Elemen 3

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Elemen 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 318
  • Pages: 3
ELEMEN 3

Wawasan 2020 adalah satu usaha untuk meletakkan Malaysia supaya `duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara lain yang lebih maju. Justeru itu, kita perlu memiliki insan yang berjiwa besardan bersemangat patriotik. Usaha memupuk semangat patriotik dapat diterapkan melalui aktiviti harian dan juga di sekolah. Di sekolah, kita diajar untuk membina modal insan patriotik kearan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita juga diajar untuk menghormati Raja dan pemimpin pemimpin negara. Kita dididik supaya menghormati lambang-lambang kemegahan negara seperti Jalur Gemilang. Suakn dan permainan dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia negara. Ahli sukan yang tulen akan memiliki rasa cinta akan bangsa dan negara. Selain itu, mereka sanggup membelakangkan kepentingan, masa, tenaga dan kaluaraga demi untuk negara tercinta walaupun kalah dan menang adat bertanding, mereka tetap akan bersungguh-sungguh untuk mangharumkan nama negara. Mereka menjadi berani untuk betarung walaupun lawannya lebih hebat dan handal. Mereka juga berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Acara sukan dan permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar, bola baling dan sebagainya yang berkumpulan memerlukan semangat kekitaan untuk menang. Mereka juga harus ada sikap bekerjasama. Sukan dan permainan juga mampu melahirkan modal insan yang berdisiplin yang menjadikan seorang atlet sukan itu berjaya dan disegani. Mereka perlu memiliki sikap disiplin yang tinggi contohnya Dato’ Lee Chong Wei pemain badminton nombor satu negara dan Nicol Ann David, pemain squash nombor satu negara, memiliki sikap disiplin yang amat tinggi walaupun banyak cabaran yang menempuh. Jatuh bangunnya sebuah negara amat berkait rapat dengan modal insannya dan semangat patriotik yang telah disemai di dalam diri masing-masing. Menjadi tanggungjawab bagi semua pemimpin untuk menyemai modal insan dan semangat dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda dan generasi nagara. Mereka perlu berusaha dan produktif agar tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. Jika tiada wawasan 2020 akan tinggal menjadi ungkapan retorik dan sebuah fatamorgana di mayapada ini.

Related Documents

Elemen 3
May 2020 15
Elemen 3
May 2020 13
Elemen 3
April 2020 5
Elemen 3
May 2020 5
Elemen 3
May 2020 8
Elemen 3
May 2020 6