Kelantan – Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Kelantan merupakan salah satu kerajaan negeri yang ditadbir oleh kerajaan pas dan Menteri Besar Kelantan adalah Tok Guru Nik Aziz B. Nik Mat. Kelantan dikatakan salah satu negeri yang agak terpinggir dari segi pembangunan yang dirancang oleh kerajaan pusat. Kelantan yang terletak disebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu telah dimasukkan ke dalam salah satu projek mega yang dirancang oleh kerajaan pusat dimana ianya digabung oleh beberapa negeri di sebelah Pantai Timur juga iaitu Terengganu, Pahang dan kawasan Mersing di Johor. Projek mega ini dinamakan sebagai Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 29 Oktober 2007 dengan dihadiri oleh semua Menteri Besar yang terlibat termasuk Tok Guru Nik Aziz iaitu Menteri Besar Kelantan. Lima teras ekonomi utama iaitu pelancongan, minyak gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian, dan pendidikan akan dimajukan di bawah pelan ECER untuk menggerakkan pembangunan bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi, meningkatkan keupayaan dan pengetahuan serta kualiti hidup kira-kira 3.9 juta penduduk di wilayah berkenaan.
Teras utama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan Pendidikan Kelantan diletakkan sebagai pusat perdagangan dan pembangunan modal insan. Kelantan dilihat berpotensi melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi kerana kebanyakkan remaja yang tinggal di Kelantan adalah merupakan cerdik pandai. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) menyatakan akan mewujudkan beberapa universiti baru di Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu. Antara universiti baru yang telah beroperasi adalah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok, dimana ianya menyediakan kursus-kursus seperti keusahawanan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Disebabkan negeri Kelantan bersempadan dengan Negara Thailand, secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada negeri Kelantan untuk menarik lebih banyak kemasukkan pelajar asing khususnya dari Thailand ke Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Pelancongan Kelantan adalah merupakan kawasan yang agak besar dan luas malah sesuai dijadikan sebagai tempat pelancongan negara. Kerajaan telah mengambil usaha yang jitu untuk membangunkan beberapa kawasan di Kelantan sebagai kawasan pelancong antaranya Pengkalan Kubor sebagai bandar yang maju dan dinamik. Ianya memainkan peranan sebagai pembangunan segitiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang menjadi pusat hubungan perdagangan dengan negara-negara Asia Tenggara. Selain itu, Kota Bharu juga dikenalpasti sebagai salah satu lagi kawasan pelancongan di negeri Kelantan. Dengan terbinanya Kota Bharu City Centre (KBCC) di Palekbang, maka kawasan ini dikatakan akan terus dimajukan sebagai kawasan pelancongan bandar yang kaya dengan budaya dan warisan negeri itu. Bagi memperkenalkan Kelantan di peringkat Antarabangsa dalam sektor pelancong maka eko-pelancongan telah diperkenalkan sebagai mempromosikan beberapa kawasan yang dikenalpasti iaitu Gunung Musang dan Lembah Sungai Nenggiri. Pertanian Pertanian merupakan salah satu teras utama yang terdapat dalam Wilayah Koridor Pantai Timur (ECER) dimana sektor pertanian moden merupakan cara yang paling berkjesan untuk memperbaiki pendapatan penduduk Pantai Timur yang berada di kawasan luar bandar. ECER ini memberikan tumpuan kepada program pertanian komersil berskala besar berlandaskan konsep perladangan kontrak. Ianya dapat membangunkan lembah pertanian moden untuk buah-buahan dan sayur-sayuran dengan keluasan 2000 hektar di Bachok dan Pasir Puteh. Pembanguan lembah pertanian ini diterajui oleh syarikat swasta dan disokong oleh terminal makanan nasional di Kota Bharu. Di dalam pembanguan ini, ia memberikan jaminan mutu keluaran produk dimana satupusat
pemgumpulan, pembuingkusan dan pemprosesan ditubuhkan di Besut, Terengganu. Selain pembangunan lembah pertanian, pembangunan dari segi industri herba dan biotek juga mempunyai potensi di dalam pasaran dan ianya terletak di Gua Musang. Terdapat empat komponen utama di dalam pembangunan ini dimana ianya merupakan satu pusat penyelidikkan, ladang herba organik, pusat pemprosesan dan pusat latihan dan inkubator usahawan. Bukan itu sahaja malah satu lagi peluang pekerjaan di dalam teras utama pertanian ini ialah taman kekal pengeluaran ayam yang terletak di Gua Musang. Ianya bertujuan untuk membangunkan kawasan pengeluaran ayam yang moden dan bersih. Bagi perikanan pula, ianya dapat meningkatkan jualan tangkapan dan memberi peluang pekerjaan dengan memajukan sebuah pelabuhan perikanan laut dalam di Tok Bali. Pelabuhan ini dikatakan akan menyediakan perkhidmatan untuk kapal-kapal nelayan laut dalam yang beroperasi di laut China Selatan dan untuk pengeluaran akuakultur. Selain berfungsi sebagai pusat pengagihan dan pengeluaran ikan, ia juga dikatakan dapat menyokong aktiviti pemprosesan ikan berskala besar serta aktiviti perdagangan. Pembuatan Teras utama dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu sektor pembuatan mempunyai peranan dan aktivitinya haruslah dipertingkatkan dan dipelbagaikan. Di Kelantan, sebuah taman industri halal akan dibangunkan di Pasir Mas sebagai projek yang mengintegrasikanaktiviti huluan dan hiliranindustri ternakan. Ia juga menyediakan sokongan teknikal kepada pengusaha perladagan serpti penambahbaikan ladang, pembangunan kemahiran dan pengembangan pasaran selain menyediakan tapak bagi usahawan industri pemprosesan halal. Industri kecil dan sederhana (IKS) diberikan penekanan khusus yang berkaitan dengan pembuatan produk makanan dan kraftangan, malah menyediakan program sokongan seperti latihan, geran, modal teroka serta pinjaman mudah. Kesimpulan Rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini dapat memberikan faedah dan manfaat buat rakyat Kelantan khususnya yang berpendapatan rendah dan negeri Kelantan. Dengan adanya pembangunan ini maka membuka peluang pekerjaan, pendidikan dan menjadikan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang maju selaras dengan pembanguna negara. Di sini, seluruh rakyat kelantan haruslah memainkan peranan penting dalam mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini.