Elemen 3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Elemen 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 349
  • Pages: 3
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat

memupuk semangat cintakan warisan bangsa

dalam kalangan rakyat Malaysia

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan ...

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus

menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa .

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong- menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat .

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi . Aktiviti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah . Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mestilah menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara kita Malaysia .

Related Documents

Elemen 3
May 2020 15
Elemen 3
May 2020 13
Elemen 3
April 2020 5
Elemen 3
May 2020 5
Elemen 3
May 2020 8
Elemen 3
May 2020 6