EKONOMI CHAPTER 1 Ekonomi Sains kekurangan-sains yang mengkaji bagaimana individu dan masyarakat mengurus dengan hakikat bahawa kehendak manusia melebihi sumber terhad yang sedia ada bagi memenuhi kehendak tersebut. Kekurangan Satu keadaan dimana kehendak kita melebihi sumber yang terhad yang sedia ada bagi memenuhi kehendak tersebut. Sumber ekonomi 1. Buruh - sumbangan kepakaran dari fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. 2. Modal - Barang yang boleh dikeluarkan yang boleh digunakan sebagai input untuk Pengeluaran selanjutnya. 3. Tanah – Semulajadi yang belum diusahakan 4. Usahawan – mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan sanggup menerima sebarang risiko. Kategori2 Ekonomi 1. Ekonomi Positif 2. Ekonomi Normatif 3. Mikroekonomi 4. Makroekonomi 1. Ekonomi Positif – Bidang yang cuba mengkaji ‘apa’ – Memeperkatakan tentang hubungan sebab-akibat yang boleh diuji @ kesan 2. Ekonomi Normatif – Bidang yang mengkaji ‘mengapa’ – Mempertimbangkan nilai dan pendapat yang tidak boleh diuji 3. Mikroekonomi -alat : mikroskop -satu cabang ekonomi yang mengkaji kelakuan dan pilihan manusia dalam unit ekonomi yang kecil; individu, firma, industry, pasaran.
4. Makroekonomi -alat : teleskop -satu cabang ekonomi yang mengkaji kelakuan dan pilihan manusia dalam unit ekonomi yang besar iaitu ekonomi secara agregat atau keseluruhan; pengangguran, inflasi, pertumbuhan # Sesuatu benda yang mendatangkan utiliti atau kepuasan : Barang # Sesuatu bende yang tidak mendatangkan utility atau ketidakepuasan : Tidak Baik –pencemaran # Kekurangan menyebabkan kita membuat pilihan kita perlu memilih kehendak mana yang boleh dipenuhi dan yang mana tidak boleh dipuaskan. # Pilihan menyebabkan adanya kos melepas. # Kos melepas adalah nilai sesuatu peluang atau alternatif terbaik yang mesti dilepaskan semasa membuat pilihan. -Semakin tinggi kos melepas untuk melakukan sesuatu, semakin kurang untuk dilakukan. # Disebabkan oleh kekurangan, kita memerlukan satu alat catuan – satu kaedah untuk memutuskan siapa yang akan memperolehi sumber yang sedia ada dan barangan. – Kekurangan akan mewujudkan persaingan orang ramai akan bersaing untuk mendapatkan sumber terhad bagi memenuhi kehendak kita yang tidak terbatas.