Elemen 3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Elemen 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 277
  • Pages: 2
Elemen 3: Penerapan Unsur Patriotisme

Bagaimana hendak menerapkan unsur patriotisme dalam kalangan pelajar menerusi pengenalan kepada tokoh negara?

Pelajar ialah aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Jadi, kerajaan sentiasa berusaha menerapkan unsur patriotisme dalam kalangan pelajar. Salah satu cara yang dilakukan ialah melalui pengenalan kepada tokoh-tokoh negara yang telah banyak berjasa pada suatu masa dahulu.

Antara unsur patriotisme yang dapat diterapkan melalui pengenalan kepada tokoh ialah pelajar akan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Unsur ini diterap setelah pelajar mengetahui sumbangan tokoh negara. Hal ini menyebabkan pelajar menghargai jasa dan perjuangan tokoh negara.

Selain itu, unsur patriotisme yang dapat diterapkan ialah pelajar akan bersemangat setia negara. Unsur ini diterap setelah pelajar mengetahui betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh tokoh negara. Hal ini menyebabkan pelajar

bersemangat untuk sedia berkorban untuk bangsa dan negara seperti yang telah dilakukan oleh tokoh negara.

Di samping itu, unsur patriotisme yang dapat diterapkan melalui pengenalan kepada tokoh negara ialah pelajar akan bersemangat kekitaan. Unsur ini diterap setelah pelajar mengetahui akan kerjasama tokoh-tokoh negara yang berusaha mendapatkan kemerdekaan. Hal ini menyebabkan pelajar bersikap bekerjasama dan tolong-menolong.

Seterusnya, unsur patriotisme yang dapat diterapkan ialah berdisiplin. Unsur ini diterap setelah pelajar sedar jika ingin berjaya seperti tokoh-tokoh negara, disiplin amat diperlukan. Hal ini menyebabkan pelajar berkelakuan sopan, bertatasusila, dan berhemah tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Akhir sekali, unsur yang dapat diterapkan ialah berusaha dan produktif. Unsur ini diterap setelah pelajar sedar yang usaha gigih diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jadi, pelajar akan bersikap rajin dan gigih untuk berjaya.

Kesimpulannya, pengenalan kepada tokoh-tokoh negara amat penting untuk menerapkan unsur patriotisme dalam kalangan pelajar.

Related Documents

Elemen 3
May 2020 15
Elemen 3
May 2020 13
Elemen 3
April 2020 5
Elemen 3
May 2020 5
Elemen 3
May 2020 8
Elemen 3
May 2020 6