Page 1
PENGGUNAAN ELEMEN MUZIK DAN NYANYIAN DI DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI OLEH: ZAINURE BIN MOHD SA’AD SMK BUYONG ADIL, TAPAH PERAK ABSTRAK Masalah menghafal sesuatu fakta di dalam mata pelajaran Sains khususnya Biologi merupakan antara punca para pelajar sukar untuk memperoleh markah yang cemerlang di dalam peperiksaan terutamanya dalam SPM. Ini ditambah pula dengan cara serta kaedah penyampaian guru Biologi itu sendiri yang kurang dipelbagaikan menyebabkan para pelajar mudah berasa bosan. Akhirnya, para pelajar kurang memberi perhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Seperti sedia maklum, mata pelajaran Biologi merupakan mata pelajaran yang menuntut ketekunan para pelajar untuk menghafal banyak istilah, namanama saintifik serta melukis dan melabel. Oleh kerana itu, suatu kaedah ataupun cara yang sesuai yang difikirkan menepati dengan citarasa pelajar masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru Biologi akan mencapai kepuasan yang maksimum sama ada di pihak guru mahupun murid itu sendiri. Menyedari akan hakikat bahawa remaja masa kini amat gemar dengan muzik dan nyanyian, maka pengkaji kajian ini telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Biologi. Bagi memperkenalkan kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji di dalam kajian ini, dua kumpulan pelajar telah dibentuk di mana satu kumpulan eksperimen dan satu lagi kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan kaedah muzik dan nyanyian bagi memperkenalkan tajuk Sistem Pencernaan manakala kumpulan kawalan diajar secara konvensional iaitu secara melukis, melabel dan menghafal. Hasilnya didapati aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat menyeronokkan bagi rresponden kumpulan eksperimen manakala responden kumpulan kawalan menghadapi masalah seperti bosan dan sukar untuk menghafal struktur yang terlibat dalam Sistem Pencernaan. Kesimpulannya, pengkaji berpendapat bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat muridmurid seperti muzik dan nyanyian. Page 2
1.0 PENDAHULUAN Biologi merupakan mata pelajaran Sains yang sarat dengan gambar berlabel yang menuntut para pelajar untuk mengenali, menghafal dan seterusnya memahami fungsinya. Jika seseorang pelajar bercitacita mahu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut maka mereka mestilah mahir memerhati, melukis, memahami serta mengingati semula setiap gambar rajah berlabel yang dilihatnya. Seringkali para pelajar menyuarakan rungutan mereka terhadap masalah mahu mengingati faktafakta di dalam Biologi khususnya mengingati gambar rajah berlabel. Malah kadangkala perasaan bosan akan menjadi sandaran kepada masalah tersebut apabila para pelajar tiba kepada persoalan gagal untuk menghafal gambar rajah. Suatu masa dahulu, mata pelajaran mata pelajaran Sains seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang susah, berat, memerlukan tumpuan yang amat serius malah guru gurunya juga sering dilabelkan dengan berpewatakan serius dan monotenus. Namun, hari ini, persepsi tersebut mahu dikikis sama sekali oleh pengkaji demi menarik minat serta merangsang minda pelajarpelajar untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Sains khususnya Biologi dengan menggunakan elemen muzik (nyanyian) dalam mata pelajaran Biologi. Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan ‘memancing’ para pelajar untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara memahami minat serta kecenderungan para pelajarnya. Justeru itu, pengkaji cuba menggunakan kemahiran nyanyian bagi menghafal gambar rajah berlabel Sistem Pencernaan Manusia. Kanakkanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itulah, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan muzik di dalam pengajaran subjek Biologi khususnya untuk menghafal dan memahami gambar rajah berlabel seperti gambar rajah Sistem Pencernaan Manusia (Sistem Alimentari). Bagi muridmurid yang lemah, kaedah menghafal dan menyebut strukturstruktur yang terdapat pada sistem pencernaan manusia dengan cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, 2 Page 3 menghafal dan menyebut turutan struktur yang terlibat di dalam sistem pencernaan manusia seperti mulut, esofagus, usus kecil, usus besar dan lainlain. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu muridmurid mengenali, menyebut dan menghafal struktur –struktur yang terbabit di dalam sistem pencernaan manusia malah aktiviti pengajaran dan pembelajaran Biologi menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan mereka dan guru sendiri. Ini terbukti apabila
kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu melukis semula gambar rajah Sistem Pencernaan Manusia serta melabelkannya dengan betul. Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh muridmurid tersebut dengan bimbingan guru (pengkaji) sebelum itu. Di dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada kemahiran menyebut, melukis serta melabel gambar rajah struktur yang terlibat di dalam Sistem Pencernaan Manusia seperti mulut, esofagus, hati, perut, pankreas, usus kecil, usus besar, apendiks, rectum sehinggalah dubur mengikut urutan di dalam tubuh manusia. Lirik lagu yang menggunakan melodi lagu ‘Bangau Oh Bangau’ (rujuk lampiran) dijadikan melodi bagi menyanyikan lagu tersebut. Selepas menyanyikan lagu tersebut, didapati muridmurid terbabit mampu menyebut dan melukis serta melabel semula strukturstruktur yang terlibat dengan cara menyanyikannya semula sambil melukis dan melabel. Temu bual secara rambang dengan beberapa orang murid jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian bagi menghafal serta menyebut namanama penting di dalam sesuatu tajuk di dalam Biologi amat berkesan dan menyeronokkan. 3 Page 4 2.0 PENYATAAN MASALAH Menyedari akan hakikat bahawa kebanyakan murid Tingkatan 4 menghadapi kesukaran untuk menyebut, menghafal, melukis dan melabel gambar rajahgambar rajah yang terlalu banyak yang perlu dihafal mereka dalam mata pelajaran Biologi, maka pengkaji mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen muzik dan nyanyian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu muzik yang ada pada pengkaji semasa di Maktab Perguruan dahulu maka pengkaji mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan bebanan serta masalah yang mengganggu muridmurid selama ini khususnya muridmurid yang baru menduduki Tingkatan 4 dan baru mengenali subjek Biologi. Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji, muridmurid berasa agak sukar untuk mengingati sesuatu fakta khususnya namanama struktur yang terlibat di dalam sesuatu proses seperti contoh di dalam system pencernaan manusia. Mereka ini tidak tahu mencari kaedah yang terbaik yang dapat membantu mereka untuk menghafal selain membaca berulangkali. Di samping itu, kaedah pengajaran kebanyakan guru Biologi yang terlalu bergantung kepada kaedah mengajar secara menyebut dan menghafal sahaja yang begitu
konvensional amat membosankan para pelajar. Kebanyakan pelajar cuba mencari jalan mudah tetapi terbaik bagi mereka untuk menghafal sesuatu fakta. 4 Page 5 3.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Kajian ini bertujuan untuk: 3.1 Membantu para pelajar agar mampu menyebut dan menghafal namanama sruktur yang terbabit di dalam system pencernaan manusia dengan mudah; 3.2 Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Biologi menyeronokkan para pelajar; 3.3 Menghapuskan rasa bosan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung; dan 3.4 Membantu pelajar menggunakan kaedah nyanyian untuk menghafal sesuatu fakta sains. 4.O METODOLOGI PENYELIDIKAN 4.1 Batasan Kajian Kajian ini hanya bertumpu ke atas 67 orang responden yang terdiri daripada muridmurid tingkatan 4 sains tulen yang mengambil subjek Biologi. Mereka ini merupakan muridmurid yang telah mendapat sekurangkurangnya pangkat C di dalam subjek Sains dan Matematik di dalam PMR. Kajian ini juga hanya bertumpu kepada satu tajuk di dalam Biologi Tingkatan 4 iaitu gambar rajah Sistem Pencernaan Manusia. Para responden hanya diuji menghafal dan menyebut nama struktur struktur yang terbabit di dalam system pencernaan manusia seperti: 5 Page 6 4.1.1 mulut 4.1.2 kalenjar air liur 4.1.3 esofagus 4.1.4 hati 4.1.5 perut 4.1.6 pankreas
4.1.7 usus kecil 4.1.8 usus besar 4.1.9 apendiks 4.1.10 rektum 4.1.11 dubur JADUAL PELAKSAAN PENYELIDIKAN BIL PERKARA TARIKH 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Mesyuarat menentukan tajuk kajian bersama guru Kanan Sains dan Ketua Panitia Biologi. Proses menyediakan draf kajian. Berbincang dengan Ketua Panitia Biologi dan Guru Kanan Sains tentang draf kajian. Memberi penerangan kepada responden sebelum memulakan kajian. Menjalankan kajian ke atas kumpulan kawalan. Menjalankan kajian ke atas kumpulan eksperimen. Proses mengumpul data dan menganalisis data. Refleksi / renungan. Proses penulisan laporan penyelidikan. Penyemakan terakhir dan berbincang dengan Ketua Panitia Biologi dan Guru Kanan Sains. Menyerahkan laporan kajian tindakan kepada Penyelaras Kajian Tindakan/ Pen. Kanan. 4 Mac 2006 6 Mac 2006
11 Mac 2006 16 April 2006 5 Mei 2006 7 Mei 2006 10 Mei 2006 17 Mei 2006 20 Mei 2006 26 Jun 2006 30 Jun 2006 6 Page 7 4.2 Kaedah Mengutip Data Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah pengutipan, iaitu: 4.2.1 Secara eksperimen (menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran). Pengkaji mengumpulkan 31 orang responden yang dianggap kumpulan kawalan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan murid ini diajar tajuk Sistem Pencernaan Manusia iaitu mengenali strukturstruktur yang terlibat dalam system pencernaan manusia. Kumpulan pelajar ini diajar secara biasa iaitu tanpa menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Kumpulan kedua merupakan 36 orang responden yang dianggap sebagai kumpulan eksperimen di dalam kajian ini iaitu kumpulan yang juga menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang diajar juga adalah sama seperti kumpulan kawalan iaitu Sistem Pencernaan Manusia tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza iaitu belajar mengenali strukturstruktur yang terlibat dalam system pencernaan manusia secara menyanyi diiringi muzik. 4.2.2 Lembaran Kerja Keduadua kumpulan responden diberi kertas lembaran kerja (rujuk lampiran) yang meminta mereka melabel system pencernaan manusia. Jawapan yang diberi oleh responden di dalam lembaran kerja tersebut kemudiannya akan disemak oleh pengkaji untuk dibuat perbezaan antara keduadua kumpulan. 7
Page 8 4.2.3 Temu Bual (Rujuk lampiran contoh soalan) Temu bual secara rawak ke atas keduadua kumpulan responden dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan reaksi mereka berkaitan kaedah pengajaran yang dijalankan. Kebanyakan soalan yang ditanya berbentuk soalan terbuka. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dapat menyatakan pendapat secara bebas isi hati mereka tanpa berasa dikongkong oleh soalan. 4.2.4 Pemerhatian Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkah laku pembelajaran pelajarpelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilakukan oleh pengkaji. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka dan bagaimana mereka memberi respon terhadap pengajaran guru (pengkaji). 4.3 Etika Dalam Kajian Tindakan Etika dalam penyelidikan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ini kerana hak semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir perlu dihormati. Etika penyelidikan dapat melindungi kepentingan jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Dengan adanya etika dalam penyelidikan, pengkaji dapat memastikan tindakan yang akan pengkaji ambil sentiasa adil, tepat dan berkaitan dengan aspek kajian. Etika kajian juga dapat mengelakkan pengkaji daripada menjadi mangsa tekanan dan eksploitasi daripada pihak atasan. Keadaan ini akan meletakkan pengkaji dalam keadaan yang selesa dan selamat untuk menjalankan Kajian Tindakan. Di samping itu, ia juga melindungi kepentingan pelajar yang juga sebahagian daripada subjek kajian. Etika 8 Page 9 kajian telah dirangka sendiri oleh jawatankuasa pelaksana yang terlibat dalam Kajian Tindakan. Setelah Etika Kajian dibentuk, ia akan menjadi satu tata cara ikatan yang perlu dihormati dan dipertahankan oleh semua yang terlibat dalam menjalankan Kajian Tindakan ini. Berikut adalah Etika Kajian yang dibentuk tentang kajian ini: 4.3.1 dipersetujui oleh semua jawatankuasa kajian bahawa manamana bukti atau data yang diperoleh tidak boleh melibatkan kepada pengenalan manamana
identiti ahliahli jawatankuasa kecuali dengan kebenaran; 4.3.2 dipersetujui bahawa sebarang pungutan bukti; dan data perlu dipersetujui bersama oleh semua ahli jawatankuasa; 4.3.3 dipersetujui bahawa pelajarpelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identity dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut daripada mereka; 4.3.4 dipersetujui bahawa penerbitan laporan ini perlu mendapat kebenaran daripada ahli jawatankuasa kajian; 4.3.5 dipersetujui bahawa semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka; 4.3.6 semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran pengetua sebelum didedahkan kepada umum; dan 4.3.7 laporan kajian ini akan diserahkan terlebih dahulu kepada Ketua Panitia Biologi, Guru Kanan Sains sebelum dihantar kepada pihak Pengetua. 9 Page 10 5.0 TINJAUAN AWAL 5.1 Mengutip Data Awal Proses kutipan data awal telah pengkaji jalankan melalui kaedah dan prosedur seperti yang dinyatakan dalam bahagian metodologi kajian. 5.2 Analisis Data Kajian Awal 5.2.1 Analisis Jawapan Lembaran Kerja Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran keduadua kumpulan, kesemua responden tersebut diberikan lembaran kerja yang meminta mereka melabel sistem pencernaan manusia. Kesemua lembaran kerja responden dianalisis (disemak) bagi keduadua kumpulan. 5.2.2 Analisis Pemerhatian Pemerhatian ke atas reaksi responden semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sentiasa dilakukan oleh pengkaji. 5.2.3 Analisis Hasil Dapatan dari Temu Bual dengan Pelajar Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pengkaji memilih secara rawak beberapa orang responden bagi mengetahui secara lisan pendapat serta perasaan mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh pengkaji. Di samping itu, tujuan temu bual diadakan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan persepsi
pelajar terhadap tingkah laku pengajaran guru bagi keduadua kaedah pengajaran yang dijalankan oleh pengkaji. 10 Page 11 5.3 Persoalan Kajian Pengalaman pengkaji yang telah mengajar Biologi tingkatan 4 dan 5 selama lima tahun mendapati kebanyakan kumpulan pelajar yang lemah atau gagal mencapai keputusan cemerlang di dalam mata pelajaran tersebut adalah berpunca daripada kegagalan menghafal faktafakta dan istilahistilah. Tidak kurang juga para pelajar yang menghadapi masalah melukis, melabel dan menghafal nama struktur pada sesebuah gambar rajah. Antara persoalan kajian yang menjadi fokus kepada kajian pengkaji adalah seperti: 5.3.1 Benarkah penggunaan elemen muzik dan nyanyian dapat menarik minat para pelajar di dalam aktiviti pembelajaran Biologi? 5.3.2 Bagaimanakah penggunaan elemen muzik dan nyanyian dapat membantu para pelajar menghafal nama struktur berlabel dalam sesebuah gambar rajah? 5.3.3 Apakah faktorfaktor yang menyebabkan para pelajar berasa bosan ketika mengikuti aktiviti pembelajaran Biologi? 6.0 PERANCANGAN TINDAKAN Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, didapati bahawa pengkaji memfokuskan kajian ini terhadap kaedah pengajaran guru Biologi yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini bermaksud lirik lagu yang dicipta mestilah mampu menyatakan nama struktur dengan jelas dan betul. Guru juga mestilah memainkan peranan dengan berkesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru harus memastikan bahawa semua responden menyertai sepenuhnya setiap aktiviti nyanyian yang dijalankan. 11 Page 12 Pengkaji berpendapat bahawa guru yang bijak seharusnya terlebih dahulu mengetahui minat dan cita rasa pelajar mereka. Dengan cara ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka sesuai dengan kehendak pelajar. Ini adalah kerana guru yang cemerlang akan melahirkan kumpulan pelajar yang cemerlang juga! 7.0
PELAKSANAAN TINDAKAN Di dalam pelaksanaan tindakan, pengkaji telah menjalankan dua sesi pengajaran berdasarkan rancangan mengajar yang telah dirancang. Sesi pengajaran pertama, pengkaji menumpukan kepada kumpulan kawalan. Kumpulan ini menjalankan aktiviti pembelajaran secara konvensional iaitu hanya dengan penerangan guru serta dibantu oleh carta dan gambar rajah. Manakala di dalam sesi pengajaran kedua, pengkaji menumpukan kepada kumpulan eksperimen iaitu kumpulan yang menjalankan aktiviti pembelajaran yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian untuk menghafal gambar rajah berlabel. Guru memberi penerangan dengan bantuan carta dan gambar rajah tetapi aktiviti dengan iringan muzik dan nyanyian. Rujuk contoh lirik lagu (lampiran). 8.0 DAPATAN KAJIAN KUMPULAN BIL INSTRUMEN KAJIAN KAWALAN EKSPERIMEN 1 Lembaran Kerja 9 orang (29.03%)dapat label tepat 32 orang (88.0%) dapat label tepat 2 Pemerhatian 4 orang (12.9%) kelihatan mengikuti sesi p&p dengan 36 orang (100%) kelihatan memberi tumpuan 12 Page 13
tekun. sepenuhnya serta gembira di sepanjang p&p berjalan. 3 Temu Bual 7 orang (22.6%) berminat dengan kaedah konvensional. 36 orang (100%) berminat dengan kaedah nyanyian. Berpandukan analisis dapatan ketigatiga instrumen kajian yang digunakan mendapati bahawa muridmurid lebih gemar menjalani aktiviti pengajaran Biologi dengan menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Berdasarkan analisis lembaran kerja didapati bahawa responden dari kumpulan eksperimen memperoleh markah paling tinggi berbanding responden kumpulan kawalan. Kebanyakan responden kumpulan eksperimen dapat melabel hampir kesemua struktur dengan betul berbanding kumpulan kawalan yang hanya memperoleh markah tertinggi iaitu 6 daripada 11 label. Hasil temu bual pula mendapati bahawa 100% responden dari kumpulan kawalan menyatakan masalah untuk menghafal kesemua struktur dengan tepat dan cepat berbanding dengan responden kumpulan eksperimen yang berpendapat bahawa menghafal melalui nyanyian amat memberi kesan kepada mereka. Hasil temu bual juga mendapati bahawa seramai 61 orang (91.04%) responden dari keduadua kumpulan bersetuju bahawa cara penyampaian pengkaji yang menggunakan kaedah nyanyian bagi menghafal struktur system pencernaan manusia adalah amat berkesan. 27 orang (87.1%) dari kumpulan kawalan berpendapat kaedah konvensional yang dijalankan oleh pengkaji amat membosankan mereka. Ini adalah kerana pada pendapat 13
Page 14 mereka, sikap guru yang hanya bergantung kepada carta sematamata kurang meninggalkan kesan serta tidak menghiburkan. 34 orang (94.4%) responden dari kumpulan eksperimen berpendapat kaedah pengajaran guru yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian semasa mengajar topic system pencernaan manusia amat berkesan serta menyeronokkan mereka. Ini mengelakkan mereka daripada perasaan bosan dan mengantuk apatah lagi pengajaran berlangsung di sebelah tengah hari. Persoalannya, apakah guruguru Biologi masa kini serta masa hadapan akan terus menggunakan kaedah yang konvensional ataupun mengubah kepada kaedah pengajaran yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian dalam pengajaran mereka? 9.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI Berdasarkan perancangan tindakan, pelaksanaan kajian dan dapatan kajian didapati bahawa kaaedah yang cuba diperkenalkan oleh pengkaji ini telah memberi kesan yang amat positif kepada para pelajar khususnya kepada kumpulan pelajar yang agak lemah di dalam kemahiran menghafal serta melabel gambar rajah. Bagi pihak pengkaji pula, kaedah ini amat mudah untuk dikendalikan malah memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan. Di samping membantu muridmurid melabel dan menghafal, kaedah ini juga dapat membantu murid murid mengenengahkan bakat mencipta lirik lagu/ pantun mahupun seloka. Kemungkinan masalah yang akan timbul adalah kepada guruguru Biologi yang tidak mempunyai bakat muzik dan nyanyian. Tetapi, sebenarnya itu bukanlah merupakan masalah besar kerana guruguru tersebut bolehh mendapatkan khidmat guru/ individu lain yang boleh memainkan muzik iringan terleih dahulu ataupun boleh ditukar kepada bentuk pantun, seloka mahupun gurindam. 14 Page 15 10.0 KESIMPULAN Kejayaan seseorang guru di dalam pengajarannya adalah apabila ilmu ataupun mesej yang mahu disampaikannya dapat dinikmati atau dikuasai oleh pelajarpelajarnya. Guru yang baik adalah guru yang dapat menggunakan segala kepakaran dan bakat yang dimilikinya untuk dikongsi oleh para pelajarnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Sesekali, guruguru khususnya guruguru Sains (Biologi) perlu memikirkan minat dan kecenderungan muridmuridnya untuk digunakan sebagai
pemangkin bagi ‘memancing’ minat mereka. Sebagai contohnya, kebanyakan muridmurid amat gemar akan muzik dan nyanyian mahupun berpantun, berseloka dan sebagainya. Menyedari akan hakikat tersebut, maka kajian ini menggunakan elemen muzik dan nyanyian bagi menarik minat muridmurid dan sekaligus membantu muridmurid terbabit menghafal faktafakta mahupun sturuktur –struktur berlabel bagi sesebuah gambar rajah. Di dalam kajian ini, seorang guru Sains (Biologi) yang mempunyai sedikit kemahiran dalam bidang Muzik telah menggabungjalinkan keduadua mata pelajaran Bahasa Melayu / Sastera dengan Biologi di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Biologi. Hasilnya didapati muridmurid berjaya dengan mudah melabel dan menghafal strukturstruktur yang terlibat di dalam Sistem Pencernaan Manusia. Di samping berjaya melabel dan menghafal strukturstruktur tersebut, muridmurid terbabit juga berasa seronok ketika mengikuti pelajaran Biologi. Ini sekaligus, merangsang muridmurid untuk meminati mata pelajaran Sains, khususnya Biologi. Para pelajar sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap mata pelajaran Biologi. 15 Page 16 11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji amat berharap agar lebih ramai pengkaji yang akan mencipta lebih banyak aktiviti yang seumpama dengan kajian ini bagi tajuktajuk atau kemahirankemahiran lain bagi mata pelajaran Biologi. Bagi guruguru Biologi yang tiada kemahiran memainkan alat muzik ataupun menyanyi, anda bolehlah menggunakan khidmat individu lain untuk merakam terlebih dahulu mainan alat muzik bagi mengiringi aktiviti nyanyian tersebut. Dicadangkan agar pengkajipengkaji seterusnya akan memikirkan aktivitiaktiviti lain seperti di dalam bentuk bersyair, berpantun, menari dan lainlain lagi yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Biologi. 16 Page 17 BIBLIOGRAFI Dr Kim Phaik Lah, Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia ( Jun 1995). Kuala Lumpur. Asiah Ismail, Ivan Filmer Jr, Tan Sun Seng, The Lay Hong, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Biologi Tingkatan 4. (2001). Mutiara Cemerlang Sdn Bhd
Notanota kuliah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 17 Page 18 LAMPIRAN 1 LIRIK LAGU 1. Mulut oh mulut kenapa engkau sakit bagaimana aku tak sakit perut aku perit perut aku perit 2. Perut oh perut kenapa rasa perit macamana aku tak perit hati aku sakit hati aku sakit 3. Hati oh hati kenapa engkau sakit macamana aku tak sakit pankreas aku jealous pankreas aku jealous 4. Wahai pankreas kenapa engkau jealous macamana aku tak jealous usus kecil tak serius usus kecil tak serius 18 Page 19 LAMPIRAN 2 CONTOH SOALAN TEMU BUAL 1. Bagaimanakah perasaan kamu selepas mengikuti pelajaran hari ini? 2. Adakah kamu berasa kelainan terhadap aktiviti pada hari ini berbanding dengan aktiviti sebelum ini? 3. Apakah kamu berasa terhibur di sepanjang aktiviti pada kali ini? 4.
Adakah kamu berasa mudah melabel dan menghafal sambil menyanyi? 5. Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel dan menghafal secara membaca ataupun secara menyanyi di mana lirik lagu dicipta berdasarkan namanama strukturstruktur terbabit di dalam Sistem Pencernaan Manusia? 6. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa aktiviti seperti hari ini telah menarik minat kamu untuk terus meminati mata pelajaran Biologi? 7. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru Sains khususnya guru Biologi juga mampu mengajar sambil berjenaka? 8. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guruguru Sains masa kini tidak patut dilabel sebagai guru yang serius dan membosankan? 9. Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan tertunggutunggu apakah bentuk aktiviti yang akan saya perkenalkan pula pada waktu seterusnya? 10. Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa kaedah ini mampu kamu gunakan sendiri untuk topiktopik yang lain? 19