A Sistem Ekonomi Campuran

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View A Sistem Ekonomi Campuran as PDF for free.

More details

  • Words: 275
  • Pages: 2
SISTEM EKONOMI CAMPURAN DEFINISI: 1. Sistem ekonomi campuran merupakan sistem ekonomi yg menekankan kerjasama antara pihak swasta dengan kerajaan dlm menyelesaikan masalah asas ekonomi. 2. Sistem ekonomi campuran menggabungkan kebaikan kedua-dua sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ikonomi perancangan pusat CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI CAMPURAN 1. Penentu harga -harga barang dan perkhidmatan ditentukan melalui mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan dan penawaran di pasaran -kerajaan turut campur tangan dlm menentukan harga barang tertentu melalui dasar harga minimum dan harga maksimum, dasar percukaian dan dasar subsidi (kepada pengeluar). 2. Pemilikan faktor pengeluaran -individu dan kerajaan bebas memiliki dan menggunakan factor pengeluaran, iaitu buruh, tanah , modal, dan usahawan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. -kerajaan akan mengawal pemilikan factor pengeluaran oleh individu dan pihak swasta melalui penguatkuasa undang-undang. Sebahagian factor pengeluaran akan dimiliki kerajaaan untuk mengeluarkan barang awam. 3. Tujuan pengeluaran -tujuan utama barang dan perkhidmatan oleh pihak swasta adalah untuk memaksimumkan keuntungan -tujuan pengeluaran barang awam oleh kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat. 4. Pembuat keputusan -pihak swasta bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga -kerajaan akan mengeluarkan barang awam seperti membina hospital kerajaan, jalan raya, jambatan dan balai raya.

5. Kebebasan memilih -individu dan pihak swasta bebas memilih barang dan perkhidmatan yg akan dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pengguna dan mencapai keuntungan maksimum. -kerajaan akan memantau kegiatan pengeluaran individu dan pihak swasta bagi memastikan barangan yg dikeluarkan adalah selamat dan tidak menyalahi undang2 6. Persaingan -pihak swasta bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yg dapat memberikan keuntungan maksimum. -kerjaan akan memastikan persaingan antara individu dan pihak swasta berlaku secara adil dan sihat demi memelihara kebajikan masyarakat. 7. Contoh Negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini -Malaysia -Singapura -Indonesia

Related Documents