Edoc.site_kertas-kerja-penubuhan-kelab-teknologi-maklumat-th.docx

  • Uploaded by: ahmad fawwaz
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edoc.site_kertas-kerja-penubuhan-kelab-teknologi-maklumat-th.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,929
  • Pages: 22
PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan hasrat negara kita, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang telah maju dalam bidang Teknologi Maklumat. Justeru, sistem pendidikan kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Demi mencapai hasrat tersebut, murid-murid yang masih berada di bangku sekolah perlu disemaikan dengan rasa ingin tahu dan cinta terhadap kemajuan dan pembangunan. Muridmurid sebagai generasi muda harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan pemikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepda manusia. Sehubungan dengan itu, Kelab Komputer bagi Sekolah Kebangsaan Kepala Batas ditubuhkan bertujuan untuk menambahkan kegiatan dalam bidang pendidikan di sekolah. Menerusi penubuhuhan kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid. 2.0 MATLAMAT KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab ini, murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untu meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. 3.0 OBJEKTIF KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT Matlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektifobjektif yang berikut: 3.1 Pengetahuan (i) Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan (ii)

dengan sistem komputer. Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem pengoperasian komputer.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K (iii)

Memberi peluang kepada murid untuk meneroka perkembangan

(iv)

terbaharu dalam pelbagai disiplin ilmu Teknologi Maklumat. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan

dengan pengkomputeran dan Teknologi Maklumat 3.2 Kemahiran (i) Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang (ii)

diperlukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu atau kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.

3.3 Nilai (i) (ii)

Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan kelab, antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4.0 PERSEDIAAN DAN PENUBUHAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT Untuk menjayakan penubuhan Kelab Teknologi Maklumat, beberapa langkah yang penting sebagai persediaan akan dilaksanakan seperti berikut: 4.1 Melakukan permohonan untuk Kelab Teknologi Maklumat secara bertulis dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah. 4.2 Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat. 4.3 Memilih dan mengaktifkan Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat. 4.4 Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid dan ibu bapa mengenai peranan mereka dalam Kelab Teknologi Maklumat. 4.5 Membentuk dan merangka Sukatan Pelajaran bagi Kelab Teknologi Maklumat yang tidak bercanggahan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.6 Menyediakan Kurikurilum Kelab Teknologi Maklumat dengan objektif termasuklah pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai yang hendak dicapai. 4.7 Menyediakan jadual waktu Kelab Teknologi Maklumat yang sesuai mengikut situasi di sekolah. 4.8 Mewujudkan sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan komputer. 4.9 Menetapkan tenaga pengajar dan pengawas Makmal Komputer. 4.10 Mendapatkan kebenaran pengakuan ibu bapa atau penjaga sebagai kesediaan murid menjadi ahli Kelab Teknologi Maklumat. 5.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT Penaung (Guru Besar) Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum)

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K Naib Pengerusi I (Guru Penasihat) Naib Pengerusi II (Guru Penasihat) Setiausaha (Murid) Bendahari (Murid) Ahli Jawatankuasa (Murid) (Murid) (Murid) *rujuk Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa 6.0 SUMBER KEWANGAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT Sumber kewangan untuk Kelab Teknologi Maklumat boleh diperolehi melalui: 6.1 Semua kutipan yuran keahlian Kelab Teknologi Maklumat. 6.2 Peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). 6.3 Tajaan daripada Syarikat komputer swasta. 6.4 Sumbangan luar Kementerian Pendidikan

Malaysia

seperti

orang

perseorangan dan badan korporat.

7.0 SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT 7.1 Perjumpaan mingguan di luar waktu rasmi sekolah. 7.2 Latihan untuk mengembangkan kemahiran menggunakan komputer. 7.3 Ceramah yang disampaikan oleh agensi kerajaan atau swasta yang berakitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan. 7.4 Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat seperti Cyberjaya untuk menambahkan ilmu pengetahuan ahli-ahli kelab. 7.5 Pertunjukan filem atau video yang berkenaan dengan perihal komputer dan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan seharian. 7.6 Edaran risalah atau brosur kepada ahli-ahli kelab. 7.7 Pameran atau Hari Terbuka bagi Kelab Teknologi Maklumat. 7.8 Penilaian dan ujian terhadap tahap penguasaan murid terhadap bidang Teknologi Maklumat.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 8.0 PENUTUP Sebagai kesimpulannya, cadangan untuk menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat dilihat sebagai satu keperluan bagi murid-murid di sekolah. Dengan penubuhan Kelab Teknologi Maklumat ini, murid-murid yang berminat boleh mendaftar menjadi ahli kelab dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran diri mengenai Teknologi Maklumat. Seterusnya, murid-murid yang merupakan generasi muda dapat membina penampilan diri yang yakin muncul sebagai pemimpin negara yang tidak ketinggalan dalam arus moden ini. Semoga cadangan penubuhan kelab diluluskan oleh pihak pentadbir dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

……………… ( ) Guru Akademik Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Kedah Darul Aman.

Disokong oleh,

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K

............…………. ( ) Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Kedah Darul Aman.

BAHAGIAN A : GURU BESAR

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Ulasan : ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... . .......................................................................................................................... . ........................................................................................................................... ...........................................................................................................................

.............................................

......................................................

(Tarikh)

(Tandatangan & Cop) Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa

Bidang Tugas Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat Jawatan 1. Penaung

2. Pengerusi

Personalia Guru Besar

Penolong



Bidang Tugas Menjadi rujukan utama dalam



pengurusan kelab. Memantau perkembangan kelab



dari semasa ke semasa. Memastikan segala perancangan

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K aktiviti dan program kelab berjalan

Kanan Kokurikulum



dengan teratur. Memastikan matlamat dan objektif



kelab tercapai. Bertindak sebagai pihak perantaraan di antara sekolah



dengan ibu bapa serta masyarakat. Membimbing dan memberi galakan kepada pelaksana bagi

3. Naib Pengerusi I & II

Guru



Penasihat

meningkatkan lagi kecekapan guru. Bertugas sebagai ketua penyelaras dan penyelia bagi semua kegiatan



kelab. Bertanggungjawab dalam pengagihan tugas dalam kalangan



guru penasihat. Membantu pengerusi dalam memilih dan menentukan perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan kelab di

4. Setiausaha

Murid



sekolah. Merekodkan dan mendokumentasikan semua aktiviti

5. Bendahari

6. Ahli Jawatankuasa

Murid

Murid



yang telah dijalankan oleh kelab. Mencatatkan minit mesyuarat dalam



kelab setiap kali bermesyuarat. Mengutip yuran dan menyimpan



rekod kutipan yuran. Menyimpan rekod perbelanjaan



yang digunakan oleh kelab. Bertindak sebagai ketua kumpulan yang menghubungkan guru penasihat dan ahli-ahli kelab yang lain.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K

Logo Kelab Teknologi Maklumat

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K

Uniform Kelab Teknologi Maklumat

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K

Rujukan Tuan: RujukanKami: Tarikh: 12 Oktober 2016 Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Melalui: Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat Tuan, Permohonan Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat Sekolah Kebangsaan Kepala Batas Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHRU mulai 1 hb.Januari, 2017. 3. Bersama-sama ini disertakan : 2 3 4

Draf Perlembagaan. Draf Aktiviti Asas. Senarai Nama Jawatankuasa.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas, ………………………….. ( ) Setiausaha, b.p. Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas. s.k.

1.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kepala Batas.

KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS NO. PENDAFTARAN 18/2016/SKKP

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Teknologi Maklumat SK Kepala Batas yang selepas ini disebut sebagai ”kelab” sahaja.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K

PERATURAN 1 a.

NAMA Nama Persatuan:

KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS

PERATURAN 2

MATLAMAT

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab ini, murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untu meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. PERATURAN 3

OBJEKTIF

Matlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektif-objektif yang berikut: 3.1 (i) (ii) (iii)

(iii) 3.2 (i) (ii)

3.3 (i) (ii)

Pengetahuan Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem komputer. Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem pengoperasian komputer. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka perkembangan terbaharu dalam pelbagai disiplin ilmu Teknologi Maklumat. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan pengkomputeran dan Teknologi Maklumat Kemahiran Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang diperlukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu atau kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi. Nilai Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan kelab, antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

PERATURAN 4 4.1

KEAHLIAN

Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 4.2

Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5

GURU PENASIHAT

5.1

Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2

Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3

Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6

AHLI JAWATANKUASA

6.1

Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2

Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3

Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4

Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5

Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6

Ahli Jawatankuasa kelab hendaklah terdiri:6.6.1

Pengerusi

6.6.2

Naib Pengerusi

6.6.3

Setiausaha

6.6.4

Bendahari

6.6.5

Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 7 7.1

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Pengerusi 7.1.1

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

2

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 7.1.3 7.2

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Naib Pengerusi 7.2.1

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 7.3

7.4

Setiausaha 7.3.1

Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2

Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

7.3.3

Mencatat kehadiran ahli

7.3.4

Menyimpan persatuan.

7.3.5

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

dokumen

yang

berkaitan

dengan

Bendahari 7.4.1

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

7.4.2

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.4.3

Menyebdiakan Penyata Kira-Kira serta menandatanganinya.

7.4.4

Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentang dalam Mesyuarat Agung. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4.5 7.4.6 7.5

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

bulanan

dan tahunan

Ahli Jawatankuasa 7.5.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.5.2

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.5.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

PERATURAN 8

KEWANGAN

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 8.1

Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 25.00 seorang.

8.2

Kelab juga boleh memperolehi

8.3

Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4

Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9

kewangan melalui aktiviti.

ke dalam kebenaran

KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1

Ahli kelab dikehendaki menghadiri dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

9.2

Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10

semua

aktiviti

yang

AKTIVITI

10.1

Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2

Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11

PERATURAN-PERATURAN

11.1

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2

Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3

Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12

TINDAKAN DISIPLIN

12.1

Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2

Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran bertulis

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 12.3

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13

PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1

Mana-mana ia dipinda.

13.2

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3

Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4

Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14

bahagian

dalam

perlembagaan ini sah sehingga

PEMBUBARAN KELAB

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 2

Segala hutang wajib dijelaskan.

3

Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15

HAL-HAL LAIN

15.1

Setiap ahli perlu mengetahui aktiviti yang dijalankan.

tanggungjawab

sendiri

terhadap

15.2

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Pemilihan Ahli Kelab Teknologi Maklumat Ahli-ahli Kelab Teknologi Maklumat diberi anggaran dalam kalangan 50 orang ahli. Murid-murid yang ingin menjadi anggota Kelab Teknologi Maklumat perlu mempunyai sifat-sifat seperti 1. 2. 3. 4.

Merupakan warga sekolah SK Kepala Batas, Alor Setar. Berminat dengan ilmu dan peralatan Teknologi Maklumat. Sifat ingin tahu mengenai Kelab Teknologi Maklumat. Berkeupayaan untuk mengendalikan komputer dan

peralatan yang canggih. 5. Menjaga dan memelihara peralatan dengan baik.

peralatan-

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Bersikap mesra dan mudah bergaul. Sifat bertanggungjawab. Bersikap bekerjasama. Suka berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan-rakan. Suka tolong-menolong antara satu sama lain. Tidak berputus asa apabila menghadapi dugaan.

Borang Permohonan Keahlian Kelab Teknologi Maklumat Gambar

Nama:

Berukuran Pasport

No. KP: Umur: Bangsa:

Tarikh Lahir:

tahun Melayu

Cina (sila nyatakan)

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K

Agama:

Kelas:

India

Lain-lain

Islam

Kristian

Buddha

Lain-lain

__

(sila nyatakan)

Alamat Surat Menyurat:

No. Tel: Emel:

Nota *Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25 beserta 2 keping gambar berukuran passport. *Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakan huruf besar.

Segala maklumat yang diisi adalah benar.

(Tandatangan Pemohon) Tarikh:

Infrastruktur Kelab Teknologi Maklumat 1.0 Infrastruktur kelab terdiri daripada: a. Makmal/Bilik Komputer. b. Perkakasan. c. Perisian.

1.1 Makmal/Bilik Komputer.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 1.1.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik komputer hendaklah mengambil kira: a. saiz makmal/bilik. b. bilangan murid nisbah murid : komputer 1.1.2 Makmal/Bilik komputer sebaik-baiknya berhawa dingin. 1.1.3 Makmal/Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai. 1.1.4 Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan dipasang, terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik. 1.1.5 Makmal/bilik komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih tinggi dan dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan peralatan. 1.1.6 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading) mestilah dielakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih dahulu.

1.2 Perkakasan. 1.2.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa: a. Keperluan utama. i) Komputer mikro (multimedia); dan ii) Pencetak (1 unit untuk setiap 5 - 10 unit komputer mikro). b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab) i) Pengimbas; ii) Modem dan sambungan internet; iii) Rangkaian setempat (LAN); iv) Projektor LCD atau TV dan kad; dan v) Lain-lain peralatan komputer,

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 1.2.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian yang berlesen dan sesuai dengan perisian. 1.2.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baiknya hendaklah diinsuranskan.

1.3 Perisian. 1.3.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum di sekolah.

2.0 Penyelenggaraan (Makmal, Perkakasan dan Perisian) 2.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok sebagai rekod inventori. 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh pihak sekolah atau dengan perkhidmatan pihak luar, jika perlu 2.4 Kelab adalah digalakkan menyedia dan menyimpan salinan (backup) perisian dan aplikasi sebagai langkah keselamatan.

Peraturan Makmal Kelab Teknologi Maklumat 1.0 Peraturan Makmal 1.1 Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan makmal bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah; a. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal. b. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal kecuali dengan kebenaran guru penasihat.

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K c. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian komputer. d. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer. e. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal, 1.2 Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara sekolah/ guru penasihat kelab (jika difikirkan perlu).

Contoh Laporan Aktiviti Mingguan Kelab Teknologi Maklumat Guru Penasihat Bertugas

1………………………………………………….. 2………………………………………………….. 3…………………………………………………..

Setiausaha

……………………………………………………

Tarikh / Hari

……………………………………………………

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K

Minggu

……………………………………………………

Tempat

……………………………………………………

Jumlah Kehadiran

……………………………………………………

Laporan Kegiatan

…………………………………………………… …………………………………………………… …………………………………………………… …………………………………………………… …………………………………………………… …………………………………………………… ……………………………………………………

……………………………………………………

Hal-Hal Lain

…………………………………………………… …………………………………………………… …………………………………………………… ……………………………………………………

Yang benar,

…………………………… ( Setiausaha Kelab

)

……………………………. ( Guru Penasihat Kelab

)

PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K Teknologi Maklumat SK Kepala Batas.

Teknologi Maklumat SK Kepala Batas.

More Documents from "ahmad fawwaz"