PENGGUNAAN PERISIAN DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
OLEH
BAYREI ASRIN Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. 31 Januari 2008
PENGENALAN Pada peringkat awal kanak-kanak, pengalaman mereka mampu mempengaruhi pembelajaran serta perkembangan mereka dan proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu, penyediaan pengalaman awal kanak-kanak adalah penting dan mereka memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Selain itu, kita juga perlu mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan serta kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Berhubung dengan perkara ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 2003), bahagian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia menyarankan bahawa salah satu daripada pendekatan yang harus digunakan di Prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan penggunaan ICT atau pun TMK (Teknologi maklumat dan komunikasi) dan termasuklah pengintegrasian komputer dalam prasekolah. ICT dalam Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kecekapan dalam proses dan keberkesanan P&P. Dalam kurikulum prasekolah kebangsaan juga telah dinyatakan bahawa penggunaan komputer adalah untuk memperolehi maklumat, berinteraksi dengan rakan sebaya dan memperkayakan
pengalaman pembelajaran. Kementerian Pelajaran juga telah berusaha untuk menjayakan rancangan ini dengan membekalkan kelas prasekolah dengan sistem komputer dan perisian untuk digunakan oleh pelajar-pelajar prasekolah (Lim Keat Heng, 2007).
PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Sama seperti pengenalan sistem baru dalam kurikulum pembelajaran di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah, Penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidkan Awal kanak-kanak juga, pada mulanya mendapat pandangan serong daripada para pendidik. Sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di negara barat, para ahli pendidik di situ juga bimbang bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanakkanak. Namun begitu, penggunaan bahan ICT terus digalakkan walaupun perkembangannya agak perlahan. Ini kerana perkembangan semasa terus mengubah pandangan para pendidik tidak kira di mana juga. Guru-guru prasekolah menggunakan kelebihan ICT adalah untuk mencari bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran di sekolah. Terdapat banyak sumber yang mudah didapati dan berguna kepada guru-guru prasekolah. Penggunaan bahan ICT agak terkenal di Negara-negara barat dan kebiasaannya aktiviti seperti nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran dengan penggunaan software atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya, Radio Disney Music Mix Studio dimana mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School Bus:whale and dolphin dan melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Disini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains untuk kanakkanak (Doris Bergen,2001).
KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar ain dari luar negara melalui perkhidmatan internet. Selain itu, mereka juga dpat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali. Selain itu, ICT juga dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global. Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa sesi pembelajaran. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan
mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Selain itu dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer dikelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka kearah pembelajaran individu. Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
ISU YANG DIKEMUKAKAN •
Keburukan Internet Kepada Kanak-Kanak
Berdasarkan kajian dan contoh dari negara maju, internet amat membantu pelajar tidak mengira peringkat umur namun masih terdapat kebimbangan dikalangan para pendidik dan ibu bapa dimana penggunaan internet hanya akan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak jika tidak dikawal. Penggunaan internet tanpa kawalan hanya akan mendatangkan kesan buruk tanpa batas dan termasuklah berborak tanpa tujuan. Penggunaan ICT yang tidak dirancang hanya akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif dan berkesan dan seterusnya menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT serta mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh murid untuk belajar sesuatu bidang ilmu. Pada masa kini, pelbagai kaedah telah dibuat bagi mengelakkan masalah yang disebabkan dari internet namun perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Pihak yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak juga terdedah kepada gejala negatif internet seperti pornografi dan sebagainya (Berita Harian, March 1999).
•
Keburukan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Ahli-ahli pendidik di Negara barat merasakan perkara yang sama di mana mereka bimbang sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di sana
bahawa penggunaannya boleh
mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Salah satu suara kritik yang lantang datang dari satu organisasi di Amerika yang memanggil diri mereka, the Alliance for Childhood. Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh the Alliance, bertajuk, Fool’s Gold: A critical look at computers in Childhood (Cordes & Miller, 1999) melaporkan kebimbangan seperti risiko kesihatan, menjejaskan kreativiti melalui aktiviti “drill and practice”, mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti bermain yang lebih membina. Kerisauan yang sama juga diutarakan oleh Children and Computer Technology (2000), terbitan jurnal, The Future of Children. Kedua-duanya mengeluarkan pernyataan bahawa penggunaan komputer akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak kerana ia menggantikan masa yang kanak-kanak boleh menggunakannya untuk melaksanakan akiviti-aktiviti yang lebih membina dan bermakna seperti bermain dengan bongkah, air, pasir, meneroka dengan alat dan bahan menulis dan melukis serta peralatan permainan dramatic (Lim Keat Heng, 2007) Jean Healy (1998), pengarang buku, Failure to Connect, juga berpendapat bahawa pelajar prasekolah tidak sesuai menggunakan peralatan komputer. “ I now think age 7 is a reasonable age to think about it. Some experts say 11. I believe preschoolers and kindergarteners have no business playing with these machines” (How computers affect our children’s minds? Technos, 8, (Winter, 1999) 13-19 (Lim Keat Heng, 2007).
PENYELESAIAN ISU •
Pemilihan Program Dalam Internet
Masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru perlulan mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT seperti komputer srta cara mengakses internet yang betul dan selamat. Guru juga haruslah memastikan terdapat keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Setelah pasti
benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara bidan terjun. Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tersebut agar kesan negative dapat dielakkan. Masalah jenayah internet banyak disebut dalam bidang ini dan banyak kaedah juga telah dibuat bagi membendung masalah ini. Sebagai guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak merebak dikalangan kanak-kanak. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang (Berita Harian, March 1999). •
Perancangan Yang Teratur
Antara perancangan yang perlu dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini akan memastikan guru mampu atau tidak untuk menyelia dan memastikan tiada masalah semasa pelajar menjalankan aktiviti. Selain itu juga, guru harus menentuan sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau individu serta waktu penggunaan sama ada penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Selain itu juga, guru harus membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti komputer dan perisian yang digunakan oleh kanak-kanak. Guru juga perlu membuat aktiviti yangmenyeronokkan dan mampu mnarik perhatian dan minat kanak-kanak pada pnggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan produk software untuk kanak-kanak menumpukan dalam mencari cari yang paling seronok sambil belajar kemahiran asas (Doris Bergen, 2001).
CADANGAN PENULIS Sebagai seorang guru haruslah peka kepada kemajuan dan pemodenan global. Oleh itu mereka seharusnya tidak membiarkan pelajar mereka ketinggalan dalam arus pemodenan dan komputer merupakan satu komponen yang penting dalam memastikan pelajar tidak ketinggalan dengan semua itu dan perlu diwujudkan di kelas prasekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti prasekolah lain
yang membina dan bermakna seperti seni, main air, main pasir, muzik dan gerakan, penerokaan di luar, main peranan dan aktiviti bahasa dan literasi merupakan perkara yang peting dalam membangunkan perkembangan JERIS kanak-kanak namun ICT juga harus dimasukkan agar dapat diintegrasikan dengan komponen-komponen tersebut agar dapat saling melengkapi. ICT perlu diperkenalkan di peringkat prasekolah lagi dan digunakan dengan luas agar diperingkat yang tinggi, pelajar-pelajar tidak akan menghadapi masalah yang besar semasa mempelajarinya kerana mereka sudah didedahkan diperingkat prasekolah lagi. Peralatan seperti komputer seharusnya juga perlu disediakan dirumah namun tidak semua keluarga mampu memiliki sebiji komputer dirumah kerana ianya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Justeru itu, pengalaman awal dengan komputer perlu bimbingan orang dewasa yakni guru prasekolah. Untuk permulaan, guru prasekolah perlu mengajar kanak-kanak bahagian-bahagia komputer, kemahiran asas menggunakan tetikus sebelum menggunakan papan kekunci. Guru prasekolah juga bertanggungjawab dalam mengintegrasikan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilih bahan ICT yang digunakan dalam p&p. Guru boleh menggunakan “freeware” yang developmentally appropriate untuk melengkapi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah dan menjadikan pengalaman belajar kanak-kanak prasekolah lebih seronok dan bermakna lagi (Doris Bergen, 2001).
KESIMPULAN Sebagai guru prasekolah, adalah penting untuk mengetahui keperluan pelajar-pelajar mereka. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut. Guru kepada kanak-kanak pada peringkat awal juga perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Penggunaan ICT merupakan salah satu cara untuk membantu
guru untuk mengembangkan komponen-komponen kanak-kanak seperti kreativiti dan juga komponen lain ke tahap maksimum. Penggunaan komputer atau bahan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan masa kini bagi melahirkan generasi yang celik komputer. Seiring dengan itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah disamping pendekatan “Belajar melalui bermain”, “Bertema’ dan “Bersepadu”. Namun begitu, pendekatan ICT dan penggunaan komputer masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan dan sebagai guru prasekolah, kita perlu berusaha untuk mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan lagi pendekatan ini supaya kanak-kanak prasekolah akan mendapat manfaat yang maksimum daripadanya. Komputer juga mampu membantu kanak-kanak uantuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar neara serta memperolehi maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya dalam kehidupan kita. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab ini untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru.
BIBLIOGRAFI
Lim Keat Heng, (2007). Komputer Dalam Pendidikan Prasekolah. Diperolehi Januari 15, 2008 daripada http://www.geocities.com/seminarpra07/KertasPenuh/Komputer Dalam_Pendidikan_ Prasekolah _Satu_Pandangan.pdf Dennis Rowen (2005, Febuari ) The write motivation. Learning And Leading With Technology, Vol 32, No 5. 22-23 Antara kebaikan dan keburukan Internet (1999) pada Januari 15, 2008 daripada http://161.139.39.251/akhbar/info.tech/1999/bh99309. Doris Bergen (2001, March). Learning In The Robotic World : Active Or Reactive. Childhood Education. 249-250 Doris Bergen (2001, Febuari) Technology In The Classroom. Childhood Education. Vol 77, No 4. 251-252 Jeremy Sugden (1997, April). Help From Internet. Childhood Education. 69