Ekonomi Campuran

  • Uploaded by: mel al zahra
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ekonomi Campuran as PDF for free.

More details

  • Words: 747
  • Pages: 18
NURUL HARTINI BINTI ABD HAMID NOORHAMIZAH BINTI MOHD SAPIE HANIS IZZA FATIHA BINTI MAT ISA

APAKAH YANG ANDA FAHAM TENTANG EKONOMI CAMPURAN? ADAKAH EKONOMI CAMPURAN SATU SISTEM EKONOMI YANG BARU?

PENDAHULUAN  Istilah “sistem” berasal dari perkataan “sistema” (bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang terdiri dari pelbagai bahagian.  Sistem ekonomi : cara masyarakat membuat pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi.

DEFINISI  Sistem Ekonomi Campuran : satu sistem di mana pihak swasta dan kerajaan bersamasama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. (Yeam 2006 : 24).

CIRI-CIRI 1) Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan pihak awam  Kerajaan : mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh mekanisme harga- meningkatkan taraf kebajikan rakyat.  Swasta : barang yang dikehendaki oleh masyarakat – memaksimumkan keuntungan. 2) Kegiatan ekonomi yang terkawal.  Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supaya kegiatan ekonomi tidak menghasilkan kesan luaran negatif.

3) Keputusan Ekonomi Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan mekanisma harga, kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta. Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan. Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan. Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan mekanisme harga.

KEBAIKAN 1) Kegiatan ekonomi yang stabil.  Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi.  Melalui dasar fiskal dan dasar kewangan. 2) Agihan pendapatan yang lebih setara.  Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.  Perlaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi untuk mengecilkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dengan golongan yang miskin.

3) Menyediakan barang awam  Kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang awam bagi meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara.  Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam yang strategik dan yang diperlukan oleh masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan, pertahanan dan sebagainya.

KELEMAHAN 1) Kerenah birokrasi kerajaan menghalang perkembangan sektor swasta.  Contohnya, kelewatan kerajaan utnuk meluluskan projek pihak swasta dan pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan oleh pihak swasta. 2) Kesukaran menentukan dasar yang sesuai  Akibat kesukaran menjangka keadaan ekonomi masa depan dimana spekulasi ekonomi dunia yang tidak menentu ataupun ramalan berdasarkan maklumat yang tidak tepat.

3) Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam.  Jika pengurusan perusahaan awam itu tidak cekap sehingga mengalami kerugian yang besar.  Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturanperaturan dan undang-undang menyebabkan pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusan dengan cepat untuk menghadapi perubahan.

MALAYSIA 1)

Mengadakan peraturan dan undang-undang.



Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepada perjalanan sistem pasaran. Contohnya, undang-undang buruh diperkenalkan supaya tidak berlaku penindasan terhadap buruh.



2) Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.  Contohnya, bagi barang keperluan asas seperti gula, beras, garam dan susu adalah barang kawalan.  Harganya tidak boleh dinaikkan atau diturunkan tanpa persetujuan kerajaan.

3) Sistem percukaian.  Bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan penggunaan pengguna terhadap sesuatu barangan.  Beban cukai atau bahagian jumlah cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Pemberian subsidi oleh kerajaan akan mengurangkan kos pengeluaran pengeluar.

PERANCIS 1) Pemilikan  Kebanyakan firma-firma dalam sektor pertanian, industri dan perkhidmatan adalah dimiliki oleh sektor swasta.  Segala utiliti awam, termasuk letrik dan gas adalah dimiliki kerajaan. 2) Kuasa ekonomi  terletak pada pengguna individu dan firma swasta di samping kerajaan pusat.  Firma swasta bebas menentukan komposisi output dan input.  Kerajaan pusat dapat mempengaruhi ketetapan persendirian melalui pelbagai teknik spt skim jaminan sosial agar dapat menukar atau meminda ketetapan isi rumah dan firma.

3) Peruntukan sumber  Walaupun adanya kawalan kerajan yang agak lengkap, akan tetapi sedikit sahaja tindakan ekonomi adalah hasil dari arahan kerajaan.  Kerajaan mungkin campur tangan dalam ekonomi tetapi campur tangan ini dicerminkan dalam menukar kos berniaga sahaja. Ini mempengaruhi prospek keuntungan bagi pengusaha swasta.

THAILAND 1) Pemilikan  kerajaan melarang pemilikan asing secara majoriti dalam kebanyakan sektor untuk menjamin profesion-profesion tertentu bagi warganegara Thai. 2) Undang-undang  contohnya: Akta Perhubungan Buruh Perusahaan Pihak Kerajaan (SELRA) diluluskan dan memberikan kakitangan sektor awam hak yang serupa dengan pekerja sektor swasta. 3) Pengawalan harga  menetapkan harga siling bagi barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.

KESIMPULAN  3 negara yang dibentangkan tadi, jelaslah menunjukkan bahawa sistem ekonomi campuran bukanlah suatu sistem yang terlalu lama mahupun terlalu baru.  Sistem ini lahir dari adaptasi akibat kegagalan sistem ekonomi sebelumnya iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis di mana sistem ini mengambil nilai-nilai terbaik dari sistem ekonomi tersebut.

Q&A

SEKIAN TERIMA KASIH

Related Documents


More Documents from "ianatul khafidlah"