruh-buruh India, China dan penduduk tempatan. Disebabkan tanah tempat kawasan pembinaan bangunan adalah lembap dan cair, kerajaan British telah menggunakan kaedah tapak yang menggunakan batu-batu granit yang berukuran 30 sm X 150 sm bagi memberi tahap ketahanan yang tinggi pada bangunan. Manakala batu disusun secara bersilang berdiri bagi memberi kekuatan untuk menanggung bebanan yang berat. Bagi mengelakkan wap air yang mungkin menjejaskan struktur gelegar dan ketinggian lantai dari aras tanah turut diambil kira. Jarak antara tanah dan lantai lebih kurang 110 sm.

RUMUSAN Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan Kerja Kursus Sejarah yang bertemakan bangunan sejarah dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksankan folio ini banyak yang telah saya pelajari.

Saya mendapat pengetahuan tentang asal-usul Muzium Perak iaitu berasal daripada idea Sir Hugh Low. Saya juga mengetahui tujuan pembinaan muzium ini iaitu salah satunya untuk memulihara bahan tinggalan sejarah.

Saya juga dapat mengenalpasti pengasas muzium ini iaitu Sir Hugh Low merupakan Residen British ketiga di Negeri Perak telah mengarahkan Leonard Wray Jr. Untuk mengumpul bahan sejarah di negara kita. Saya turut dapat mengetahui sumbangan Muzium Perak kepada negara iaitu menolong kerajaan dalam menggalakkan dan memajukan industri perlancongan di Malsysia.

Selain pengetahuan , saya dapat menghayati nilai kesabaran dan kerjasama antara rakan semasa menjalankan kerja kursus ini. Menghasilkan kerja kursus sejarah telah memberi peluang kepada saya menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi.Kini, saya telah mengenali erti tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu tugas.

LAMPIRAN

ELEMEN 3: NILAI DAN PATRIOTISME

Fokus utama kokurikulum sejarah betujuan menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi melahirkan warganegara yang berbangga menjadi seorang yang menghormati raja, menghargai setiap bangunan sejarah dan bahan tinggalan sejarah, menjaga dan mempertahankan maruah bangsa.Mereka ini juga akan menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya negara kerana faktor ini menyebabkan mereka berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Selain itu, bersemangat setia negara akan menyebabkan seseorang itu cinta akan negara, taat setia kepada raja dan pemimpin negara, sedia berkorban untuk bangsa dan negara, berani dan sanggup berkorban untuk bangsa dan negara serta bersyukur kerana dilahirkan sebagai warganegara Malaysia.Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara menunjukkan seseorang itu bersemangat setia negara.

Semangat kekitaan ataupun kemasyarakatan seseorang itu boleh dilihat sama ada seseorang itu bersatu padu dan tolong menolong ataupun hormat-menghormati sesama masyarakat. Mereka ini juga akan sentiasa bersefahaman, bermuafakat dan muhibah.

Untuk menjadi seseorang yang berdisiplin, mereka haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mempertahankandan menjunjung perlembagaan negara, mematuhi peraturan dan undang – undang, berkelakuan sopan, bertatasusila, berhemah tinggi, bertindak wajar dan

bersifat amanah serta jujur. Dan yang penting sekali hendaklah berlaku adil dan bertimbang rasa terhadap manusia.

Warganegara yang berusaha dan produktif adalah warganegara yang rajin, gigih dan tabah menghadapi cabaran, menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan, berganding bahu membangunkan negara dan berilmu serta berketrampilan.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berbangga sebagai warganegara Malaysia, bersemangat kekitaan, berdisiplin dan berusaha dan produktif.

Related Documents