Edu 3012

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edu 3012 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,850
  • Pages: 20
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SENI DAN MUZIK SEMESTER 3 2008/2009

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR ( EDU 3012 ) ( PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DAN AMALANNYA DI MALAYSIA )

NURUL HAMIZAH BINTI OTHMAN D20081032492 AT 23 ( PENDIDIKAN SENI )

PENSYARAH

:

EN. MOHD ZAINI

ISI KANDUNGAN PENGENALAN …………………………………………….…………………………...

3

PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA……………………………

5 - 13

AMALANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA………………….

14 - 19

BIBLIOGRAFI SISIPAN SLIDES

2

PENGENALAN DEFINISI DAN KONSEP KURIKULUM Perkataan ‘kurikulum’ mempunyai beberapa pengertian atau definasi berdasarkan sumber dan pendapat yang berlainan. Antaranya kurikulum diertikan sebagai satu rancangan tindakan atau dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajat. Kurikulum juga dapat difahami sebagai suatu pengertian berkenaan satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memimpin guru mengajar kumpulan murid tertentu( Mohd Daud, 1995 ). Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 ( Peraturan – peraturan ( Kurikulum Kebangsaan ) Pendidikan 1997 ) menyatakan bahawa kurikulum membawa maksud suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Dari sudut bahasa, perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Yunan yang dikaitkan dengan dunia olahraga iaitu ‘curere’ yang bermaksud laluan atau tempat berpacu seseorang pelari olahraga manakala pelari olahraga tersebut disebut ‘curir’ yang berlari dalam laluan atau trek secara berperingkat iaitu dari proses permulaan sehingga sampai ke garisan penamat pada suatu jarak tertentu. Menurut Kliebard, 1982; dari sudut bahasa Inggeris perkataan ‘kurikulum’ mempunyai pengertian jelmaan atau metamorfosis iaitu penjelmaan dari satu peringkat ke satu peringkat berikutnya. Paduan daripada kedua – dua makna ini membawa makna ‘kurikuluin’ iaitu laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Peluasan makna ini membawa maksud ‘kurikulum’ dalam perbendaharaan kata pendidikan bahasa Inggeris sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah. Berberapa pandangan terbentuk secara umunya mengenai konsep perlaksanaan kurikulum di sekolah di mana ada yang berpendapat bahawa pelajaran yang disediakan itu merupakan suatu bentuk perancangan yang bersepadu. Terdapat dua kumpulan dari sudut apresiasi makna yang berlainan. Kurikulum hendaklah merujuk dan dihadkan sebagai suatu rancangan yang dijalankan ketika waktu sekolah serta mempunyai pengkhususan tertentu iaitu hanya dijalankan dalam bilik darjah. Begitu juga justifikasinya dalam konteks yang berlainan di mana pembelajaran itu tidak semestinya dilakukan dalam waktu sekolah tetapi juga mengambil kira aktiviti yang dijalankan ketika di luar waktu sekolah, asalkan aktiviti tersebut mempunyai perancangan terlebih dahulu.

3

Jelaslah dengan keseluruhan pengertian dan terjemahan kurikulum ini, dapat difahami bahawa kurikulum itu membawa maksud yang sama iaitu perkara, proses, peringkat atau tahap – tahap yang perlu dilalui dalam suatu proses pembelajaran. Kurikulum juga diinterpretasikan dari sudut maknanya berdasarkan pandangan yang berbeza dari pemikir yang berbeza. Pertentangan pendapat berkenaan kurikulum ini membawa pengertian yang luas, mencakupi segala aspek iaitu kurikulum dianggap sebagai suatu pengalaman atau siri pengalaman yang dirancang bagi mencapai suatu matlamat tertentu atau suatu aktiviti yang mempunyai objektif yang ditentukan terlebih dahulu.

4

PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA Pembelajaran berlaku apabila suasana yang disediakan itu dapat membangkitkan minat dan menolong pelajar. Dalam aspek ini, perancang kurikulum dan guru mempunyai tugas dan tanggungjawab demi mencapai matlamat itu selain daripada komitmen yang diberikan oleh pelajar itu sendiri. Daripada penyelidikan dan pengalaman dalam kalangan ahli psikologi, pedagogi, sosiologi dan falsafah serta guru itu sendiri, terdapat beberapa prinsip yang perlu dijadikan panduan dalam penyediaan suasana yang kondusif untuk tujuan pembelajaran. Terdapat beberapa jenis kurikulum dalam pendidikan di Malaysia iaitu kurikulum rasmi, kurikulum pengajaran, kurikulum operasi, kokurikulum, kurikulum tidak formal dan kurikulum pengalaman. Di antara faktor – faktor utama yang biasanya dipertimbangkan oleh perancang kurikulum ialah kehendak dan keperluan pelajar itu sendiri, kehendak dan keperluan Negara serta kehendak sarwa jagat. Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan kurikulum di sekolah di Malaysia ialah perancangan yang dibuat berdasarkan pertimbangan kehendak dan keperluan pelajar. Kehendak dan keperluan pelajar merujuk kepada keperluan asas seperti makanan, udara untuk bernafas, keperluan untuk membesar dan sebagainya serta keselamatan, kasih sayang, bersosial dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Dengan erti kata lain, kurikulum yang dibentuk hendaklah meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar apabila pelajar berpeluang memperkembangkan potensi mereka dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Dengan ini pelajar dapat mengenalpasti tahap kemampuan dan pencapaian potensi mereka dalam suatu bentuk aktiviti pembelajaran dan akan menetapkan matlamat ke arah pembaikan mutu kecemerlangan kendiri. Faktor – faktor lain seperti minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga merupakan antara faktor sampingan yang perlu diambilkira semasa pembentukan kurikulum sekolah dengan tujuan mencapai matlamat yang diinginkan itu. Faktor kedua yang mempengaruhi pembentukan sesuatu kurikulum sekolah ialah kehendak dan keperluan negara, sebagaimana yang dimanifestasikan dalam aspirasi masyarakat serta cita – cita, ideologi dan falsafah pendidikan negara. Ini bermakna, sesuatu kurikulum yang pragmatik seharusnya berupaya melatih individu supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat serta memberi sumbangan yang diharapkan oleh negara. Sehubungan dengan itu, rancangan kurikulum sekolah seharusnya mengandungi unsur – unsur kebudayaan masyarakat dan latihan – latihan yang membolehkan pelajar – pelajar menyesuaikan diri dalam

5

masyarakat serta menyumbangkan tenaga mereka sejajar dengan cita – cita Negara yang berlandaskan ideologi dan falsafah pendidikan negara. Faktor seterusnya adalah faktor kehendak sarwa jagat yang sememangnya mempengaruhi pembentukan sesuatu kurikulum di sekolah. Di zaman era globalisasi masa kini, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada menerima pengaruh – pengaruh politik, ekonomi dan sosial negara – negara lain. Hal ini kerana berikutan keadaan komunikasi yang saling bersangkut paut di antara satu sama lain. Dalam usaha untuk mencapai keperluan penyempurnaan kendiri, hidup dalam dunia yang aman, progresif dan bertamadun, rancangan kurikulum seharusnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan latihan yang boleh memenuhi kehendak sarwa jagat. Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang membolehkan pemupukan persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak – hak individu dan kedaulatan negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik negara dan global, serta meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangan dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna. Mengikut pendapat Atan Long (1984), di antara unsur – unsur yang harus dipertimbangkan dalam pembentukan sesuatu kurikulum yang sesuai dengan negara membangun seperti Malaysia ialah seperti akademik yang berasaskan pemerolehan ilmu pengetahuan menerusi penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam aspek jasmani pula ianya seharusnya berasaskan latihan fizikal untuk membolehkan pelajar menperolehi hidup dengan selesa dan sihat. Seterusnya aspek kerohanian yang berasaskan usaha membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan untuk memahami erti kehidupan yang sempurna. Dalam aspek kemasyarakatan pula kurikulum itu seharusnya berasaskan pembentukan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara positif, manakala dari aspek vokasional pula kurikulum yang disediakan seharusnya berasaskan penguasaan kemahiran bekerja, bersesuaian dengan keperluan tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Kelima – lima unsur tersebut merupakan faktor – faktor yang penting dalam rancangan pembentukan kurikulum sekolah. Unsur – unsur ini sememangnya merangkumi segala aspek kehendak individu, masyarakat dan negara, serta sarwa jagat yang telah dihuraikan terlebih dahulu.

6

Peranan Kurikulum Abad ke 21 Sebagaimana yang telah dihuraikan di atas, kandungan utama kurikulum merangkumi segala aspek kehendak individu, masyarakat dan Negara dengan tujuan khasnya untuk memenuhi keperluan dalam perkembangan dan perubahan pendidikan masa hadapan. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat negara serta membentuk generasi abad ke 21, kurikulum sekolah hendaklah diubahsuai dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Di dalam dekad 90-an, Malaysia mengambil langkah untuk mengemaskini sistem pendidikan negara dan kurikulum sekolah dengan memperkenalkan beberapa perubahan. Antaranya adalah seperti memperkenalkan pendidikan prasekolah dalam sekolah rendah, mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari enam tahun ke lima tahun bagi murid – murid cerdas dan melanjutkan tahun persekolahan kepada tahun tujuh untuk murid – murid yang lambat belajar. Antara perubahan yang lain adalah seperti memberikan peluang pendidikan kepada semua pelajar dengan melanjutkan tempoh pelajaran mereka dari sembilan tahun hingga sebelas tahun iaitu sehingga tingkatan lima di peringkat sekolah menengah. Perubahan yang seterusnya adalah pendidikan teknologi diberi keutamaan dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga, dengan memperkenalkan kurikulum kemahiran hidup mulai dari darjah empat sehingga sekolah menengah atas. Perubahan seterusnya meliputi aspek penghapusan system peperiksaan SRP dan ditukar kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR), menghapuskan system pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan menggantikannya dengan sistem pendidikan umum, mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dan menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka. Seterusnya perubahan yang dilakukan juga lebih mengutamakan mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknologi demi menyahut cabaran Wawasan 2020, dengan menggubal semula kurikulum matematik sekolah rendah, memperkenalkan kurikulum sains mulai darjah empat serta membina sekolah bestari yang mementingkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan seterusnya meliputi peningkatan kualiti pendidikan dengan melatih sepenuhnya tenaga pengajar yang mahir dalam pelbagai jurusan pendidikan, menukar system persekolahan dengan menambah waktu pelajaran sesi pagi sehingga sesi petang dalam satu sesi persekolahan sahaja, menggubal dan meluluskan Akta Pendidikan pada bulan Disember, 1995 dengan tujuan memantapkan system pendidikan Negara serta menggubal dan meluluskan Akta Pendidikan Tinggi pada bulan Januari, 1996 dengan tujuan membenarkan universiti swasta dibina dalam Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Pendidikan Kecemerlangan Antarabangsa.

7

Di bawah konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala pengetahuan serta kemahiran, nilai – nilai dan norma, unsur – unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi murid – murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial secara konsisten dan menyeluruh, membina sifat – sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan dan kemajuan Negara. Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu; 

Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; serta



Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.

Kandungan kurikulum sekolah ini adalah bertujuan melahirkan generasi masa kini yang seimbang dan bersepadu dengan menyerapi unsure nilai – nilai murni dalam semua mata pelajaran, di samping mengutamakan pelajaran sains dan matematik dengan penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Reformasi Pendidikan di Malaysia Istilah reformasi merujuk kepada tindakan pembaharuan yang diambil untuk mendatangkan sesuatu hasil yang lebih baik. Di negara kita, reformasi dalam bidang pendidikan telah dimulakan dengan terlaksananya Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982/89 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1988/89. Perubahan – perubahan yang timbul semasa reformasi pendidikan adalah seperti berikut;



Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.



Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.



Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.



Suakatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.

8



Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.



Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.



Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.



Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.



Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.

Terdapat beberapa lagi perubahan yang berjaya dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selain daripada perubahan – perubahan di atas,reformasi pendidikan di negara kita adalah jelas apabila langkah – langkah cadangan yang terkandung dalam Piagam Pelanggan Kementerian

Pendidikan,

1994

dilaksanakan

dengan

sepenuhnya.

Piagam

Pelanggan

Kementerian Pendidikan bertujuan mewujudkan satu sistem pendidikan terbaik untuk mencapai perpaduan kaum. Selain itu, ianya harus memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memiliki nilai – nilai teras dan ciri – cirri yang bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.

9

STRUKTUR DAN KOMPONEN KURIKULUM KBSR DAN KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan pembelajaran kemahiran – kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum ini mula dilaksanakan pada tahun 1982 di 302 buah sekolah rendah secara berperingkat – peringkat dna pelaksanaan sepenuhnya telah dicapai pada tahun 1988. Rasional KBSR Konsep KBSR adalah dilahirkan daripada hasil kajian atas pencapaian murid – murid sekolah rendah di bawah program KLSR. Hasil kajian ini menunjukkan ramai musid masih belum mahir dalam membaca, menulis dan mengira, sungguhpun mereka telah belajar di sekolah rendah selama enam tahun. Sebagaimana yang telah diketahui umum, program KLSR adalah kurang sesuai dengan keperluan pendidikan sekolah rendah semasa berdasrkan kelemahan – kelemahan yang dikenalpasti, antaranya; -

Isi kandungan sukatan pelajaran yang kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.

-

Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak, ini membebankan dan membosankan murid.

-

Guru dan murid sering terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran, terutamanya apabila peperiksaan berlangsung.

-

Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks, ini mengehadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Berdasarkan kajian ini, Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran dlam Laporan 1979 menyarankan supaya pendidikan peringkat rendah bercorak pendidikan asas dirancang dengan memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Untuk mencapai matlamat pendidikan bagi perkembangan individu yang menyeluruh, maka perubahan – perubahan dalam kurikulum yang disarankan hendaklah dirancang untuk membolehkan murid – murid mencapai kemahiran – kemahiran dalam bidang asas iaitu bidang komunikasi, manusia dan alam skeliling serta bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid.

10

Konsep Asas dan Prinsip – prinsip KBSR Kanak – kanak di peringkat sekolah rendah mudah memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman kehidupan harian secara langsung. Oleh itu, segala rancangan aktiviti pelajaran di sekolah haruslah menarik dan berkesan untuk menambahkan pengalaman mereka dan bersesuaian dengan perkembangannya dalam aspek intelek, rohani dan jasmani. Suasana persekolahan hendaklah mewujudkan peluang serta menggalakkan interaksi sosial, seperti bertukar – tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Keadaan bilik darjah pula hendaklah bersifat kondusif yang mana membolehkan murid berfikir, menyoal dan mengeluarkan buah fikiran mereka dengan selesa. Sehubungan itu, bilik darjah seharusnya menjadi tempat yang memberi peluang kepada murid – murid untuk melahirkan perasaan dan idea mereka melalui pertuturan, tulisan, lukisan, muzik, tarian, lakonan dan sebagainya. Semua aktiviti ini dapat memupuk sikap kreatif dalam kalangan kanak – kanak serta melibatkan mereka secara aktif dalam proses penguasaan kemahiran. Untuk mencapai kehendak ini, segala perkaedahan, aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah, termasuk penjadualan dan bahan rujukan hendaklah berdasarkan prinsip mudah ubah dan penglibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta sesuai dengan keadaan murid dan matlamat pelajaran. Proses penilaian perlu disepadukan dengan segala aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Tujuan penilaian bukan hanya memberi maklumat taraf pencapaian dan darjah perkembangan pembelajaran murid, tetapi juga membantu guru menaksirkan keberkesanan pengajarannya serta memahami kelemahan pembelajaran muridnya.

11

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diasaskan pada konsep pendidikan bersepadu. Ia adalah bertujuan untuk meninggikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan seperti ini adalah perlu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berbudi pekerti serta sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kesepaduan ini mempunyai hubung kait dan pertalian yang rapat antara falsafah dan matlamat pendidikan dan matlamat KBSM serta objektif sukatan pelajaran. Pertalian ini juga mementingkan bidang kognitif, afektif dan psikomotor menerusi kandungan subjek - subjek teras dan pilihan. Rasional KBSM Matlamat utama pendidikan di Malaysia pada dasarnya ialah menuju ke arah menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan rakyat menerusi perkembangan individuyang menyeluruh. Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan bagi mencapai kedua – dua matlamat ini, penyesuaian dari segi tumpuan dan penyemakan kurikulum sekolah dilakukan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan keadaan. Dalam tahun 1982, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah mulai diserapkan di beberapa sekolah dan seterusnya dilaksanakan hamper di semua sekolah. Murid – murid dari sekolah – sekolah itu menamatkan sesi sekolah rendah pada tahun 1987. Oleh yang demikian, untuk menjamin akan wujudnya keseimbangan pembelajaran antara kedua – dua peringkat persekolahan rendah dan menengah, beberapa perubahan kurikulum menyeluruh bagi peringkat sekolah menengah adalah diperlukan. Perubahan kurikulum yang menyeluruh bagi peringkat menengah dikenali sebagai Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kurikulum ini mula dilaksanakan pada tahun 1988 dengan beberapa mata pelajaran tertentu. Kemudian, rancangan ini dilaksanakan untuk semua sekolah menengah pada tahun 1989 dan seterusnya secara berperingkat – peringkat sehingga ke seluruh tingkatan persekolahan menengah, iaitu dari peralihan hingga tingkatan lima. Konsep dan Prinsip – prinsip KBSM Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai – nilai murni melalui pendekatan integrasi dan penyerapan dalam semua mata pelajaran KBSM. Konsep bersepadu ini boleh dicapai melalui kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam mata pelajaran, kesepaduan pengalaman dan teknik pembelajaran di antara mata pelajaran, kesepaduan di antara teori dan amali serta

12

kesepaduan di antara pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah dengan aktiviti – aktiviti di luar bilik darjah, termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup harian. Berasaskan konsep KBSM yang telah dihuraikan, KBSM dirancangkan berpandukan prinsip – prinsip tertentu. Antaranya adalah seperti berdasarkan kesinambungan pendidikan KBSR, iaitu penguasaan kemahiran – kemahiran asas membaca, menulis dan mengira serta perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh. Seterusnya ia juga berdasarkan prinsip yang mana pelajar disediakan dengan konsep program pendidikan umum yang wajib diikuti oleh setiap pelajar supaya mereka dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Prinsip seterusnya adalah melibatkan semua mata pelajaran KBSM yang digubal hendaklah mengandungi unsur – unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Nilai – nilai murni pula diserapkan secara menyeluruh dalam mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai – nilai murni merentas kurikulum. Di samping itu, nilai – nilai murni ini dipupuk secara khusus dalam Pendidikan Islam bagi pelajar Muslim dan Pendidikan Moral bagi pelajar yang bukan Muslim. Seterusnya, program penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui pembelajaran Bahasa Melayu dan semua mata pelajaran bukan bahasa. Ini merupakan antara prinsip KBSM yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum. KBSM adalah asas untuk pendidikan seumur hidup. Sehubungan itu, KBSM menekankan pemupukan minat dan sikap positif terhadap usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Minat ini membolehkan pelajar meneruskan usaha untuk mencari ilmu di sepanjang hayat mereka.

13

PELAKSANAAN DAN AMALAN KURIKULUM Di peringkat sekolah, Guru Besar atau Pengetua bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan sekolah dalam segala bidang berhubung dengan pendidikan. Guru Besar / Pengetua kebiasaannya dibantu oleh seorang atau dua penolong kanan untuk menjalankan tugas seperti dalam urusan ikhtisas dan disiplin murid. Dalam urusan pentadbiran dan kerja perkeranian, Guru Besar / Pengetua biasanya dibantu oleh kerani, kakitangan am atau guru biasa yang lain. Pada umumnya, tugas Guru Besar / Pengetua adalah seperti melaksanakan semua rancangan pendidikan dan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, Mengawas dan membimbing guru – guru sekolah dalam melaksanakan tugasannya, mengawas dan menyelia murid – murid dalam pelajaran dan disiplin mereka serta kegiatan kokurikulum seperti sukan, permainan, persatuan dan sebagainya. Akhir sekali memupuk perhubungan yang baik dan berkesan dengan ibu bapa dan orang ramai melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta menjadi setiausaha Jemaah Pengurus / Lembaga Pengelola Sekolah. Pada zaman sebelum merdeka, tempoh persekolahan kebiasaannya amat pendek, praktikal dan realistik berkaitan dengan pekerjaan, agama dan kebudayaan sahaja. Pada masa kini, tempoh persekolahan di kebanyakkan negara telah pun dilanjutkan selama 9 hingga 11 tahun. Perubahan demi perubahan dalam kurikulum dari bentuk keutamaan lisan ke suatu yang lebih seimbang dengan tulisan, matematik, sains, bahasa dan mata pelajaran yang lain telah dilaksanakan. Kadangkala, penekanan dibuat atas pendidikan teknikal dan teknologi, walaupun di Malaysia, pendidikan di sekolah juga mementingkan pelajaran agama atau moral untuk menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh. Terdapat banyak alat – alat moden yang digunakan untuk membantu pelajaran murid di sekolah, sebagai contoh radio, televisyen, makmal bahasa, slaid, filem, projector dan pelbagai kemudahan berteknologi yang lain. Selain daripada sekolah biasa, terdapat kemudahan sekolah untuk menampung keperluan khas bagi kanak – kanak cacat, sama ada mental atau fizikal. Kumpulan pelajar seperti ini dapat diklasifikasikan mengikut kategori yang tertentu antaranya kecacatan dari segi mental atau fizikal. Sekolah Khas yang ditubuhkan ini bertujuan memberi peluang yang sama kepada semua pelajar supaya mereka boleh melengkapkan diri sendiri berdasarkan kemampuan mereka.

14

Struktur dan Organisasi Sekolah Sekolah adalah satu unit sosial berorganisasi yang meletakkan usaha untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam erti kata lain, sekolah mempunyai pengkhususan yang tertentu sama seperti penubuhan organisasi lain yang mempunyai fungsi seperti persatuan, hospital, polis dan tentera. Oleh itu, sekolah sebagai suatu organisasi mempunyai corak kuasa yang formal, peraturan dan prosedur rasmi yang bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikannya. Di samping itu, dalam aktiviti sesuatu organisasi, interaksi sosial seseorang individu dengan kumpulan melahirkan jalinan perhubungan yang tidak formal dan norma yang tidak rasmi, sedangkan pada hakikatnya aspek formal dan tidak formal dalam kegiatan sesuatu organisasi adalah saling berkait. Seperti organisasi lain, sistem pentadbiran merupakan struktur formal bagi sekolah. Pentadbiran sekolah mengamalkan sistem birokrasi dan suatu bentuk birokrasi itu pada asasnya mempunyai susunan hierarki dalam tugas dan jawatan sebagai suatu cara pentadbiran dan pengawalan kegiatan semua pegawai. Peranan Sekolah dalam Pengekalan Budaya Mengikut Kamus Dewan, kebudayaan diertikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun atau peradaban. Dalam konteks sosiologi, kebudayaan ialah cara – cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan daripada generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Bagi ahli – ahli sosiologi, kebudayaan adalah berkait rapat dengan kemajuan masyarakat. Mengikut kajian mereka, budaya mesyarakat merupakan semua hasilan yang dikongsi bersama oleh masyarakat manusia, iaitu hasilan kebendaan seperti bangunan, kenderaan, alat – alatan serta hasilan bukan kebendaan seperti bahasa, adat resam, kesenian, peraturan dan undang – undang, sistem kerajaan dan lain – lain. Kebudayaan bukan sahaja berkait rapat dengan masyarakat manusia tetapi juga amat penting dalam kehidupan serta perkembangan manusia. Manusia menyesuaikan diri dengan alam sekitar dengan menghasilkan kebudayaan yang mana dapat menjamin perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Terciptanya kebudayaan dan tamadun, manusia dapat melindungi diri daripada ancaman – ancaman serta mengubahsuaikan persekitaran semula jadi untuk menjamin kehidupan mereka agar dapat diwarisi dari generasi ke generasi.

15

Nilai – nilai Budaya Masyarakat Nilai – nilai budaya masyarakat ialah idea – idea yang dikongsi oleh masyarakat manusia tentang perkara atau tingkah laku yang betul, baik, sesuai dan dikehendaki. Pada dasarnya, nilai – nilai ini adalah norma dan kepercayaan yang dipersetujui oleh anggota – anggota masyarakat, karana norma dan kepercayaan yang memainkan peranan sebagai peraturan pedoamn dengan menentukan tingkahlaku manusia yang sesuai di dalam sesuatu situasi tertentu. Nilai – nilai budaya masyarakat adalah amat penting kerana ia menentukan kandungan normanya. Norma merujuk kepada corak kehidupan manusia/masyarakat yang dapat dilalui dengan mudah mengikut peraturan – peraturan masyarakat yang telah dipersetujui. Norma – norma ini adalah adat resam dan kebiasaannya diamalkan dalam kehidupan harian. Jika anggota masyarakat meletakkan nilai yang tinggi terhadap kemahiran teknik dan vokasional, maka norma – norma masyarakat tersebut akan berusaha membekalkan peluang bagi anggota – anggotanya agar memperolehi kemahiran teknik dan vokasional sedemikian itu. Malaysia meletekkan nilai tinggi terhadap usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan menggubal dan melaksanakan kurikulum baru ke arah mencapai matlamat pendidikan tersebut. Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir secara kritikal dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah memberi peluang kepada masyarakat, khasnya generasi muda untuk menguasai berbagai – bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian demi melanjutkan perkembangan masyarakat dan akademik itu sendiri. Sekolah sebagai suatu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan perubahan murid- murid, mempunyai peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Misalnya, perkara – perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat – menghormati yang kebiasaannya dipelajari di sekolah – sekolah. Penerapan nilai – nilai seperti ini seringkali diamalkan dalam mana – mana mata pelajaran yang bersesuaian seperti Pendidikan Moral dan sebagainya.

16

Budaya Sekolah Budaya sekolah mengandungi empat aspek utama iaitu fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara – perkara seperti kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah serta anggota – anggota sekolah. Keselamatan anggota – anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalulintas. Seterusnya kemudahan – kemudahan sekolah yang lengkap dan dapat berfungsi dengan baik serta dijaga dengan rapi. Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara yang segar dan menyenangkan, suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan keindahan sekolah yang dihiasi dengan tumbuh – tumbuhan, bungaan, pokok serta perhiasan – perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan. Aspek sosial pula merangkumi perkara – perkara seperti hormat – menghormati di antara anggota – anggota sekolah serta mematuhi peraturan sekolah, rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain dan juga sekolah terbabit, kerjasama antara anggota – anggota sekolah, bersedia untuk menghulurkan pertolongan dan rela menjalankan tugas masing – masing dengan ikhlas. Seterusnya perpaduan yang dimanifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum, kemesraan yang dimanifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti – aktiviti sosial di sekolah serta keadilan yang dimanifestasikan dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja dan tugas yang adil. Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah atau di mana – mana yang bersesuaian. Aspek penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara betul dan jitu dan di luar bilik darjah. Program – program meningkatkan prestasi budaya sekolah biasanya dirancang dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Budaya Sekolah. Di antara aktiviti – aktiviti yang meliputi semua aspek budaya sekolah adalah seperti; -Meningkatkan prestasi dalam aspek fizikal sekolah -Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial -Meningkatkan prestasi dalam aspek budaya ilmu -Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa Aktiviti – aktiviti yang dirancang ini sekaligus dapat menanamkan rasa patriotisme dlaam diri pelajar menerusi kegiatan yang dijalankan.

17

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sebagaimana yang telah diketahui, unsur – unsur kenegaraan telah tersisip dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM. Tugas guru adalah untuk menonjolkan sikap kenegaraan itu semasa menajalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan sebagainya, atau secara tidak langsung apabila murid – murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid – murid akan dilatih mengamalkan sikap – sikap seperti bekerjasama, tolong – menolong, hormat – menghormati, tanggungjawab dan toleransi. Sikap – sikap seperti ini adalah penting dalam usaha meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan. Aktiviti kokurikulum Secara umumnya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti utama di luar bilik darjah. Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum di sekolah, kerana tujuan mengadakan aktiviti kokurikulum adalah membantu perkembangan kurikulum di sekolah. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan sama ada dalam kelas, oleh persatuan, unit beruniform, permainan dan sukan di sekolah boleh dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum. Seperti kurikulum, aktiviti kokurikulum pula memainkan peranan yang penting untuk perkembangan potensi murid dalam bidang kognitif, psikomotor, afektif, intelek, sosial, jasmani dan rohani mereka. Aktiviti kokurikulum memberi latihan kepada murid -

murid untuk membina sifat

kepimpinan dan sahsiah yang baik, memupuk nilai yang murni serta membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan berfaedah. Aktiviti kokurikulum meliputi aktiviti – aktiviti kelab dan persatuan, permainan dan sukan serta unit beruniform. Salah satu tujuan mengadakan aktiviti kokurikulum adalah untuk memupuk nilai – nilai murni termasuk sikap kenegaraan dalam kalangan murid – murid. Di dalam kelab dan persatuan contohnya, murid – murid mendapat peluang berinteraksi di antara satu sama lain dan berpeluang mengenal nilai kerjasama, semangat kekitaan dan perpaduan dalam usaha menjayakan projek – projek yang dirancang oleh kelab dan persatuan mereka. Sebagaimana yang telah dihuraikan, berdasarkan keperluan asas dan kesempurnaan kendiri murid – murid, keberkesanan aktiviti – aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan – keperluan pelajar dapat dipenuhi. Guru seharusnya mempertimbangkan langkah – langkah seperti memastikan keperluan asas pelajar dipenuhi,

18

menjadikan suasana pembelajaran kondusif, bersifta penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang, memupuk nilai penghargaan kendiri serta memberikan motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh – sungguh dan akhir sekali merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan dan kemampuan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan yang tersendiri. Jelaslah bahawa peranan kurikulum itu adalah demi untuk mencapai matlamat dan kecemerlangan murid berdasarkan sesuatu rancangan yang sistematik dan dilaksanakan secara berkesan, mudah dan teratur oleh mereka yang bertanggungjawab melaksanakan kurikulum sekolah.

19

BIBLIOGRAFI http://dukeamienerev.blogspot.com/2009/01/pendidikan-definisi-dan-konsep.html http://destalyana.blogspot.com/2007/09/beberapa-pengertian-kurikulum.html Mok Soong Sang (2000), Siri Pendidikan Perguruan, Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, PJ. Ee Ah Meng (1998), Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah Edisi Kedua, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam. Peter Knight & Mantz Yorke (2004), Learning, Curriculum and Employability in Higher Education, Taylor and Francis Group, London & New York.

20

Related Documents

Edu 3012
May 2020 2
Edu
November 2019 56
Edu
May 2020 30
Edu
December 2019 46
3012, After Earth
June 2020 4