Pengalaman hidup Hidup ini bagaikan cuaca kadangkala panas, cerah, mendung , atau hujan, ia sukar di duga sama sekali seperti kehidupan manusia. Begitu juga dengan kehidupan saya, sepanjang hidup saya terdapat liku-liku pengalaman yang telah dilalui mengugat emosi dan perasaan. Pengalaman yang dilalui berkisah berkenaan dengan keluarga, pelajaran, dan juga cinta.
Sayang ibu … Semasa saya kecil saya tinggal bersama kedua ibubapa dan adik-beradik seramai lima orang. Saya adalah anak keempat, dan mempunyai dua orang abang, seorang kakak, dan seorang adik. Ketika umur saya 12 tahun saya tinggal di kampung bersama nenek dan makcik saya bersama abang sulung dan kakak. Saya berpindah ke kampung atas pilihan sendiri, tiba-tiba sahaja saya membuat tindakan yang begitu drastik untuk tinggal berjauhan dengan kedua ibubapa. Walaupun begitu, kedua ibubapa saya tidak menolak permintaan saya. Pada cuti akhir tahun sekolah pada tahun 1997 kami sekeluarga telah pulang ke kampung. Ketika pulang ke kampung saya hanya membawa barang-barang yang perlu dan penting sahaja. Sebenarnya ketika itu saya tidak berfikiran panjang tentang mengapa ingin tinggal di kampung. Mungkin ketika itu di fikiran hanya berfikir tentang keseronokan tinggal di kampung. Sepanjang masa cuti itu, kami sekeluarga banyak menghabiskan masa bersama-sama. Kami sekeluarga berkelah, berjalan-jalan di bandar, membeli-belah, dan lain-lain. Pada suatu hari , terjadi satu peristiwa di mana saya berkecil hati dengan adik sehingga saya mengurungkan diri di dalam bilik. Pada waktu yang sama juga ibu dan abah telah merancang untuk keluar berjalan-jalan ke bandar sambil membeli barangan keperluan sekolah
bagi kami adik-beradik. Ketika itu saya sangat sakit hati dengan perangai adik yang mengadangada. Hanya disebabkan adik adalah anak bongsu semua orang terpakasa mengalah dan mengikut kemahuannya. Sebagai tanda protes dan boikot terhadap adik saya mengurungkan diri. Fikiran pada masa itu, sudah tidak mahu ikut keluarga saya keluar ke bandar kerana hati sakit, geram, benci, sedih, dan macam-macam lagi. Perasaan sungguh bercelaru dan ego juga tinggi kerana tidak mahu menglaah.tetapi ibu telah datang untuk memujuk saya. Pada masa itu, ibu secara lembut merayu agar saya membuka pintu.melupakan kejadian tersebut. Tetapi saya tidak dapat memaafkan adik, jadi saya hanya mendiamkan di dalam bilik. Tiba-tiba ibu menangis sambil berkata, ‘’Jie janganlah macam ni, Jie tak kesian dekat ibu ke? Lepas ni ibu dah tak dapat jumpa Jie lagi. Marilah keluar sama-sama, tak lama ibu dan ayah dah balik.’’ Selepas mendengar kata-kata ibu, terus saya terkedu, sayu, pilu. Ungkapan ibu amat menyentuh hati. Daripada perasaan marah terus bertukar menjadi sedih, dan saya menangis dengan tiba-tiba. Ibu memang seorang yang penyabar, berkat kesabaran ibu memujuk, saya akhirnya dapat berfikir dengan jelas bahawa tiada gunanya menyimpan dendam dan ikutkan hati kerana ia hanya godaan syaitan semata-mata. Sejak peristiwa itu, saya merasakan kasih sayang antara ibu dan anak tidak dapat di putuskan walau sejauh mana pun seorang anak itu berada, seorang ibu tetap akan sayangkannya seperti anak-anaknya yang lain. Itulah kali pertama saya lihat ibu menitiskan airmata semata untuk memujuk saya. Saat itu rasanya, saya sangat berdosa sekali kerana membiarkan ibu bersedih. Apabila mengenangkanya saya rasa sungguh zalim Waktu cuti ketika itu dirasakan amat singkat skali, kerana selepas cuti sekolah habis, ibu telah mendaftarkan saya sebagai pelajar baru di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda. Pada
hari pertama di sekolah, ibu menemani saya ke sekolah, malu juga ketika itu walaupun dah jadi senior di sekolah tapi masih di temani ibu pada hari pertama di sekolah. Peperiksaan.. Di dalam hidup saya telah banyak peperiksaan yang telah dilalui, bermula dengan UPSR, PMR, SPM, Muet dan kini peringkat universiti. Antara peperiksaan yang sangat mencabar dan mengugat fizikal dan mental ialah Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM). Terdapat pelbagai peristiwa sebelum dan semasa menjawab soalan peperiksaan SPM. Tahun 2002 ialah tahun penting iaitu tahun di mana saya menduduki peperiksaan SPM. Disini bermulanya segala-galanya kerana hasil dari keputusan peperiksaan ini yang telah membawa saya ke menara gading. Tahun itu merupakan saat-saat yang getir sekali di mana segala usaha telah dicurahkan untuk menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Sejak awal tahun lagi saya telah mengambil kelas tusyen untuk subjek-subjek yang lemah seperti fizik, matematik tambahan, dan biologi. Setiap hari Sabtu dan Ahad saya akan menaiki bas ke pekan untuk menghadiri kelas tuisyen. Walaupun terpaksa berkorban masa dan wang ia adalah berbaloi jika mahukan hasil. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa pengorbanan. Pada bulan Julai telah diadakan ujian percubaan SPM, walaupun soalan yang dikemukan sukar tetapi saya berpuas hati kerana telah berusaha semampu mungkin untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Selepas dua minggu keputusan peperiksaan diumumkan, saat itu pelbagai perasaan telah melanda diri ini. Degupan jantung berdebar-debar, hilang tumpuan terhadap perkara-perkara lain. Rasa seperti hendak menangis sahaja ketika membaca keputusan peperiksaan, keputusannya amat menghampakan sekali tidak seperti yang diharapkan. Hati ini ibarat ditusuk oleh senjata yang tajam, mengapa keputusannya begini. Saat itu rasanya diri ini amat berdosa sekali kepada keluarga kerana mensia-siakan harapan dan wang yang diberi untuk belajar dan pergi ke tuisyen. Selama seminggu saya berada dalam keadaan
yang tidak sedih, hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana rasanya saat itu. Ia mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semula kekuatan. Setelah seminggu berada dalam keadaan murung saya tanamkan azam untuk bangkit semula kerana saya masih berpeluang untuk menebus kesalahan dengan belajar bersungguh untuk menjawab peperiksaan sebenar SPM. Selama dua bulan menunggu masa peperiksaan tiba, saya telah melakukan semua latihan yang berkaitan supaya dapat meningkatkan daya pemahaman dalam menjawab soalan-soalan yang sebenar. Masa berlalu dengan pantas sekali, hari peperiksaan sebenar tiba, hari pertama ialah kertasa Bahasa Melayu. Hari kelima pula ialah kertas Sebelum menjawab, perasaan tertekan amat terasa sekali kerana sesetengah subjek seperti fizik dan matematik tambahan agak
sukar untuk
difahami berbanding dengan matapelajaran yang lain.
Cinta.. Benarkah cinta itu wujud? Atau adakah ia hanya mainan kata-kata pujangga dan merupakan perasaan sayang manusia yang berlandaskan hawa nafsu manusia semata-mata. Adakah benar juga yang cinta itu buta, atau manusia yang sengaja membutakan cinta itu. Sepanjang hidup saya terdapat tiga cinta. Pertama cinta kepada Tuhan dan keluarga. Tanpanya, barangkali saya akan hanyut di alam ciptaan manusia. Tanpa bimbingan keluarga dan sokongan keluarga mungkin ketika ini tidak akan adanya saya disini sebagai pelajar di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Cinta ini mengajar saya tentang ertinya ketaatan kepada Tuhan, agama, dan keluarga. Di saat-saat getir dan hampir-hampir putus asa. Ketika hampir putus asa menunggu keputusan kemasukan ke Universiti,