GLOSARI MAKROEKONOMI
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ IST ILAH Al-Takjiri Agihan Pendapatan Akaun Akaun Dagangan Akaun Modal Akaun Penyelesaian Rasmi Akaun Perkhidmatan Akaun Pindahan Akaun Semasa Akaun tabungan Al- Ijarah
Al-Bai Bithaman Ajil
Aliran Cukai
PEN ERANG AN Konsep pembiayaan pajakan syariah yang membenarkan penyewa mengambil alih harta yang dipajak. Pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau kumpulan dalam sesebuah ekonomi. Rekod penyata urusniaga kewangan sama ada dalam bentuk stok atau aliran di dalam buku kira-kira. Merekodkan nilai – nilai eksport dan import barang nampak sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun Merekodkan semua pergerakan modal oleh warga negara dan institusi sesebuah negara kepada negara – negara lain Merekodkan perubahan bersih rizab mata wang asing dan cadangan emas sesebuah negara Merekodkan nilai ekport dan import barang tak nampak atau perkhidmatan sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun Merekodkan semua bayaran pindahan sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun Merekodkan semua urusniaga yang melibatkan eksport dan import barang nampak dan barang tak nampak serta bayaran pindahan swasta dan kerajaan Satu jenis akaun bank yang mencatatkan wang masuk dan keluar serta bunga modal yang diberikan secara berkala. Konsep pembiayaan pajakan Syariah, di mana bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan, dan kemudian memajak harta itu kepada pelanggan untuk tempoh tertentu dengan sewa pajakan dan syarat-syarat lain seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Satu skim yang membenarkan peminjam menangguhkan bayaran untuk barangan yang dibeli dalam tempoh dan dengan cara yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Isirumah dan firma akan membayar cukai daripada sebahagian pendapatannya samada secara langsung atau 1
Aliran Fizikal Aliran Pendapatan Aliran Perbelanjaan Kerajaan Aliran Pusingan Pendapatan Al-Kafalah Al-Mudharabah
Al-Murabahah
Al-Musyakarah
Al-Wadiah
Al-Wakalah Aset Cair (Liquid Asset) Aset Semasa (Current Asset) Aset Tetap (Fixed Asset)
tidak langsung Pergerakan barang dan perkhidmatan dalam pasaran barang dan pergerakan faktor pengeluaran dalam pasaran faktor. Pergerakan perbelanjaan pengguna dalam pasaran barang dan pengerakan pendapatan faktor dalam pasaran faktor. Perbelanjaan kerajaan ke atas barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma dan isirumah. Menunjukkan aliran pendapatan yang berlaku di antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah, firma, kerajaan dan luar negeri. Satu perjanjian di antara seseorang pelanggan dan banknya dengan bank memberi jaminan bahawa pelanggan tersebut akan memenuhi tanggungannya terhadap pihak ketiga. Suatu perjanjian di antara pemberi pinjam dan pengusaha, dengan pemberi pinjam bersetuju untuk membiayai projek pengusaha berdasarkan perkongsian keuntungan, mengikut nisbah yang telah dipersetujui sebelumnya dalam perundingan di antara pemberi pinjam dan pengusaha. Penjualan barang pada harga yang meliputi harga belian dicampur dengan margin keuntungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat, yang menukar bentuk kegiatan pemberian pinjaman tradisional kepada satu perjanjian jual beli yang memerlukan pemberi pinjam membeli barangan yang dikehendaki oleh peminjam dan dijual semua kepada peminjam pada harga yang lebih tinggi seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Satu perkongsian dalam kegiatan perniagaan tertentu yang bertujuan mendapatkan keuntungan, dengan pemberi pinjam tidak hanya menyediakan modal tetapi juga melibatkan diri dalam pengurusan. Satu persetujuan untuk menyimpan harta, tidak termasuk harta tetap tak alih, dalam jagaan pihak lain yang tidak merupakan pemilik, atau mana-mana harta yang disimpan dengan bukan pemiliknya untuk dijaga. Satu perjanjian di antara seseorang pelanggan dan banknya dengan pelanggan tersebut melantik banknya sebagai agen dalam urusan tertentu bagi pihaknya. Wang dan aset lain yang boleh ditukar kepada tunai dengan segera dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Wang termasuk deposit akaun semasa dan wang tunai, sementara aset lain termasuk wang panggilan dan bil terdiskaun. Wang tunai dan aset yang mudah ditukarkan kepada tunai, misalnya wang tunai dalam tangan, akaun belum terima, inventori dan sekuriti boleh pasar. Aset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Asset tetap terdiri daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin 2
dan pelaburan jangka panjang. Serta aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta dan tanda perdagangan.
3
IST ILAH Bank
Bank Islam Bank Perdagangan Bank Pusat Bank Saudagar
Bank Simpanan (Saving Bank) Barang Akhir (Final Goods) Barang Perantaraan (Intermediate Goods) Bayaran Pindahan Bayaran Pindahan
Bayaran Tertunda Bekalan Wang/Penawaran Wang
PEN ERANG AN Institusi kewangan yang menjalankan urusniaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar dan bank simpanan. Institusi kewangan yang operasinya berpandukan prinsipprinsip Islam Institusi kewangan bank yang mempunyai hak untuk mencipta kredit melalui penyediaan kemudahan akaun semasa (cek) Institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan system kewangan negara. Bank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai Bank yang fungsi utamanya menerima deposit daripada orang ramai dan menguruskan simpanan yang kecil jumlahnya misalnya Bank Simpanan Nasional. Barang yang dikeluarkan untuk penggunaan unit ekonomi dengan tujuan mendapat utiliti atau kepuasan dan bukannya untuk tujuan mengeluarkan barang – barang lain. Barang yang digunakan sebagai input untuk menghasilkan barang akhir. Perbelanjaan yang bukan untuk tujuan pertukaran. Kebanyakan bayaran pindahan kerajaan adalah bercorak bayaran kebajikan. Pendapatan kepada individu yang tidak menyumbangkan faktor pengeluaran secara produktif dalam kegiatan ekonomi. Contohnya pemberian biasiswa, elaun surirumah, bayaran pencen dan seumpamanya. Salah satu fungsi wang yang membolehkan urusniaga kredit di mana pembayaran harus dibuat pada masa akan datang. Semua jenis wang yang ada dalam sesebuah negara.
4
Belanjawan Belanjawan Kurangan/Defisit Belanjawan Seimbang Bil Perbendaharaan (Treasury Bill)
Bocoran Bon Bon Kerajaan Bunga Atas Pinjaman Kerajaan Bunga Atas Pinjaman Pengguna Bunga Bersih
Bunga Kasar
Satu rancangan tentang anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun yang akan datang Jumlah hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan Jumlah hasil sama dengan jumlah perbelanjaan Bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu. Kegiatan bank pusat menjual dan membeli bon ini dalam pasaran terbuka mempengaruhi stok wang edaran. Aliran wang keluar daripada aliran pusingan pendapatan negara seperti tabungan, cukai dan import yang akan mengurangkan pendapatan negara. Satu nota janji hutang jangka panjang. Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan yang menjanjikan bayaran pokok dan bunga pada kadar tertentu pada suatu tarikh yang ditetapkan. Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal mereka kepada kerajaan Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal mereka kepada pengguna Segala bentuk ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana kesanggupannya berpisah dengan modal tidak termasuk bunga ke atas pinjaman penggunaan dan bunga ke atas pinjaman kerajaan. Segala bentuk ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana kesanggupan berpisah dengan modal termasuk bunga ke atas pinjaman pengguna dan bunga ke atas pinjaman kerajaan.
5
IST ILAH Cagaran/sandaran Cek Cek Kembara Cukai Eksais Cukai Keuntungan Syarikat Cukai Langsung Cukai Pendapatan Persendirian Cukai Progresif Cukai Proposional Cukai Regresif Cukai Tak Langsung
PEN ERANG AN Harta atau dokumentasi hak milik yang dijadikan sebagai jaminan untuk mendapatkan pinjaman. Satu perintah bertulis oleh penyimpan wang dalam akaun semasa kepada pihak bank supaya membayar kepada seseorang. Sejenis cek yang dijual oleh bank dan agensi pelancongan kepada pengembara atau pelancong yang tidak ingin membawa wang tunai. Cukai tak langsung ke atas jualan atau pengilangan sesuatu jenis keluaran setempat. Cukai yang dibayar oleh syarikat kepada kerajaan Cukai yang dibayar oleh individu dan syarikat dan tidak dapat dipindahkan kepada orang lain. Cukai langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas individu. Sistem cukai yang kadarnya bertambah apabila pendapatan bertambah. Sistem cukai yang kadarnya tidak berubah pada tingkat pendapatan yang berlainan. Sistem cukai yang kadarnya menurun apabila pendapatan bertambah. Cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan dan boleh dipindahkan bebannya kepada orang lain.
6
IST ILAH Darjah Inflasi Dasar Fiskal Dasar Fiskal Budi Bicara / Diskresioner Dasar Kewangan Dasar Perdagangan Luar
Dasar Upah Harga
Deflasi Deposit Akaun Semasa (Current Account Deposit) Deposit Semasa Deposit tetap Devaluasi
PENERANGAN Pembahagian julat kadar inflasi mengikut kesannya terhadap ekonomi Dasar kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan system pencukaian untuk mencapai gunatenaga penuh dan kestabilan harga. Langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan cukai demi mengatasi masalah inflasi dan pengangguran Dasar kerajaan mengawal jumlah wang dan kadar bunga dalam ekonomi untuk mengawal tingkat kegiatan ekonomi. Dasar kawalan perdagangan antarabangsa dan kadar pertukaran asing seperti tarif , kuota dan kawalan pertukaran asing. Kerajaan mengenakan tarif dan kuota untuk mengawal import-eksport sesebuah negara manakala, kerajaan mengenakan kawalan atas pertukaran asing untuk elak aliran keluar mata wang negara ke luar negara. Dasar perubahan tingkat upah harga dalam ekonomi untuk mengawal perbelanjaan agregat. Dalam masa inflasi,kerajaan melaksanakan dasar upah maksimum dan dasar harga maksimum supaya keduaduanya tidak akan naik lagi. Dalam masa deflasi, kerajaan melaksanakan dasar upah minimum dan dasar harga minimum agar kedua-duanya tidak turun lebih rendah daripada harga tersebut. Penurunan tingkat harga umum secara berterusan @ dalam jangkamasa yang lama. Deposit di bank perdagangan yang dapat menawarkan perkhidmatan cek. Tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang boleh ditunaikan dengan cek. Satu jumlah simpanan untuk satu tempat tertentu sehingga kesatu jangka masa yang dipersetujui antara penyimpan dan institusi kewangan. Tindakan kerajaan sesebuah negara menurunkan nilai mata wang negara tersebut berbanding dengan nilai mata wang negara lain.
7
IST ILAH E-Dagang Ekonomi Dua Sektor Ekonomi Empat Sektor
Ekonomi Tertutup Ekonomi Tiga Sektor Eksport Eksport Bersih Embargo Wang Plastik
PEN ERANG AN Aktiviti/transaksi perdagangan yang dijalankan secara elektronik Ekonomi dua sektor adalah ekonomi yang terdiri daripada sektor isirumah dan firma. Ekonomi empat sektor adalah ekonomi yang terdiri daripada sektor isirumah, sektor firma, kerajaan dan urusniaga perdagangan antarabangsa. Juga dikenali sebagai ekonomi terbuka. Ekonomi tanpa perdagangan antarabangsa Ekonomi tiga sektor adalah ekonomi yang terdiri daripada sektor isirumah, firma dan kerajaan. Juga dikenali sebagai ekonomi tertutup. Penjualan barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negeri kepada pasaran luar negeri. Perbezaan nilai antara eksport dan import Tindakan kerajaan sesebuah negara melarang kemasukan barang import dari sesebuah negara tertentu Kad Kredit yang ditawarkan oleh sistem bank
8
IST ILAH Faedah Berbanding Faedah Mutlak Fiskal Fungsi Pelaburan Fungsi Penggunaan Fungsi Perbelanjaan Agregat Fungsi Tabungan
PEN ERANG AN Faedah yang dinikmati sesebuah negara kerana mempunyai harga relatif yang lebih murah dalam pengeluaran sesuatu barang berbanding dengan negara lain. Faedah yang dinikmati sesebuah negara kerana menpunyai keupayaan menghasilkan sesuatu barang dan perkhidmatan secara lebih cekap berbanding dengan negara lain. Satu keadaan yang mempunyai kaitan dengan wang dan kredit terutama mengenai pembiayaan awam. Fungsi yang menunjukkan hubungan antara pelaburan dengan pendapatan negara. Fungsi yang menunjukkan hubungan antara aras perbelanjaan penggunaan/isirumah dengan pendapatan negara. Satu fungsi yang menunjukkan hubungan antara tingkat perbelanjaan agregat dengan tingkat pendapatan negara Satu fungsi yang menerangkan hubungan antara tingkat tabungan isirumah dengan tingkat pendapatan bolehguna.
9
IST ILAH Gaji Globalisasi Ekonomi Guna Tenaga Guna Tenaga Penuh
PEN ERANG AN Bayaran yang diterima oleh buruh ke atas sumbangan tenaga dalam bentuk fizikal dan mental. Nilai gaji adalah tetap Melibatkan peningkatan saling kebergantungan antara ekonomi sesebuah negara dengan ekonomi negara asing yang lain tanpa sekatan Jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh sektor-sektor ekonomi dalam menghasilkan keluaran negara. Formula = tenaga buruh- pengangguran Satu keadaan semua faktor-faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya . Di Malaysia jika kadar pengangguran dibawah 4 % ekonomi dianggap mencapai gunatenaga penuh.
10
IST ILAH Hak Pengeluaran Khas (Special Drawing Rights ~ SDR) Hasil Hasil Bukan Cukai
Hasil Cukai Hasil Negara Hiperinflasi/ Inflasi Melampau Hutang Dalam Negara Hutang Luar Negara Hutang Negara
IST ILAH
PEN ERANG AN Hak mengeluarkan emas dan matawang antarabangsa dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk urusan perdagangan antarabangsa. Pendapatan kerajaan daripada pencukaian, duti dan sebagainya. Hasil kerajaan yang diterima daripada sumber bukan cukai.Contohnya bayaran lesen, permit, bayaran perkhidmatan, sewa, faedah, denda, caruman daripada agensi kerajaan dan antarabangsa Hasil kerajaan yang diterima daripada cukai langsung dan cukai tak langsung Semua hasil yang diterima oleh negara iaitu hasil cukai, bukan cukai dan penerimaan bukan hasil. Kenaikan harga umum yang cepat tanpa had. Pinjaman kerajaan daripada sumber dalam negara seperti KWSP, Bank Perdagangan, Institusi Kewangan, Syarikat Insuran dan korporat. Pinjaman kerajaan daripada sumber luar negara seperti bank Dunia, IMF dan negara-negara Maju Pinjaman kerajaan dari dalam dan luar negara yang belum dijelaskan.
PEN ERANG AN 11
Imbangan Akaun Dagangan ( Imbangan Perdagangan) Imbangan Akaun Perkhidmatan Imbangan Akaun Semasa Imbangan Asas Imbangan Keseluruhan Imbangan Pembayaran
Imbangan Pembayaran Kurangan Imbangan Pembayaran Lebihan Import Indeks Harga Pengguna Industri Muda Inflasi Inflasi Merayap Inflasi Sederhana Inflasi Tarikan Permintaan Inflasi Tersembunyi Inflasi Tertekan
Menunjukkan perbezaan di antara eksport dan import barangan (nyata/nampak) yang dibuat oleh negara tersebut Menunjukkan perbezaan di antara eksport dan import perkhidmatan (barangan tak nampak) yang dibuat oleh negara tersebut Menunjukan perbezaan di antara eksport dan import barangan dan perkhidmatan yang dibuat di antara negaranegara termasuk untuk tujuan bayaran pindahan Gabungan di antara imbangan akaun semasa dengan imbangan akaun modal Satu penyata kewangan tentang segala urusniaga antarabangsa dan aliran modal di antara negara itu dengan negara-negara asing untuk tempoh setahun fiskal Satu penyata kira-kira yang menunjukan semua nilai urus niaga dan aliran wang serta modal yang berlaku antara sesebuah negara dengan negara lain pada suatu tahun tertentu. Jumlah nilai pembayaran (aliran keluar wang dan modal) sesebuah negara melebihi jumlah nilai penerimaan (aliran masuk wang dan modal) negara tersebut. Jumlah nilai penerimaan (aliran masuk wang dan modal ) sesebuah negara melebihi daripada jumlah pembayaran negara tersebut Pembelian barang dan perkhidmatan daripada pasaran luar negara. Satu angka tentang tingkat harga umum pada suatu tahun berbanding harga tahun asas. Industri yang baru ditubuhkan dan belum mencapai tingkat kecekapan yang tinggi serta memerlukan perlindungan Suatu keadaan dimana kenaikan harga barangan umum secara berterusan dan tidak terbatas. Kenaikan harga umum secara perlahan dan berterusan di mana jumlah kuasa beli sentiasa mengatasi jumlah output yang dapat dijual kepada pengguna dan pengeluar. Suatu keadaan dimana kenaikan harga barangan umum 2 hingga 3 peratus di mana pelaburan dan kegiatan ekonomi adalah menggalakkan dan kadar pengangguran akan turun Suatu kenaikan dalam harga yang berlaku kerana pengguna dan pelabur dengan pendapatan yang bertambah, menambahkan permintaan mereka. Sejenis inflasi yang bukan disebabkan oleh kenaikan harga barangan tetapi oleh kejatuhan kualiti barangan tersebut pada tingkat harga yang sama. Situasi di mana inflasi seharusnya wujud tetapi disebabkan oleh kawalan harga dan catuan langsung, inflasi tidak 12
Inflasi Tolakan kos Inventori Isi rumah
IST ILAH
berlaku. Suatu kenaikan dalam harga yang dipercayai berlaku kerana upah meningkat lebih cepat daripada daya pengeluaran. Bekalan berbagai barangan yang disimpan oleh sesebuah firma untuk memenuhi keperluan segera supaya dapat menjamin operasi perniagaan yang tidak tergendala. Satu kumpulam orang-orang yang mendiami satu unit perumahan.
PEN ERANG AN
13
Jurang KNK
Perbezaan diantara keluaran negara kasar pada masa guna tenaga penuh (KNK potensi) dengan keluaran negara kasar sebenar (KNK sebenar).
IST ILAH K- Ekonomi
PEN ERANG AN Aktiviti ekonomi berdasarkan ilmu pengetahuan contoh ekonomi teknologi maklumat
14
Kadar Bunga Kadar Diskaun (Discount Rate) Kadar Gunatenaga Kadar Inflasi
Kadar Kelahiran Kadar Kematian Kadar Pengangguran Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Kadar Pertukaran Terlebih Nilai Kadar Pertukaran Asing Kadar Pertukaran Bolehubah/ Terapung Kadar Pertukaran Terkurang Nilai Kadar Pertukaran Tetap Kadar Pertumbuhan Ekonomi
Kadar Syarat Perdagangan Kadar Tukaran Berbilang Kadar Tukaran Tetap
Kadar bayaran oleh peminjam bagi menggunakan wang dalam masa tertentu. Tujuan pinjaman adalah untuk pelaburan. Kadar bunga yang dikenakan oleh Bank Pusat terhadap pinjaman langsung bank perdagangan dan institusi kewangan lain. Nisbah di antara gunatenaga dan jumlah tenaga buruh Peratusan perubahan kenaikan tingkat harga umum Formula; Kadar inflasi = Indeks harga t – indeks harga t-1 X 100 Indeks harga t-1 Menghubungkan bilangan kelahiran hidup dengan bilangan penduduk pada satu jangka masa yang ditetapkan. Bilangan penduduk yang meninggal dunia daripada jumlah setiap 1000 dalam setahun. Nisbah di antara jumlah penganggur dan jumlah tenaga buruh Nisbah di antara tenaga buruh dan jumlah penduduk dalam usia kerja iaitu di antara 15-64 tahun Kadar pertukaran asing yang ditetapkan lebih rendah daripada kadar pertukaran boleh ubah Harga atau nilai mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam sebutan nilai mata wang negara lain Kadar pertukaran asing yang ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran Kadar pertukaran asing yang ditetapkan lebih tinggi daripada kadar pertukaran boleh ubah Kadar pertukaran asing yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara Peratusan kenaikan keluaran negara kasar benar dari satu tahun ke tahun yang lain. Formula Kadar pertumbuhan ekonomi = KNK benar t – KNK benar t-1 x 100 KNK benar t-1 Nisbah antara harga barang eksport dan harga barang import dalam sesebuah negara atau nisbah antara kuantiti import dan kuantiti eksport Kadar tukaran yang berganda ke atas tukaran matawang asing yang akan digunakan atas tujuan mengimport barangan yang dikawal oleh kerajaan Satu sistem di mana kadar tukaran satu matawang dengan matawang-matawang lain yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara 15
Kawalan Kredit Terpilih Kecenderungan Menabung Purata Kecenderungan Menabung Sut Kecenderungan Mengguna Purata Kecenderungan Mengguna Sut Keluaran Negara Keluaran Negara Bersih Keluaran Negara Kasar Harga Faktor Keluaran Negara Kasar Harga Pasar Keluaran Negara Kasar Per Kapita
Keluaran Negara Nominal Keluk Kemungkinan Perdagangan Keluk Philips Keseimbangan Pendapatan Negara Keuntungan Syarikat Keuntungan Yang Diagih/Dividen Keuntungan Yang Tidak Dibahagi
Peraturan pengaliran kredit baru ke dalam ekonomi dengan tujuan untuk menahan tekanan inflasi atau menggalakkan kegiatan ekonomi. Mengukur nisbah jumlah tabungan terhadap jumlah pendapatan Ukuran perubahan dalam tabungan kesan daripada perubahan dalam satu unit tingkat pendapatan. Mengukur nisbah jumlah penggunaan terhadap jumlah pendapatan Ukuran perubahan dalam perbelanjaan penggunaan kesan daripada perubahan dalam satu unit tingkat pendapatan. Nilai seluruh barang akhir dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun fiskal. Diperolehi apabila susutnilai ditolak daripada keluaran negara kasar Jumlah keluaran negara yang dinilai berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan di pasaran faktor. Keluaran negara yang dinilai berdasarkan harga yang dibayar oleh pengguna ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang dibeli di pasaran barang. Jumlah keluaran negara kasar bagi setiap penduduk. Ia merupakan nisbah di antara KNK dengan jumlah penduduk sesebuah negara itu. Formula; KNK per kapita = KNK Jumlah Penduduk Keluaran negara yang dikira berdasarkan harga tahun semasa Kombinasi-kombinasi pengguna di antara dua barangan yang boleh dibuat oleh sesebuah negara tersebut kesan dari kegiatan perdagangan antarabangsa Satu keluk yang menunjukkan hubungan antara inflasi dan pengangguran dalam jangka pendek Tingkat keseimbangan pendapatan negara adalah situasi di mana perbelanjaan agregat sama dengan penawaran agregat. Pulangan atau keuntungan yang diperolehi oleh para usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk milikan awam atau syarikat awam. Merujuk kepada sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diberi atau diagih kepada para pemegang saham sesebuah syarikat. Merujuk kepada keuntungan syarikat yang tak diagihkan kepada para pemegang saham kerana dilaburkan semula 16
KNK Benar/Tetap KNK Potensi Kuota
IST ILAH Lambakan Lebihan Buruh
bagi tujuan perkembangan syarikat. KNK benar adalah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang dikira berdasarkan harga tahun asas. Tingkat keluaran negara kasar yang boleh dicapai oleh sesebuah negara jika faktor-faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya. Dasar yang dijalankan oleh kerajaan untuk menghadkan kuantiti barang yang boleh diimport dalam suatu tempoh tertentu
PEN ERANG AN Penjualan sesuatu keluaran di pasaran asing pada harga yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Satu keadaan di mana bilangan buruh yang bekerja adalah
17
Lebihan Rizab/Cadangan Liabiliti
Lompang Deflasi Lompang Inflasi
IST ILAH Makroekonomi
lebih ramai daripada yang diperlukan sehingga telah menyebabkan daya pengeluaran sut buruh yang sangat rendah Lebihan daripada cadangan bank yang boleh dipinjamkan dan dilaburkan oleh bank perdagangan Tuntutan kewangan daripada bank, firma atau orang perseorangan terhadap bank, firma atau orang perseorangan yang lain. Sebahagian besar daripada liabiliti bank terdiri daripada deposit pelanggan dan modal pemegang saham Lompang yang terhasil apabila permintaan agregat sebenar lebih rendah daripada permintaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh Lompang yang terhasil apabila permintaan agregat sebenar lebih tinggi daripada permintaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh.
PEN ERANG AN Kajian terhadap ekonomi secara keseluruhan. Merujuk kepada kegiatan isirumah, firma, kerajaan dan perdagangan antarabangsa yang akan menentukan tingkat kegiatan ekonomi secara keseluruhan. Konsep penting dalam teori
18
Matawang Matawang Kurang Nilai Mikroekonomi
Modal Jangka Pendek
IST ILAH Negara Kurang Membangun Negara Sedang Membangun
makroekonomi adalah pendapatan negara, guna tenaga, pengangguran, inflasi, perdagangan antarabangsa, imbangan pembayaran dan pertumbuhan ekonomi. Alat yang digunakan sebagai perantaraan pertukaran untuk tujuan pembayaran misalnya wang kertas, syiling, deposit bank, bil pertukaran, kiriman wang dan wang pos. Keadaan di mana mata wang diberi nilai lebih rendah daripada nilai sebenarnya di pasaran terbuka. Kajian terhadap tingkahlaku individu, isi rumah dan firma secara tersendiri tentang apa dan berapa barangan yang hendak dikeluarkan, bagaimana hendak dikeluarkan dan untuk siapa barangan itu dikeluarkan. Segala bentuk tuntutan dan tanggungan kewangan terhadap orang perseorangan, bank atau negara yang biasanya tempoh matang kurang daripada satu tahun.
PEN ERANG AN Sesebuah negara di mana pendapatan sebenar perkapita di dapati rendah secara relatifnya dibandingkan dengan pendapatan sebenar perkapita negara perindustrian. Sebuah negara yang baru mengeksploit sumber semulajadi untuk memperolehi pertumbuhan yang boleh dipertahankan
19
Nilai Tambah (Value Added) Nilai Wang Nisbah Cadangan Nisbah mudah tunai minimum Nisbah Rizab Berkanun/Nisbah Rizab Wajib Nisbah Tunai (Cash Ratio)
IST ILAH Operasi Pasaran Terbuka
dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan perkapita Nilai sumbangan tambahan bagi setiap peringkat pengeluaran. Kuasa beli mata wang tertentu untuk memperolehi barangbarang dan perkhidmatan. Peratus daripada deposit di bank-bank perdagangan yang tidak boleh digunakan untuk memberi pinjaman (Nisbah Rizab Berkanun + Nisbah Tunai) Peratusan cadangan yang disimpan dalam bentuk aset cair di bank perdagangan. Peratus daripada deposit di bank-bank perdagangan yang perlu disimpan sebagai cadangan di bank pusat. Peratus daripada deposit di bank-bank perdagangan yang perlu disimpan dalam bentuk tunai sebagai cadangan di bank perdagangan itu sendiri.
PEN ERANG AN Pembelian dan penjualan bon kerajaan oleh bank pusat di pasaran terbuka untuk tujuan perlaksanaan Dasar Kewangan negara
20
IST ILAH Pampasan Pekerja Pasaran Faktor Pasaran Modal
PEN ERANG AN Pemberian wang tunai dan faedah-faedah lain oleh majikan kepada pekerja Pasaran bagi faktor pengeluaran seperti pasaran buruh,modal dan sebagainya Pasaran untuk pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang
21
Pasaran Wang
Istilah yang digunakan untuk institusi kewangan yang mengendalikan pembelian,penjualan dan pemindahan kemudahan kredit jangka pendek Pelaburan Perbelanjaan bagi membeli barang-barang modal yang akan digunakan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan Pelaburan Autonomi Pelaburan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. Pelaburan Bersih Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dan kerajaan ke atas barang modal yang telah ditolak susutnilai Pelaburan Kasar Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dan kerajaan ke atas barang modal Pelaburan Langsung Perolehan ke atas aset atau harga yang disertakan dengan kawalan hak milik Pelaburan Langsung Asing Penanaman modal langsung warga asing dalam sesebuah (FDI) negara dan melibatkan penguasaan hakmilik Pelaburan Portfolio Pemilikan saham dan ekuiti oleh warganegara asing dalam sesebuah syarikat tempatan dan tidak melibatkan penguasaan hak milik. Pelaburan Pelaburan yang dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. Teraruh/Terangsang Pemantap Automatik Alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambungmeleset ekonomi secara automatik Pembayaran Faktor Ke Merujuk kepada pembayaran pendapatan yang dibuat Luar Negara kepada faktor – faktor pengeluaran asing yang bekerja dalam negara tersebut Pembayaran Faktor Ke Pembayaran yang dibuat kepada faktor-faktor pengeluaran Luar Negara yang dimiliki oleh bukan warganegara Penawaran Agregat Jumlah keseluruhan keluaran yang dihasilkan dalam sesebuah ekonomi. Penawaran agregat juga dikenali sebagai keluaran negara atau pendapatan negara. Penawaran Wang Jumlah wang yang ada dalam pasaran yang terdiri daripada matawang dan deposit semasa Penciptaan Wang Pertambahan dalam penawaran wang yang berlaku melalui (Money Creation) proses penciptaan kredit dan deposit dalam sistem bank perdagangan Pendapataan Bolehguna Pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan ke atas barang akhir dan perkhidmatan atau ditabungkan Pendapatan Faktor Bersih Perbezaan di antara pendapatan faktor dari luar negeri Luar Negara dengan pembayaran faktor ke luar negara Pendapatan Faktor Dari Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh faktor – Luar Negara faktor pengeluaran milik sesebuah negara yang bekerja di luar negara Pendapatan Kerajaan Hasil kerajaan daripada kutipan cukai dan hasil bukan cukai Pendapatan Negara Jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh sesebuah negara dalam masa 22
Pendapatan Persendirian Pendapatan Perusahaan Persendirian Pengangguran
Pengangguran Bermusim Pengangguran Berstruktur Pengangguran Kitaran Pengangguran Sukarela Pengangguran Tak Ketara
Pengangguran Teknologi Pengganda Cukai Pengganda Pelaburan Pengganda Pendapatan Negara Pengganda Wang Penggunaan Autonomi
Penggunaan Isirumah Pengkhususan
satu tahun fiskal. Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam ekonomi untuk tempoh setahun Pulangan atau keuntungan yang diperolehi oleh para usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk milikan tunggal, perkongsian dan koperasi. Jumlah tenaga buruh yang tidak digunakan oleh sektorsektor ekonomi dalam menghasilkan keluaran negara. Formula kadar pengangguran = Pengangguran X 100 Tenaga Buruh Kehilangan pekerjaan yang berlaku dari semasa ke semasa disebabkan oleh perubahan bermusim dalam pengeluaran bagi industri tertentu. Kehilangan pekerjaan akibat kehilangan pekerjaan akibat daripada perubahan keadaan ekonomi. Pengangguran yang muncul akibat kemelesetan dalam sesuatu kitaran Salah satu daripada jenis pengangguran dalam menggambarkan individu yang sengaja atau tidak mahu bekerja Istilah bagi individu dalam pekerjaan yang tidak menggunakan sepenuh kapasiti mereka atau dalam pekerjaan di mana daya pengeluaran adalah lebih rendah daripada daya pengeluaran yang boleh didapati jika mereka bekerja dalam pekerjaan lain Penggantian buruh oleh alatan mesin dan kaedah pengeluaran yang termaju Pekali yang mengukur perubahan dalam pendapatan negara kesan daripada perubahan dalam cukai Pekali yang mengukur perubahan dalam pendapatan negara kesan daripada perubahan dalam tingkat pelaburan. Pekali yang mengukur perubahan dalam pendapatan negara kesan daripada perubahan pembolehubah dalam perbelanjaan agregat. Pekali yang mengukur perubahan bekalan wang kesan daripada nisbah rizab Formula = 1/nisbah rizab (r) Penggunaan yang tidak berubah walaupun tingkat pendapatan berubah. Sektor rumahtangga akan tetap berbelanja walaupun pendapatannya kosong dan ianya diambil daripada tabungan Merujuk kepada semua perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isirumah ke atas barang akhir dan perkhidmatan. Pembahagian aktiviti produktif antara individu,industri dan 23
Perangkap Kecairan (Liquidity Trap) Perbelanjaan Agregat Perbelanjaan Agregat Autonomi Perbelanjaan Kerajaan Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Negara Perbelanjaan Pembangunan Percukaian Pertumbuhan Ekonomi Perubahan Perbelanjaan Agregat
IST ILAH Qard Al-Hassan
wilayah yang berbeza untuk meninggikan kecekapan Satu keadaan di mana tingkat kadar bunga paling rendah dimana masyarakat memegang semua wang dalam bentuk tunai Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dilakukan oleh masyarakat dalam sesebuah ekonomi. Perbelanjaan agregat sesebuah negara yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara atau perbelanjaan agregat pada tingkat pendapatan negara kosong. Segala perbelanjaan kerajaan terdiri perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan Perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membiayai kegiatan pentadbiran dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Jumlah perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara. Perbelanjaan kerajaan untuk menambah infrustruktur dan kemampuan ekonomi untuk mengeluarkan barang pada masa hadapan. Semua cukai yang dikenakan oleh kerajaan dalam sesebuah negara iaitu cukai langsung dan cukai tak langsung Kenaikan keluaran negara kasar benar dari satu tahun ke tahun yang lain Perubahan dalam perbelanjaan agregat sesebuah negara disebabkan perubahan sama ada dalam perbelanjaan isirumah, pelaburan, cukai, perbelanjaan kerajaan dan eksport import
PEN ERANG AN Pinjaman ikhlas yang mewajibkan peminjam membayar balik kepada pemberi pinjam jumlah pokok yang dipinjam apabila pinjaman tersebut sudah cukup tempoh.
24
IST ILAH Revaluasi Riba Rizab Rizab Emas
PEN ERANG AN Tindakan kerajaan sesebuah negara menaikkan nilai mata wang negara tersebut berbanding dengan nilai mata wang negara lain Merupakan suatu amalan yang melibatkan penerimaan oleh sipiutang dari siberhutang sama ada dalam bentuk wang atau barang Pendapatan atau wang yang diasingkan oleh syarikat atau negara bagi tujuan tertentu Stok kewangan dalam bentuk emas yang dipegang oleh
25
Royalti Rumah Diskaun (Bank Of Discount) Rumah Penjelasan (Clearing House)
IST ILAH Saham Sekatan Perdagangan Antarabangsa Sektor Firma Sektor isirumah Sektor Kedua (Perindustrian)
kerajaan sesebuah negara Pampasan yang dibuat kepada pengarang, penggubah, pencipta dan sebagainya hasil daripada penggunaan hakcipta,paten dan lain-lain harta Bank yang menjalankan aktiviti pendiskaunan bil pertukaran dan nota janji. Merupakan tempat pertemuan harian wakil bank di satu kawasan bagi menukar cek yang dikeluarkan oleh bank masing-masing
PEN ERANG AN Ekuiti atau pemilikan pemegangnya dalam syarikat. Halangan/sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara ke atas negara lain dalam bentuk tariff dan bukan tariff. Satu institusi yang terlibat dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan akan menggunakan faktorfaktor pengeluaran Beberapa individu dan keluarga yang duduk bersama dan berkongsi perbelanjaan. Sektor ini meliputi segala aktiviti ekonomi yang menggunakan bahan – bahan mentah yang dikeluarkan oleh 26
Sektor Kerajaan
Sektor Ketiga (Perkhidmatan)
Sektor Perdagangan Antarabangsa Sektor Pertama (Pertanian) Sekuriti Sewa Sistem Barter Slumflasi Spekulasi
Stagflasi Stagnasi (stagnation)
Standard Emas Subsidi Subsidi Eksport
sektor utama dan menukarkannya kepada samada sebagai barang siap atau pun separuh siap. Bahagian ekonomi yang kesemua kegiatannya terletak di bawah kawalan dan arahan kerajaan atau negara. Sektor kerajaan meliputi jabatan dan agensi kerajaan, perbadanan dan perusahaan awam. Sumber-sumber dalam sektor ini dimiliki oleh negara dan kegunaan sumber-sumber tersebut biasanya adalah untuk kepentingan umum. Sektor ini melibatkan penyediaan atau penawaran pelbagai bentuk perkhidmatan di mana sektor ini membantu, menjalin, mempercepat, memoden dan menyelaraskan aktiviti sektor utama dan kedua sehingga barangan akhirnya sampai kepada pihak pengguna. Segala urusniaga/transaksi antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Sektor ekonomi yang melibatkan aktiviti – aktiviti ekonomi di peringkat awal di mana kegiatan pengeluarannya kurang atau pun tidak melibatkan sama sekali aktiviti – aktiviti pemerosesan. Satu dokumen sah yang membuktikan satu hak ke atas harta yang merujuk kepada pelaburan dan tuntutan ke atas saham dan bon. Ganjaran atau pulangan yang diterima oleh faktor pengeluaran tanah yang penawarannya terhad. Aktiviti pertukaran barang dengan barang. Inflasi yang berlaku sewaktu kemelesetan ekonomi Satu tindakan yang mengandaikan risiko-risiko lebih tinggi dari biasa dengan harapan mendapat pulangan daripada urusniaga kewangan seperti pasaran saham, komoditi dan pertukaran asing. (atau) Kegiatan mencari keuntungan dengan membuat pelaburan dalam pasaran saham atau pasaran sekuriti. Suatu keadaan apabila masalah pengangguran dan inflasi berlaku secara serentak dalam sesebuah ekonomi. Kadar perumbuhan yang tidak memuaskan dalam keluaran negara benar/pendapatan per kapita benar di mana kadar pertumbuhan adalah lebih rendah daripada kadar yang sepatutnya. (Keadaan genangan) Satu sistem di mana kadar tukaran adalah ditentukan dalam nilai emas Bayaran yang diberikan oleh kerajaan kepada individu atau syarikat perniagaan tanpa mendapat apa-apa faedah dan pulangan Bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeksport untuk membolehkan mereka menurunkan kos 27
Suntikan Susutnilai
IST ILAH Tabungan Tabungan Autonomi Tanah Tarif Ad-Valorem Tarif Eksport Tarif Import
pengeluarannya dan seterusnya menurunkan harga jualannya. Aliran masuk wang ke dalam aliran pusingan pendapatan negara. Pengurusan dalam nilai aset tetap
PEN ERANG AN Tabungan ialah bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan. Jumlah tabungan yang tidak dipengaruhi oleh pendapatan negara atau tabungan pada masa pendapatan negara sifar. Bahagian permukaan bumi dan sumber-sumber yang wujud secara semulajadi Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import Cukai yang dikenakan ke atas barangan yang dijual ke luar negeri Cukai yang dikenakan ke atas barangan yang dibawa masuk 28
Tarif Spesifik Tenaga Buruh
IST ILAH Upah Upah Benar Upah Nominal Usahawan
ke dalam negara Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import Penduduk dalam usia kerja iaitu 15 hingga 64 tahun, sedang bekerja, sanggup atau sedang mencari pekerjaan.
PEN ERANG AN Bayaran yang diterima oleh buruh ke atas sumbangan tenaga dalam bentuk fizikal dan mental. Nilai upah tidak tetap/berkala Upah yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun asas Upah yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun semasa Individu-individu yang sanggup mengambil risiko untuk mengabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan keluaran.
29
IST ILAH Wang Wang Asas (Base Money)
Wang Bank Wang Dalam Edaran Wang Fiat
PEN ERANG AN Suatu benda yang diterima dan dikenali umum sebagai alat perantaran pertukaran untuk memperolehi barang dan perkhidmatan. Jumlah matawang yang dipegang oleh orang ramai atau institusi bukan bank, wang tunai di bank dan deposit bank perdagangan di bank pusat. Jumlah penawaran wang dalam Negara ialah gandaan kepada jumlah wang asas negara itu. Simpanan atau deposit semasa di bank perdagangan yang dilakukan oleh unit-unit ekonomi. Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara. Wang syiling dan kertas yang diisytiharkan oleh kerajaan sebagai wang sah dan diterima umum secara menyeluruh.
30
Wang Fidusiari Wang Hampir/Separa Wang Wang Kandungan Penuh Wang M1 Wang M2
Wang M3 Wang Sah Wang Syiling Wang Tanda Wang Biasa
Wang yang tidak bersandarkan emas sepenuhnya. Ini bermakna nilai mata wang yang dikeluarkan lebih tinggi daripada nilai emas sebenarnya. Aset kewangan yang boleh ditukar kepada tunai dengan mudah tanpa melibatkan kos. Wang yang mempunyai nilai sandaran penuh iaitu nilai wang logam yang menyamai nilai fizikal (intrinsik) logam berkenaan. Bekalan wang sempit yang terdiri daripada mata wang dalam edaran seperti duit syiling, wang kertas dan deposit semasa. Bekalan wang separa luas yang terdiri daripada M1, simpanan tabungan, simpanan tetap sektor swasta di bank perdagangan dan bank negara, sijil deposit boleh niaga dan sijil Bank Negara Malaysia. Bekalan wang sangat luas yang terdiri daripada M2 dan semua deposit swasta di syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun. Wang yang diterima oleh penduduk sesebuah negara dari segi undang-undang untuk sebarang tujuan urusniaga di dalam negara berkenaan. Duit syiling yang diperbuat daripada logam contohnya nikel dan gangsa. Contoh Nilai muka ialah 1 sen, 5 sen, 10 sen, 50 sen dan RM1.00. Wang yang mempunyai nilai muka yang jauh lebih tinggi daripada nilai logamnya Matawang negara lain yang diterimapakai oleh penduduk sesebuah negara itu tanpa menyalahi undang-undang negara tersebut seperti Baht Thailand di Sempadan Utara Malaysia
31