Ecer Rapat Jurang Ekonomi

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ecer Rapat Jurang Ekonomi as PDF for free.

More details

  • Words: 343
  • Pages: 1
ecer rapat jurang ekonomi written by helmi mohd foad monday, 24 september 2007 putrajaya 20 sept. – pembangunan wilayah ekonomi pantai timur (ecer) yang meliputi terengganu, kelantan, pahang dan daerah mersing di johor akan merapatkan jurang pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri itu dengan kawasan pantai barat semenanjung. timbalan perdana menteri, datuk seri najib tun razak berkata, ecer merupakan satu gagasan yang begitu bermakna kerana ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan negara secara seimbang dan saksama.

‘‘negeri di pantai timur ini, kalau tidak dilakukan suatu usaha yang lebih daripada biasa, kadar pertumbuhan ekonominya mungkin akan lebih rendah berbanding negeri di sebelah pantai barat,” katanya. beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek usaha sama perladangan kelapa sawit di kalimantan timur antara felda dengan firma dari indonesia, pt kalpataru investama di sini hari ini. timbalan perdana menteri mengulas mengenai kesan ekonomi terhadap negeri-negeri di pantai timur melalui pelaksanaan ecer yang dijadualkan dilancarkan oleh perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi hujung bulan depan. laporan akhbar hari ini menyebut presiden dan ketua pengawai eksekutif petronas, tan sri mohd. hassan merican berkata, sejumlah rm112 bilion akan dilaburkan untuk pembangunan ecer meliputi kelantan, terengganu, pahang dan daerah mersing di johor. jumlah itu adalah peruntukan dalam tiga rancangan malaysia dengan 40 peratus daripadanya digunakan untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan dan kemudahan asas yang menjadi penentu penting kepada pertumbuhan pembangunan di wilayah berkenaan. sementara itu, ditanya mengenai pembiayaan projek itu yang menelan belanja yang besar, najib memberitahu, ia akan diperoleh daripada pelabur swasta dan pelaburan asing. beliau menjelaskan, petronas merupakan perancang awal bagi ecer tetapi ia tidak bermakna keseluruhan dana pembangunan wilayah berkenaan bergantung kepada syarikat pengeluar petroleum berkenaan. najib menambah, sektor minyak dan gas hanya merupakan salah satu daripada industri yang akan dibangunkan dalam ecer manakala selebihnya akan diumumkan oleh perdana menteri kelak. menurutnya, perdana menteri akan mengumumkan perincian mengenai sasaran jumlah peluang pekerjaan, pelaburan dan pertumbuhan termasuk sektor utama yang akan dibangunkan dalam ecer. ditanya mengenai pembangunan membabitkan kelantan yang diperintah oleh pas, najib berkata; ‘‘kita berharap dapat bersefahaman dengan kerajaan negeri dalam hal ini.”

Related Documents

Ecer Rapat Jurang Ekonomi
October 2019 8
Jurang Digital
October 2019 7
Ecer-kelantan
June 2020 23
Ekonomi
June 2020 32
Ekonomi
May 2020 51